Yang Tidak Akan Dilupakan

Nama Yang Tidak Akan Dilupakan

Bunyi ambulans menghampiri ruang kecemasan. Beberapa orang jururawat bersedia di hadapan pintu sebelum ambulans tersebut berhenti. Pintu ambulan dibuka laju dan seorang pembantu perubatan melompat keluar sambil tangannya memegang bucu katil. Dua orang jururawat lelaki membantu pasukan perubatan menarik keluar pesakit.

“Tekanan darah dia rendah” ujar salah seorang pembantu perubatan sambil mereka menolak katil pesakit.

“Pesakit bernama Kang Daniel, mempunyai masalah komplikasi jantung. Nadinya lemah” seorang jururawat melaporkan pula kepada doktor.

“Nod Sinusnya juga dikenalpasti lemah”

“Bawa dia ke bilik kecemasan, sediakan AED”

“Hubungi Dr Shim”

Jihoon hanya memerhatikan Daniel terbaring atas katil, ditolak masuk ke dalam bilik kecemasan.

“Niel hyung” Jihoon diselubungi rasa bersalah, juga risau. Dirinya berundur sandar pada dinding, tertunduk. Tangannya dilihat seolah semakin pudar. Jihoon memegang badannya juga kelihatan seperti semakin menghilang. Jihoon mendongak pandang siling ruang legar kecemasan itu. Secara tiba-tiba kepalanya terasa berdenyut sakit. Penglihatannya semakin kabur. Jihoon memegang dinding, sebagai sokongan apabila terasa seperti dirinya pening. Kakinya rebah melutut di lantai sambil Jihoon memegang kepalanya. Jihoon menutup mata menahan sakit.

“Niel hyung”

Wajah Daniel tersenyum terpancar pada ingatannya. Jihoon kemudian jatuh rebah ke lantai.

 

“Park Jihoon?”

Sesuatu dirasakan terang menyuluh matanya. Kepalanya terasa sakit namun tidak sekuat tadi. Mulutnya terasa penuh diisi dengan sebuah tiub dan sebuah topeng pernafasan dimukanya.

“Park Jihoon? Awak boleh dengar? Kalau awak dengar suara saya, sila gerakkan jari awak”

Jihoon menggerakkan jari telunjuknya sebaik mendengar jelas suara seseorang memberinya arahan tadi. Jihoon membuka mata. Namun pandangannya gelap.

“Dia dah sedar” Dr Cho memegang jari Jihoon. Separuh terkejut dengan perkembangan pesakit tersebut.

“Jihoon” Woojin yang berdiri di hujung katil, memanggil nama rakannya itu. Dia terkejut apabila mendengar suara Jihoon setelah berbulan lamanya Jihoon koma.

Jihoon tersenyum lemah. Dia kenal suara itu dan tahu Woojin berada dekat dengan dirinya.

“Errrg” Jihoon terasa kepalanya sakit. Tangannya yang disambung cucuk dengan wayar pula terasa berat untuk diangkat. Badannya terasa lemah.

“Jihoon ah~ aku ni Woojin” Woojin mendapatkan Jihoon, menggenggam tangan rakannya.

“Park Woojin shi, boleh kamu hubungi keluarga pesakit dan minta mereka datang ke hospital sekarang?” ujar Dr.Cho sambil tangannya mencatat sesuatu pada sebuah fail keras yang sebelum ini tergantung di hadapan katil Jihoon.

Woojin mengangguk. “Dia tak akan apa-apa kan?” soalnya, menaruh harapan.

Dr.Cho melepaskan satu keluhan lembut. “Keajaiban. Tapi saya tak pasti samada keajaiban ini akan bertahan lama atau tidak” jawab Dr Cho jujur.

Woojin faham apa yang dimaksudkan oleh pakar perubatan itu. Tangan Jihoon masih tidak dilepaskan. Jihoon hanya mendengar setiap apa yang doktor itu katakan.

“Saya akan tinggalkan awak berdua dulu. Kami akan bersedia untuk sebarang kemungkinan, pastikan awak panggil jururawat jika apa-apa berlaku kepada pesakit” Dr Cho kemudian beredar bersama dua orang jururawat.

“Jihoon, kau dengar suara aku?”

Jihoon mengangguk. Air mata mengalir dari tubir matanya. Pandangannya gelap, dan kini dia kembali buta, tidak dapat melihat wajah Woojin walau rakannya itu berada depannya.

“Woojin ah~ terima kasih” ucap Jihoon lemah sebaik mencabut tiub yang bersambung pada mulutnya. Suaranya perlahan, tenggelam dalam alat bantuan pernafasan yang dipakai.

Woojin menggeleng sambil mengusap kepala Jihoon yang masih berbalut dengan kain balutan. Dia cuba menahan sebak. Air matanya mengalir perlahan. Penantiannya selama berbulan-bulan dan akhirnya pada hari ini dia dapat mendengar suara Jihoon memanggil namanya.

“Kau menangis ke?” soal Jihoon, cuba mengukirkan senyuman.

“Kalau kau boleh menangis, kenapa aku tak boleh” balas Woojin.

“Aku nak minta tolong sikit boleh?”

Woojin mengangguk laju. “Cakap je apa kau nak”

“Aku perlukan sebuah alat perakam suara”

Woojin mengelap air matanya menggunakan lengan baju. “Bangun dari koma, kau minta alat perakam?” soalnya aneh.

Jihoon hanya senyum, tidak mempunyai tenaga untuk ketawa. “Boleh tak?”

“Hmm, aku akan suruh orang carikan alat perakam untuk kau. Tapi kenapa?”

“Rahsia” balas Jihoon.

“Rahsia? Kau tak pernah berahsia dengan aku” Woojin agak terasa apabila mendengar perkataan itu.

“Kau akan tahu juga nanti, tapi bukan sekarang”

Woojin mengeluarkan telefon pintarnya, menekan taip beberapa pesanan ringkas. “Aku dah hubungi mama papa kau, nanti mereka akan datang sekali. Alat perakam tu aku dah hubungi pemandu peribadi kau belikan. Sejak kau tidak sedarkan diri, dia selalu hantar aku ke hospital tapi dia tak nak lawat kau sebab katanya dia sedih tengok kau terbaring”

“Tahu. Aku pernah nampak dia beberapa kali sebelum ini, dia hantar kau sampai ke depan pintu bilik”

Woojin yang leka menatap telefonnya terkejut mendengar pernyataan Jihoon itu. “Kau nampak dia? Kau pernah tengok Pemandu Kim?”

Jihoon mengangguk sekali.

“Apa maksud kau? Kau kan tak pernah nampak dia? dia mula bekerja selepas kau dah jadi buta”

“Aku nampak dia beberapa kali. Dia pakai baju sut hitam, kemas. Dia selalu mengintai tengok aku di pintu. Kau ada ajak dia masuk tapi dia tetap enggan”

Woojin menekup tutup mulutnya. Terkejut. “Macam mana kau tahu? Kau dah boleh nampak?” tangannya dilambai-lambai di hadapan muka Jihoon.

Jihoon dapat membayangkan riak wajah Woojin terkejut dengan matanya yang membulat.

“Kalau aku beritahu kau, kau mesti tak akan percaya”

“Aku panggil jururawat sekarang juga, kau buat aku risau”

Jihoon menggeleng. “Jangan” suaranya ditekan sedikit dalam, memberi penegasan. “Kalau kau panggil jururawat, aku tak nak cerita apa-apa pada kau”

Woojin diam, memandang Jihoon yang masih terbaring. Kerusi pelawat yang tersedia lalu ditarik rapat dengan katil Jihoon sebelum Woojin melabuhkan punggung. “Cerita pada aku” ujarnya, memegang tangan Jihoon.

“Semasa aku koma, aku boleh nampak semua benda, aku nampak badan aku sendiri, aku nampak kau yang datang melawat aku hampir setiap hari, dan aku berjumpa dengan seseorang”

“Seseorang?”

“Dia mempunyai nama yang tidak boleh dilupakan”

“Siapa?”

“Kang Daniel”

……………………………………………………

Daniel membelek alat perakam yang dipegang sebelum memandang Woojin di sebelahnya. Mereka berdua duduk di ruang hadapan tempat duduk penonton di dalam stadium tertutup itu. Di tengah gelanggang, Jisung, Seongwoo, Jinyoung dan Jaehwan sedang bergelak ketawa sambil bermain bola. Daniel lalu menekan butang ‘play’ pada alat rakaman tersebut.

‘Anyeong~ hyung~’

Suara Jihoon kedengaran. Woojin dan Daniel saling berpandangan sebelum masing-masing fokus pada alat rakaman tersebut.

“Niel hyung. Hyung sudah sihat? Saya lega. Semuanya berjalan lancar kan?”

…………………………….

Alat rakaman yang diberikan oleh Woojin tadi dipegang erat. Pandangannya gelap, namun Jihoon dapat rasakan katilnya ditolak gerak ke seseuatu tempat.

“Kita akan ke bilik pembedahan?” soalnya.

“Ya pesakit Park Jihoon. Kami sedang membawa awak ke bilik pembedahan. Kami akan buat persiapan untuk melakukan pemindahan jantung” Jihoon dapat mendengar suara jururawat perempuan menjawabnya.

Seketika Jihoon berasa peralihan angin yang lebih dingin. Hidungnya dapat menghidu bau kuat.

“Sediakan pembiusan” suara Dr Cho dapat didengari jelas. “Periksa suhu badan, nadi dan tekanan darah”

“Sudah doktor, keadaan normal. Suhu badannya agak rendah namun masih di paras normal”

“Borang pesakit?”

“Ini doktor”

“Siapa doktor yang akan mengetuai pembedahan? Doktor Jung atau Doktor Shim?”

“Doktor Shim. Pesakit penerima sememangnya merupakan pesakit asalnya”

Jihoon diam mendengar perbualan antara Dr Cho dan beberapa orang jururawat.

“Park Jihoon” Jihoon dapat rasakan sentuhan sejuk tangan Dr Cho yang memakai sarung tangan getah.

“Saya akan bacakan borang persetujuan awak. Sila nyatakan jika ada yang sebarang yang salah” suara Dr Cho juga sedikit tenggelam dalam topeng mulut yang dipakai namun dapat didengari jelas oleh Jihoon.

“Saya Park Jihoon, bersetuju untuk mendermakan jantung saya kepada pesakit komplikasi jantung Kang Daniel. Urusan pembedahan akan ditanggung sepenuhnya oleh keluarga saya dan maklumat peribadi mengenai saya sebagai penderma hanya akan diberitahu atas permintaan penerima iaitu Kang Daniel sahaja”

Jihoon mengangguk. Nama Kang Daniel membuatkannya tersenyum. “Ya doktor. Tiada yang salah”

“Saya dah dapatkan persetujuan ibu bapa awak dan pembedahan akan dijalankan selepas pembiusan”

Kemudian, pintu bilik pembedahan diseret buka, dan Jihoon mendengar bunyi sesuatu menghampirinya.

“Ini pesakitnya?” soal Dr Cho.

“Ya. Kang Daniel. Masalah komplikasi jantung. Semua urusan persetujuan pembedahan dah dilakukan oleh ibu pesakit” jawab Dr Shim, juga sudah lengkap memakai gaun pembedahan berserta sarung tangan, penutup kepala juga topeng mulut.

“Kalau macam tu, kita boleh mulakan pembiusan sekarang”

“Doktor Cho” Jihoon memanggil, tangannya diangkat ke depan, meraba-raba di angin.

“Ya saya” Dr Cho memegang tangan Jihoon. “Saya di sini”

“Boleh tinggalkan saya selamat 5 minit. Hanya lima minit sahaja” pintanya.

“Kenapa?” soal Dr Shim pula.

Jihoon menunjuk pegang alat rakaman pada tangannya. “Saya nak rakam kata-kata terakhir saya”

Dr Cho dan Dr Shim saling berpandangan sebelum Dr Shim menjungkitkan bahu.

“Baiklah. Saya beri awak masa lima minit sebelum pembiusan dilakukan”

“Terima kasih doktor” ucapnya sebelum mendengar tapak kaki beredar menjauhinya.

Alat perakam yang dipegang tadi, lalu ditekan.

“Anyeong~ hyung~” Jihoon memulakan. “Niel hyung. Hyung sudah sihat? Saya lega. Semuanya berjalan lancar kan?”

Jihoon diam seketika, sambil menoleh ke kiri. “Bila hyung dengar rakaman ni, mungkin hyung sudah terima jantung saya. Sekarang Niel hyung ada di sebelah, tapi saya tak dapat lihat hyung. Saya tak nampak apa-apa”

Air matanya di hujung mata, mengalir turun ke telinga. “Hyung, saya dah rindukan suara hyung. Hyung, saya harap sekarang hyung dapat bangun dan panggil nama saya”

Jihoon kemudian kembali pada posisi asalnya. “Kenapa dengan saya ni?” air matanya diseka. “Saya tak patut bersedih kan. Saya sebenarnya tak tahu apa yang saya lakukan ini betul atau tidak, tapi tadi masa hyung menahan sakit, saya sedih melihatnya. Saya tak sampai hati tengok hyung terus menahan sakit. Sepanjang saya berada di hospital, tanpa sesiapa pun dapat melihat saya sehingga saya bertemu dengan hyung, saya sering tertanya-tanya, kenapa saya jadi begini? Kenapa hanya saya? Lepas hyung pengsan, saya dah sedar. Kemudian saya tanya diri saya, kenapa saya sedar masa ini? Adakah ini semua kebetulan? Kini, saya dah jumpa jawapannya. Saya sedar pada masa yang tepat. Jadi saya buat keputusan untuk mendermakan jantung saya. Bukan sebab saya dah tak nak hidup lagi, tapi saya rasa hidup hyung lebih berharga dari saya”

Jihoon berhenti sekejap, mengambil satu nafas. “Hyung, pengalaman paling berharga dalam hidup saya ialah dapat jumpa hyung. Terima kasih atas segalanya. Betul-betul terima kasih. Kang Daniel. Nama yang saya tak akan lupakan. Hidup dan mati. Saya harap hyung dapat terima hadiah terakhir dari saya ni, hargainya dan jangan lupakan saya hyung. Nama saya Park Jihoon. Walaupun perkenalan kita singkat, tapi saya rasa dekat dengan hyung…”

Satu ketukan di pintu bilik pembedahan menhentikan Jihoon.

“Ahh hyung, masanya dah tiba. Doktor dah masuk. Saya harap hyung dapat dengar rakaman ni… saya…” Jihoon melepaskan satu keluhan berat. “Niel hyung saranghae”

…………………………………….

Daniel diam mendengar suara Jihoon melalui alat rakaman sambil menahan air matanya.

“Maaf, saya simpan ia agak lama. Saya ambil masa untuk terima kenyataan. Jihoon dah ceritakan semuanya pada saya. Dari pertemuan pertama di depan mesin air sehingga hyung pengsan di taman” ujar Woojin mencelah. Pandangannya tertatap ke depan. Dia tahu pasti Daniel masih bersedih akan kehilangan Jihoon.

“Terima kasih sebab berikan ni” Daniel menyerahkan alat rakaman itu pada Woojin sebelum ia ditolak dengan baik.

“Ia bukan milik saya” balas Woojin.

Daniel tidak membalas, mengenggam alat rakaman itu erat. Alat itu setidaknya menjadi bukti pertemuannya dengan Jihoon, bukti perkenalan mereka di luar alam mimpi.

“Saya cemburu” tutur Woojin setelah mereka berdua diam seketika. “Lepas dia bangun dari koma, dia ceritakan semuanya, dan saya sangat cemburu. Saya tak boleh nampak dia, saya tak dapat temani dia walaupun dia kawan baik saya. Saya hanya melawat jasadnya sahaja tanpa sedar rohnya di sekeliling saya”

“Dia ucap terima kasih sebab kau sudi lawatnya setiap hari. Dia amat berterima kasih pada kau. Pada hari kita bertemu, Jihoon ada di situ. Aku nampak keihlasan dia. Paling penting, kau ada di samping dia saat dia sedar dari koma” balas Daniel.

“Daniel, apa kau buat di situ?” Jaehwan menjerit panggil sambil melambai tangan.

“Jom” Daniel bangkit berdiri lalu menghulurkan tangannya di depan Woojin.

“Ha?” Woojin mendongak pandang, kehairanan.

“Kau kawan Jihoon, jadi kau mesti jadi kawan aku juga. Jihoon ada di sini…” Daniel menuding tunjuk dada kirinya, “… jadi kau mesti temani dia juga”

“Yah, seorang lagi ikut serta boleh kan?” Daniel menjerit tanya kepada rakannya sambil melambai pegang tangan Woojin.

“Boleh!” Seongwoo menjerit balas.

Woojin menyambut huluran tangan Daniel dan bangkit berdiri. Wajah Daniel tersenyum mengingatkannya kepada senyuman sama milik Jihoon. Mungkin kerana Daniel kini memiliki jantung Jihoon, Woojin tidak merasa kekok dengan Daniel. Mereka berdua berjalan menuruni laluan tangga sebelum mendekati Seongwoo, Jaehwan, Jisung dan Jinyoung.

“Anyeonghasyeo” ucap Woojin sambil mendekati empat sekawan itu.

“Kau nak join kumpulan ni? nama aku Jaehwan, paling popular antara semua kawan Daniel”

“Dia ni suka merepek. Jangan percaya. Aku Ong Seongwoo, kedua popular selepas Daniel”

“Ong Seongwoo?” Woojin ketawa kecil. “Pertama kali saya dengar nama tu”

“Aku Ong Jisung” Jisung menghulurkan tangan yang disambut baik oleh Woojin.

“Aku Ong Jinyoung” Jinyoung pula mendekati Woojin, menepuk bahu rakan barunya itu.

“Yah, yah, korang main-main dengan nama aku ya!” Ong menyeringai marah sebelum ditertawakan oleh yang lain.

Daniel tersenyum melihat kawan-kawannya menerima baik kedatangan Woojin. Daniel memegang dada kirinya sambil menutup mata.

“Jihoon ah~ terima kasih. Aku tidak akan lupakan kau. Park Jihoon, nama yang tidak akan dilupakan”


Ahhh~ terima kasih sudi luangkan masa baca picisan kecil karya ini. Saya sangat hargai setiap komen. Saya otw nk buat lagi satu fanfic Wannaone jugak, tapi lebih kepada action thriller, yang mana guna semua watak Wannaone. Yes, im a wannaone trash. haha. Tapi yang itu, mungkin ambil masa sikit sebab perlukan penelitian sikit. Bila saya dh publish nanti, saya akan post di wall pembaca fanfic ni, so harap awak tinggalkan jejak by komen. hehe. Oh ye, setiap kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah sangat tidak disengajakan. saya akan cari masa untuk reread dn edit semula dari masa ke semasa kalau nampak kesalahan.

For wannable yg ada twitter, bole juga kalau nak follow tw saya @ain19272359

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Funny95
#1
Chapter 4: awat rasa ada habuk masuk dlm mata plak nie? *lap air mata*
T.T
Huarghhh!!!
fanfic_reader_12 #2
Authornimmmmm *jeritttt*


Awak buat saya ngis lagiii.. Waktu pagi lak tuhhh.... TT *flip air mata*

Dhlh tgh sarapan.. Mengalir je air mata ni hah... *nsib baik xde spe nmpk*

Ini pengakhiran ke??!! Huwaghhhhh.. TT....

daebak... Jrng ff bole buat saya ngis... Tersedut hingus lagi... *ok ini gross*

Saya nk pi bca ff lain... Byeiiiiii... *flying kiss*
Park_Rafa88
#3
Chapter 4: Hello author-nim!! Wuaaa nampaknya fanfic baru awak ni tak seperti biasa tapi tetap menarik! It was a nice yet touching! Story yang teratur and kemas besides senang difahami~ tahniah! But saya rasa genre action and thriller lebih sesuai dengan awak well sebab saya dah follow story awak since fanfic Sehun tapi it was a nice try! Saya tetap suka~ Im looking forward for your next fanfic! Dah lama saya tak baca fanfic action dari awak so I was soooo excited to see the new work! lagi-lagi bila ada Wanna One~ Fighting author-nim! *maafkan saya komen panjang sebab saya sukaaaaaa fanfic awakkkk ?
fanfic_reader_12 #4
Chapter 3: Thnx authornim! Awak buat saya mengis diptg hari LPS dpt noti cite ni .. T.T
Awak daebakkk.... Huwarghhhhhhh..........saya sngtlhh mndlmi watak mereka...GOSHHH...tgisan pertama saya Harini...keep update authornim!!! Jjjangg !
Apiacere
#5
interesting!
Funny95
#6
Chapter 2: omo... Niel...sesiapa tolong bawa niel pi hospital
Funny95
#7
Chapter 1: aigoo...saya dapat bayangkan kecomelan Jihoon cebik kat Daniel..
Woojin jangan risau..Jihoon akan sedar juga nanti..huhuhu..