Chapter 7

Origami For you....

Chapter7

Sekarang dah rehat aku hari ni tak ada masa nak jalan-jalan dekat koridor sekolah tu lebih baik aku pergi cari perempuan tu dan selesaikan semua ni aku dah tak tahan untuk pendam perasaan aku ni ni tiba masanya aku luahkan dekat dia apa yang aku sedang rasa sekarang.

Aku mencari dia dekat blok B tempat biasanya dia berada pagi-pagi buta. Aku cuba cari dia dekat situ harap aku jumpalah dia. Sampai aja dekat sana aku apa lagi main redah aja masuk kelas orang budak yang dekat dalam kelas tu pulak dah mula teruja dengan kehadiran aku dekat situ.

“ Boleh aku tanya ada tak siapa-siapa dekat sini yang suka lipat origami ?” Aku bertanya dekat pelajar yang berada dekat dalam kelas tu.

Korang tahu apa jawapan yang aku dapat ? . Korang nak tahu hanpir semua pelajar perempuan dalam kelas tu angkat tangan mengaku yang deorang suka lipat origami. Udah rancangan aku nak menanya dah gagal.

“ Tak apalah , terima kasih” kata aku lalu aku keluar dari kelas itu. Masa nak keluar tu tiba-tiba aku terlangar dengan seorang lelaki ini habis dahi aku dengan dahi dia bertembung.

“ Aduh…” Aku dah mengurut-gurut dahi aku. Lelaki dihadapan aku tu pun buat benda yang sama.

“ Maaf, bang saya tak sengaja tak nampak pula abang dekat situ.” Kata budak itu.

“ Abang?” lalu aku memandang kearah papan tanda kelas itu. Patutlah ini kelas budak junior patutlah dia pangil aku abang. Nasib baik budak ni minta maaf kalau tak memang kenalah dia ni aku kerjakan.

“ Tak apa silap aku jugak tak hati-hati” Kata aku.

“ Tak silap saya abang ni Kim Seok Jinkan ?” tanya badak tu mintak kepastian.

“ Ya , aku Kim Jeok Jin kau tak payah nak pangil nama penuh aku sangatlah pangil aku Jin sudah.”  Kat aku.
 “ Oh, Jadi abang nilah Jin yang kakak saya selalu kata-katakan tu. Selamat berkenalan Nama saya Kim Tae hyung dana bang boleh pangil saya V.” kata budak tu sampil mempamirkan senyuman mesra.

“ Nanti dulu apa yang kau maksudkan dengan kakak ?”. tanya aku. Budak yang gelar diri dia V tu pulak tiba-tiba dekatkan mukanya dengan telinga aku lalu berbisik.

“ Kalau abang nak tahu kakak saya tu ada hati dekat abang .” V kembali berdiri tegak sebelum dia beredar masuk kekelas dia sempat kenyetkan matanya.

Aku buat tak entah aja kata-kata budak tu . Aku tak hairanlah kakak dia suka aku sebab dah bersepah perempuan dekat sekolah ni cakap suka aku. Tapi sekarang ni aku Cuma tertarik pada perempuan misteri tu aja.

……………………………………………………………………………………………………………………………………………..waktu rehat aku tadi berakhir dengan sia-sia aja aku masih tak jumpa perempuan tu . lagi beberapa minit lagi waktu persekolahan nak tamat aku tengok jam dekat yang tergantung dekat dinding kelas tu aku rasa macam lama pulak jamni berdetik munkin sebab peresan aku yang tak sabar-sabar nak jumpa perempuan tu kot yang membuatkan aku rasa beberapa minit itu terlalu lama.

“kringggg…” loceng dah berbunyi. Aku dari tempat tutuk aku aku menepuk bahu Suga yang duduk di hadapan meja aku tu. Suga menoleh kearah aku.

“ Apa kau nak” kat Suga sambil mengangkat-ngangkat dagunya.

“ Kau cakap dekat deorang nanti suruh deorang balik dululah aku ada hal sikit.” Kata aku.

“ Kau sejak kebelakangan ni dah jarang lepak dengan kitaorang apa yang kau buat sebenarnya ni Jin ?” tanya Suga.

“ Adalah kau tak payah nak ambil tahu sanganlah.” Aku dah mula rasa soalan Suga tu semak.

“ Aku tahu, Jink au sebenarnya nak jumpa awek sorang tukan . Kau dah kenapa Jin kau dah jatuh cinta dekat dia tapi tak kasi tahu kitaorang kan.” Suga dah muladah nak mengusik aku.

“ Mana ada . dahlah aku nak cau dari sini malas aku nak layan kau.” Aku cuba cari peluang untuk lari dari kenyataan jadi aku terus lari keluar dari kelas.

Aku tunggu kawan pagar kecil itu kosong barulah aku kesana. Sekarang dah kosong aku apalagi pergilah dekat situ mencari-cari kertas origami yang aku jangka pastinya perempuan tu dalam campakkan dekat situ.

Dah puas mencari akhirnya aku jumpa Kali ni origaminya berwarna merah  betul-betul berda di depan pagar. Aku kutip dan aku seperti biasa letakkanya didalam poket seluar aku.Tujuan aku hari ini adalah nakcari perempuan tu jugak sampai jumpa jadi aku tengar keluar pagar kalu-kalu kelibat perempuan tu ada dekat situ.

Puas aku perhati sekali aku nampak budak pagi tadi tu V nama dia tengah berdiri dekat bus stop sekolah tengah tunggu seseorang. Tak lama selepas itu tiba –tiba seorang perempuan menghampirinya sambil membawakan dua cawan air ditangan lalu menyerahkan satu dari air itu kepada V.

Bila aku perhatikan muka perempuan tu mata aku dah terbeliak habis mana taknya perempuan tulah orang yang selama ini aku cari . Punya susah payah aku aku cari perempuan tu rupa-rupanya budak  V tu kenal dengan perempuan tu.

Aku tengok deorang bukan main mesra lagi siap tergelak-gelak bergurau senda lepas tu suka hati aja tangan deorang bersentuhan . Aku tak tahu kenapa waktu tu aku marah sangat aku rasa mungkin sebab aku cemburu.

Nanti dulu perempuan tu pernah tulis surat yang dia pernah suka seseorang jangan-jangan dia suka si budak V tu . OMG kau dah Gila ke Jin kau sekarang tengah bersaing dengan junior kau kot.

Aku berlari terus keluar pagar aku dah tak entah kereta yang lalu lalang dekat luarpagar tu aku main redah aja yang penting aku kena hentikan adengan mesra deorang tu.

“ Oii , V bat apa?”.Aku yang entah datang dari mana tiba-tiba menyampuk habis terkejut budak tu sampai tercampak air dia habis basah baju perempuan dekat depan dia tu. V dah gelabah minta maaf dekat perempuan pelik tu lepastu tolong-lapkan kesan tumpah air tu dengan sapu tangan miliknya.

“ Hey, V aku lupa nak tanya kau pagi tadi kau tahu apa-apa tak pasal perempuan yang suka buat origami? .”. Aku masa tu dah jeling dah perempuan pelik dekat depan dia tu. Perempuan tu tundukkan muka dia cuba sembunyikan muka dia.

“ Ohh, pasal tu tak tahu pulak.” Balas V.

“ Ohh, takpalah kalau kau tak tahu.” Aku sekali lagi menjeling perempuan tu. Perempuan tu Cuma diam cuba sembunyikan muka dia.

“ Sayang , you tahu tak apa-apa tentang ni ?”. Tanya V dekat perempuan pelik tu. Perempuantu gelengkan kepala aja.

Oh, inilah permainan kau rupanya kenapa kau susah sangat nak mengaku yang kau adalah orangnya. Aku tak faham betul dengan dia ni dan yang tak masuk akal dan macam mana pulak aku boleh ada hati dekat perempuan ni?.

“ Hey, V kau taknak perkenalkan ke perempuan dekat depankau tu.” Kata aku ketika itu aku sandarkan bahu aku pada tiang bus stop tu dan sebelah tangan aku  letakkan ke dalam kocek seluar dan tangan aku lagi satu menunjukkan kearah perempuan pelik tu.

“ Oh , perkenalkan ni kesayangan saya Lim ji yeon . klau awak nak tahu saya tak boleh hidup tanpa dia.” Kata V ceria.

Tiba-tiba satu kereta gen-2 merah berhenti betul-betul dihadan mereka.

“Abang saya nak kena kena baliklah tu kakak saya dah sampai”. V menuju kearah kerata itu lalu membuka pintu belakang kereta itu. Selepas itu Ji Yeong masuk ke tempat duduk belakang kereta itu manakala V duduk di bahadapan. Selepas itu kereta itu beredar dari situ.

“ What? Deorang balik sama ?” .  Aku dah cakap seorang diri. Beberapa minit aku terpaku dekat situ aku terus ambil motor aku dan baliklah.

Bersambung……


Sebelum ni pastinya korang tertanya-tanya siapa perempuan tu  sekarang dah terjawab.

Kepada yang tak berapa kenal dengan Lim ji Yoen ni . Ni nak habak mai.

Lim Ji yeon ni adalah seorang pelakon yang boleh dikatakan terkenal lah jugak . dia ni buat pertama kalinya muncul di layar lebar pada tahun 2014 menerusi cerita obsessed dan memegang watak Jong Ga-heun.

Dan baru-baru ini dia belakon dalam drama series Daebak ( Jackport) sebagai Dam seo.

Ok , itulah sedikit sebanyak mengenai Lim Ji Yeon.  Ok , apa-apa pun harap korang enjoy dengan cerita ini. J

 

 

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
nmmnbg #1
Chapter 9: erk..habis dah?..ok la saya baca cerita resonance pulak!
nmmnbg #2
Chapter 8: no!!!!!v date dgn perempuan tu ke?kesian jin :( huhuhuhu
qwaszx121 #3
Chapter 7: alah authornim siapa perempuan tu??????????????.
nmmnbg #4
Chapter 6: argh, sape perempuan tu authornim???!!!apa2pun cerita authornim memang best!! :* <3