Trauma

Fobia [R]
yDxbjKK.png
k2Ed066.gif
Keluhan yang berat dibebaskan dari bibir Kayleen. Menyusuri pejalan kaki yang membawanya ke rumah, pandangan mata Kayleen dari tadi hanya berpaksi ke atas kepingan nota kecil, yang mana ada tertera nombor telefon abangnya, Eunwoo.
"Seoul...kenapa aku harus ke sana?" Menyoal sendiri seperti biasa, namun kali ini, dia benar-benar berharap agar seseorang dapat memberikannya penyelesaian.
Biarpun peperiksaan akhir tahun tamat sebulan yang lalu, Kayleen masih lagi mengunjungi perpustakaan sekolah menengahnya. Dia sendiri akui, tempat itu selesa andai dibandingkan rumah agam mereka yang didudukinya seorang diri. Walau itu pilihannya sekalipun, dia masih tidak dapat menghapuskan benci terhadap ruangan yang kosong, yang tidak pernah gagal mengingatkannya terhadap peristiwa pada empat tahun lepas.
"Selamat petang Cik Swan," Langkah Kayleen terhenti apabila suara tadi menyapa dari arah kanannya. Sedar saja, dia sebenarnya sudah berada di hadapan pintu pagar rumahnya sendiri. 
"Uh, s-selamat petang m-mak cik Yan," tergugup-gugup Kayleen memulangkan sapaan. Tanpa sedar, kepingan nota di dalam tangannya itu telah direnyukkannya.
Mak cik Yan tinggal beberapa blok dari rumahnya, dan dia merupakan rakan sekolah maknya dahulu. Sekali sekala, mak cik Yan lah yang rajin mengunjunginya di rumah, sentiasa memastikan keselamatan Kayleen. Tambahan pula, mak cik Yan adalah antara kenalan mereka yang mengetahui silam Kayleen, oleh itu, Kayleen berasa kurang janggal apabila bersamanya.
Wanita berusia umuran maknya itu tersenyum manis seperti selalu, "Kay tengah tunggu siapa-siapa ke? Mak Yan tengok dari tadi Kay dah sampai rumah tapi tak masuk-masuk," soalnya dengan wajah yang terpancar risau itu.
Menebarkan satu tangan ke hadapan, Kayleen menggeleng perlahan, "T-Tak lah, s-sebenar-"
"Oh!" Seruan Mak cik Yan secara tidak langsung memutuskan kata-kata yang hendak diperkatakan Kayleen. Jari telunjuknya dihalakan atas, seakan ada idea baru yang menembusi fikirannya, "Tengah tunggu John eh?" ujarnya sepantas kilat. Bibirnya menguntum senyuman yang tersipu-sipu.
Membundar mata Kayleen apabila nama John terpacul daripada jirannya itu, "J-Jungkook?" Ketika itu, Kayleen melihat ke sekelilingnya namun jelas sekali tiada sesiapa di situ kecuali mereka berdua. Saat seterusnya, Kayleen memandang semula Mak cik Yan. "Apa maksud mak cik?" Soalnya. Mengikut gerak hati, sekali lagi dia memusingkan kepala 360' darjah, mahu mencari kelibat jejaka yang bernama Jungkook.
"Oh? Mak cik nampak John dekat rumah kamu tadi...uhm, dia takde mesej bagitau apa-apa ke?" Wanita itu membalas.
'Aku tak rasa dia ada alasan nak jumpa aku...' bisik Kayleen dalam hatinya, secara tidak langsung mengendahkan wanita berpakaian ala-ala sukan di hadapannya itu.
"Takpe mungkin mak cik salah tengok," Mak cik Yan menambah seraya menepuk atas dahinya. "Mak cik pergi sambung yoga mak cik dulu. Bye-bye!" Selesa sungguh Mak cik Yan berbalas kata dengan Kayleen, tidak seperti segelintir mereka lain yang memandang serong terhadap Kayleen yang dahulu pernah dimasukkan ke Hospital Psikatri gara-gara insiden penculikan itu.
Kayleen hanya mengangguk perlahan, tiada lagi balasan daripada mulutnya sehinggalah kelibat beliau lesap daripada pandangan mata. 
"Takkan sebab oppa nak bagitau pasal tawaran universiti? Kalau betul, maksudnya dia lah yang membuat permohonan untuk aku?" Masih membatu di luar rumah, Kayleen mengerah otaknya memikirkan sekiranya benar Jungkook John datang ke situ.
Entah berapa lama dia berdiri di situ, Kayleen mula merasakan haba tubuh seseorang di belakangnya. Degup jantungnya seperti berhenti seketika. "J-John oppa?" Beberapa saat, tubuh Kayleen sudah berpaling ke belakang. Dalam pada itu, tidak semena-mena bibirnya mengukir senyuman yang nipis membayangkan yang itu ialah Jungkook. 
"John oppa?" Eunwoo menjulingkan mata ke atas, di hujung bibirnya terbit satu senyuman yang mengejek. "Heol...sekarang kau tinggal dengan Jungkook ke apa?" soalnya sinis.
Sementara itu, pandangan Kayleen menjadi kabur sebaik tubuhnya berpaling laju ke belakang. Keseimbangan badannya hampir tergugat tatkala menyaksikan wajah jejaka yang amat dikenali itu. Seperti refleks badan, langkah Kayleen terundur beberapa langkah ke belakang. "E-Eunwoo..." Kencangnya jantungnya berdegup ketika itu bagaikan ribut taufan melanda, seakan menyedut semua oksigen dari dalam peparunya.
Sambil menyilangkan tangan ke dada, Eunwoo merenung adik perempuannya itu dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. "Yah, aku tanya kau ni..." ujarnya dengan mulut yang dirapatkan. "Jangan-jangan kau mohon masuk universiti Seoul sebab John dekat sana!" Reaksi Kayleen diperhatinya penuh teliti, kerana Eunwoo tahu kalaupun tidak mendapat jawapan daripada adiknya, maka ada juga klu daripada gerak muka dan tubuh Kayleen.
Belum pun reda daripada bertemu dengan Eunwoo, pelbagai soalan sudah dilontarkan kepadanya. Kayleen sukar memberi respon apabila mindanya belum lagi tenang. Justeru, sejak tadi, dia masih belum mengatakan apa-apa.
Berbekalkan sikap hyperaktif Eunwoo seperti selalu, tidak sukar untuk dia menangkap ada sesuatu yang digenggam erat pada tangan kiri Kayleen. "Kau pegang ape tu?" Laju saja soalan itu dilemparkan. "Cincin tunang?" Sambil memegang bucu dagunya, pandangan yang mencurigai dilemparkan kepada Kayleen.
Kayleen mahu tersedak pabila soalan remeh tersebut diajukan tanpa terlebih dahulu melihat kepada keadaan. Bukan dia tidak tahu, Eunwoo bersifat mendesak. Selagi belum dapat jawapan yang diingini, selagi itu lah dia berkeras bertanya. Dengan hanya membayangkan ke mana perbualan ini berlarutan, kepala Kayleen mula terasa seperti dipulas-pulas.
Ibarat satu kesedaran tercetus di dalam fikiran Kayleen beberapa minit kemudian, gadis itu mengangkat wajah akhirnya membalas pandangan mata Eunwoo. Jelas lah, Eunwoo bukan lah orang yang membuat permohonan bagi pihaknya. "Kay ingat oppa yang mohonkan..." ujarnya kecil namun masih jelas kedengaran.
"Mwo?" Eunwoo menapak selangkah mendekatkan jarak di antara mereka, yang mana serta merta, Kayleen turun berundur ke belakang. Siapapun mereka, bukan Kayleen namanya kalau dia tidak menjarakkan diri. 
Kerutan atas dahi Eunwoo mempamerkan betapa jejaka itu masih terkilan terhadap gerak badan adiknya setelah sekian lama peristiwa hitam itu berlalu. "Swan..." bisik Eunwoo di samping merenung jauh ke dalam anak mata Kayleen. "Kau masih...macam ni," Tangan kanannya mencapai rambut Kayleen. Buat suatu tempoh yang agak lama, mata mereka bertentangan. "Are you still...that afraid to me?"
Kayleen tidak berfikir dua kali sebelum mengangguk perlahan. Tiada alasan untuk dia menidakkan. Memang jelas, sampai ke detik ini, zahir dan batinnya masih belum pulih. Akan kah tiba suatu hari yang mana dia akan kembali menjadi si hati berlian, Kayleen Swan?
"Should I wait...more?" Eunwoo gagal mengawal apa yang terluah daripada mulutnya. Emosi menakluki fikiran dan perasaannya.
Tidak sanggup bertentang mata lagi, Kayleen melarikan pandangannya. Wajahnya ditundukkan, kedua tangan digenggam di sisi peha, "Swan yang dulu dah mati..." ucapnya kecil. "Daripada mengharap agar Kay kembali macam dulu, t-tak boleh ke kalau...oppa terima Kay seadanya?"
Ketika angin lembut meniup rambut Kayleen yang di paras bahu itu, bersinar-sinar anak mata gadis tersebut merenung ke arah Eunwoo.
Raut wajah Eunwoo mulai berubah warna. Matanya yang memukau itu tidak sesaat pun teralih daripada Kayleen. Tangan kanannya yang membelai rambut gadis itu tadi statik semenjak Kayleen mengucapkan kata-katanya.
"Apa yang berlaku dulu...sampai sekarang, masih jelas di dalam sini..." Jari telunjuk kanan Kayleen dihalakan ke kepalanya. "You can't just expect me to move on easily..."
Pabila saja mata Kayleen dipejam, ngiauan kucing tiba-tiba kedengaran dari kawasan yang berhampiran. Serta-merta, kelopak matanya terbuka luas.
"Kau nak aku kurung kau dengan kucing-kucing dalam stor tu? Huh?"
Bagai terlihatkan sesuatu yang ngeri, Kaylen terus membenamkan wajah ke dada bidang milik Eunwoo. Kata-kata yang menghantuinya ibarat mimpi buruk itu kini mengisi ruang benaknya.
Pada kerdipan mata yang ketiga, wajah Mina terpapar di depan mata mindanya, dan air mata mulai bercucuran deras. Setiap kali bayangan silam ini terjadi, kesakitan yang harus ditanggungi membuatkan Kayleen berharap agar yang meninggal di dalam kebakaran empat tahun lalu itu ialah dirinya, bukan Mina.
Mina, gadis sebaya yang menjadi temannya sepanjang dia diculik, telah mengorbankan dirinya untuk menyelamat Kayleen, lantas melukis satu parut hakiki di dalam kehidupannya.
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
twenty-six
4/7: Seungho --> Eunwoo :D

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet