001

I'm Just Another Girl [Malay Fanfiction]

 

 

“Selamat pagi, korang!” Jiwon menyapaku mesra. Aku sedang bersarapan pagi bersama Shin Hye di kafeteria. Jiwon duduk di kerusi yang kosong bersebelahan dengan aku. Kami memang selalu bertiga. Best friend forever since sekolah rendah! Heh! Dalam kami bertiga ini, aku saja yang masih single. Oh, lupa nak kenalkan diri.

Nama aku Yujin. Yang comel macam budak kecil ini namanya Jiwon. Dia sudahpun bercinta dengan ehem-ehem, pengawas paling garang kat sekolah. Nanti kauorang akan kenal jugak siapa dia. Hehe… Yang lawa dan sedikit girlish ini pulak namanya Shin Hye. Dia sekarang dalam status ‘complicated’ dengan ketua kelas kitaorang. Dia seorang lelaki yang baik dan sesuai untuk Shin Hye. Kami panggil dia Jongsuk! Aku macam mana pulak? Hmm… Buat masa sekarang aku masih single tapi tak available okey! Hatiku sudahpun dimiliki seseorang. Choi! Tak, nama dia bukan Choi okey. Hehe… Okey, sorry punch line tak berapa nak sampai. Nanti kauorang akan tahu jugak siapa pemilik hati ini. Chewahh… Tahun ini kami bertiga berada di tahun akhir, orang putih kata apa? Senior year? Something like that lah! Hari ini hari pertama persekolahan kami sebagai pelajar senior selepas lama bercuti.

“Nak dengar cerita hot tak, korang?” Jiwon macam biasa dengan muka separuh teruja dia itu berkata. Haih… Pagi-pagi kalau tak gosip tak sah! Aku hanya meneguk jus mangga mengharap Shin Hye untuk membalas pertanyaan Jiwon. Sebenarnya, aku tak berapa minat nak ambil tahu pasal benda-benda sekeliling. Hal sendiri pun aku masih tak tahu nak jaga, jadi sebab itu aku malas nak ambil kesah. Hanya Shin Hye dan Jiwon saja yang peka tentang perihal sekeliling. Seperti biasa, Shin Hye membalas dengan membuat muka penuh tanda tanya hanya menanti si Jiwon untuk meneruskan cerita.

“Kat sekolah kita… Ada… Pelajar lelaki baru! Oh my gosh! Dia tersangat comel dan handsome! Aku tak pasti dia kelas mana, tahun berapa. Yang aku pasti, dia berasal dari China.” Ujar Jiwon gembira. Aku hanya menjadi pendengar setia. Sambil mendengar itu, aku sempat jugalah senyum. Jiwon faham aku tak berapa nak kisah sangat tentang hal itu. Tapi, tidak untuk Shin Hye! Shin Hye sangat suka akan gosip-gosip sebegitu.

“Woah! Mana kau tahu? Kau dah tengok dia ke, Jiwon?” Shin Hye bertanya dengan bersungguh-sungguh.

“Dah! Aku terserempak dengan dia tadi. Aku tahu pun sebab ada budak junior yang gosip kat tengah-tengah jalan tadi. Itu yang aku curi-curi dengar itu. Kau nak tengok dia tak? Jom! Aku pun nak tengok dia lagi. Manalah tahu, jodoh ke? Yang pasti lelaki itu tersangatlah handsome dan aku gerenti, kau takkan kecewa. Kehensemannya kalah Kris Wu tau, Yujin!” Jiwon tersengih macam kerang busuk.

“Amboi… Gatal ya! Dah ada boyfriend pun gatal lagi. Aku report kang kat dia! Dia tu senang aje nak cari. Sebut je nama, semua tahu dia kat mana, dengan siapa. Kau Shin Hye! Complicated lah sangat eh? Jongsuk tu jangan dilupakan. Dia itu dahlah sensitif. Lagi satu Jiwon! Suka hati kau aje nak perli aku eh! Mustahil tau! Bagi aku sampai sekarang tak ada sesiapa pun dalam sekolah ni yang boleh lawan handsomenya si Kris!” Kata-kataku yang sedikit megah membuatkan Jiwon dan Shin Hye membuat muka toya.

“Bagi kau memanglah dia tu handsome gila! Sebab apa Jiwon? Sebab kawan kita seorang ini dah angau dengan Kris!” Shin Hye dan Jiwon sudah pecah ketawa. Ah sudah… Kenakan aku nombor satu ya korang! Nantilah… Tunggu aku balas dendam nanti. He he he… Tapi, buat masa sekarang, otak aku tengah kering dengan idea. Tak ada masa nak fikir. Baik aku habiskan breakfast aku cepat. Sekejap lagi class dah nak start.

“Dah-dah… Habiskan dulu breakfast ini. Nanti kita pusing satu sekolah cari prince charming kau tu ye, Jiwon…” Kataku dengan selamba. Jiwon dan Shin Hye pandang aku bersilih ganti. Mereka pecah ketawa lagi.

“Serius Yujin kau nak ikut? First time ni kau berminat dengan benda-benda macam ni.” Shin Hye bertanya untuk kepastian. Aku hanya mengangguk malas. “Aku cuma nak tengok handsome sangat ke dia sampai Kris pun kalah kat mata Jiwon ni. Hmm…” Balasku selamba. “Okey, cepat makan. Nanti kita ronda-ronda cari jodoh!” Jiwon bersorak riang.

***

“Mana dia ni Jiwon? Kat sini pun dia tak ada wei…” Shin Hye yang sudah jemu menunggu mengeluh. Sudah hampir 15 minit jugalah kami meronda satu kawasan sekolah. Tak ada satu pun kelibat ‘prince charming’ si Jiwon ni kelihatan! Prince charming lah sangat… Kris lagi charming, huh!

“Aku tak cakap pun dia ada kat sini. Hmm… Bukan jodoh kau lah tu! Alah… Tak apa… Ada masa lagi. Nanti kita carilah dia lagi. He he he… Sekarang ni baik kita balik kelas. Sekejap lagi loceng dah nak bunyi dah.” Jiwon memberi cadangan yang akhirnya bernas. Jujur, aku penat juga melayan diaorang ini. Sekejap ke sanalah, sekejap ke situlah. Tup tup… Tak ada pun mamat ‘charming’ sangat tu. Heh…

Sedang kami dalam perjalanan ke kelas, kami terdengar bunyi riuh sorakan gadis-gadis di dalam dewan. Kami bercadang untuk singgah sebentar di dewan tersebut untuk mengetahui apa yang sedang berlaku. Sebenarnya bukan kami, hanya Jiwon dan Shin Hye saja yang pergi. Aku bercadang untuk tunggu di hadapan pintu masuk dewan. Malas nak bersesak-sesak dalam dewan itu. Boleh semput aku dibuatnya! Ramai jugak orang aku tengok tadi.

Sambil menunggu urusan Jiwon dan Shin Hye selesai, aku pun mendengar iPod untuk menghilangkan kebosanan. Playlist lagu kegemaran dimainkan. Hah… Sedapnya lagu ni… Boleh lentok aku dibuatnya. Ah… Tidur kejap pun sedap ni. Oh kat dalam dewan tu ada bench kosong dan orang pun tak ada kat kawasan situ. Baik aku tidur kejap. Kat kelas nanti tak boleh tidur pulak. Hmm…

Aku berjalan masuk ke dalam dewan. Tanpa melihat sekeliling aku terus berjalan ke arah bench yang kosong itu. Alamak! Ada beg lah pulak! Semak aje! Ah… Letak ajelah kat bawah. Bukannya kotor pun. He he he… Selepas mengemas sedikit, aku pun selamat melandingkan badan kat atas bench kosong itu. Dan selepas beberapa minit, aku pun selamat tidur dengan lagu yang masih lagi terpasang.

***

Aku tersedar daripada tidur yang lena apabila terdengar bunyi sebatan rotan yang kuat. Oh tidak! Singa mata empat sedang memandang aku dan untuk pengetahuan kauorang semua… Dia adalah guru disiplin sekolah ini! Hampir semua pelajar di sekolah gerun akannya. Dia tidak pernah senyum apatah lagi bermanis mulut. Sesiapa yang melanggar peraturan sekolah walaupun kesalahan itu sebesar zarah, akan tetap dihukum pelajar tersebut! Aku memandang sekeliling, mencari kelibat Jiwon dan Shin Hye. Kurang asam jawa punya kawan! Tinggalkan aku terkapai-kapai kat sini. Dewan yang tadinya riuh kini sunyi sepi. Mungkin saja mereka semua telah selamat melarikan diri daripada singa mata empat ini! Adusss… Apalah malang nasib aku pagi-pagi ini!

“Apa yang kau pandang-pandang itu, ha? Kau cuba untuk memonteng kelas ya? Kau tahu sekarang sudah pukul berapa?” Singa mata empat atau lebih ‘mesra’ dipanggil Sir Jo bertanya dengan nada yang kasar. Aku segera berdiri menghadapnya dengan sopan. Kepala yang tidak gatal aku garu. Sempat juga aku kerling jam di tangan cikgu. Ah… Baru saja 15 minit lambat! Kecoh lah cikgu ni!

“Tidak cikgu. Tadi saya bercadang nak rehat-rehat saja. Tak sangka pulak terlebih rehat. Boleh saya minta diri untuk ke kelas terlebih dahulu?” Aku cuba menyusun ayat akan tetapi makin berkerut pula muka si singa mata empat ini. Dia tidak berpuas hati dengan jawapan yang aku berikan. Dia merenung tepat ke dalam mata anakku. Aih… Sebaiklah Sir Jo ini dah kahwin dan ada anak kembar dua! Takkannya aku cair dengan pandangan mata dia yang tajam tu! Ha ha!

“Aku tahu yang kau tahu perkara yang terjadi sebentar tadi, kan? Aku nak kau beri kerjasama. Berikan nama siapa yang bermain bola keranjang di dewan sebentar tadi atau aku hukum kau dengan hukuman yang berat! Atau sekurang-kurangnya berikan siapa nama kawan-kawan kau yang lain yang mungkin menonton perlawanan bola keranjang sebentar tadi.” Sir Jo sudah mengugut. Bab ini aku lemah! Aduh… Ah, lantaklah! Jawab jelah! Moga angin kus-kus cikgu dah berkuranglah sikit.

“Saya betul-betul tak tahu cikgu. Ada perlawanan ke tadi? Tapi macam mana saya boleh lena tidur ya? Hmm… Saya seorang saja cikgu. Saya betul-betul tak tahu apa yang cikgu cakap tadi. Maaf cikgu…”

“Oh… Jadi kau nak kata mata aku yang salahlah ni? Kamu jangan main-main atau kamu cikgu denda dengan hukuman berat!” Aku menarik nafas panjang. “Saya tak tahu.” Aku tertunduk bawah memandang lantai. Pasrah!

Sir Jo menggeleng kepala tanda tidak percaya. “Kau yang minta hukuman ini. Disebabkan kau ponteng kelas selama 15 minit, aku hukum kau…”

***

“Puhahahahaha! Gila lah kau Yujin!” Shin Hye dan Jiwon sudah gelak terkekek-kekek mendengar cerita aku sebentar tadi. Aku menjeling mereka berdua. Sakit hati! “Kauorang yang gila! Sampai hati larikan diri, tinggalkan aku seorang diri kat belakang! Kau tak tahu aku rasa macam nak terkencing tadi bila nak jawab soalan dia.

“Aku ingat kau dah blah! Aku tengok kat pintu dewan tapi batang hidung kau pun aku tak nampak. Aku ingat kau dah cabut dulu tinggalkan kitaorang. Tup tup… Kau lena tertidur kat sana lagi! Puhahaha! Sumpah drama sungguh kau pagi-pagi ni! Eh… Tapi, takkanlah kau tak tahu siapa yang main tadi?” Jiwon berasa teruja kembali.

“Tak…” Jawabku malas. “Apapun terima kasih tau Yujin sebab tak mention nama kitaorang tadi.” Shin Hye berasa serba salah. Shin Hye ini memang lembut sikit hatinya, ala-ala girly gitu! Aku hanya tersenyum nipis. Tak apalah! No hal! Takat hukuman cuci kolam renang dengan padang bola sepak selama sebulan apadahal! No problem lah! Kalau kat kolam renang tu, bolehlah aku berenang sekali! Dah lama tak berenang sebab asyik fokus kat karate saja. Haih… Terpaksalah minta Jongsuk ganti aku ajar budak-budak karate sepanjang sebulan ni.

“Seriuslah? Hmm… Kalau kau tengok tadi kan… Mesti kau rasa excited gitu.” Jiwon menjongket keningnya tinggi. Mukanya kelihatan sedikit nakal. “Siapa?” Tanyaku pendek. Malas hendak berteka-teki dengan si Jiwon. Ada saja nanti soalan yang bukan-bukan dia tanya hanya sebab nak panjangkan masa! “Tu…” Dia menunjukkan jari telunjuknya ke arah seorang budak lelaki yang sedang berborak dengan kawan-kawan lelakinya. Dia tergelak kecil dan tersenyum nipis saat aku memandangnya. Walaupun dia tidak senyum kat aku, sebaliknya dia hanya senyum kat kawan-kawannya, itu pun sudah cukup buat aku gembira. Susah nak nampak dia senyum walaupun sehari tau! Hehe… Kris… Haih… Kenapa makin lama makin handsome ni… Dulu kecil comel-comel saja. Sekarang… Bak prince charming! Aww! Memang charming gitulah! Hehe… Lamunanku mati apabila Jiwon menjentik dahi mulusku. “Gatal!” Ejeknya. Shin Hye hanya gelak melihat gelagat kami.

 

First chapter is done! Sorry sangat kalau tak berpuas hati dengan cerita ini. LOL! Cerita ni memang slow sikit. Ini baru separuh hari. Belum habis sehari lagi. Heh! Bahasa saya memang tak boleh pakai untuk exam. Haha! Jangan buat karangan guna ayat-ayat dalam ni! Memang tak tahu nak cakap apa kalau buat jugak. Free feel to comment down your ideas or comments about this story! ^^ Last but not least, hope korang semua enjoy! Next chapter will update soon! More characters will be reveal!

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet