CHAPTER FOUR

Our Choices

                                                                    

 

“Cheers!”

Empat gelas di lagakan bersama. Masing-masing tersenggih sambil melihat kearah satu sama lain. Itu adalah perjumpaan mereka yang ke sekian kalinya selepas setahun yang lalu.

Seokjin tersenyum melihat kearah rakan-rakannya.

Satu, dua, tiga, empat.

Hanya empat sahaja yang tinggal. Termasuk dirinya.

Setahun lalu mereka berenam. Tetapi perjumpaan tersebut disertai oleh pengumuman mengejut dari Hoseok dimana dia akan berkahwin pada hujung tahun tersebut.

Yoongi, Jimin, dan Jungkook bercerita dengan riuh. Seolah-olah hanya mereka yang berada di situ. Seriuh kedai makan yang mereka kunjungi itu. Bau alcohol memenuhi seluruh isi ruang. Minuman berwarna kuning keemasan itu memenuhi meja setiap pelanggan.

Dalam keriuhan itu, Jimin tiba-tiba melihat kearah telefon bimbitnya. Dia merenung lama telefon bimbit itu. Membaca mesej yang baru sahaja diterimanya.

“Guys,”

Seokjin, Yoongi dan Jungkook menoleh kearah Jimin. Menanti kata-kata Jimin seterusnya. Entah mengapa Seokjin tiba-tiba berasa gementar.

“Hoseok dapat anak lelaki!” jerit Jimin penuh dengan kegembiraan.

Yoongi dan Jungkook turut bersorak kegembiraan. Mereka memberikan high five antara satu sama lain kerana terlalu gembira.

“Seperti yang dijangka! Hoseok jjang!” Kata Yoongi lalu meneguk minumannya.

Seokjin tersenyum lega.

Kini Hoseok tidak boleh menyertai mereka lagi kerana jejaka itu sibuk menguruskan keluarga kecilnya. Hoseok kelihatan gembira walaupun terpaksa bekerja keras demi sesuap nasi. Kata Hoseok, dia tidak peduli sepenat mana dirinya asalkan dia mempunyai teman disisi. Biarpun dia penat di luar tetapi apabila pulang ke rumah, isterinya menyambutnya dengan penuh senyuman. Itu sudah memadai baginya. Kini, rumah Hoseok bakal diserikan lagi dengan kehadiran si kecil.

Hanya dengan membayangkan itu, Soekjin turut berasa gembira. Hoseok telah menjumpai penawar hidupnya.

Tiba-tiba, Seokjin tersentak.

Fikirnnya tiba-tiba beralih kepada dia.

Dia yang telah berpaling daripada mereka. Dia yang telah menunjukkan belakangnya kepada mereka. Dia yang telah memutuskan untuk bersendirian.

Dia,,,

“Namjoon hyung,”

Suara Jungkook mengembalikan Seokjin kepada realiti.

Seokjin melihat tepat kearah Jungkook yang sedang menoleh kearah pintu masuk kedai makan tersebut. Yoongi dan Jimin juga sama.

Perlahan Seokjin berpaling dan melihat Namjoon berdiri di situ sambil tersenyum nipis kearah mereka.

Namjoon dan Seokjin bertukar pandangan.

Meskipun Namjoon tidak bersuara tetapi Seokjin seolah-olah memahami apa yang sedang dirasakan oleh rakannya yang satu ini.

Namjoon melangkah lemah kearah mereka lalu duduk di sisi Seokjin. Tanpa banyak soal, Yoongi menuangkan minuman tersebut ke dalam gelas lalu dihulurkan kepada Namjoon.

Namjoon menyambutnya tanpa banyak soal dan meneguknya seperti orang yang telah lama berada dalam kehausan.

Selepas itu, mereka semua minum dalam keadaan yang sunyi. Tiada siapa yang menghentikan Namjoon yang terus-terusan meneguk minuman berwarna kuning keemasan tersebut.

Seokjin tahu di sebalik senyuman rakan-rakannya, mereka juga merasakan kerinduan tersebut. Seperti mana Namjoon rasakan.

Mereka merindukan kehadirannya bersama mereka.

Seperti dulu kala.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet