002

I'm Just Another Girl [Malay Fanfiction]

 

 

“Fokus! Sekarang ini saya nak memperkenalkan kepada anda semua pemain baru yang baru saja fly dari China. Sila perkenalkan diri awak…” Arah Sir Jo kepada seorang budak lelaki yang kemas berpakaian seragam sekolah. Semua pelajar lelaki hanya tergelak kecil, ada juga yang tersenyum sinis. “Lelaki macam ini main bola, cikgu? Biar betul?” Salah seorang daripada mereka bersuara. Luhan hanya tersenyum nipis. Sudah agak akan persepsi para pelajar lelaki di hadapannya ini. Tengok riak muka saja sudah masak dengan perangai mereka yang suka memandang rendah kepada pelajar lain. Ini kerana Luhan kelihatan sedikit putih dan ‘agak’ lawa di mata mereka. Pada pandangan mereka, mesti Luhan ini seorang yang menjaga kulit dan sangat kisah akan penjagaan kulit muka. Ala-ala girly gitu!

“Jadi penyanyi idol cukuplah, cikgu. Kami tak perlu orang macam dia untuk sertai kami main bola.” Seorang lagi pelajar lelaki bersuara. Sekarang ini, semua pemain bola sepak sekolah sedang berhimpun di bilik rehat yang disediakan khas untuk mereka semua. Luhan yang mendengar rungutan mereka masih kekal tenang. Dia memang sudah biasa dengan cemuhan sebegitu. Ada yang lagi teruk daripada itu pernah dia terima sewaktu di China dulu. Tetapi, itu bukan sebabnya dia fly ke Korea. Dia bukan pengecut!

“Sudah-sudah! Jangan nak berlagak bagus sangatlah Sehun dan Taehyung! Kamu berdua pun bukannya cukup bagus untuk pasukan ini.” Perli Sir Jo yang sedikit berang dengan perangai para pemainnya. Bukan semangat itu yang dia ajar ketika bermain! Mereka seharusnya lebih menghormati orang dan cuba untuk memperbaiki diri sendiri. Terdiam bisu dibuatnya semua orang di dalam bilik rehat itu. Agak pedas juga kata-kata Sir Jo itu.

“Petang ini, saya nak kamu semua berlatih macam biasa. Luhan akan main posisi penyerang utama, sama seperti kamu Sehun. Jadi petang ini special sikit. Saya nak pilih para pemain utama untuk perlawanan akan datang nanti. Chanyeol, kamu selaku kapten pasukan bola sepak, saya nak kamu tolong tunjukkan Luhan benda penting yang sepatutnya dia kena ambil tahu. Kalau Luhan ada buat masalah, orang pertama yang saya akan salahkan adalah awak Chanyeol sebab saya amanahkan awak untuk tunjuk ajar dia. Faham?” Sir Jo memandang Chanyeol yang sudah pun tersenyum lebar. Chanyeol segera mengangguk kepala tanda setuju. Dia memang suka bab-bab mengajar orang ini! Apatah lagi kalau budak baru. Heh!

Setelah Sir Jo beredar, mereka yang lain pun mula bersurai. Sehun yang kelihatan sedikit bongkak itu sengaja melanggar bahu Luhan. Dia tidak sedikit pun rasa bersalah, sebaliknya terus pergi meninggalkan bilik rehat tersebut. Chanyeol hanya menepuk lembut bahu Luhan. “Sehun memang macam itu. Tapi percayalah, dia sangat baik budaknya. Lambat-laun nanti angin dia akan okey.” Katanya. “Oh… Umur dia berapa? Nampak macam muda…” Luhan hanya berlagak tenang walaupun jauh di sudut hatinya yang paling dalam ingin saja dia menghadiahkan Sehun sebiji penumbuk. “Dia junior kita. Bawah kita setahun.” Balas Chanyeol. Oh… Junior rupanya. Hmm...

“Eh… Mana tahu kita sebaya?” Luhan sedikit bingung akhirnya perasan juga apa yang dikatakan Chanyeol sebentar tadi. “Aku agak aje. Tak tahu pulak kena. Haha… Aku dari kelas 6A3, pelajar seni.” Chanyeol memperkenalkan diri. Luhan senyum nipis. “Aku dari kelas 6A2, pelajar kejuruteraan. Tapi aku ingat nak tukar kelaslah. Bolehkan?” Soal Luhan yang keliru. Chanyeol menggaru kepala yang tidak gatal. “Entahlah. First time aku dengar kes macam ini. Ha ha… Cuba sajalah nanti tanya Sir Jo. Dia nampak macam suka pada kau. Cara dia layan kau pun baik saja.”

“Kenapa? Sir Jo itu macam mana orangnya? Dan apa nama penuh Sir Jo?” Luhan menjongket tinggi keningnya. “Nama betul Sir Jo tu ialah Jo In Sung. Kitaorang panggil dia Sir Jo saja kat sini sebab dia yang suruh. Dia tu guru disiplin. Dalam banyak-banyak cikgu kat sini, Sir Jo yang paling tegas. Dia tak suka bermanis muka dengan pelajar. Cakap pun kasar. Memang senang cerita tak bagi mukalah kat budak-budak sekolah! Oh ya… Kalau kau nak tukar kelas, kau nak masuk kelas apa?”

Busy body pulak si Chanyeol ini! Haha… Luhan tersenyum sumbing. “6A1 mungkin, kelas sains.” Jawabnya sedikit ragu-ragu. “Wow! Serius lah! Kat kelas itu ada ramai pelajar pandai tau! Kalau yang lelaki dengan handsomenya. Kalau perempuan pulak… Perghh… Cun-cun lah! Semuanya calon-calon doktor tu!” Melambung-lambung tinggi pujian yang diberikan Chanyeol itu. Luhan hanya tergelak kecil. “Tapi aku tak nak jadi doktor.” Balas Luhan selamba. “Oh… Jadi apa sebab kau nak pindah? Sebab awek ke?” Usik Chanyeol yang nakal. Mereka berdua sedang dalam perjalanan ke kelas masing-masing.

Awek? Tak pernah terlintas di fikiran dia untuk ada kekasih kat sini. Dia baru saja tiba Korea sebulan lepas. Hari ini hari pertama dia masuk sekolah. Takkanlah tiba-tiba dah ada awek pulak! Tidak kot! Haha… “Hmm… Diam saja. Yelah tu. Aku tak kesah kau nak cekau mana-mana awek pun cekaulah! Tapi jangan ganggu aku punya tau!” Chanyeol beri amaran dengan nada bergurau. “Siapa kau punya?” Soal Luhan bingung. Eleh… Macamlah taste kita sama! Haha… “Kim Yujin! Pelajar perempuan paling rock dan tergila selamba dalam kelas itu. Okeylah… Aku masuk kelas dulu. Jumpa time rehat nanti!” Chanyeol meminta diri kerana dia telah pun tiba di hadapan kelasnya. Kim Yujin? Eleh… Nama pun cliché! Tak berkenanlah aku! Haha…

***

“Weh… Aku sakit perut. Emergency gila! Tak tahan! Nak keluar sekarang!” Aku menekan perut yang memulas. Aduh… Time-time camnilah perut nak sakit. Gilah kau Yujin! “Tak senonohlah kau, Yujin! Pergilah sana! Sebaik Cikgu Tae Hee tak masuk lagi. Kalau tak! Tak boleh keluar kelas langsung kau! Pergilah sana! Hish!” Jiwon menolak bahu aku mengarahkan aku supaya cepat-cepat meninggalkan kelas. Tapi, kenapa lambat sangat Cikgu Tae Hee hari ni ye? Ah! Lantaklah… Yang penting aku nak ke tandas dulu. Serius! Memulas teruk weh! Aku tak tahu apa aku makan pagi tadi! Haih… Aku segera berlari keluar dari kelas. Tanpa memandang kiri kanan pulak tu! Kalau kat jalan raya, sah aku kena langgar dengan lori empat tan! Betul-betul di hadapan pintu kelas 6A2, aku terlanggar seseorang.

Gedebuk!!!

Sebaik perlanggaran itu perlahan saja. Tidaklah sampai terjatuh ke lantai ke apa! Heh! Ingat macam drama Korea yang korang selalu tengok tu ke! Sorry sikit! No romance-romance eh! Perut memulas tahap gaban dah ni! Tak de masa nak main-main mata, dari mata turun ke hati. Freaking no! I’m so damn late nak ke tandas ha! I say no sorry sebaliknya hadiahkan mamat kat depan ni jelingan tajam nak mati je. Sakit hati pulak kita! Dada dia keras nak mati! Naik kejung pipi aku langgar dada dia! Hish! Ah! Dah tak tahan! Nak keluar dah ni! Sah cirit-birit ni! Mama! Papa! Abang! Adik! Tolong Yujin! Huwaa!!! Berlari lintang-pukang aku ke tandas. Lantaklah mamat tadi pandang aku pelik ke apa, nak kutuk segala bagai aku tak kesah! Huh!

***

“Itu bukan…” Luhan sedikit bingung. Baru saja tadi ada seorang pelajar perempuan melanggar dada dia. Bila sekali pandang muka dia macam Hannah, kawan karib dia yang sekarang sedang sambung belajar dalam bidang fashion di Itali. Tak mungkinlah! Lagipun Hannah lagi tua. Takkanlah dia masuk sekolah menengah balik kot. Tapi… Macam teruk aje sakit dia tadi. Sumpah buruk namatey dia lari tadi. Puhahahaha… Kalau buat show ni dapat 5 bintang punyalah!

“Awak pelajar baru tu ke?” Soalan seorang cikgu perempuan di hadapannya membuatkan lamunannya mati. Dia tersedar kembali ke dunia realiti. “Ya, saya.” Jawabnya sopan sambil menghadiahkan senyuman ikhlas. “Okey, sila masuk.” Jemput Cikgu Hye Kyo. Haih… Manisnya Cikgu Hye Kyo ini… Tak macam pelajar perempuan tadi! Adab pun tak ada! Sempat lagi tu jeling aku walaupun dia yang salah! Hish!

“Para pelajar semua, kita ada pelajar baru daripada China. Awak boleh perkenalkan diri.” Ujar Cikgu Hye Kyo dengan lembut. Luhan memandang rakan-rakan sekelas yang baru di hadapannya. Mereka semua kelihatan peramah dan baik. Memang sekarang perhatian ialah 100% kepadanya, baik lelaki mahupun perempuan. Dan Luhan pun perkenalkan dirinya dengan mesra dan penerimaan rakan-rakan sekelasnya terhadap Luhan memang baik. Memang itu kelebihan Luhan. Dia seorang yang terlebih peramah dan sweet talker!

***

“Weh… Kau orang perasan tak apa yang aku perasan?” Woobin sengaja memulakan suasana yang suspen. Kris dan Changmin hanya memandang Woobin, memberi isyarat untuk dia meneruskan kata-kata. “Ish… Tak syoklah cerita dengan kauorang! Respond hampeh gila!” Woobin sedikit terasa. Terus hilang mood dia hendak bergosip! “Alalalala… Weh… Cepatlah cerita. Aku tak sabar ‘gila’ ni!” Changmin pura-pura teruja. Sempat lagi tu memerli si Woobin. “Ah… Malaslah macam ni!” Woobin tarik muka. Woobin sememangnya terkenal dengan sifat sensitif dia yang kalah perempuan! Hish! Semak betul perangai Woobin yang macam ini! Yang lain perfect dah! Ini saja aku kurang bekenan! Monolog Kris dalam hati. “Cepatlah Woobin. Kau dah start suspennya janganlah bagi cerita tergantung pulak…” Bebel Kris yang sememangnya masak dengan perangai si Woobin.

“Yelah… Aku cuma nak cakap. Tadi masa kita borak-borak tu… Aku terpandang seseorang ni. Dia tersenyum tengok kau senyum, Kris.” Woobin sudah pun habiskan ‘suspen’ ceritanya. “Eleh… Itu aje? Berapa banyak dah perempuan and lelaki yang senyum tengok Kris. Aku dah bosan dah dengan populariti si Kris. Ha ha…” Changmin tergelak kecil. Kris hanya berdiam diri. Dia sememangnya tidak berapa suka dirinya menjadi perhatian ramai. Tapi, apakan daya… Takdir Tuhan yang menjadikan dia seorang yang rupawan, takkan mahu menolak pula. Sebaliknya dia bersyukur dan tidak menggunakan kelebihan yang dia ada untuk kepentingan sendiri. Dia masih single dan tidak kiralah berapa kali dia cakap single sekali pun, orang tak akan percaya! Sebab itu dia lebih suka berkawan dengan Woobin dan Changmin. Mereka seorang kawan yang boleh dipercayai dan boleh diharap. Sudah lama juga mereka berkawan rapat.

“Tapi… Seseorang ini bukannya biasa! Luar biasa! Aku tak sangka sebab dalam ramai-ramai lelaki yang dia tolak, dia nak kawan kita si Kris ni…” Woobin masih semangat dengan ceritanya. Kris hanya membuat poker face tanda yang dia sememangnya tidak tertarik dengan cerita Woobin. Datanglah berapa banyak perempuan sekali pun, tak akan ada seorang pun yang dia akan tertarik, kecuali… Dia… Haih... Tapi… Dia dah pun bahagia. Takkanlah aku nak kacau pula! Lagipun dia kawan aku dah lama, dari kecil. Sudah dianggap diri ini sebagai adik. Takkan aku mahu menanti dirinya lagi? Nanti aku juga yang sakit.

“Siapa?” Soalan Changmin mematikan lamunan Kris. Dia kembali ke dunia realiti. “Tu… Panjang umur dia. Baru saja gosip dah pun datang!” Woobin memuncungkan bibirnya ke arah pintu belakang kelas. Ada seorang pelajar perempuan yang baru saja berjalan masuk ke kelas. Tadinya tergopoh-gapah keluar kelas, sekarang cool dan tenang pulak! Yujin… Yujin… Pelik aku dengan dia ini. Dalam banyak-banyak perempuan… Dia yang paling rare! Nak kata lawa itu, sumpah lawa! Fanboys pun ramai! Pandai tu pandai! Cuma satu aje yang slack… Dia punya perangai macam apa! Bukan taste aku! Perangai tak serupa perempuan! Boyish sungguh! Buat lantak hal dia je! Tak faham aku apa yang budak-budak lelaki lain suka kat dia. Bebel Woobin dalam hati. Kris dan Changmin memandang Yujin yang baru saja duduk di tempatnya. Kris dengan segera mengalih pandangan, dia tidak mahu bertentang mata dengan si Yujin! Tidak dinafikan… Yujin memang ada iras Dia. Tapi… Kenapa aku tak boleh terima sampai sekarang? “Ah… Mengarutlah! Orang macam dia takkan suka kat Kris. Lagipun, aku ada dengar-dengar cerita yang Chanyeol suka dia.” Ujar Changmin.

 

Second chapter guys! Thanks for subscribers! <3 Do comment. Maaf kalau cerita ini cliche sangat. Kekeke... Tapi, saya akan cuba sedaya upaya menjadikan ianya lain daripada yang lain. 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet