2. Pandangan mata

Nama Yang Tidak Akan Dilupakan

Jihoon tersenyum sambil tangannya mencapai pegang angin di luar. Rambutnya berkibar ditiup angin. Matanya memandang pemandangan yang mereka lepasi, bangunan-bangunan, orang yang berjalan, kenderaan lain juga setiap iklan yang dipapar di bangunan.

Daniel mengerling pandang Jihoon yang fokus kepada pemandangan luar. “Seronok?” soalnya.

Jihoon mengangguk laju. “Ini kali pertama saya keluar dari hospital dalam keadaan sebegini. Menakjubkan, lihat semua bangunan ni”

“Seronok?! Apa yang seronok? Sempit tahu tak” Jaehwan menjeling Daniel di sebelahnya. “Kenapa kau duduk sini, ke sana sikit, sana banyak ruang!” badan Daniel cuba ditolak namun lelaki itu tidak berganjak.

Daniel tidak boleh berganjak memandangkan Jihoon berada di sebelahnya dan dia tersepit antara Jihoon dan Jaehwan.

“Daniel, kenapa kau duduk macam tu, sana ada banyak lagi ruang” celah Minyun sambil menoleh belakang, juga hairan melihat cara Daniel duduk dengan meninggalkan ruang di sebelahnya.

“Ahhh kenapa? aku nak duduk rapat dengan kau” Daniel mencebik manja sambil memeluk bahu Jaehwan. “Uri Jaehwanie”

“Aigoo~ aigoo~” Jaehwan menggoncang bahunya dengan sengaja. Minhyun ketawa kecil melihat telatah dua orang itu.

Jihoon juga tersenyum melihat telatah Daniel. “Saya pun nak duduk rapat dengan hyung” lengan Daniel kemudian dipegang paut.

……………………………………………….

Seongwoo memberhentikan kenderaan di hadapan rumah Daniel. Jaehwan membantu Daniel mengeluarkan beg pakaiannya di tempat letak barang belakang.

“Kiteorang nak lepak di kafe dekat dengan rumah Minhyun hyung, kau tak nak ikut ke?” soal Jaehwan sambil menyerahkan beg pakaian Daniel.

Daniel menggeleng. “Aku nak berehat dulu di rumah” jawabnya.

“Dah lebih sehari kau rehat di hospital, masih tak cukup rehat?”

“Suka hati aku lah nak berehat berapa lama pun”

Minhyun menurunkan cermin kereta sebelum melambai pada Daniel. “Kalau ada apa-apa, call kiteorang”

Daniel membalas lambaian tersebut. “Hmmm! Bye bye”

“Bye. Rehat lah puas-puas” ujar Jaehwan sebelum lesap ke dalam perut kereta. Beberapa saat kemudian, kereta yang dipandu oleh Seongwoo itu bergerak keluar dari kawasan perumahan Daniel.

“Ini rumah hyung?” soal Jihoon, memandang rumah yang sederhana besar itu. Rumah setingkat itu terletak di persimpangan jalan, di kawasan bawah bukit. Daniel mencapai kunci rumah dalam poketnya sebelum membuka pintu.

“Masuklah” pelawanya membuka luas pintu, memberi laluan kepada Jihoon.

“Mak aku tiada di rumah. Dia akan balik malam nanti” Daniel kemudian menutup pintu sebaik mereka berdua melangkah masuk. Jihoon berjalan perlahan, memerhatikan setiap barang dalam sudut ruang tamu rumah tersebut. Setiap gambar, setiap perhiasan, warna-warna, perabut.

“Cantik” komennya sambil tangannya meraba pegang bantal kusyen di sofa. Seketika dia memejam mata, menyentuh dengan teliti setiap barang yang dipegang sebelum membuka matanya semula.

“Ini hyung?” soalnya menghampiri sebuah gambar yang diletakkan di meja perhiasan tepi tingkap.

“Oh, itu aku masa umur setahun. Sambutan hari lahir pertama” jawab Daniel sambil bergerak ke biliknya. Beg pakaian yang dipegang lalu dicampakkan di atas katil sebelum Daniel membuka tanggal jaket yang dipakai.

“Ini bilik hyung?” Jihoon menjenguk di muka pintu. Daniel mengangguk sambil menanggal buka baju dan mencampakkannya ke dalam sebuah bakul kosong di tepi bilik. Sehelai baju tee kosong putih di dalam almari dicapai dan disarung pakai.

Jihoon melilau lihat keadaan dalam bilik itu. Hanya sebuah katil single dan almari sederhana juga sebuah meja kecil dalam bilik tersebut. Terdapat sebuah poster pemain bola keranjang yang Jihoon tidak kenali ditampal di pintu, dan beberapa keping gambar yang ditampal di dinding berdekatan tempat tidur Daniel. Jihoon mengecam beberapa wajah dalam gambar itu, sebagai kawan Daniel yang datang melawatnya di hospital tadi.

Di atas meja pula, terdapat beberapa patung figurine kecil yang disusun juga komik-komik sukan. Jihoon meraba pegang sambil menutup matanya.

“Buat apa?” Daniel menegur sambil melabuhkan punggung di atas katil. Plushie karakter buah pic diambil peluk.

“Saya tengah simpan imej dalam ingatan saya” jawab Jihoon tersenyum, sebelum perhatiannya tertarik dengan patung yang dipegang oleh Daniel. Jihoon menghampiri Daniel, mengambil tempat di sebelah lelaki itu. Daniel menyerahkan patung yang dipegang kepada Jihoon.

“Kenapa nak simpan?” soalnya, melihat Jihoon mengulang perbuatannya.

“Sebab saya takut bila saya dah kembali sedar dari koma nanti, saya akan kembali buta dan tidak dapat melihat apa yang saya lihat hari ni. Jadi saya nak ingat semua benda yang saya pernah lihat supaya bila saya kembali buta, saya boleh nampak bagaimana bentuk dan rupanya” jawab Jihoon, menekan cuit patung tersebut.

“Jadi aku?”

“Hmmm?”

“Adakah nanti kau akan lupakan rupa aku juga?”

Jihoon memandang Daniel. “Boleh saya pegang wajah hyung?”

Daniel memejam mata dan merapatkan wajahnya pada Jihoon. “Peganglah, dan pastikan kau tak akan lupa wajah ni”

Jihoon ketawa kecil sebelum memegang wajah Daniel dan menutup matanya.

“Mata hyung sepet” komennya sambil meraba pegang bahagian mata lelaki itu

“Hidung hyung….”

“Bibir hyung….”

“Dagu hyung…”

“Pipi hyung….”

“Telinga hyung…”

“Aku sensitif sikit bahagian telinga” ujar Daniel masih memejam matanya.

Jihoon tersenyum sambil meraba pegang wajah lelaki itu.

“Dah simpan wajah aku?” soal Daniel, membuka mata, melihat wajah Jihoon dekat.

Jihoon mengangguk sebelum membuka mata.

“Tengok ini, aku ada tahi lalat di sini, jangan lupa tu” Daniel mencapai jari Jihoon, memegang kawasan di tepi matanya.

“Oh betullah” Jihoon memegang tahi lalat tersebut.

“Comel kan?”

Jihoon mengangguk laju.

Daniel kemudian diam, mengamati wajah Jihoon. “Mata kau sangat cantik”

“Mata saya?”

Daniel mengangguk. “Nak tengok?”

“Hyung ada cermin?” Jihoon melilau pandang sekeliling, mencari cermin dalam bilik tersebut.

“Tak perlu cermin” Daniel memegang bahu Jihoon. “Tengok mata aku, jadikan ia cermin. Nampak kan?”

Jihoon ketawa. “Hyung, mata hyung sepet, saya tak nampak”

“Mana ada sepet” Daniel membesarkan matanya.

“Sepet. Saya tak nampak apa-apa bayangan dari mata hyung” Jihoon merapatkan wajahnya, cuba melihat pantulan wajahnya melalui anak mata Daniel. “Tak nampak” ujarnya sambil ketawa.

…………………………………………

Jihoon berbaring di atas lantai sambil melihat kipas di siling yang berpusing perlahan. Pandangannya kemudian beralih ke luar tingkap, melihat siang yang sudah bertukar kepada malam. Gelak tawa Daniel bersama ibunya yang menikmati makan malam dapat didengari jelas. Beberapa ketika Jihoon turut ketawa mendengar cerita lawak yang diceritakan oleh ibu Daniel. Jihoon menyambung fokusnya kepada kepingan puzzle yang cuba disambung. Sebahagian besar gambar puzzle sudah berjaya disiapkan. Satu demi satu, kepingan puzzle diletak cantum dengan kepingan yang lain, sedikit demi sedikit membentuk satu imej besar. Jihoon tersenyum bangga melihat hasil kerjanya.

Sambil memegang kepingan puzzle, Jihoon melihat tangannya yang kelihatan semakin pudar. “Kenapa ni?’ Jihoon hairan sambil memandang jari-jemarinya.

“Jihoon ah, buat apa?”

Jihoon menoleh pandang Daniel yang baru masuk. “Dah siap makan?” soalnya.

Daniel tersenyum sambil mengangguk seraya menutup semula pintu.

“Hyung, boleh saya nak tanya sesuatu?” Jihoon bangkit duduk, melunjurkan kaki.

“Nak tanya apa?” Daniel melabuhkan punggung di atas katil, memberi tumpuan kepada Jihoon yang duduk di atas lantai.

“Salah seorang kawan hyung, dia panggil hyung ‘Niel’. Jadi, boleh tak kalau saya nak panggil hyung, Niel hyung?”

Daniel ketawa kecil. “Kau boleh panggil aku apa sahaja. Kawan aku tu nama dia Seongwoo. Dia, minhyun hyung, Jisung hyung, Jaehwan, Sungwoon hyung, Jinyoungie, mereka semua kawan baik aku sejak dari zaman sekolah” balasnya sambil melentangkan diri atas katil. “Mereka semua terima aku seadanya, dan kadang mereka bergilir teman aku ke hospital untuk dapatkan ubat”

Jihoon bangkit menghampiri Daniel, berbaring di sebelah lelaki tersebut di atas katil yang sempit itu. Daniel mengalih badannya menghampiri dinding untuk memberi Jihoon ruang.

“Hyung sejak bila ada masalah komplikasi jantung?”

“Sejak lahir” balas Daniel. Kedua-duanya baring sambil mengadap tingkap yang terbuka. Separuh hamparan langit dihiasi dapat dilihat jelas dari tempat mereka.

“Sejak kecil, semua pergerakan aku terbatas, tapi kawan-kawan aku sentiasa menemani aku. Aku suka sukan dan permainan lasak tapi aku tak boleh sertai semua tu, jadi mereka sertainya dan izinkan aku datang tengok mereka berlatih. Aku bertuah sebab ada kawan-kawan macam mereka”

Jihoon diam mendengar. Dia tak dapat mengaitkan semua itu dengan kehidupannya. Kawan yang dimiliki sejak dari kecil hanyalah Woojin. Jihoon tiada kawan yang melayannya sama seperti kawan-kawan Daniel.

“Saya pun nak jadi kawan baik hyung, sentiasa di sisi hyung” tutur Jihoon perlahan.

“Hmmm”

“Saya akan melekat 24jam dengan hyung, saya takkan sesekali lepaskan Niel hyung”

Daniel ketawa kecil. “Nanti aku akan muak dengan kau”

Jihoon mengeleng. “Hyung tak akan muak dengan saya. Pagi petang, siang malam, saya akan bersama hyung. Saya akan ikut hyung ke mana saja hyung pergi. Susah dan senang, saya akan sentiasa sokong hyung. Baik dan jahat, saya akan temani hyung” Jihoon diam seketika. “Bukan sebagai roh yang terpisah dari jasad, tapi sebagai Park Jihoon yang sedar dari koma”

“Kau akan sedar nanti. Bila kau dah bangun nanti, aku akan sentiasa lawat kau”

Jihoon diam tidak membalas. Secara senyap, dia berdoa apa yang Daniel katakan akan menjadi kenyataan.

“Jihoon ah?” Daniel memanggil, menyedarkan Jihoon dari lamunannya.

“Ha?” Jihoon menoleh pandang lelaki itu yang berada di sebelahnya.

“Kau nak keluar? Tengok pemandangan malam sebelum pagi esok aku hantar kau semula ke hospital. Esok tengahari aku dah kena berkerja semula” Daniel mengiringkan badannya ke kiri, menatap wajah anak muda itu.

Jihoon hanya mengangguk dan mengukirkan senyuman apabila matanya bertentang dengan mata Daniel.

……………………………………….

Daniel menyarung pakai topi keselamatan sebelum beralih pandang Jihoon. Anak muda itu masih dengan pakaian hospital dan selipar lembut milik hospital.

“Kau tak perlukan ni?” Daniel menhulurkan topi keselamatan. Mukanya kosong.

Jihoon ketawa kecil. “Hyung, tiada sesiapa boleh nampak saya dan kalau saya jatuh pun saya tak akan cedera”

“Ha kalau macam tu, pegang aku kuat-kuat” Daniel menghidupkan enjin motor dan seketika dapat rasakan Jihoon di belakangnya.

“Sedia?”

“Ya!” Jihoon meninggikan suara, teruja. Motor yang dibawa Daniel mula mencapai kelajuan tinggi apabila mereka meninggalkan kawasan perumahan tersebut. Angin malam meniup rambut Jihoon, anak muda itu bersandar di belakang badan Daniel. Tangan Jihoon dikunci peluk di bawah dada Daniel. Seketika Jihoon memejam mata, cuba menikmati saat itu, ingin menyematkannya dalam memorinya supaya ia tidak akan dilupakan.

“Macam mana?” Jihoon mendengar suara Daniel di sebalik topi keledar yang dipakai. Jihoon mengangguk sambil menjawab, “Menakjubkan!”

Daniel memberhentikan motorsikalnya di tepi sungai Han, di sebuah taman. Jihoon melompat turun dari kenderaan bertayar dua itu.

“Waa, menakjubkan. Pertama kali saya menunggang motorsikal sepanjang hidup saya!” Jihoon mendepakan tangan, menjerit dengan nada tinggi.

Daniel membuka topi keledar yang dipakai. Dadanya berombak naik, mula terasa sakit mencucuk. Namun bibirnya tersenyum puas melihat keriangan Jihoon.

“Terima kasih Niel hyung” ucap Jihoon menoleh pandang Daniel yang masih berada di atas motor. “Saya harap bila saya sedar nanti, saya tak akan lupakan pengalaman ini”

“Bila kau dah sedar nanti, aku boleh bawa kau sekali lagi” ujar Daniel sambil memegang dada kirinya. Nafasnya mula terasa sesak.

“Niel hyung” Jihoon menghampiri lelaki itu dan membantu lelaki itu untuk duduk di sebuah bangku batu di taman tersebut. “Niel hyung”

“Aku tak apa-apa” balasnya, sedaya upaya cuba mengukirkan senyuman sambil memandang wajah Jihoon yang mula bimbang.

Jihoon memegang dada Daniel. “Niel hyung. Sakit? Niel hyung tak sepatutnya terdedah dengan angin sejuk”

Daniel menggeleng sambil mengetap bibir menahan sakit. “Aku lega sebab dapat buat kau gembira”

Daniel kemudian mencapai pegang pipi Jihoon. “Jangan risau, aku dah biasa sakit macam ni” ujarnya sebelum rebah jatuh ke tanah.

“Niel hyung! Niel hyung!”

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Funny95
#1
Chapter 4: awat rasa ada habuk masuk dlm mata plak nie? *lap air mata*
T.T
Huarghhh!!!
fanfic_reader_12 #2
Authornimmmmm *jeritttt*


Awak buat saya ngis lagiii.. Waktu pagi lak tuhhh.... TT *flip air mata*

Dhlh tgh sarapan.. Mengalir je air mata ni hah... *nsib baik xde spe nmpk*

Ini pengakhiran ke??!! Huwaghhhhh.. TT....

daebak... Jrng ff bole buat saya ngis... Tersedut hingus lagi... *ok ini gross*

Saya nk pi bca ff lain... Byeiiiiii... *flying kiss*
Park_Rafa88
#3
Chapter 4: Hello author-nim!! Wuaaa nampaknya fanfic baru awak ni tak seperti biasa tapi tetap menarik! It was a nice yet touching! Story yang teratur and kemas besides senang difahami~ tahniah! But saya rasa genre action and thriller lebih sesuai dengan awak well sebab saya dah follow story awak since fanfic Sehun tapi it was a nice try! Saya tetap suka~ Im looking forward for your next fanfic! Dah lama saya tak baca fanfic action dari awak so I was soooo excited to see the new work! lagi-lagi bila ada Wanna One~ Fighting author-nim! *maafkan saya komen panjang sebab saya sukaaaaaa fanfic awakkkk ?
fanfic_reader_12 #4
Chapter 3: Thnx authornim! Awak buat saya mengis diptg hari LPS dpt noti cite ni .. T.T
Awak daebakkk.... Huwarghhhhhhh..........saya sngtlhh mndlmi watak mereka...GOSHHH...tgisan pertama saya Harini...keep update authornim!!! Jjjangg !
Apiacere
#5
interesting!
Funny95
#6
Chapter 2: omo... Niel...sesiapa tolong bawa niel pi hospital
Funny95
#7
Chapter 1: aigoo...saya dapat bayangkan kecomelan Jihoon cebik kat Daniel..
Woojin jangan risau..Jihoon akan sedar juga nanti..huhuhu..