Universiti

Fobia [R]
yDxbjKK.png
k2Ed066.gif
EMPAT TAHUN KEMUDIAN
Kayleen Swan menahan nafasnya di saat pintu kubikal dibuka dari luar. Suara-suara para pelajar yang kedengaran sewaktu pintu terbuka hanya menerbitkan kesal dari dalam diri kerana telah membuat keputusan untuk datang ke perpustaan walaupun adalah cuti.
"Kak Kay...tahniah sebab berjaya masuk universiti Seoul!"
Biarpun pemilik suara tersebut hanyalah sepupunya, Elsie, debaran di sebalik dada tidak berhenti. Dan Kayleen sendiri sudah terbiasa akannya.
"Lepas ni akak tak payah dah duk seorang dekat vila tu," gadis beruniform biru cerah dipadani skirt berjalur kelabu itu dengan riangnya melingkari leher Kayleen dari belakang. Dagunya direhatkan pada atas bahu kanan milik Kayleen yang sudah kelihatan seperti orang sembelit itu.
"Seoul?" Berkerut dahi Kayleen menemani soalan yang dilontar dengan nada mendatar. Kepalanya dicondongkan sedikit ke tepi. "Kau dengar dari mana?" sambungnya.
Seribu persoalan mulai bertapak di dalam kepala Kayleen. 'Aku tak pernah pun hantar permohonan masuk universiti...' fikirnya dalam.
Kayleen Swan ialah antara ribuan lepasan sekolah menengah tinggi, dan ketika pelajar-pelajar lain sibuk mengisi permohonan untuk memasuki universiti, hanya Kayleen yang terkecuali. Kerana tidak pernah terlintas di dalam fikirannya untuk meneruskan pelajaran.
"You're joking..." suara rendah Kayleen menunjukkan bahawa dia sendiri berperasaan 50-50 terhadap kata-kata Elsie tadi.
Elsie menegakkan tubuhnya, kemudian menarik kerusi di sebelah Kayleen. Bibirnya dimuncungkan, seakan berasa terkilan tentang sesuatu. "Nama akak yang paling atas...dekat notice board luar tu!" ujarnya selamba seraya meletakkan dagunya di atas lengan.
Bagai hendak gugur jantung Kayleen mendengar balas kata Elsie tadi. Meskipun sukar dipercayai namun jauh dari lubuk hati, Kayleen gagal tuk mengusir ragu yang semakin menebal di dalam hatinya. "Aku tak mohon pun..." bisiknya perlahan.
Elsie tersenyum anak menyaksikan ekspresi wajah sepupunya itu. "Best nyer akak dapat tinggal serumah dengan abang Eunwoo..." Sejak tadi, Elsie hanya mengatakan apa yang terlintas di dalam pemikirannya. Biarpun dapat menghidu keresahan yang tertanam di dalam diri sepupunya itu, dia dengan sikap acuh tak acuhnya itu hanya menganggap segalanya akan terlerai dengan sendirinya nanti.
Sedar yang ada beberapa pasang mata memerhatikan mereka berdua, Kayleen mengerling ke sekelilingnya. Apabila matanya bertembung dengan pemilik pemerhati tersebut, dia pula yang melarikan pandangan. Kayleen benci diperhatikan; tekaknya loya setiap kali perasaan janggal itu mulai menyerbu jiwa dan mindanya. 
"Elsie Jung...k-kau yang hantar permohonan guna nama aku?" tenggelam timbul suara Kayleen melontarkan keraguan yang berdering ibarat loceng ke dalam benak pemikirannya. Siapa lagi yang akan menghantar permohohan bagi pihaknya melainkan Elsie, sepupunya yang gemar masuk campur di dalam perihal orang lain itu?
Elsie mendongakkan dagu, "Heol...akak ni, boleh pula ke situ..." Kening kanannya ternaik ke atas. Sambil tersenyum senget, Elsie menunjukkan skrin telefon bimbitnya ke muka Kayleen. "Mak akak baru je mesej bagitau yang abang Eunwoo dah bertolak dari Seoul ke sini..." beritahunya bersungguh-sungguh.
Mulut Kayleen seperti dikunci, gagal mengutarakan satu pun perkataan. Bibirnya diketap keras tatkala membayangkan dirinya berada dalam kalangan orang ramai. Itu bermakna kehidupannya yang aman sekarang akan berubah tidak lama lagi. 
Elsie mengekori setiap raut wajah gadis di hadapannya. Separuh daripada dirinya bertumpang gembira atas berita baik itu namun ada juga segelintir kecil yang berasa cemburu kerana cinta pertamanya, Eunwoo, akan datang ke Bandar Daegu, bukan melawatnya tetapi atas tujuan membawa Kayleen pergi dari situ. Tidak semena-mena, keluhan kecil terpacul dari mulutnya. Andai Kayleen pun berpindah ke Seoul, sudah tiada alasan untuk dia dan Eunwoo bertemu lagi. Alangkah sedihnya!
"Kak Kay, boleh tak...cuti nanti Elsie datang Seoul jenguk akak, huh?" Elsie menyoal dengan riak wajah seriusnya.
Kayleen tersengih kecil mendengar permintaan daripada sepupunya. Sudah hampir setahun dia tinggal seorang diri di Daegu, berkeras tidak mahu berpindah ke Seoul mengikut keluarganya, dengan alasan mengelak daripada kesibukan kota. Tapi lihatlah sekarang, permainan catur telah berputar melawan hasratnya. "Kalau kau tak gatal tangan nak tolong aku mohon universiti, abang Eunwoo kau tu masih lagi akan datang Daegu setiap tahun..." bebel Kayleen tanpa dia sendiri perasan akannya.
Terbelalak mata Elsie setelah mendengar kata-kata daripada Kayleen tadi, namun pada saat seterusnya, segaris senyuman menghiasi bibirnya. Dengan selamba, Elsie menggeleng-gelengkan kepala, "Tak ah, aku tak buat benda cam tu..." jawabnya bersahaja. Gadis berambut pendek itu mendekatkan pipinya agar bersebelahan dengan Kayleen. Lantas, senyuman lebar terpampang pada wajah ala-ala tomboinya. "Kalau bukan abang Eunwoo...mungkin ex-boyfriend akak, Jungkook John?" Sambungnya sambil mengangkat kening. "I mean kalau dia nak balik dengan akak, at least empunya badan kena ada dekat Seoul dulu...kan?" 
Dada Kayleen berasa sendat apabila nama Jungkook terseru ringan menerusi bibir Elsie tadi. Perasaannya berbaur. 'Eunwoo dan John...pasti salah seorang daripada mereka yang lakukannya...'  Fikir Kayleen seraya meletakkan tangan pada dahinya sambil mendesis. 
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
twenty-six
4/7: Seungho --> Eunwoo :D

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet