I'm Just Another Girl [Malay Fanfiction]

Description

 

Hidup aku, Yujin yang dahulunya tenang tanpa masalah di sekolah kini bertukar 360° selepas hari-hariku kini ditemani seorang stalker tegar yang merupakan pelajar baru di sekolahku. Si stalker itu juga memanggilku dengan nama Hannah. Si stalker iaitu Luhan sanggup memohon pertukaran kelas untuk bersama dengan… Kris? Oh tidak! Dia merupakan kawan baiknya Kris dari China. Kris merupakan crush aku sejak sekolah menengah rendah lagi. Akan tetapi, kehadiran aku tidak pernah tampak wujud di matanya. Manakan tidak, sudah hampir 5 tahun kami menjadi classmate, Kris tidak pernah langsung bercakap dengan aku. Akan tetapi, itu tidak menjadi penyebab untuk aku berhenti sukakan dia. He he he… Hmm… Ada satu lagi masalah yang timbul. Luhan suka mengganggu aku dan hampir kerap juga dia mengusik aku. Aku risau aku akan mula terjatuh hati padanya. But for now, Luhan is my number 1 enemy! And I won’t ever fall for him! Akan tetapi... Aku ada lagi satu masalah! Hish! Banyak sangat masalah kau ek! Chanyeol yang tidak mudah berputus asa itu selalu saja mencari peluang untuk mendekati aku. Bukannya aku tak perasan... Tapi... Aku tak nak sakitkan hati dia. Aku tak nak tolak dia hanya sebab aku suka Kris. Sebab itu aku tak boleh bagi apa-apa harapan pada Chanyeol. Hmm...

 

Foreword

 

Title : I'm Just Another Girl

Genre : Romance, Comedy, Friendship, School life

Characters : Yujin (You), Luhan, Kris, Chanyeol, EXO, BTS, Jong Suk, Shin Hye, Jin Goo, Jiwon, Woobin, Changmin (TVXQ) and more

Status : On-going

Main Cast

  

► Kim Yujin, 19 tahun, seorang yang gadis yang berperwatakan biasa dan tidak suka menggedik-gedik, kapten pasukan karate sekolah, seorang yang setia kerana masih lagi suka pada classmatenya Kris sejak sekolah menengah rendah walaupun Kris tak pernah perasan akan kehadiran dia. Dia berharap dapat memenangi hati Kris sebelum tamat sekolah.

► Luhan, 19 tahun, seorang yang ceria dan gila-gila, tersangat peramah, merupakan kawan baik Kris sejak sekolah rendah, berasal dari Beijing, China, baru saja berpindah masuk ke sekolah yang sama dengan Kris, sangat suka memanggil Yujin dengan nama Hannah (ada sebab tersendiri) dan sangat suka stalk dan kacau Yujin yang tidak suka padanya.

► Kris Wu, 19 tahun, seorang yang pendiam dan misteri, tidak suka bergaul dengan orang sembarangan, kapten bola keranjang sekolah, tidak pernah bertegur dengan Yujin walaupun menjadi classmatenya sejak sekolah menengah rendah kerana ada sebab yang tersendiri, berasal daripada Beijing, China, single dan tidak suka akan pelajar perempuan di sekolahnya.

 

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet