Bab 2: Be With You Together.

Love Till Heaven

Ringtone nyanyian kumpulan Red Velvet menandakan panggilan dari namja chingunya. Yeri segera mencapai handphone. “Annyeonghaseyo, yeobo. Jom teman changi jalan2. Yeobo free x hari ni?” tanya N. “Yeobo free hari ni. Bila kita jumpa? Kat mana?” tanya Yeri pula. “Pukul 8 malam kat taman. Jangan lupa ye!” kata N lalu talian diputuskan. Kebetulan hari itu Yeri tidak berkerja kerana dia hanya bekerja syif pagi sahaja.

30 minit kemudian, Yeri sudah tiba di taman. Dia tidak melihat kelibat N kelihatan. Dia pun duduk di bangku berdekatan. Tiba-tiba matanya ditutup oleh seseorang. “Ni tangan siapa ni? Kerasnya macam tangan pak cik pula.” tanya Yeri sambil meraba tangan N. Dia menutup mata Yeri. “Nae~ sayalah ni, N!” kata N sambil melepaskan tangannya. “Oh, buat yeobo terkejut aje. Ingatkan siapa tadi.” ujar Yeri. N pun duduk sebelah Yeri. “Oppa, saya mula selesa dengan oppa. Saya amat suka dengan oppa. Oppa selesa dengan saya tak?” tanya Yeri. “Saya pun selesa dengan awak. Barulah saya merasai pengalaman bercinta dengan awak.” jawab N sambil mendakap bahu Yeri. Angin malam itu begitu sejuk. Angin itu membuatkan Yeri berasa kesejukan. “Sejuklah pula,” kata Yeri mengigil kesejukan. “Oh, yeobo sejuk ke? Meh sini saya tutup badan awak, angin malam ni sejuk tau,” kata N lalu menangalkan jaketnya  dan meletakkan di bahu Yeri. “Eh, tak pe oppa. Sejuk sikit jer. Ambil balik,” kata Yeri. “Ambilah, awak kan sejuk. Nanti selesema pula.” katanya lagi. Dia pandai ambil berat terhadap Yeri, walaupun mereka berkenalan tak lama. Tiba2 timbul perasaan sayang terhadapnya.

Kemudian mereka pun jalan-jalan ke tempat menarik. Setelah lama mereka berjalan, Yeri sangat letih. Dia mahu pulang. “Changi, yeobo letih ni. hantar yeobo balik ke rumah.” kata Yeri. “Hmm… boleh je. Kat mana rumah awak?” tanya N pula. “Nanti saya tunjukkan,” jawab Yeri. Kira-kira pukul 11:15 malam, mereka sampai di rumah Yeri. “Omma dan appa awak x tau kah yang kita jalan2 tadi?” tanya N meluahkan kerisauannya. Dia takut Yeri dimarahi kerana balik lewat. “Changi, omma dan appa saya tiada di rumah. Mereka pergi ke Busan. Baru semalam mereka berangkat. Jadi, oppa jangan risau.” Lega N mendengarnya. “Oppa baliklah, nanti omma dan appa awak risau,” kata Yeri. “Saya balik dulu. Jalga…” Kata N lalu dia meninggalkan rumah Yeri. “Eh, tunggu! Oppa! jaket awak!” jerit Yeri.

2 hari kemudian, N datang ke restoran tempat Yeri bekerja untuk berjumpa dengan Yeri, bukan untuk makan. “Annyeonghaseyo, nak pesan apa?” tanya Joy. “Saya datang ke sini nak jumpa dengan Yeri, bukan makan sini,” ujar N pula. “Mian, Yeri busy sangat. Lepas waktu kerja boleh x?” jawab Joy. “Tak pelah. Saya faham. Saya xnak ganggu Yeri bekerja. Nanti bos kamu marah saya. Anyway, saya terlupa jaket saya. Bagitahu Yeri supaya datang ke rumah saya dengan bawak jaket saya sekali. Bila2 masa saje datang ke rumah saya. Nanti saya sms alamat rumah saya.” pesan N kepada Joy. “Baiklah, saya akan bagitahu dia. Bos x pernah marah kami. Don’t worry. Bos kami friendly tau.” ujar Joy. “Saya pergi dulu, bye!!” ucap N lalu meninggalkan restoran. 

“Unnie cakap dengan siapa tadi?” tanya Yeri. “Haa, saya dah agak awak tanya macam tu. Tadi kan N oppa datang cari awak.” “Bo? Kenapa awak halau dia?” Yeri agak hairan. “Andwae, saya x halau dia, dia balik sendiri. Tak patut saya halau dia, dia dah tahu awak busy kan. So, dia x berani jumpa awak masa jam kerja. Dia nak awak datang ke rumah N oppa. Dia kata jaketnya tertinggal di tangan awak.” ujar Joy. “Oh, patutlah masa tu saya panggil dia tapi dia pergi pulak. Saya masih simpan jaketnya. Kalau saya free nanti saya akan ke rumahnya. Gomawo Joy unnie,” balas Yeri pula.

Keesokannya, Yeri berkunjung ke rumah N. Masa itu omma dan appa dia tiada di rumah. Tapi chingusnya: Leo, Ken, Ravi, Hongbin dan Hyuk ada di rumah N. Mereka bersembang bersama, main bersama, bergurau bersama. Mereka sangat rapat sebagai satu geng. Mereka menjadi chingu sejak sekolah rendah lagi. Biarpun perbezaan umur, namun hubungan mereka macam adik-beradik. “Annyeonghaseyo, N oppa ade x?” sapa Yeri. Mereka terkejut dengan kedatangan Yeri. “Nae, silakan masuk, namchin awak ade di sini.” kata Ravi. “Amboi, kalian ada kat sini juga?” tanya Yeri. “Dari tadi kami dekat sini. Lepas kerja, kami singgah kat rumah N hyung,” kata Hongbin. “Ooh~ korang ni kerja kat mana?” tanya Yeri. “Saya, Ken dan Leo hyung kerja sebagai juruterbang kat Seoul International Airport. Hongbin kerja sebagai peguam. Hyuk pula kerja sebagai polis kat Balai Polis Busan dan N hyung pula kerja sebagai arkitek.” kata Ravi. “Wow!!! pekerjaan korang ni berbeza-beza pula. Tapi masih boleh berkumpul pula.” kata Yeri pula. 

“Yeri, minum air jus ni,” pelawa Hongbin pula. “N hyung, saya keluar sekejap, yeochin saya call. Kejap ye,” kata Ken. Dia terus keluar. Yang lain pun nak keluar juga. “Saya pergi tandas dulu hyung,” Hongbin pula. “Saya tertinggal jam tangan saya kat rumah, saya ambil sekarang,” Leo pula nak keluar. “Hyung, boleh saya pinjam bilik awak kejap? Saya nak tidur.” Ravi nak pergi ke bilik N. “Tidur sajalah sana. Jangan usik barang saya,” kata N. “Hyung, saya pun nak tidur juga.” Hyuk ikut Ravi pula. “Ceh, 2x5 je korang ni. Pergilah,” ujar N. Kini tinggal N dan Yeri. “Apasal mereka ni semua keluar?” Yeri agak hairan. “Biarkan. Mereka nak keluar pun suka hati mereka,” kata N pula. Nilah masanya untuk dating dengan Yeri. “Oppa, awak lupa yang ni,” kata Yeri sambil menyerahkan jaket kepada N. Chingusnya menghendap di sebalik ruang tamu. Dah macam spy agaknya. 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ROVIXAYEE_96
Fanfic saya dh mcm novel pulak... Ini baru je first sight. Kebanyakan novel cinta dkt fanfic lebih hebat daripada novel cinta yang dijual dkt pasaran. XD

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet