Daegu

Fobia [R]
yDxbjKK.png
k2Ed066.gif
Eunwoo memutarkan topi jingga yang dipakainya ke belakang sambil menuruni lif daripada pintu gerbang utama lapangan terbang. "Aku baru turun flight...sekarang dekat Daegu," pada ketika itu, bibirnya melirik melihat dua wanita yang tersenyum manis ke arahnya.
"..." cemuhnya kecil, tidak mahu didengari gadis-gadis yang melalui kawasan balai pelepas itu. Bentuk matanya bulat umpama bulan purnama, dan apabila dia senyum saja, tiada hati hawa yang tidak terusik biarpun dia hanya mengenakan T-shirt putih bercorak hitam di bahagian dada.
"Show tu lusa kan..." Sahutnya perlahan yang mungkin, di samping mengenyitkan mata ke arah kelompok gadis yang sedang memerhatikan gelagatnya itu.
"Eunwoo ah, kau tu main vocalist kitaorang! Dah kau kata show tu lusa, mana ada masa nak rehearsal kalau kau sekarang dekat Daegu dan lusa baru balik?!" Seru jejaka di dalam talian.
Seri langsung menyepi dari permukaan wajah Eunwoo, bibirnya diketap keras, "Baik. Aku akan balik sebelum lusa. Puas hati kau?" Berat nadanya kedengaran ekoran daripada nafas yang tertahan-tahan dari dalam.
"M-Maksud k-kau balik esok k-ke?"
Mata Eunwoo dipejam paksa, ketika itu, tangan kirinya sudah mengurut pelipis kepala, "Don't be such an idiot, Yongguk!" ujarnya keras sebelum mengalihkan telefon bimbit ke telinga sebelah. "Kalau aku takde, korang memang tak boleh function eh? Show ni kita dah pergi beberapa kali...kau nak rehearsal apa kebenda-nya lagi? Huh?" Kali ini, Eunwoo tidak peduli lagi jikalau lonjakan suaranya itu dijeling oleh mata-mata dari sekeliling. Langkahnya turut berubah tempo, menjadi semakin laju untuk ke destinasi teksi.
"Eunwoo ah, kau tu yang tetiba balik Daegu tanpa beritahu team kita terlebih dahulu! Dah tu, tak bagi notice untuk apa lagi...Ape ke yang penting sangat s-sampai kau..." Belum pun sempat Yongguk meneruskan pertanyaan, Eunwoo mengekang dengan herdikan, " off! Family issue, benda macam ni pun nak kena report dengan korang eh?"
"Don't be such an , okay..." Ekspresi Eunwoo berubah dingin. Bibirnya mengernyih. 
"Family? Sebab Swan ke?" Setelah lama berdiam, Yongguk mengujar soalan yang baru. "What happened to her?" Nada suara Yongguk bersulam resah apabila topik kini beralih kepada adik perempuan Eunwoo, Kayleen Swan. Sejak dari dulu lagi, Yongguk memang mengambil berat terhadap Kayleen. 
"Eunwoo ah!" Suara Yongguk seperti tengkingan daripada sebalik talian apabila Eunwoo tidak memberikan jawapan.
Eunwoo dengan spontan menjauhkan telefon bimbit tersebut daripada telingannya. Perasaan janggal sekali lagi menyelubungi hatinya. Tanpa sedar, langkahnya terhenti, dan peristiwa empat tahun lalu kembali beraksi di dalam ruang benaknya.
Empat Tahun Lalu
Eunwoo baru kembali setelah menduduki peperiksaan akhir tahun sekolah. Kini, berita tentang penemuan kanak-kanak yang diculik sudah tidak begitu memberi impak yang dalam terhadap dirinya. Kalau ialah enam bulan lepas, dia pasti akan menangis mengenangkan adik perempuannya, Kayleen yang diculik dari taman permainan berdekatan kediaman mereka.
"S-Swan?" Langkah Eunwoo tergendala di hadapan pintu. Pada petang itu, yang menyapa penglihatannya ialah wajah seorang kanak-kanak perempuan yang amat dirinduinya.
Tanpa membuka kasut, Eunwoo terus berlari mendapatkan adik perempuannya yang sedang duduk di atas sofa ruang tamu mereka. Dan tanpa berkata apa-apa. Eunwoo mendakap tubuh adik perempuannya itu seerat-eratnya. "Swan! Swan kau dah balik! Kau dah..."
Pabila kegembiraan mewarnai dinding-dinding jantung Eunwoo, setitis air jernih gugur ke pipinya. Satu, dua, dan tiga saat, bagai ada sesuatu yang tidak kena, lalu dengan berhati-hati, Eunwoo menjarakkan dirinya daripada Kayleen. Yang disaksikannya ialah sepasang anak mata asing sedang memandang kosong ke arahnya, malah berlinangan air mata.
'K-Kenapa...dia tengok aku begini?' 'Swan, dia Swan k-kan?' 'Pandangan matanya...adakah dia membenci aku kerana tidak berada di sisinya sewaktu dia diculik?' Pelbagai persoalan terbit di dalam minda Eunwoo. Dan sekelip mata saja, satu kesedaran yang pahit merundum masuk ke dalam sanubarinya.
Dia gagal melindungi Kayleen. Dia terlalu gugup untuk mengucapkan apa-apa yang mampu membuatkan Kayleen berhenti menangis.
Masa berlalu, tiada siapapun bersuara di antara mereka, hanya esakan Kayleen memenuhi ruang tamu tersebut.
"J-Jungkook..." rintihan separa sedar Kayleen yang telah mengubah segala-galanya di antara mereka. Kerna Eunwoo sedar, di dalam hati Kayleen tiada ruang untuknya.
Semenjak daripada hari Kayleen dijumpai, jarak di antara ahli keluarga mereka bagai membentuk satu lurah yang dalam dan dari itu, tiada hati yang kembali normal.
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
twenty-six
4/7: Seungho --> Eunwoo :D

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet