007

1 4 3 ( HATE OR LOVE )

Seokjin mula membasuh sayur yang dipetiknya. Mayonise yang berada di sebelah gula diambilnya. Dia mula memotong sayur-sayuran itu dan dibasuh sekali lagi seterusnya di masukkan ke dalam mangkuk. Dia mula mencampurkan mayonise. Sedang dia sibuk dengan saladnya,tiba-tiba pintu hadapan dibuka dari luar. Dia mendongak. Na Ri yang sedang tersengih dipandangnya. Na Ri yang sedang tersengih memandang Seokjin. Hilang sengih di bibirnya. Na Ri memandang salad di mangkuk di hadapan Seokjin. Tiba-tiba perutnya terasa lapar tapi ditahan. Mereka berdua berpandangan sejenak. Pandangan terhenti apabila Seokjin mula berdehem.

“aku nak cakap something.” Seokjin berkata.

“Apa dia?” Na Ri menyoal.

‘Duduk lah dulu.” Seokjin mula mengambil tempat didapur itu.

Na Ri memandang salad sayur Seokjin. Perlahan-lahan perutnya diusap. Lapar pulak tiba-tiba tapi dicover supaya Seokjin x nampak.

“Apa yang kau nak cakap?” Na Ri menyoal.

“Tentang kita.” Seokjin berkata.

“Kita?” Na Ri rasa nak gelak je dengar perkataan ‘kita’ yang keluar dari mulut Seokjin.

“Look here Kim Seokjin. Antara kau dengan aku memang tak ada apa-apa okay? Perkahwinan ni dirancang and selama setahun so berani kau guna perkataan kita?” Na Ri berkata dengan nada sinis. Seokjin yang tadi yang sedang mengunyah salad terhenti sebentar.

“Hwang Na Ri. Kau ingat aku sentuh pasal ‘kita’ ni saja-saja ke? Memandangkan kau and aku dah duduk satu bumbung macam ni so jom buat deal.” Seokjin berkata sambil memeluk tubuh.

“What deal?” Na Ri mengangkat kening.

“First. Our wedding... “ Seokjin rasa geli pulak cakap macam tu.

‘Ani.. This wedding yang worse nie. Anggap macam tak pernah jadi. Aku takkan ingat and takkan mengaku yang kau wife aku.” Na Ri tersenyum sinis.

“Kau ingat aku nak admit kau husband aku?” Mereka bertentangan mata.

“Second. Hormati privacy masing-masing. Kau dengan kau. Aku dengan diri aku. Semua yang kita buat mestilah sendiri and tak melibatkan satu sama lain.” Seokjin berkata.

“Third. Semua benda buat sendiri. Masak. Kemas rumah and bilik.” Seokjin berkata lagi.

“Ahhh.... “ Seokjin menepuk dahinya seolah-olah terlupa sesuatu.

“Aku suka rumah yang bersih.” Seokjin berkata sambil matanya mencerlung ke arah NA Ri.

“Aku suka rumah yang sepah.” Na Ri membalas pandangan mata Seokjin.

‘Kalau rumah ni sepah sikit. Nahas kau.”

“So what? Kau kemas lah kalau aku buat sepah. Nak sangat rumah bersih.” Na Ri berkata sinis. Seokjin memandang sahaja NA Ri dengan perasaan marah. Geram pulak dia rasa dengan Na Ri nie. Muluttttt memang nak makan penampar tu bukan makan nasi.

“Aaahh aku nak tambah syarat jugak.” Na Ri berkata. Seokjin mengangkat kening.

“First. Pasal benda ni semua make sure takkan ada satu mangkuk ayun pun kat sekolah tu yang tahu. Kalau tak kau tau akibatnya kan? Even kau pun dapat kesan so jangan pernah terfikir nak kena kan aku sebab aku boleh kenakan kau semula.” Na Ri memberi syarat pertamanya.

“Second. Make sure tak ada isu sabotaj bila exam.” Seokjin tergelak.

“Look here Hwang Na Ri. First, kau ingat aku nak sangat bagitau orang lain pasal wedding yang entah pape nie? Kalau ada ulat yang lalu kat sini. Eh ulat besar sangat.. Kalau ada zarah pon yang tengah terapung keliling kita nie. Aku memang takkan bagitau dia pasal wedding and even mengaku yang kau wife aku." Seokjin berkata dengan panjang lebar.

"Second, Aku memang tak akan sabotaj kau and aku memang tak akan main kelat. Setakat kau celah jari aku boleh lintas lah.” Seokjin menunjukkan jarinya.

“Whatever and Well kau boleh cakap macam tu sekarang sebab kau tak insecure lagi. So nanti kalau kau sabotaj aku. Then aku patahkan celah jari kau tu. Satu. Per. Satu.” Na Ri berkata dengan nada serious.

“Okay.” Seokjin bersetuju terus.

“Third. No skinship.” Terus Seokjin gelak macam nak mati.

“Skinship? Boyaa kau ingat aku tertarik sangat dengan kau sampai nak sentuh kau?” Seokjin gelak sampai semput. Na Ri setia dengan muka seriousnya.

“I’m being serious right now Kim Seok Jin.”

“Aku tau kau serious tapi skinship? Yahhh kau ingat aku ada ke rasa and perasaan nak sentuh kau hah?” Seokjin mengelap air matanya.

“Well kita tak tau. Mana tau kau jenis mengigau malam-malam pastu raba aku tengah malam ke. Siapa tau.” Kata-kata Na Ri membuatkan Seokjin terdiam. Memang dia jenis mengigau malam. Na Ri senyum sinis saat melihat Seokjin terdiam

“Okay tu je buat masa nie. Aku setuju dengan syarat kau and kau setuju dengan syarat aku so let’s live with a happy life by ourselves okay? Make sure kita pergi sekolah secara berasingan.” Na Ri mula bangun.

“Dah. Aku malas nak layan kau.” Na Ri terus naik ke tingkat atas dan bersiap sedia untuk tidur. Seokjin memandang.

“Ceh aku nak tidur jugak lahhhh.” Salad dihabiskan dan dia terus membasuh mangkuk. Kemudian naik ke tingkat atas juga.

 

 

Na Ri bangun tepat jam 10 pagi. Hari ini hari Sabtu. Cuti !. Na RI mengeliat lagi di dalam selimutnya. Last sekali baru dia bangun and menarik langsirnya. Serentak dengan itu cahaya matahari menusuk terus ke dalam matanya. Dia mengecilkan matanya dan melihat pemandangan luar dari biliknya. Kemudian dia tersenyum. Rumah dikawasan tersebut kebanyakannya berkonsep nature and sangat menyenangkan.  Setelah memberus gigi dan mecuci muka, Na Ri mencampakkan towelnya di atas katil. Baju tidur t-shirt yang dipakainya ditanggal. Dia memakai singlet sahaja pada waktu pagi. Dia kemudian turun ke bawah. Seokjin yang sedang memotong carrot mendongak apabila mendengar tapak kaki yang baru turun dari tangga. Bulat matanya melihat Na Ri sebegitu.

“YAH!” NA Ri terkejut apabila disergah begitu.

“BOYAA??!!” NA Ri menyoal dengan nada suara yang tinggi.

“Kau dah tak boleh y lagi ke hah? Baik tak payah pakai baju.” Seokjin membebel.

“Suka hati aku lah. Aku memang macam ni kat rumah.” Na Ri terus duduk di hadapan tv. Drama yang ditonton oleh Seokjin dari dapur dialih oleh Na Ri ke siaran kartun.

“YahhH!! Aku  tengah tengok lah! Episod akhir.” Seokjin rasa nak campak je pisau ke arah Na Ri.

“So what?” Na Ri baring di atas sofa,dia memeluk kusyen sambil tergelak menonton Adventure Time.

 

 

Seokjin meletakkan sup sayur yang di masaknya di atas meja. Kemudian dia mengangkat chicken stew di dalam periuk dan diletakkan di atas meja. Bau yang sungguh mengharumkan membuatkan perut Na Ri berbunyi. Dia mula mengintai dari sofa. Dia melihat Seokjin sibuk mengeluarkan buah-buahan untuk dibuat jus. Perlahan-lahan NA Ri bangun dari baringannya dan berjalan ke arah meja dengan jengketan . Berharap agar Soekjin tidak perasan. Tapi..

‘Oi.” Suara Seokjin membekukan seluruh badan Na Ri.

‘Apa?” Na Ri menyoal.

“Jangan datang dekat dengan makanan aku or aku bunuh kau.” Na Ri terhenti.

“Mana ada aku nak dekat dengan makanan kau. Aku nak masak lah ni.” Na Ri terus berjalan ke arah kabinet. Dia betul-betul tak tau nak buat apa sebab dia mana tau masak. Dia membuka kabinet dan mengeluarkan makanan kecemasan a.k.a Ramen. Dia tersengih melihat paker ramen. Dia mengeluarkan ramen dan mencari periuk. Dia mula memasak Ramen. Setelah Ramen siap dimasak dia mengisi dalam mangkuk dan dia duduk di hadapan television. Bau chicken stew Seokjin masih menusuk di hidung tapi Na Ri teguhkan hatinya dan makan juga Ramen.

“Aigoo sedapnya..” Dia menelan air liur mendengar Seokjin berkata sedemkian.

“Omonaaaa. Sedapnyaa ramyeon nieee.” Na Ri membuat muka nikmat walaupun perutnya mahukan nasi. Seokjin seperti tidak mendengar kata-kata Na Ri.

‘Ceh macam sedap sangat je.” Na Ri buat derk je. Dia meneruskan makan ramyeonnya.

 

 

Buku Fizik dicapai oleh Na Ri. Dia mula study memandangkan dia pun dah kenyang-lah-sangat. Dia mencuba sedaya upaya untuk fokus menjawab soalan fizik daripada melayan perutnya yang tidak berhenti berbunyi. Akan tetapi,perutnya tetap berbunyi.

‘Aishhh diam lahhh.” And still berbunyi.

‘Diamlahhhhhh” And berbunyi..

‘Aishh.” Dia terus bangun,menukar pakaian,mencapai telefonnya dan keluar dari rumah.

 

 

Puan Hwang yang ralit menonton drama terkejut apabila loceng rumahnya ditekan dengan laju sekali.

“Haihh siapa yang tak reti bersabar sangat nieee?” Puan Hwang mengomel. Dia meletakkan pop cornnya di sebelahnya dan bangun menuju ke arah pintu hadapan rumahnya. Pintu dibuka.

“MAMAAAAA” Tak sempat nak tengok muka orang yang datang tu,terus badannya dipeluk. Apabila mendengar suara si tetamu, Puan Hwang terus tersenyum. Dia membalas pelukan anaknya itu.

“Rindu mama ke?” Na Ri mengangguk. Puan Hwang tersenyum.

“Na Ri makan dah?” Serta merta pelukan mereka terlerai.

“Makan? MA!” Terkejut Puan Hwang dengan muka marah Na Ri.

“Kenapa ni?” Puan Hwang menyoal.

“Eiiii mama,Mama tau takkk menantu kesayangan mama tu tak bagi Na Ri makan. Ada ke patut dia suruh Na Ri masak?” Na RI buat muka speechless . Tanpa dijemput dia terus masuk ke dalam rumah sambil membebel yang tak sudah.

“Mama tau kan Na Ri tak suka masak! Dan lah  minggu lepas minggu nie Na Ri ada test,disebabkan dia tak bagi Na Ri makan,Na Ri makan ramyeon je tau takkkk.” Na Ri membuat muka. Puan Hwang tergelak.

“Dia suruh Na Ri masak? “ Na Ri mengangguk,

“Laaa bagus lah tu.” Puan Hwang berkata sambil tergelak. Bulat mata Na Ri.

“Bagus? Ma kata bagus ,lepastu boleh gelak lagi? Mama bukannya nak ajak Na Ri pergi makan ke,sejukkan hati  Na Ri ke.. Eiiiii” Na Ri memeluk tubuhnya. Puan Hwang hanya mampu menggelengkan kepalanya sambil tersenyum.

“Mama bukannya x nak ajak Na Ri makan,nak ajak lah ni. Na Ri yang tak berhenti mebebel,bukan salah mama.” Puan Hwang menjelirkan lidahnya.

“Eii mama ni.. Nasib baik comel. Sejuk hati Na Ri,” Nari sengih dan terus memeluk mamanya.

“Jom mamam.. Na Ri lapar.” Na Ri membuat suara comel.

‘Jom.” Puan Hwang menarik lengan Na Ri agar pergi ke dapur bersamanya.

 

Seokjin yang sedang menonton tv terkejut apabila pintu masuk tiba-tiba dihempas dari dalam. Dia menoleh. Na Ri yang tangannya penuh dengan bekalan yang diberi oleh mamanya hanya menjeling ke arah Seokjin. Seokjin melihat Na Ri dari atas ke bawah kemudian matanya kembali ke arah tv. Na Ri pula terus pergi ke dapur. Semua side dish diletakkan di dalam peti sejuk. Dia kemudian naik ke atas dan mengambil marker ,kertas A4 dan pita pelekat. Kemudian di pergi semula ke peti sejuk. Selesai sahaja membuat kerjanya,dia kembali masuk ke dalam biliknya. Selepas Na Ri masuk ke dalam bilik, Seokjin pergi ke dapur,dia mahu mengambil buah di dalam peti. Saat dia membuka peti dia terkedu sebentar.

“Boya?” Tu je yang mampu dikatakan oleh Seokjin. Sebesar-besar peti tu,Na Ri sambungkan ke atas A4 and tulis ,

/ HWANG NA RI’S FOOD ONLY . DON’T TAKE MY FOOD,OKAY KIM SEOKJIN? /

“Macam lah aku nak sangat. “ Kemudian dia terasa pelik. Na Ri conquer semua bahagian peti tu kot. Kecuali tempat sayur bawahhhh sekali and kat situ tertulis.

/ KIM SEOKJIN’S FOOD AREA . THIS SECTION ONLY!!! /

“Boyaaaa.” Dia membuka bahagian sayur. Habis semua benda bercampur and ada soy paste yang tertumpah.

“AISHHHH DIA NIE!!!!!!” Seokjin terus naik ke atas. Dia mengetuk pintu bilik Na Ri berulang kali.

“ISHHH KAU NAK APAAAA???” Na Ri menjerit dari dalam bilik.

“Aku nak cakap sikit dengan kau. KELUARRR SEKARANG!” Seokjin mengetuk berulang kali lagi.

“Eii cakap je lah kat sini. Aku dengar. Aku ada telinga ke kau buta nak aku pakai bahasa isyarat pulak ishhh.” Na Ri membalas kata-kata Seokjin.

“Kalau ye pun kau nak conquer peti tu agak-agaklahhhhh.Habis makanan aku.” Seokjin mula mengatakan ketidakpuasan hatinya terhadap perbuatan Na Ri.

“So what?” Lagilah berasap Seokjin apabila Na Ri membalas sedemikian.

“So what kau cakap?” Seokjin rasa macam nak meletup je.

“Haah so what? Eii aku nak studyyy lahhh. Dah dah malas aku layan kau. Serabut je.” Na Ri berkata. Dia kembali duduk di kerusi studynya.

“Kau tengok aku balas dendam.” Seokjin terus bla.

“Balas dendam?” Hati Na Ri terasa lain. Matanya membulat. Dia terus bangun and berlari keluar bilik. Dia menuruni tangga ke dapur. Dia melihat Seokjin memegang bekas makanannya.

“Yahhhhhh!!” Seokjin menoleh.

“Apaaa kau?” Seokjin menunjukkan yang dia akan membuang semuaa bekal makanan Na Ri ke dalam sinki.

“Hajimaaa hajimaaaa!!” NA Ri terus melutut.

“woahh. Kak yong melutut depan aku lah pulak.” Seokjin berkata sinis.

“Jangannnn sentuh makanan aku.” Na Ri memandang tepat ke dalam mata Seokjin.

“So what ?.” Dia mengajuk cakap Na Ri kemudian Dia terus membuang sayur rebus Na Ri.

“Eii aku cakap jangan !!” Dia terus berlari ke arah Seokjin. Disebabkan dia pendek dari Seokjin,dia sedaya upaya cuba mencapai bekas makananya yang berada di tangan Seokjin.

‘Cubalah kalau dapat. Pendek.” Seokjin berkata sinis. Na Ri geram. Dia terus memijak kaki seokjin.

‘Awwww!!” Seokjin terus menundukkan badannya. Kakinya berdenyut. Na Ri terus merampas bekas makanannya. Baru dapat 1.

‘Ohh kau main kasar ekkk” Seokjin terus mengugut lagi. Kali ni kimchi. NO WAY! Mata Na Ri rasa macam nak bunuh je Seokjin.  Na Ri menarik rambut Seokjin dengan kuat

“Bagi akuuuu.”

“Aaaaa sakit tak nakkkk”

“Bagi!!!’ NA Ri macam orang gila sebab makanan je.

“Tak nak!!!’ Seokjin masih bertahan. Sekali kimchi yang tadinya dipegang oleh Seokjin tidak seimbang dan jatuh terus di atas kepala Seokjin dan Na Ri. Dan selebihnya terus ke atas lantai hingga membuatkan lantai tersebut berwarna merah disebabkan kimchi tersebut. Bulat mata Na Ri. Remuk hatinya. Dia mendongak melihat Seokjin yang buat muka tak bersalah and ada –aku-kesah?

“KAU!!” Berapi mata Na Ri. Seokjin yang sedikit kebelakang membuatkan Na Ri rasa lagilah nak belash je Seokjin nie. Dengan perasaan yang tidak sabar,Na Ri terus menarik kolar baju Seokjin, dalam masa yang sama dia tidak perasan yang dia terpijak kobis kimchi. Baru je dia melangkah setapak,tiba-tiba dia merasakan kakinya tidak seimbang. Dia tergelincir. Seokjin yang berdiri tegak merasakan badannya turut tidak seimbang.

“Oitt.” Sekali mereka dua terjatuh di atas lantai dapur and incident yang tidak diingini mula berlaku.

Mata Seokjin membulat begitu juga dengan Na Ri.
Seokjin terjatuh di atas Na Ri dan mereka terkiss.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Frisur #1
Chapter 4: Update soon ASAP ASAP ASAP
Pappli Pappli Pappli
I'm gonna be crazy if u don't update
b2stFanz
#2
Chapter 4: Update soon! Btw akhirnya awk comeback jgk hehehehe.. Fighting!!
lovely_syrena
#3
Chapter 1: Update soon!! Strict betul sekolah tu. *garu kepala* fighting!