*1*

25519 PRAGMA
Please Subscribe to read the full chapter

 

Lagu ‘Paper heart’ bergema di segenap ruang rumah teres dua tingkat tu sebaik kakinya melangkah masuk. Tori Kelly. Sign of bad mood.

Matanya menebar pandang di sekeliling ruang. Kemas. No..extra kemas. Sah! Otak budak ni serabut. Bila otak dia serabut, dia mengemas.

Laju kakinya mendaki tangga ke bilik nombor dua yang di pintu nya tertera besar-besar ‘Back Off or Die’. Tangannya memulas tombol pintu perlahan. Dia masuk dengan agak senyap. Dia perhati budak perempuan yang masih asyik merenung ke luar jendela tu. Keningnya terangkat. Masih pakai baju sama yang dia pakai semalam- oversize tshirt warna merah yang ada kartun Paul Frank di tengah-tengah juga boxer short kotak-kotak. Rambut pendeknya tak terurus, konfem belum mandi. Dengan spek bulat dia yang acah-acah macam Nobita tu lagi menampakkan jiwanya kacau. Kadang-kadang dia sendiri terasa macam dia duduk dengan adik lelaki berbanding adik perempuan. 

“Dee..,”

Bila terasa dirinya diperhati, cepat-cepat dia menyeka air mata yang tadinya jatuh perlahan. “Yo!,”

“Tak pegi kelas ke?,”

Biasalah, orang Malaysia. Suka tanya soalan obivious. Nak pergi kelas apanya kalau dah dia tercongok kat sini pukul 5 petang.

Geleng.

Hasil kondensasi dah mula mengalir semula yang sekali gus kesannya terlihat di atas baju tshirt yang dipakai. Namun sehabis boleh dia mengelak dari wajahnya dipandang.

Dia mengeleng kesal. Sah! Budak ni tengah frust menongeng ni. “Tak usahlah nak berlagak macho dengan Along. Mata tu dah macam kacuk panda dengan rakun. Dengarlah lagu Tori Kelly tu. Membantu sangat. You should tell me what’s wron-,”

“Yen..,”

Dia terdiam.  Bila panggilan ‘Along’ dah bertukar pada ‘Yen’, maknanya budak ni memang tengah serius. Wajah murung tu menoleh padanya dengan mata merah kesan menangis yang panjang.

“….He dump me,”

 

***

 

 

2 tahun kemudian..

 

“Nur Irdina Wang!,”

Memetir suara Profesar Mariam bila mana panggilannya tak disahut buat kali ke tiga. Seisi kelas mengalih pandang pada budak yang masih tersenguk-senguk menahan mata yang betul aje nak jatuh ke meja dek ngantuk yang amat sangat. Langkah kaki wanita tua tu bersahaja kearah meja belakang di tepi tingkap.

Pap!

Cantik aje segulung kertas powerpoint di tangan di ketuk ke atas dahi Irdina Wang. Kelam kabut Irdina Wang bangun dengan mata terpisat-pisat.

“Ha? Dah sampai hujung dunia mana awak mimpi Irdina? Sketching construnction building awak mana? Ke nak kena saya sujud depan awak baru nak hantar assignment?,”

Satu kelas ketawa. Irdina Wang sengih sumbing. “Ada..ada Prof. Sekejap,”

Dalam terpisat-pisat tu dia menarik fail plastic bersaiz A4 keluar dari bag galas. Dibukanya dan dihulur sehelai kertas yang dah siap di lukis sebagai assignment minggu lepas. Wanita tua tu menyambut hulurannya. Diteliti setiap inci garis dan draft di atas kertas hasil kerja Irdina Wang.

“Berapa lama awak siapkan assignment ni?,” Prof. Mariam menyoal.

Irdina Wang menarik sengih. Tiga jari diangkat memberi makna ‘Tiga’ sekali gus membuat Prof Mariam memberi reaksi terkejut.

“3 hari?!,”

Lambat-lambat Irdina Wang mengeleng. “Tak, Prof,”

“Habis tu?,” Prof Mariam menyoal kembali.

“3 minit,”

Selamba.

“Allahuakbhar…,” Prof Mariam menepuk dahi kesal. Terdengar juga ketawa-ketawa kecil dari segelintir pelajar petang tu. Irdina Wang masih kekal tersengih kambing.

“Prof. suruh kitaorang imagine bentuk bangunan 20 tahun akan datang, jadi saya lukislah apa yang saya imagine,” Irdina Wang cuba membela diri.

“Memanglah saya suruh awak imagine tapi takkan la awak lukis serupa cacing kerawit macam ni,” Prof Mariam memicit dahi. Stress benar aje gayanya. “Sudahlah..awak buat balik lepastu hantar pada saya minggu depan,”

Irdina Wang mengangguk lambat-lambat.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
EpilogueG
New poster! My mood on!

Comments

You must be logged in to comment
Qee_Ha
#1
*mood excited on
FIGHTING!