Mak cik karipap
Kisah SeramMesti korang pernah dengarkan cerita pasal mak cik karipap. Cerita ni ada banyak versi dan saya nak ceritakan salah satu versi mak cik karipap ni. Kisah ni bukan saya alami tapi saya baca kat blog. Kisah ni berlaku kat satu universiti. Senior kat universiti ni kononnya nak mengenakan junior yang baru masuk kat universiti tu. Jadi diorang pun suruh seorang budak ni (lelaki) pergi kat blok ** untuk beli karipap. Kononnya ada seorang mak cik jual karipap kat situ. Waktu tu malam jadi budak tu pun pergi la dan senior-senior ni semua ketawa kerana berjaya mengenakan budak tu. Beberapa minit kemudian budak tu balik dengan membawa sebungkus kuih karipap. Senior ni pon terkejut. Diorang tanya beli kat mana. Budak tu pon cakap dia beli kat blok ** tu la. Senior-senior ni semua terkejut sebab blok tu memang tak wujud.Budak tu pon tak tau blok tu tak wujud. Ada jugak versi yang saya dengar mak cik karipap ni selalu kacau budak-budak asrama. Dia selalunya akan ketuk tingkap asrama dan berkata "nak beli karipap tak?".
Comments