CHAPTER THREE

Our Choices

 

                                                        

 

“Seonjaedo?”

Seonu dan Taehyung berpandangan sesama sendiri.

Taehyung mengangguk mengiyakan.

“Kenapa nak pergi ke Seonjaedo?” Soal Seonu.

Seonu masih tidak memahami apa-apa. Seonu langsung tidak memahami apa yang Taehyung cuba untuk lakukan.

Jejaka itu cuba untuk menjauhkan dirinya. Tetapi dalam masa yang sama, mengapa dia perlu ke sana? Untuk mengutip semula kenangannya bersama mereka? Bukankah dia cuba untuk melupakannya.

Taehyung tidak menjawab. Seperti biasa. Jejaka itu hanya mendiamkan dirinya sambil berjalan seiring bersamanya.

“Seonjaedo … adalah tempat yang selalu kami pergi dulu.” Kata Taehyung tiba-tiba.

Seonu berasa gembira kerana akhirnya Taehyung mula menjawab pertanyaannya. Taehyung sering menceritakan mengenai rakan-rakannya kepada Seonu.

Melalui Taehyung, Seonu mengenali Seokjin, Jimin, Namjoon, Yoongi, Hoseok dan Jungkook.

Taehyung sangat menyayangi rakan-rakannya ini lebih dari apa pun. Kerana sebelum ini Taehyung tidak pernah merasakan yang dia mempunyai rakan. Taehyung tidak pernah merasakan yang dia di terima. Malah orang sekelilingnya lebih banyak mempersoalkan dirinya.

Kenapa dia bersikap sebegitu?

Kenapa dia mempunyai wajah sebegitu?

Bla … bla .. bla.

Namun, selepas bertemukan mereka, Taehyung sedar yang dia boleh menjadi dirinya sendiri. Dia sedar masih ada yang mahu menerima dirinya. Dia boleh ketawa sepuasnya, menangis sepuasnya mahupun marah sepuasnya. Dia sedar yang mereka ini membebaskan dirinya yang sebenar. Tanpa mempersoalkan dirinya.

Taehyung tahu, saat itu juga dirinya menjadi terlalu manja disebabkan mereka. Hati Taehyung menjadi terlalu manja dengan mereka hinggakan dia tidak sanggup untuk melepaskan mereka. Dia tidak sanggup untuk berjauhan dari mereka. Dia tidak berani untuk menghadapi segalanya sendiri kerana dia terlalu bergantung kepada mereka.

Oleh itu, Taehyung cuba untuk menjauhkan dirinya.

Oleh itu, Taehyung cuba untuk melupakan mereka.

Oleh itu, Taehyung membelakangi mereka.

Oleh itu, Taehyung menyalahkan mereka kerana tidak bersamanya pada saat dia berada di tahap paling teruk. Di saat dia tidak dapat melelapkan matanya dan menangis seorangan.

Dia menyalahkan mereka kerana membiarkannya sendirian menghadapi kegelapan dalam hidupnya.

Tetapi, Taehyung sedar yang dia tidak boleh menyalahkan sesiapa pun. Dia hanya boleh menyalahkan dirinya sendiri. Semua ini adalah takdir untuknya. Semua ini adalah jalan hidupnya. Semua ini adalah untuknya. Mahu atau tidak, dia perlu hadapinya.

Namun, hatinya masih lagi manja pada mereka. Hatinya meronta mahukan sentuhan mereka.

Taehyung cuba untuk melawan kemahuan hatinya. Menjadikan dirinya semakin bingung dan keliru.

“Kenapa perlu lawan? Kenapa tak turuti saja?”

Taehyung menundukkan pandangannya saat soalan itu dilemparkan kepadanya.

“Sebab saya tak nak menyusahkan mereka.” Jawabnya.

“Memangnya awak selalu menyusahkan merekakah?”

Soalan Seonu membuatkan Taehyung ketawa kecil. Kemudian dia mengangguk perlahan dan ketawa itu hilang dari wajahnya.

“Maksud awak?”

“Awak takkan faham. Mereka terlalu bagus untuk saya. Terlalu bagus hinggakan saya rasa saya tak layak untuk mereka. Saya yang tak guna ni hanya terus mahukan sesuatu dari mereka. Sedangkan saya tak pernah lakukan apa-apa untuk mereka. Mereka adalah keajaiban yang dikirimkan kepada saya. Keajaiban yang langsung tidak layak untuk saya miliki.”

Seonu kini melemparkan pandangannya kepada laut yang terbentang luas di hadapannya. Sama seperti Taehyung.

“Sampai bila awak nak terus begini?”

Kini giliran Taehyung memandang kearah Seonu.

“Awak menjauhkan diri dan mereka langsung tidak mencari awak. Awak dah berjaya. Jadi, apa yang awak nak buat selepas ini?” Ujar Seonu.

Taehyung mengangkat bahunya tanda tidak tahu dan kembali memandang laut.

“Terus merindu, mungkin.”

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet