Chapte 2

Origami For you....

Chapter 2

Yey…. Loceng berbunyi maknanya waktu persekolahan dah habis. Aku apa lagi cepat-cepat kemas beg aku dan cabut lari diikuti Suga dari belakang .

Aku menuju kearah lorong hadapan bilik guru yang menuju ke kantin sekolah. Kantin sekolah ? nak buat apa aku pergi sana. Haaha sebenarnya bukan nak pergi makan kat kantin tapi  aku kena jalan kat situ untuk pergi dekat garaj aku letak motorsikal aku mana taknya garaj tu terletak dekat belakang kantin.

Sampai aja kat sana Juongkuk, Jimin dengan Jhope dah terpacak dekat motor masing-masing. Bardekatan dengan garaj tu ada satu lorong kaki lima berbumbung yang dihujungnya terdapat satu pagar kecil yang menghubungkan dalam sekolah dengan luar sekolah. Selalunya pagar tu di gunakan pelajar perempuan untuk pulang sekolah.

Sekolah ni ada  peraturan yang agak sedikit merepek waktu pulang sekolah lelaki dengan perempuan diasingkan dengan perlu keluar dari pagar yang berbeza. Memang kedengaran pelik kan dan macam mana pulak kalau pelajar yang menaiki motorsikal?. Pelajar yang menaiki motorsikal akan keluar ikut pagar besar yang ada dekat belakang kantin.

Sejujurnya aku cakap sekolah aku ni banyak betul peraturan merepek dia antaranya pelajar tak boleh berdua-duaan katanya supaya tak timbul maksiat lepastu pelajar tak boleh berkumpul ramai-ramai katanya nak elakan dari berlaku pergaduhan ini yang lagi pelik pelajar perempuan tak dibenarkan berjalan sambil memegang sapu tangan katanya perbuatan itu merupakan tanda wanita itu masih single.

Aku pun tak tahu manalah cikgu-cikgu disiplin ni dapat idea sebegitu rupa. Hahaa lebih-lebih pulak kutuk sekolah sendiri.ok aku sebenarnya bukan nak cerita pasal peraturan merepek sekolah aku ni tapi ni aku nak cerita apa yang  aku nampak dekat pagar kecil itu.

Waktu tu dekat lorong kaki lima tu takde orang lalu. Pastu dekat luar pagar tu adalah seorang perempuan ni entah apa dia lipat-lipat dekat tangan dia tu pastu suka hati dia aja campak benda alah yang dia lipat tadi tu dekat dalam sekolah.

Pastu dia dengan selambanya belah macamtu aja . Aku apalagi aku pergi dekat pagar tu aku jerit.

“ Oiii, kau yang kat sana tu suka hati je kau main buang-buang sampah dekat kawasan sekolah.” Aku suka hati je jerit pastu ramai jugak orang dekat luar pagar tu tengok aku habis jatuh air muka ku disebabkan perempuan sorang ni aku waktu tu terpaksa tundukkan muka aku malu.

Tapi aku pelik jugak tadi baru aja aku nampak dia tiba-tiba entah mana dia menghilangkan diri. Kawan-kawan aku dekat garaj tu pandang aku pelik je. Aku pun nak tahulah jugak apa yang perempuan pelik tu campakkan dekat dalam sekolah ni .

“ wau , origami”. Kata aku bila ternampak origami cren yang berwarna biru tersadai dekat atas lantai . aku pun kutip letak dalam poket seluar aku.

“ Oii Jin apa kau buat tu lagi jomlah balik lantak pergilah perempuan tadi tu.” Jerit Juongkuk dari garaj belakang kantin.

“ Jap aku datang.” Aku menyahut. Otak aku masih memikirkan sesuatu aku rasa seolah-olah aku pernah terserempak dengan perempuan macam tu sebelum ni .

                   ………………………………………………………………………………………

Aku dah sampai rumah aku dan macam biasa habit setiap remaja balik je sekolah mesti masuk bilik pastu campak je beg tu dekat atas katil and baring jap kat atas katil kasi hilang penat.

Aku meraba-raba kocek seluara ku dan aku baru teringat pasal origami biru yang aku kutip tadi. Aku membelek-belek origami tu comel jugak origami yag dibuat perempuan tu. Pastu aku rasa aku ada nampak kesan tulisan pada origami tu.

Macam biasa orang yag nak ambil tahu pastinya akan membuka semua lipatan origami itu dan terbentuklah satu helaian kertas biru degan tulisan di atasnya. Aku pun bacalah apa isi kandunganya.

 

Kepada: sekolah kesayanganku.

Pada mulanya pagi ini indah sekali dengan langit biru yang luas disetai kepulan awan putih. Hari ini juga saya dah temua seseorang yang menarik perhataian saya dan hari ini merupakan hari yang sanagat gembira buat saya tapi saya hanya mampu melihat dirinya dari jauh. Selepas itu nasib malang pun menimpa waktu rehat tadi Sesuatu kemalangan telah terjadi tapi saya tak mampu untuk minta maaf sebab takut untuk berhadapan denganya.

Jadi sekolah kesayanganku apa yang harus saya buat?.

 

Lepas baca isikandungan kertas biru itu baru aku sedar sesuatu . rupa-rupanya dialah perempuan yang langgar aku waktu rehat pagi tadi. Aku waktu membaca surat tu sejujurnya aku rasa agak lucu  mana taknya perempuan ni ada ke tulis surat untuk sekolah yang tak bernyawa ni .Pastu boleh luahkan isi hati dia dekat sekolah ini.

Kalau orang dengar cerita aku ni pasti deorang anggap yang semua ni aku reka-reka dan hanya wujud dalam fantasi dan cerita dalam novel tapi hakikatnya inilah yang berlaku dan sememangnya agak kelakar bukan.

- Bersambung......

 

untuk cerita kali ini cara penulisan dia berbeza dari cerita saya  yang pertama Le demi lune sebab cerita ini banyak mengunakan bahasa pasar.

harap anda semua terhibur denagn cerita ini.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
nmmnbg #1
Chapter 9: erk..habis dah?..ok la saya baca cerita resonance pulak!
nmmnbg #2
Chapter 8: no!!!!!v date dgn perempuan tu ke?kesian jin :( huhuhuhu
qwaszx121 #3
Chapter 7: alah authornim siapa perempuan tu??????????????.
nmmnbg #4
Chapter 6: argh, sape perempuan tu authornim???!!!apa2pun cerita authornim memang best!! :* <3