Mak cik karipap

Kisah Seram

Mesti korang pernah dengarkan cerita pasal mak cik karipap. Cerita ni ada banyak versi dan saya nak ceritakan salah satu versi mak cik karipap ni. Kisah ni bukan saya alami tapi saya baca kat blog. Kisah ni berlaku kat satu universiti. Senior kat universiti ni kononnya nak mengenakan junior yang baru masuk kat universiti tu. Jadi diorang pun suruh seorang budak ni (lelaki) pergi kat blok ** untuk beli karipap. Kononnya ada seorang mak cik jual karipap kat situ. Waktu tu malam jadi budak tu pun pergi la dan senior-senior ni semua ketawa kerana berjaya mengenakan budak tu. Beberapa minit kemudian budak tu balik dengan membawa sebungkus kuih karipap. Senior ni pon terkejut. Diorang tanya beli kat mana. Budak tu pon cakap dia beli kat blok ** tu la. Senior-senior ni semua terkejut sebab blok tu memang tak wujud.Budak tu pon tak tau blok tu tak wujud. Ada jugak versi yang saya dengar mak cik karipap ni selalu kacau budak-budak asrama. Dia selalunya akan ketuk tingkap asrama dan berkata "nak beli karipap tak?".

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
sunshine_blue
#1
Chapter 13: asrama kan? ingat pula kejadian asrama bulan 11 kat sekolah..Kepala juga ah..Meremang eh
aquariusxpisces
#2
Chapter 12: Ya Allah.... Seramnya!!!! XD Yang flyer tu haisssh meremang bulu romaXDD
Infinite_Ifnt7
#3
Chapter 4: Saya pun selalu dengar bunyi manik ni malam2, at first biarkan je, since rumah saya condo tingkat 15, so I guess it must be jiran rumah atas/bawah/sebelah, but lama2 jadi pelik. Kenapa malam2 je? Lepastu saya perasan bunyi dia macam manik tu melantun lama2.. okay bye. Dah seram. Saya sorang dalam bilik
aquariusxpisces
#4
Chapter 11: Uish... Mungkin dia nak tengok movie kotXD
aquariusxpisces
#5
Chapter 5: uishh serammm!! XD
mpreggoland
#6
Chapter 4: real story? seram la...