FINAL

Our Choices

 

 

                                                                                               

 

Suasana begitu sunyi dan sejuk. Angin yang bertiup dirasakan menusuk ke tulang.

Jam tepat menujukkan pukul 3 pagi.

Ketika itu, Seokjin dan Namjoon berjalan berdua. Masing-masing mendiamkan diri melayani fikiran sendiri.

“Hyung,” Tiba-tiba Namjoon bersuara memecahkan kesunyian.

Seokjin menoleh perlahan kearah jejaka yang muda setahun darinya itu. “Kenapa?”

Namjoon tidak segera menjawab. Diam seketika.

“Taehyung,”

Seokjin menoleh sedikit kearah Namjoon apabila jejaka tersebut menyebut nama Taehyung.

Entah mengapa dia berdebar apabila Namjoon menyebut nama Taehyung.

“Taehyung, masih marahkan sayakah?” Soal Namjoon sambil menoleh kearahnya. Membuatkan langkah kaki mereka berdua serentak terhenti.

Seokjin tersenggih setelah berdiam diri beberapa ketika. Tidak menyangka bahawa Namjoon akan bertanyakan soalan seperti itu.

“Tidaklah. Mana ada.” Jawab Seokjin lantas merangkul bahu Namjoon dan mereka kembali meyambung perjalanan mereka perlahan. “Kenapa awak fikir macam tu?”

Sunyi seketika.

“Sebab saya yang salah.” Kata Namjoon perlahan.

Seokjin tersenyum lemah memandang kearah Namjoon. Rangkulan di bahu Namjoon semakin dieratkan.

“Taklah. Jangan fikir yang bukan-bukan. Taehyung hanya perlukan masa. Dia perlukan masa untuk dirinya dan juga keadaan di sekelilingnya.” Ujar Seokjin.

“Tapi kenapa dia jadi sebegitu?” Soal Namjoon lagi. Dia semakin menundukkan wajahnya.

“Tak, Namjoon.” Suara Seokjin kedengaran begitu lembut cuba untuk memujuk Namjoon. “Taehyung tak marahkan siapa-siapa. Dia,”

“Dia kecewa dengan saya.” Namjoon memotong kata-kata Seokjin. “Dia kecewa, hyung.”

Seokjin hanya mendengar. Kedengaran sedikit sedu daripada dihujung kata-kata Namjoon.

Penyesalan sangat jelas di wajahnya.

Seokjin menghela nafas panjang. Dia menjadi bingung untuk melakukan apa lagi agar jejaka di sisinya itu berhenti dari terus menyalahkan dirinya atas apa yang berlaku. Atas sikap Taehyung yang menjauhkan diri dari mereka.

Ya, Taehyung mulai menjauh dari mereka.

Kenyataan yang tidak dapat diubah. Mulanya, Taehyung hanya menolak untuk keluar bersama mereka. Tetapi semakin lama, Taehyung mulai menghilang. Dia jarang membalas mesej mereka. Kadang-kadang dia membalas tetapi penuh kedinginan. Taehyung juga tidak lagi aktif di sns miliknya. Taehyung lebih banyak mengelak sekiranya terjumpa mereka.

Yang lain mungkin tidak terkesan sangat dengan ketiadaan Taehyung, tetapi Namjoon merasakan kekosongan itu. Kerana mereka berdua begitu rapat seperti mana rapatnya Jungkook dan Yoongi, Jimin dan Hoseok.

Tetapi keadaan telah mengubah Taehyung. Dari seorang yang periang kepada seorang yang dingin dan pemuram.

Di saat Taehyung sangat memerlukan teman di sisi, Namjoon tidak dapat memenuhi permintaan tersebut. Dan itulah permulaannya Taehyung mula menjauhkan diri.

Oleh sebab itu, Namjoon terusan menyalahkan dirinya.

“Sebab saya tak berada bersamanya. Saya tak membantunya langsung. Malah saya biarkan dia dan mungkir janji untuk terus berada di sisinya. Sekarang, dia semakin menjauh dari kita!” Kata Namjoon beserta air mata yang mulai jatuh ke pipinya. Nada suaranya perlahan tetapi keras.

Seokjin mengeluh lagi.

“Taehyung tak tahu keadaan di sebelah awak macam-mana. Kalau awak cerita dengan dia, pasti dia akan faham.” Ujar Seokjin. “Kadang-kala kita perlu laluinya bersama. Ada kalanya kita perlu laluinya sendirian. Kita tidak boleh kongsi jalan hidup yang sama, Namjoon. Kita, masing-masing, mempunyai jalan cerita tersendiri. Saya, awak dan yang lain hanyalah watak sampingan dalam cerita Taehyung. Begitu juga Taehyung dalam cerita awak.”

“Tapi Taehyung tak mahu jumpa saya.” Balas Namjoon.

“Sebab awak tak cari dia.” Tegas Seokjin. “Taehyung mahu awak yang cari dia kali ni.” Seokjin memandang tepat ke dalam mata Namjoon. “Sebab dia dah penat cari awak waktu tu. Taehyung jumpa saya dan yang lain tapi bukan kami yang dia mahu. Dia mahukan awak. Jadi, kali ni awak pula yang kena cari dia.” Kata Seokjin yang kini berhadapan dengan Namjoon.

“Saya dah cuba. Tapi dia,”

“Cuba lagi!” pintas Seokjin. “Awak perlu cuba lagi Namjoon. Jangan putus asa. Cuba lagi!”

Namjoon dan Seokjin berpandangan sesama sendiri. Keadaan dibiarkan sunyi begitu lama.

“Tak boleh, hyung. Saya tak boleh.” Ujar Namjoon lantas berlalu pergi meninggalkan Seokjin sendirian.

Seokjin menjadi geram mendengar kata-kata Namjoon. Penumbuknya digenggam erat.

Kemudian dia mengeluh. Tiada gunanya dia memarahi Namjoon mahupun Taehyung. Kerana ini adalah keputusan mereka berdua.

Tidak! Ini adalah keputusan mereka.

Mereka yang memutuskan untuk tidak mencari Taehyung.

Mereka pernah cuba untuk mencari tetapi Taehyung semakin menjauh dari mereka.

Seokjin tidak tahu sampai bila hal ini akan berlanjutan.

Mungkin saja akan dibiarkan begitu. Kerana masing-masing cuba untuk move on dan meneruskan apa yang dihadapan mereka.

Masing-masing telah memilih jalan mereka sendiri.

Siapa yang terluka? Kenapa terluka? Apakah sebabnya?

Lebih kepada mereka tidak mahu memikirkannya.

Sebab ini adalah keputusan yang dilakukan oleh diri itu sendiri.

Dan diri itu sendiri perlu bertanggungjawab atas keputusan yang dia lakukan.

 

 

 

THE END.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet