Bab 5: Sayang Oppa.

Love Till Heaven

Doktor sedang memeriksa keadaan Yeri yang lemah. N sangat resah menunggu doktor memberi khabar tentang Yeri. Ketika itu, chingusnya datang. “Hyung, bagaimana dengan Yeri? Saya dengar Yeri berkahwin hari ni. Tapi kenapa berada di hospital?” tanya Hongbin. “Panjang ceritanya,” jawab N. Dia sangat muram. “Pendekkan, N hyung. Apa jadi ni? Kenapa begini pula jadinya. Itulah yang kami nak tahu. Cerita je dari A sampai Z,” kata Hyuk. Ketika itu, Leo sedang menenangkan N yang bersedih pasal Yeri ditikam tadi. N pun ceritakan peristiwa pagi tadi. Apabila mereka mendengarnya, Leo pun memeluk N. Dia turut bersedih. “Tak sangka appanya sendiri membunuh Yeri, kejam betul,” kata Ken. “Kita berharap je Yeri selamat sudahlah,” ujar Leo pula. “Gomawo, Leo-ssi, awak memahami keadaan saya,” ujar N. Mereka masih berpelukkan. 

Tak lama lagi Dr. Yerin yang merawat Yeri datang. “Awak semua kenal Yeri?” tanya Dr. Yerin. “Nae, kami semua chingu Yeri, doktor,” jawab Ken. “Bagaimana keadaan Yeri? Dia baik-baik saja kan?” tanya N. “Saya nak sampaikan berita baik dan berita buruk kepada kamu semua. Berita baiknya adalah, luka di bahagian dadanya sangat tidak dalam, maknanya dia selamat dan dia masih ada peluang untuk hidup. Korang jangan risau. Dia akan sembuh kalau dapat dirawat dengan betul. Tetapi, berita buruknya adalah, Yeri banyak kehilangan darah jenis O. Jadi kalau kalian mempunyai jenis darah yang sama dengannya boleh dermakan untuk dia. Ini perlu demi nyawa Yeri. Tapi jangan risau, kamu boleh juga dermakan darah jenis A, AB dan B. Orang jenis darah O sangat beruntung kerana dapat didermakan kepada sesiapa je.” kata Dr. Yerin.

Selepas mereka menderma darah, N pergi jenguk Yeri. Dilihatnya Yeri masih tidur. Dia memegang tangan Yeri. Chingusnya akan melawat esok. 4 jam kemudian, Yeri bangun dan tangannya dipegang oleh N. “Oppa,… N oppa…” kata Yeri sambil meraba tangan N. Tangannya disentuh oleh Yeri. N segera bangun. “Yeobo, awak dah bangun?” tanya N. “Changi, awak di sini ke?” “Nae~ saya setia menemani awak.” Tak lama lagi, Uncle Yeri, En. Jimin melawat Yeri di hospital bersama dengan Nayeon, Seulgi dan Joy. Nayeon merupakan sepupu Yeri. “Apa khabar, Yeri?” sapa uncle Yeri. “Khabar baik Uncle. Nayeon unnie, awak datang juga?” “Nae, saya datang nak lawat awak.” “Siapa yeoja tu?” tanya N.  “Dia sepupu saya, Nayeon. Unnie, dia namja chingu saya, Cha Hak Yeon, nama glamour nya N. “Oppa, kasahaminda sebab selamatkan Yeri. Awak memang hebat!” puji Nayeon. “Saya baru tahu awak berkahwin tapi sebaliknya berada di hospital. Saya dapat tahu dari N oppa yang awak lari bersama dia dan tidak mengahwini Jungkook kan? Nasib baik awak selamat,” kata Seulgi. 

“Uncle nak bagitahu awak, appa kamu telah ditangkap polis kerana hampir membunuh N. Omma kamu dicemuh oleh keluarga Jungkook. Perkahwinannya gagal. Sekarang omma kamu menyesal kerana menjahati N. Dia sangat menyesal tak sudah.” Panjang lebar Uncle Jimin memberitahu Yeri. “Omma kamu akan jenguk kamu nanti. Uncle Gary dan auntie Ji Hyo pun datang ke hospital juga. Mereka dah ubah fikiran, mereka sudah merestui hubungan kamu berdua, N oppa dan Yeri. Mereka kata Sowon dan keluarganya dah pindah ke Amerika. Jadi oppa jangan risau,” kata Seulgi.

Tak lama kemudian, Pn. Irene, Pn. Ji Hyo dan En. Gary datang melawat Yeri. Pn. Irene segera mendapatkan Yeri. “Sayang, maafkan omma, nak. Omma tak berniat nak marah kamu. Tapi, omma tak mahu kehilangan anak omma yang cuma seorang,” katanya lalu dia meraba tangan Yeri. Dia tak sanggup kehilangan anaknya. Yeri masih muda. Dia memandang N lalu berkata “Kamu adalah namja yang berani. Kamu selamatkan Yeri sebelum terlambat. Auntie minta maaf, auntie sangat buta kerana tidak melihat keikhlasan kamu dengan Yeri. Apalagi bercinta. Auntie jadikan kamu sebagai menantu auntie, mulai hari ni panggillah auntie sebagai omma macam kamu panggil omma kamu sendiri. Anggaplah omma ni omma kedua bagimu.” kata Pn. Irene. Dia amat menyesalinya. “Saya dah lama maafkan omma, gomawo sebab terima saya sebagai menantu.” ujar N. “Ji Hyo, anak awak berdua sangat berani. Beruntunglah kerana dapat memiliki anak sepertinya.” katanya.

“N sayang, omma dan appa merestui hubungan kamu dan Yeri. Lepas Yeri sembuh nanti, kita akan bincang pasal perkahwinan. Pastinya kamu berdua tak sabar nak kahwin, tak gitu,” kata En. Gary. Akhirnya N dan Yeri pun gembira sebab mereka dapat restu omma dan appa masing-masing. “Buat masa ni, awak berehat dulu. Uncle tak dapat duduk lama di sini. Uncle nak balik ke rumah sekarang,” kata En. Jimin. Nayeon, Joy dan Seulgi pun nak berangkat pulang. “Saya nak pergi kerja sekarang, giliran saya untuk syif malam,” kata Seulgi. Pn.Ji Hyo, Pn Irene dan En. Gary pun nak balik. “Omma nak balik sekarang, kalau ade apa-apa telefon omma,” pesan Pn. Ji Hyo kepada N. “Arraseo! Saya akan jaga Yeri dengan baik, omma baliklah,” ujar N pula. 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ROVIXAYEE_96
Fanfic saya dh mcm novel pulak... Ini baru je first sight. Kebanyakan novel cinta dkt fanfic lebih hebat daripada novel cinta yang dijual dkt pasaran. XD

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet