Bab 4: I Can't Survive You.

Love Till Heaven

Sebulan kemudian, N diberitahu oleh omma dan appanya bahawa sudah sampai masanya dia dikahwinkan. “Nae anakku sayang, awak dijodohkan dengan seorang yeoja yang merupakan anak chingu appa,” kata En.Gary. “Namanya Sowon. Dia sangat baik, dan keluarganya setaraf dengan keluarga kita.” kata Pn. Ji Hyo. “Sowon? Kenapa bukan Yeri? Andwae, saya xnak kahwin dengan Sowon. Andwae!!!” bisik hati N. Terasa sungguh kecewa apabila dia berkahwin dengan Sowon. Padahal Sowon bukanlah yeoja yang dicintainya. “Omma dan appa, saya nak tanya. Kenapa saya mesti kahwin dengan Sowon? Kenapa bukan Yeri?” tanya N. Dia langsung tak puas hati. “Omma dan appa x suka awak bercinta dengan Yeri. Apalagi berpacaran. Yeri masih muda. Keluarganya x setaraf.” Panjang lebar Pn. Ji Hyo mengatakan bahawa anaknya tidak sesuai dengan Yeri. “Saya x peduli! Saya nak berkahwin dengan Yeri seorang! Saya sudah dewasa. Biarlah saya tentukan bakal isteri saya sendiri!” begitu marah N dibuatnya. “Kamu masih tanggungjawab appa dan omma. Kami berhak untuk pilih isteri untuk awak. Demi kebaikan kamu dan keluarga! Faham!” tegas appanya. 

N segera keluar dari rumah. Perassan sedih dan kecewa dibawa bersama dirinya. Dia sanggup mengambil tindakan drastik untuk tidak berkahwin dengan Sowon. Apabila dia sampai ke Sungai Han, dia terdengar orang menangis. Dia segera keluar dari kereta untuk mencari datangnya bunyi orang menangis. Dia pergi di sebalik pohon. Dia segera melihat orang itu. Rupa-rupanya Yeri menangis. “Waeyo? Kenapa awak nangis ni? Awak ok ke?” tanya N. “Oppa, sebenarnya saya dah dijodohkan oleh Jungkook, anak chingu appa saya. Saya nak bersama dengan awak buat selama-lamanya.” Nasib yang sama menimpa Yeri. “Nampaknya, kita senasib,” ujar N sambil memeluk Yeri. “Saya xnak awak tinggalkan saya. Saya cintakan awak” katanya lagi. “Nanti saya fikirkan, saya tak nak kahwin dengan orang lain selain awak. Saya rasa kita berdua lari saja.”

“Lari? Kat mana kita lari?” tanya Yeri. “Keluar dari sini, kita tinggalkan tempat kita ni. Masa awak kahwin nanti, awak tunggu di bilik awak. Saya nak bawak awak lari, ok?” kata N. Dia mencadangkan tindakan drastik untuk mengagalkan perkahwinan Yeri. “Macam mana awak bawak saya lari?” tanya Yeri. “Kita lari ikut jalan belakang. Orang x perasan yang awak tak ade. Nanti saya sediakan kasut yang sesuai  untuk awak.” 

Pada hari perkahwinan Yeri,  N membawa tangga untuk memanjat sampai tingkap bilik Yeri. Yeri menunggu N datang di biliknya. Tanpa membuang masa, N memanjat sehingga mencapai tingkap bilik. Segera Yeri membuka tingkap biliknya. “Yeri, jom keluar, nah pakai kasut ni, senang awak lari nanti,” kata N sambil memberikan kasut rata wanita kepada Yeri. Mereka menuruni tangga dan keluar ikut jalan belakang. Sementara appanya En. Jin datang ke bilik Yeri. Dia terkejut apabila Yeri tiada di situ. “Yeri mana? Tadi dia di sini, sekarang hilang pula?” tanya En. Jin. Ommanya terkejut. Dilihatnya tingkap bilik Yeri terbuka. “Ni mesti kerja N. Berani dia larikan Yeri! Saya mesti bunuh N sekarang!!” Appanya sangat marah lantas dia mengambil parang. Para hadirin dan keluarga Jungkook terus mencari N dan Yeri. Apabila mereka lari ke Sungai Han, mereka berdua pun berhenti di tebing sungai. 

“Ha, mana nak lari lagi? Yeri, datang sini sekarang!” arah En Jin. “Shireo! Saya tak mau!!” kata Yeri sambil memegang tangan N. “Lepaskan Yeri sekarang, kamu berdua tidak padan. Saya x suka awak rapat dengan Yeri!” marah En. Jin. “Appa! Saya cintakan dia. Saya xnak berpisah dengan dia kerana dia sayangkan saya. Sebab itulah saya x mau appa dan omma kahwinkan saya dengan Jungkook! Walaupun dia berkulit hitam tapi hatinya tidak hitam macam appa dan omma!!”  Yeri sangat marah dan dia sanggup melawan kata omma dan appa. Terkejut Jungkook dan keluarganya. “Yeri! Kalau awak nekad nak kahwin dengan dia, awak bukan anak omma lagi!” marah ommanya. Yeri semakin takut. En. Jin mula menghunuskan parangnya kepada N. Serta merta Yeri menghalangnya. Tetapi, Yeri pula ditikamnya. Darah merahnya mengalir begitu cepat. “Yeri!!! bangun!!! jangan tinggalkan saya!!!” segera N menggendong Yeri  untuk dibawa ke hospital. Para hadirin terkejut dengan peristiwa tadi.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ROVIXAYEE_96
Fanfic saya dh mcm novel pulak... Ini baru je first sight. Kebanyakan novel cinta dkt fanfic lebih hebat daripada novel cinta yang dijual dkt pasaran. XD

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet