CHAPTER TWO

Our Choices

 

                                                                    

 

Taehyung pulang ke rumah pagi itu setelah semalaman bekerja di kedai serbaneka 24 jam, hanya di sambut dengan wajah suram dan penuh kerisauan dari kedua ibu bapanya yang sedang duduk di meja makan.

Taehyung tahu kedua ibu bapanya sedang membincangkan sesuatu sebelum itu. Tetapi mendengarkan Taehyung yang telah pulang, mereka berhenti serta merta. Kedua ibu bapanya sering saja cuba untuk merahsiakan masalah yang dihadapi mereka. Namun begitu, Taehyung tetap dapat melihatnya dengan jelas dari mata kedua ibu bapanya meskipun tidak memberitahunya.

“Selamat pulang Tae.” Sapa ibunya. “Mari sini duduk sarapan.” Ada senyuman di wajah itu. Senyuman yang dipura-purakan.

Suara ibunya yang memanggil lembut sangat menyentuh hati. Serasanya ingin saja dia menangis. Tetapi dia tahu benar bahawa dia perlu kuat demi kedua ibu bapanya untuk terus kuat. Oleh itu, Taehyung cuba sedaya upaya untuk menyembunyikan perasaannya.

Ibunya menuangkan teh panas lalu dihulurkan kepadanya. Sempat pandangan mata mereka bertaut. Senyuman masih tidak lekang dari wajah itu. Membuatkan hati Taehyung semakin pedih.

Taehyung meneguk perlahan teh tersebut. Cuba untuk berlagak biasa seboleh yang mungkin.

Suasana sunyi.

“Ayah,” Suara Taehyung memecahkan kesunyian membuatkan ayahnya tersentak lalu pantas berpaling kearahnya.

Mereka berpandangan seketika. Kemudian Taehyung tersenyum kepadanya. Dia mengeluarkan sepucuk sambul lalu dihulurkan kepada ayahnya.

“Ini, sedikit duit buat kiriman kepada Jeong Gyu. Tae baru dapat gaji tadi.” Ujar Taehyung.

Ayahnya tidak berkata apa-apa. Ibunya juga sama. Mereka hanya mendiamkan diri dan melihat kearah Taehyung.

Taehyung faham akan maksud riak wajah tersebut. Itu bukanlah kali pertama. Setiap kali Taehyung menghulurkan duit kepada kedua ibu bapanya, Taehyung sedar ada keraguan yang muncul dari wajah tersebut.

Ayahnya pernah memberitahu Taehyung untuk tidak berasa risau mengenai masalah kewangan yang mereka hadapi. Ayahnya akan berusaha seboleh yang mungkin untuk menyara mereka sekeluarga. Ayahnya mahukan Taehyung untuk menikmati masanya seperti mana anak muda seumurnya yang lain.

Namun begitu, Taehyung tidak sampai hati untuk terus membiarkan kedua ibu bapanya terus-terusan berhempas pulas mencari rezeki siang malam bagi menyara mereka sekeluarga. Oleh itu, dia bekerja di kedai serbaneka 24 jam tersebut demi membantu kedua ibu bapanya.

Taehyung majukan lagi sampul tersebut kehadapan ayahnya. “Tak apa, ayah. Ambil saja duit ni dan kirimkan kepada Jeong Gyu. Dia lebih perlukan duit.” Ujar Taehyung.

“Te … Terima kasih Tae.” Ucap ayahnya perlahan. Barulah Taehyung melihat senyuman di wajah ayahnya.

Taehyung tersenyum lega. Ibunya juga sama.

Ada kegembiraan pada hati Taehyung melihat senyuman di kedua wajah ibu bapanya.

“Ha`ah! Asyik Jeong Gyu saja diberikan duit.”

Suara tersebut membuatkan mereka bertiga terkejut. Pantas Taehyung menoleh kearah belakangnya dan kelihatan Eun Jin iaitu adik bongsunya sedang bersandar di dinding sambil berpeluk tubuh.

‘Ah! Habislah!’

“Saya yang dirumah ni langsung tak dipandang. Tahulah saya ni tak guna. Tak dapat lanjutkan pelajaran macam Jeong Gyu,”

Wajah gembira kedua ibu bapanya seraya bertukar kembali kepada sebelumnya.

Taehyung lantas berdiri lalu menolak Eun Jin keluar dari ruang makan.

“Ah! Kenapa dengan abang ni?!” Marah Eun Jin.

“Mari ikut abang ke bilik. Abang bagi awak duit.” Kata Taehyung sambil menarik tangan Eun Jin.

“Ah, kalau ya pun janganlah Tarik! Sakitlah!” Jerit Eun Jin.

“Mari sini. Lekas.”

 

 

**************************

 

 

Taehyung menghulurkan beberapa keping not kepada Eun Jin.

“Ni jak?” Soal Eun Jin. “Seriouslah bang. Mana cukup ni.” Sambung gadis itu lagi.

Tanpa banyak kata, Taehyung membuka almarinya lalu mengambil satu bekas yang disimpan di dalam almari tersebut. Di hadapan bekas tersebut terdapat satu kertas yang di tampal dengan tulisan ‘Seonjaedo’.

Taehyung segera membuka bekas tersebut lalu mengeluarkan duit yang ada di dalamnya lantas diberikan kepada Eun Jin. Serta merta senyuman lebar terpampang di wajah adik bongsunya yang satu itu.

“Terima kasih. Abang Tae jjang!” Kata Eun Jin dengan gembira dan terus berlalu keluar dari bilik Taehyung.

Taehyung menutup pintu biliknya kemudian melangkah lemah kearah katilnya. Duduk di birai katil sambil melihat kearah perkataan ‘Seonjaedo’ yang tertampal pada bekas yang sebelumnya berisi tetapi kini menjadi telah menjadi kosong.

Taehyung mengeluh lantas merebahkan badannya ke atas tilam.

Nampaknya hasratnya untuk pergi ke Seonjaedo terpaksa di tangguhkan sekali lagi.

Entah bilalah agaknya dia akan dapat pergi ke sana semula.

Saat itu, segala kenangan di Seonjaedo kembali menerpa di ingatan Taehyung. Semua kenangannya dengan rakan-rakannya sewaktu mereka di Seonjaedo kembali menerpa di ingatan.

Memberikan senyuman pada wajah Taehyung dan juga kepedihan pada hatinya.

Ketika itu, anjing peliharaan Taehyung muncul dan segera menggeserkan badannya pada Taehyung. Menunjukkan betapa gembiranya dia apabila melihat Tuannya kembali.

Senyuman Taehyung semakin melebar. Dia segera mengangkat anjing miliknya itu lalu kembali berbaring bersama.

“Hi Yeontan. Rindu saya?”

Anjingnya yang bernama Yeontan itu lantas menyalak seolah-olah menjawab pertanyaannya membuatkan Taehyung tersenggih.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet