Bilik atas

Kisah Seram

Kisah ni saya baca kat satu blog tapi saya lupa blog apa. Kejadian ni berlaku kat universiti tempat saya belajar tapi kisah ni dah lama. Saya namakan blogger ni sebagai A sebab saya dah lupa nama dia. Waktu A ni belajar dulu dia duduk dekat kolej tapi kolej ni kolej lama. Sekarang dah ada kolej baru tapi kolej lama still guna lagi untuk pelajar semester satu. Dia duduk dekat blok paling hujung sekali. Waktu saya duduk kat kolej tu dulu blok hujung tu takde orang duduk. Tak tau kenapa tapi blok tu memang nampak agak seram. Si A ni suka belajar tengah-tengah malam macam pukul 2-3 pagi. Setiap malam tengah dia belajar mesti dia terdengar macam orang tarik kerusi kat atas bilik dia. Dia pun fikir mungkin budak atas pun study macam dia kot. Tapi selalu sangat dia dengar bunyi kerusi. Suatu hari si A cerita kat kawan dia yang budak atas bilik dia selalu jugak study macam dia sebab selalu dengar bunyi kerusi. Kawan dia terkejut dan dia pun cakap yang takde orang pun duduk aras atas bilik dia tu. Si A ni tak percaya. Kemudian si A dan kawan dia ni pergi tengok dekat aras atas. Memang sah tak de orang. Sejak tu dia tak berani study lewat malam.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
sunshine_blue
#1
Chapter 13: asrama kan? ingat pula kejadian asrama bulan 11 kat sekolah..Kepala juga ah..Meremang eh
aquariusxpisces
#2
Chapter 12: Ya Allah.... Seramnya!!!! XD Yang flyer tu haisssh meremang bulu romaXDD
Infinite_Ifnt7
#3
Chapter 4: Saya pun selalu dengar bunyi manik ni malam2, at first biarkan je, since rumah saya condo tingkat 15, so I guess it must be jiran rumah atas/bawah/sebelah, but lama2 jadi pelik. Kenapa malam2 je? Lepastu saya perasan bunyi dia macam manik tu melantun lama2.. okay bye. Dah seram. Saya sorang dalam bilik
aquariusxpisces
#4
Chapter 11: Uish... Mungkin dia nak tengok movie kotXD
aquariusxpisces
#5
Chapter 5: uishh serammm!! XD
mpreggoland
#6
Chapter 4: real story? seram la...