*2*

25519 PRAGMA
Please Subscribe to read the full chapter

 

“Along ni…biar betul?,”

Dee merenung Yen. Atas, bawah. Bawah, atas. Kadang-kadang dia sendiri tak faham dengan Yen ni. Terfikir jugak bahasa Yen ni yang terlebih sastera purba ke atau memang dia sendiri dah tak faham bahasa melayu. Tapi soalan dia tadi tu agak-agaknya boleh memberi bermacam makna.

Along ni..overdose ke?

Boleh percaya ke Along ni?

Betul ke telinga Dee tak salah dengar ni?

Rasanya nombor 3.

Yen sengih. “Betullah ni,”

“Macam tak ada gaya pun,” Dee mengomen.

Yen ketawa dulu. “Nak kena ada gaya ke?,”

“Tak ada lah. Macam ajaib sangat je Along nak masak tiba-tiba ni. Rasanya hari ni tak ada apa-apa special day pun. Birthday Dee dah lepas, parent’s day pun dah lepas. Ibu dengan babah punya birthday pun dah berzaman lepasnya. Along punya lambat lagi,” Dee menghitung dengan jari satu persatu. “Cuba bagitahu.. what kind of special day for today?,”

Geleng. “Tak de apa yang special pun. Dah kalau tiba-tiba hormone Along ni memasak, ikut je lah. Eh, cik adik, bersyukurlah hari ni Along nak masak spaghetti favorite awak tu.  Lepas ni jangan nak merengek tepi Along nak makan Bolognaise lagi eh. Along wassalam awal-awal,”

Dee mencebik. “Ye sangatlah tu,”

Yen menolak trolley ke bahagian produk sejuk beku mencari daging cincang. Dee cuma mengikut dari belakang. Hari ni hari Sabtu. Kelas dan kuliah selalunya tak akan ada setiap hujung minggu macam ni. Kalau selalu tu dia banyak habiskan masa membaca novel dan melepak dalam bilik melayan drama Korea dengan marathon filem Inggeris seorang diri. Almaklumlah, sepanjang lima hari yang penuh dengan assignment dan kelas, mana ada langsung masa dia nak berseronok sakan kalau tak hujung minggu yang bahagia ni. Tapi, disebabkan pagi tadi dengan ajaibnya Along kata nak memasak, langsung hari Sabtu dia jadi kelam kelabu. Apa taknya, sebabkan nak makan jugak spaghetti favorite dia tu, terpaksa la relakan diri bangun pagi sebab nak temankan Along ke Cold Storage.

“Dee, ayam ke daging?,” Yen menyoal tiba-tiba.

“Huh? Daging cincang ada ayam kampung ke?,” Dee garu kepala tak faham.

Yen menjuling ke siling. Dia buat dah… “Along tanya nak daging ayam ke daging lembu?,”

“Oh..ingatkan Along tanya ayam kampung ke ayam daging. Ambik daging lah. Babah tak makan ayam,” Dee tarik sengih tak cukup muka. Yen cuma mampu mengeleng. Budak seorang ni betullah…berangan sungguh!

Dua bungkus daging cincang Ramly di campak masuk ke dalam trolley. Matanya memerhati satu persatu barang-barang dalam trolley pasaraya tu sambil kepala cuba mengingati resepi mudah ibu bagi semalam. “Dee, apa lagi yang tak ada?,”

Dee menyemak senarai barangan di tangan. “Carrot ada, daging cincang ada, tomato ada, sos Prego ada, Button mushroom ada, black pepper ada…Yang tak ada spaghetti je. Yang lain settle,”

“Okay, cun! Jom cari spaghetti pulak,” Yen dah mula tolak trolley tapi bila terasa tangannya di pegang tiba-tiba, dia menoleh. Yen memberi pandangan aneh. “Apasal, Dee?,”

Muka Dee berkerut sambil tangan kanannya di letakkan di atas perut. Gayanya macam menahan sakit. “Along, ‘nature call’,”

“Huh? Apa call?,” Yen tanya balik.

Wajah Dee masih lagi berkerut cuma kali ni reaksinya agak teruk berbanding yang tadi. Kakinya dah mula dikepit serapat mungkin. Yen masih lagi bi

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
EpilogueG
New poster! My mood on!

Comments

You must be logged in to comment
Qee_Ha
#1
*mood excited on
FIGHTING!