Chapter 6

Origami For you....

chapter 6

Hari ini macam biasa datang sekolah awal pastu aku merayap satu sekolah pastu menari-nari dekat tapak perhimpunan . Aku harap kali ni tak ada sesiapa yang nampak aku menari.

Aku teringat tentang sesuatu kalau semalam perempuan tu nampak aku menari dekat sini bermakna waktu-waktu macam nilah dia dah sampai sekolah. Kalau macam tu mudahlah aku nak cari dia waktu macam ni sekolah masih lagi kosong pastu senaglah aku nak jumpa dia. Aku yang taknak melengah-lengahkan masa ni aku terus teroka satu sekolah sekali lagi.

Aku mulakan percarian di kantin sekolah dekat situ selalunya tempat pelajar lepak . Aku pun dengan gigihnya mencari dekat kantin sekolah malangnya takda orang pun dekat situ. OK, kalau dekat kantin pun takda mungkin dia ada dekat block B tempat dia tinggalkan origami hijau semalam. Aku apa lagi berlari ke block B aku naik tangga ke tinggat dua bangunan block B dan akhirnya 'Chackmate' aku nampak kelibat seseorang sedang berdiri di hadapan kelas dihujung bangunan itu dan betul-betul dihadan kelas itu adalah tangga.

Kelibat itu seolah-olah sedar akan kelibat aku dia apa lagi terus lari ikut tangga yang berada dihadapan dia tu. Aku yang nampak keadaan tu aku terus kejar perempuan tu .

"Oiii, kau dekat sana berhenti janganlah lari aku cuma nak berbincang " Jerit aku sambil kaki ku sebuk mengejar perempuan itu.

Kini kelibat perempuan tu tak jauh dari aku . Aku dengan tergesa-gesa mengejar perempuan tu akhirnya memakan diri apa bila kaki aku tiba-tiba terlanggar tong sampah yang entah dari mana datang membuatkan aku jatuh tersungkur ke lantai buak itu aja segala sampahsarap yang ada dekat dalam tong sampah tu habis bersepah dilantai dan dah semestinya baju aku jadi mangsa kekotoran sampah sarap tu.

" Tak guna punya tong samaph waktu-waktu macam ni pulak kau nak halang jalan aku. Kau tahu tak habis hilang peluang aku nak tangkap perempuan tu." aku dah mula bercakap denagan tong sampah tu.

( Oii, Jin kau dah kenapa cakap dengan tong sampah kau ingat tong sampah tu dengar kau).

Aku dah mengalah aku sekarang lebih baik pergi tandas bersihkan baju aku ni.

Kini aku dekat dalam tandas lelaki sekolah aku . Ok, aku nak cita sikit gambaran tandas lelaki dekat sekolah aku ni . Sekolah aku ni dah berapa banyak habiskan duit untuk membaik pulih tandas dekat sekolah ni. Aku sendi pun tak faham dah kenapa budak sekolah ni pergi jahanamkan pintu tandas tahlah dah jahanamkan pintu tandas pili air pun deorang nak cabut .

Yang aku tak boleh tahan tu deorang boleh conteng dinding tandas ni yang aku denagan geng-geng aku penat-penat cat corak belang-belang warna warni pulak tu . Deorang sedar tak berapa Jam kitaorang ambil masa nak cat tu kasi tandas ni cantik. Apa-apa pun sekarang sekolah aku dah mebaik pulih kemudahan tandas ni . Habis pintu semua diperbuat dari besi hambik kau kalau rosak jugak aku tak tahulah makluk apa yang menghuni sekolah ni. Apa-apa pun terima kasih kepada pihak sekolah.

Ok, aku tak nak bebel banyak-banyak pasal tandas sekolah aku ni. Jadi kembali kepada cerita.

Nasib baik pagi ni masih tak ada orang aku dalam tandas tu apa lagi kunci pintu masuk pastu terpaksa bukak baju kemeja putih aku untuk aku  bersihkan dengan air. Nasib baik tadi aku tak pakai kod aku . selalunya kau tak pakai kod sekolah aku pagi-pagi ini aku tingalakan kod aku dalam kelas bila kelas dah nak ber mula baru aku pakai.

" Apsal lah dengan perempuan tu susah sangat ke nak berhadapan dengan aku . Aku bukan nak bunuh atau makan dia pun . Tak pun mungkin aku ni menakutkan bagi dia. tak mungkinlah aku ni pelajar popular kot mana mungkin aku ada muka menakutkan . Tak faham betul aku denagan dia ni." Aku dah mula membebel sorag-sorang depan cermin dalam tantas tu.

Aku tadah air dari sinki lalu aku sapukan air tu ka muka aku.sekali alagi aku bercakap pada cermin.

'' Aku tak kira kali ini perempuan tu mesti kena menghadap aku jugak tak kira walau apa sekali pun."  kata aku tenagn semangat. Aku menyarung semula kemeja putih aku tadi lalu aku masuk kekelas ku lalu untuk mengambil kod ku lalu menyarung kan pada badanku. Aku kembali ke tapak perhimpunan menunggu rakan ku yang lain sampai.

              ......................................................................................................................................................................................................................................

Dalam kelas sekarang dah mula ramai orang yang datang. Aku kembali ketempat duduk ku . seperti biasa surat cinta bersepah dekat bawah meja aku. Aku ambil semua surat tu Pastu aku campak dekat atas meja Suga macam biasa. Tiba-tiba mata aku tertumpu pada satu objek yang berada dalamlonggkan surat cinta itu dan ianya adalah Origami  Cren  berwarna pink terselit di antara longgokan surat itu. Aku apa lagi cepat-cepat ambil orgami itu dan sorokkan didalam kocek seluar aku.

" Hey, Jin kau ingat kau tak berminat nak baca surat cinta yang kau dapat" Suga memerli.

" Apa yang kau cakap ni Suga ?" Aku buat-buat tak tahu apa-apa.

" Kau fikir aku tak nampak , tu yanh kau sorok dalam poket seluar kau tu apa dia." Mata Suga memandang kearah poket seluar aku. Aku apa lagi dah mula panik.

" Aaa.hh, tu bukan surat cinta tu barang aku yang aku tercampak sekali dengan surat-surat tu semua." Aku mula memutar belitkan kenyataan . tanagn aku pulak sebuk bermain-main dengan lher aku.

" Ohh, ya ke? Kalau macam tu tak apa lah. ". Nasib baik Suga tak syak apa-apa. Sememangnya aku pun rasa pelik dalam hidup aku ni takda maknanya kau nak baca surat-surat nilah tapi bila surat yang perempuan ni tulis aku tak tahulah kenapa aku beria-ria tak sabar-sabar nak baca apa isi kandunganya. Aku kembalidekat tempat duduk aku lepas tu aku keluarkan origam dari dalam poket aku lepas tu macam biasa aku bacalah isi kandunagan origami itu.

Kepada : Kim Seok Jin

Pertama saya nak minta maaf  sebab semlam awak terpaksa berpanas sebab cari saya .

Kedua maaf sebab pagi tadi saya lari dan awak terjatuh habis kotor baju awak .

Ketiga maaf sebab saya tak berani berhadapan dengan awak

Empat maaf sebab saya selalu perhatikan awak

Lima maaf sebab saya tak perkenalkan diri saya.

saya harap sutu hari nanti kita akan berhadapan antara satu sama lain.

.

" Siapa sebenarnya perempuan ni kenapa dia tak nak jumpa aku sekarang. Aku cuma nak tahu kenapa dia takut untuk berjumpa dengan aku . Apa aku patut buat ? aku tak tahu kenapa aku nak tahu sangat siapa perempuan ni hati aku berdebar-debar saat aku mengutip origami ang dia tinggalkan . Adakah aku dah Jatuh cinta pada dia. Tak mungkin aku jatuh cinta padanya sedangkan wajah dia puntak barapa igat apatah lagi dirinya sendiri aku belum cukup kenal. Tapi kenapa jantung aku masih berdebar macam mana akau mahu hentikanya? ." Aku bercakap seorang diri sambil tanaganku menyentuh dada ku.

  - bersambung.......


Terima kasih kepada pembaca yang sudi membaca cerita ini dan tak lupa juga kepada yang sudi memberi komen . Apa-apa pun harap maaf sekiranya terdapat kesilapan tatabahasa serta typoo didalam cerita ini. Harap anda semua suka dan  terhibur. :)

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
nmmnbg #1
Chapter 9: erk..habis dah?..ok la saya baca cerita resonance pulak!
nmmnbg #2
Chapter 8: no!!!!!v date dgn perempuan tu ke?kesian jin :( huhuhuhu
qwaszx121 #3
Chapter 7: alah authornim siapa perempuan tu??????????????.
nmmnbg #4
Chapter 6: argh, sape perempuan tu authornim???!!!apa2pun cerita authornim memang best!! :* <3