003

I'm Just Another Girl [Malay Fanfiction]

 

 

“LOL! Kenapa pun kalau Chanyeol suka dia?” Tanya Woobin yang keliru. “Huh! Kau ni macam tak kenal pulak si Chanyeol tu. Dia kan kawan kita sekolah rendah dulu. Kau tahukan dia tu jenis yang ‘apa dia nak, dia mesti dapat’. Manja sangat budak tu sampai kadang-kadang guna ayah dia yang berkuasa tu. Duhh…” Changmin menunjukkan muka annoyingnya. “Hmm… Orang dah kaya senang ceritalah. Pakailah taktik apa sekalipun. Tapi… Kau kena ingat jugak yang cinta ni tak boleh dipaksa. Yujin tu suka Kris. Bukannya Chanyeol.” Balas Woobin selamba. “Hmm… Itu pun kalau betul lah dia suka Kris. Entah-entah, kau salah tengok kot tadi… Mana tau dia usha budak lelaki yang lalu-lalang kat luar ke. Kau ni bukan boleh percaya!” Perli si Changmin. “Tak percaya sudah!” Woobin mengalah.

Habis saja kata-kata si Woobin, Kris sudahpun bangun, bersedia untuk meninggalkan kelas. This freaking topic kill my mood. Duhh… Bebel Kris dalam hati. Dia tak jealous okey… I don’t know. I feel something about this girl. And somehow she reminds me of her. Aku jadi sakit kalau aku pandang dia. Apatah lagi kalau bercakap dengan dia. Sebab tu, walaupun sudah hampir lima tahun jadi classmate Yujin, dia adalah orang yang aku tak pernah langsung simpan niat untuk bertegur dengannya. Lagi satu, aku tak suka perempuan yang terhegeh-hegeh ini. Bukan taste akulah! Dia pun tak ada beza dengan perempuan gedik kat luar sana.

Kris sudahpun selamat keluar kelas dan sekarang dia menuju ke tandas lelaki, sekadar untuk menyegarkan diri like basuh muka and so on. Woobin dan Changmin berpandangan, sejurus selepas itu mereka pecah ketawa. “Takkanlah jealous kot?” Teka si Woobin. “Yelah tu! Kau tak pelik ke? Dia mana pernah bercakap dengan si Yujin tu walaupun dah lima tahun jadi classmate! Tak ke kau rasa dia ada rahsia yang dia tak nak share dengan kita?” Teka si Changmin pula. Woobin sekadar menjongket bahu.

“Kalau ada pun biarlah. Satu hari nanti, bila dia dah ready, dia akan cerita jugak kat kita. Kau kena ingat… Tak semua benda kita boleh cerita. Mungkin cerita Kris tu ada baiknya dia simpan seorang. Ah… Lantaklah! Jomlah join Kris ke tandas. Sekali nak usha awek-awek yang jalan kat koridor!” Muka gatal Woobin sudahpun muncul. Changmin hanya menggeleng kepala tanda sudah masak dengan si Woobin yang gatal ini.

***

“Ya Luhan. Saya ada dengar dari homeroom teacher awak dan Sir Jo yang kata awak nak tukar kelas. Ada special reason for this kind of action? Saya tak suka awak ambil ringan perkara ini sebab saya selaku pengetua sekolah ini sangat mementingkan reputasi para pelajar. Saya ada tengok data peribadi awak daripada previous school, awak seorang yang sangat aktif dan pernah mewakili negara untuk sukan bola sepak. Sebenarnya, tiada halangan pun untuk saya tukarkan awak kepada kelas sains kerana prestasi pelajaran awak pun cemerlang, akan tetapi, saya nak sebab yang kukuh kenapa saya perlu ikut cakap awak?”

Panjang juga bebelan Pengetua Seo Jin. Walaupun sudah berumur hampir mencecah 50, tetapi dia masih kelihatan kacak dan berkarisma. Hmm… Jawapan apa yang perlu aku bagi ya? Nak tipu ke cakap benar? Dan apa sebab ya aku nak tukar kelas? Memanglah asalnya aku nak satu kelas dengan best friend aku dari kecil, si Kris tu, tapi kalau aku bagi jawapan tu macam tak berapa bernas lah pulak. Nak kata aku minat sains… Bolehlah berbanding bidang kejuruteraan itu. Hmm… Tapi… Apa alasan yang bernas ya… Oh ya!

Luhan menarik nafas dalam-dalam. Satu per satu ayat di dalam otak disusun dan ditutur kemas di hadapan Pengetua Seo Jin. Pengetua Seo Jin tersenyum bangga. Memang tidak mengecewakan anak muda ini. “Baiklah. Saya terima permintaan awak. Akan tetapi, proses pertukaran kelas ini memerlukan waktu selama seminggu. Awak tidak kesah bukan?” Soal Pengetua Seo Jin yang memandang tepat ke dalam anak mata Luhan. Luhan hanya tersenyum nipis dan mengangguk kecil. No big deal lah!

***

Loceng menandakan waktu rehat telahpun bermula. Semua pelajar telahpun keluar menuju ke kafe utama sekolah. Tidak ketinggalan aku, Shin Hye dan Jiwon! Kami bertiga memang selalu bersama. Jangan jealous! Haha… Asyik jugak kami berborak sampai tak sedar aku terlanggar seseorang di hadapan. Maklumlah, jalan di koridor sesak sikit kalau waktu rehat. Aku rasa Pengetua Seo Jin patut besarkan kawasan koridor ni! Rasa ramai saja yang nak sponsor, maklumlah… Sekolah ini ada ramai anak orang kaya! Heh!

Sampai saja di kafe, kawasan tempat makan memang dah penuh. Ini lagi satu yang aku bengang! Haih! Waktu rehat junior janganlah sekali kan dengan waktu rehat senior. Tak ada privacy langsung! Time inilah junior semua menggedik-gedik dengan abang-abang senior. Aduh… Tu ada tiga orang minah saleh celup tengah kacau Kris yang sedang makan tu! Ish! Nak saja aku sound minah-minah saleh itu! Tapi… Apakan daya… Aku bukannya sesiapa… Chewah… Ayat cliché!

“Yujin… Tak jealous ke?” Soal Jiwon sambil buat muka nakal. Dia tahu saja kelemahan aku. Kami bertiga berbaris untuk mengambil makanan di kaunter. Aku menayang dulang kosong di hadapan muka Jiwon. “Nak saja aku ketuk kepala minah-minah saleh celup tu tau! Hish! Sabar jelah!” Bebelku sambil mengepal buku lima. Shin Hye hanya tergelak kecil. Biasalah… Kalau dia pun jealous kalau ada junior yang mahu mengorat Jongsuk! Lagi-lagi Jongsuk itu peramah orangnya. Itu yang kisah cinta mereka sedikit complicated! Hehe…

“Sorry tau kauorang. Hari ini nak teman ‘abang’ saya makan. Dia kena bertugas jaga blok A time rehat ini. Hmm…” Jiwon meminta diri. Bagus Jiwon ni! Sangat setia dan romantik! Patutlah beli roti dua bungkus saja. Untuk cik ‘abang’ yang special rupanya. Kami melambai Jiwon yang sudahpun berjalan pergi meninggalkan kafe. Tinggallah aku dan Shin Hye saja. Kami bercadang nak duduk semeja dengan Jongsuk, tapi tak jadi pulak sebab Kris tiba-tiba saja lari ke meja Jongsuk. Bukan ruang makan tak cukup, cuma aku nervous kalau makan depan dia! LOL! Hahaha!!! Kris bosan kot dengan minah-minah saleh celup tu. Tu yang dia lari meja lain tu! Hanya Woobin yang playboy saja rajin melayan mereka! Changmin macam biasalah, kadang-kadang saja melayan mereka. Selebihnya dia sibuk bermain game di telefon pintarnya.

“Kacaulah! Baru nak date dengan Jongsuk! Kau ni… Apa yang malu sangat? Kau tak ada batang hidung ke?” Perli Shin Hye yang sudah pun merajuk. “Ala… Sorrylah. Kau tahu kan aku pemalu dan rasa nervous gila kalau depan dia. Takkanlah kau nak biar aku makan seorang diri. Tak apalah, pergilah sana. Kerana terpaksa, aku relakan…” Aku pula yang cuba untuk merajuk. “Hish! Sebab kau best friend aku forever, aku sanggup biarkan Jongsuk makan seorang tau!” Shin Hye cuba memujukku. “Mana ada dia seorang. Elok saja makan dengan Kris tu!” Shin Hye menjegilkan mata apabila mendengar jawapanku. “Aku lari ke meja dia kang!” Ugutnya. Cepat-cepat aku menahan tangannya. “Okey… Okey… Sorry… Sorry… Tak buat lagi. Hehe… Janji!” Aku mengenyit mata nakal. Shin Hye hanya tersenyum sumbing. Macam-macamlah Yujin ini! Haha…

“I’m sorry. Boleh duduk kat sini tak? Meja lain penuh.” Tiba-tiba ada seorang lelaki bertanya kepadaku. Aku memandang Shin Hye yang sudahpun mendongak memandang lelaki itu. Aku dengan perlahan pun cubalah angkat kepala untuk pandang gerangan siapakah yang berani sangat itu untuk join kami makan. Chewah! Haha… Aduh… Silaulah pulak cahaya matahari ni! Lelaki itu menahan silauan cahaya matahari dengan tangannya yang besar. Hmm… Acah-acah sweet pulak… Eh… Dia…

“Duduklah. Tiada orang pun. Kami pun baru saja nak makan.” Shin Hye menjawab bagi pihakku. Lelaki yang acah sweet tadi duduk di sebelahku, manakala kawan dia yang seorang lagi itu duduk di sebelah Shin Hye tetapi berhadapan denganku. Muka kawan dia pelik pulak pandang aku macam nampak hantu. Ke ada apa-apa kat muka aku? Sempat juga meraba muka. Mana tahu ada nasi terlekat ke. Tak ada pulak! Haih… “Tak apa ke? Tak ganggu ke awak berdua berborak ke?” Lelaki acah sweet itu bertanya lagi, tapi… Kenapa asyik tanya aku? Tanyalah Shin Hye. Aku baru nak nganga besar-besar makan nasi ini. Tapi… Terus tak jadi sebab dia pandang aku. Aku perasan jugak dia hampir saja tergelak kecil tengok cara aku makan. Hmm…

“Eh… Tak adalah…” Shin Hye sekali lagi jawab bagi pihakku. Aku sekadar senyum nipis lalu apa lagi? Sambunglah makan! Hehe… “Tak sangka dapat makan semeja dengan anak VVIP sekolah ini.” Tiba-tiba Shin Hye bersuara. Aduh… Apa salah topik daa… Tak menarik langsung topik Shin Hye borak ni! “Siapa anak VVIP?” Lelaki di hadapanku ini bertanya. “Chanyeol lah… Siapa lagi…” Shin Hye hanya tersenyum manis. Amboi… Manis macam gula dah aku tengok senyum si Shin Hye ni! Mengamuk Jongsuk kalau dia perasan ni! “Eh… Biasa-biasa jelah.” Balas Chanyeol. Ayat cliché! “Oh ya… Ini pelajar baru. Dia baru saja masuk hari ini dan dia ni dari China tau! Saya perkenalkan, ini Luhan.” Chanyeol memperkenalkan Luhan kepada mereka berdua. Shin Hye yang dari tadi senyum malu-malu terus menghulurkan tangan untuk bersalam. “Oh… Awaklah pelajar baru yang dia orang sibuk katakan itu. No wonder… Saya Shin Hye!”

Luhan memandang Shin Hye kerana dia sedikit confused apa yang Shin Hye katakan sebentar tadi. “No wonder? Dia orang kata apa ye tentang saya? Benda baik or sebaliknya?” Soalnya sedikit berhati-hati. Risau juga sebab first day saja orang dah sibuk mengata perihal dia. Tak ada pulak dia dengar cerita-cerita sebegitu daripada classmatenya tadi. Shin Hye tergelak kecil melihat Luhan yang sedikit cuak. “Awak ni comel lah buat muka macam tu! Tak…” Kata-kata Shin Hye mati apabila dia sedar Yujin tersedak makanan. Yujin yang terbatuk-batuk kecil ditepuk belakang badannya oleh Chanyeol. Makanan atas pinggannya juga sudah kosong. Mak aih! Cepat betul Yujin ni mencekik! Bebel Shin Hye dalam hati.

“Saya minta diri dulu ya. Ada hal penting. Jumpa kat kelas nanti ya Shin Hye. Bye!” Yujin segera beredar dari meja makan. Dia terus berjalan ke singki untuk mencuci kotoran yang melekat di kot baju sekolahnya. Comel ke bendanya Shin Hye?! Macam mat saleh celup aje budak baru tu! Tak berkenan aku! Jiwon… Jiwon… Tang mana tah yang handsomenya… Ada ke patut dia kata orang macam tu mengalahkan kehenseman Kris Wu aku. Tolong sikit! Duhh… Laju jugak aku mencekik tadi. Sampai tercekik dibuatnya. Si Chanyeol pun satu! Suka hati dia aje nak pegang belakang badan aku! Hish! Sebab nak blah awal punya pasal lah ni. Aku bukan jenis mesra-mesra dengan orang sembarangan gitu. Dulu pun, ambil masa jugak aku nak rapat dengan Jiwon dan Shin Hye. LOL! Biasalah… Tak semua orang sama!

“Dia okey tak tu? Macam teruk saja dia tersedak. Air pun tak ha…” Chanyeol punya ayat berhenti apabila Luhan yang masih belum selesai makan bangun dari duduk. Tangannya mencapai botol air di atas meja dan dia segera berlari ke arah Yujin. Yujin yang sudah pun dalam perjalanan ke kelas ditahan oleh Luhan. “Nah… Minum…” Katanya sedikit tercungap-cungap. Laju jugak dia ni jalan! Fuh!

Yujin memandang budak baru itu atas bawah. Betul ke mamat ni? Bukan tadi dia tengah makan lagi ke? “Minumlah… Tadi teruk jugak awak tersedak tu…” Bebelan budak baru itu mematikan lamunan Yujin. “Tak apalah… Saya okey je ni.” Tak nak aku ambil air dia. Entah-entah dia letak ubat sembelit. Tapi… Apa motif dia nak buat macam tu? Bukannya dia kenal aku. Kenapa baik sangat ni? Baik ada maksud ke apa ni? Hmm… “Betul… Tak apa. Saya okey.” Aku memalingkan badan untuk sambung berjalan ke kelas. Tapi kali ini dia menarik tanganku dan meletakkan botol air itu di atas tanganku. “Minum okey? Nanti tercekik, saya yang susah. Okeylah… Saya nak sambung makan. Jumpa lagi nanti!” Budak baru itu mengenyit matanya sebelum berlalu pergi. Tercengang juga aku dibuatnya. Hmm… Boleh tahan gatal jugak budak baru tu… Memang bukan taste aku player-player ni! Heh!

 

Chapter 3 is up! Haha! Enjoy!!! Haha! Officially Luhan meet with you! Kyaa~!

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet