Bunyi manik

Kisah Seram

Kejadian ni pula berlaku tahun lepas. Waktu tu saya belajar kat sebuah universiti tempatan untuk semester akhir. Saya tinggal di kolej bersama 7 orang housemate. Waktu kejadian tu berlaku 4 orang housemate saya balik, seorang tidur kat bilik kawan dia dan lagi dua orang tak tau pergi mana. Jadi tinggal la saya seorang. Saya pun baru sedar hanya saya seorang kat rumah tu bila dah lewat petang. Saya ingatkan dua orang housemate saya tu akan balik ke rumah sebab tu saya tak tidur kat bilik kawan saya. Rupanya diorang balik keesokan harinya. Petang tu saya duduk dalam bilik dekat meja belajar. Saya main phone sebab tak tau nak buat apa. Kemudian saya terdengar seperti bunyi sebutir manik jatuh atas meja saya. Bunyi tu memang dekat sangat. Saya pun cari la atas meja kot2 ada manik yang jatuh. Tapi tak de, atas lantai pun tak de. Saya dah mula fikir macam2. Dah la saya sorang je. Saya pun buat2 tak tau je. Keesokan harinya saya cerita kat housemate saya. Jiran depan rumah saya pun pernah dengar 'something' dalam bilik dia. Housemate sebelah bilik saya pula pernah terdengar bunyi kunci jatuh atas lantai pada waktu malam. Dia ingatkan kunci locker dia yang jatuh tapi bukan. Kunci budak katil sebelah pun bukan. Dia pun terus tidur balik.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
sunshine_blue
#1
Chapter 13: asrama kan? ingat pula kejadian asrama bulan 11 kat sekolah..Kepala juga ah..Meremang eh
aquariusxpisces
#2
Chapter 12: Ya Allah.... Seramnya!!!! XD Yang flyer tu haisssh meremang bulu romaXDD
Infinite_Ifnt7
#3
Chapter 4: Saya pun selalu dengar bunyi manik ni malam2, at first biarkan je, since rumah saya condo tingkat 15, so I guess it must be jiran rumah atas/bawah/sebelah, but lama2 jadi pelik. Kenapa malam2 je? Lepastu saya perasan bunyi dia macam manik tu melantun lama2.. okay bye. Dah seram. Saya sorang dalam bilik
aquariusxpisces
#4
Chapter 11: Uish... Mungkin dia nak tengok movie kotXD
aquariusxpisces
#5
Chapter 5: uishh serammm!! XD
mpreggoland
#6
Chapter 4: real story? seram la...