EPISODE 2
The Little PrinceNami menceritakan tentang kejadian yang berlaku siang tadi .
‘Namja tu orang Korea?’-Hae
Hae pelik.
‘Ye eonnie. Dia Korea . Dia cakap Korea . Tapi Nami rasa dia tahu Nami orang Korea jugak .’- Nami
‘Eonnie ingat kita je orang Korea kat sini . Rupanya ada yang lain . Handsome tak? Apa nama dia? Umur?’-Hae
‘Nami ada satu mulut je .So tanya lah satu-satu . Yang eonnie beria sangat nak tahu kenapa?’-Nami
‘Eonnie tanya je. Tu pun salah. Huh.’-Hae
‘Tak salah tapi pelik.’-Nami.
‘Nami nak jawab tak soalan eonnie ni?’-Hae
‘Ohh. Lupa pulak . Muka dia not sure sebab Nami tak pandang sangat muka dia. Sebab malu and sakit hati . Nama don’t know . Umur.. sebaya Nami rasanya .’-Nami
‘Alaahhh . Muda rupanya . Baru ingat nak buat Boyfriend.’-Hae
‘Ish eonnie.. boyfriend? Gatal .’-Nami.
‘Kata eonnie gatal ye. Tak pe takpe . Siap Nami.’-Hae
Hae menggeletek Nami sampai Nami tidak dapat berkata-kata. Mereka berguling-guling di atas katil.
Sepasang mata mengintai dari pintu . Tuan empunya mata tersenyum.
***
Jung menghempas pintu rumah sewanya . Lutut dan tapak tangannya masih pedih dek kerana kejadian yang memalukan tadi.
Matanya meliar-liar mencari housematenya .
‘Mesti si V dalam tandas ni .Aku dah lah nak terkucil ni . Dia pula buat konsert jelajah dalam bilik air.’-Jung
Jung membebel . Dia duduk di sofa dan membelek tangannya yang sakit .
V keluar dari toilet sambil mengeringkan rambutnya .
‘Eh Jung , bila kau balik ? Aku tak dengar pon..’-V
‘Macam mana kau nak dengar kalau kau buat konsert jelajah kau dekat dalam toilet tu . Aku ni terpekik terlolong panggil kau tahu tak? Urghhh..’-Jung
Jung memandang V dengan wajah menjengkelkan.
‘Sorry lah chingu . Kau kenal aku kan. Aku boleh buat konsert jelajah aku dalam toilet je. Tu kan impian aku. Kau sanggup ke nak kecewakan impian chingu kau ni?’- V
V membuat muka sedih .
‘Yelah yelahh. Lain kali kau buat la konsert jelajah kau tu 4 hari 4 malam . Tak payah makan, minum dan kerja. Kau duduk je dalam tu .’-Jung
‘Eh.. bernas jugak cadangan kau tu . Nanti aku fikirkan.’-V
Jung menepuk dahinya dan mengeleng-geleng kepalanya. Penat dia melayan kawannya yang wayar shot dalam otak. Tapi se shot-shot V, V lah kawan susah senang Jung dari kecil.
‘Aku lupa tanya kau.. Ada perkembangan tentang papa kau? Ada clue?’-V
V memang tahu tentang misi Jung ke Paris untuk mencari papanya . V secara volunteer untuk membantu Jung mencari papa. Lagi pun, bolehlah dia melancong sekali . Sambil menyelam minum airlah katakan.
‘Macam mana tak lupa kalau dalam kepala kau tu asyik fikir pasal impian kau nak jadi artis yang takkan kesampaian tu.’-Jung
‘Ish kau ni .. bebel je kerja kau kan. Jawab lah soalan aku ni…’-V
V membuat gaya makcik.
‘Tak . Aku tak jumpa papa or clue about him.. But aku jumpa mak cik yang kurang asam, gula and garam. Memang semua benda kurang lah . Aku rasa nak curah ajinomoto je kat dia .’-Jung
‘Mak cik? Nenek tua tu buat apa kat kau? Dia try kau ke? Ke kau nak masak dia? Sampai nak curah ajinomoto . Uishhh ’-V
‘Actually dia bukan makcik or nenek tua... Dia sama umur dengan aku. Tapi aku panggil dia makcik sebab dia tu rude . Mulut dia macam orang tua.’-Jung
‘So, dia tu mak cik ke nenek?Aku keliru ni .’- V
V menggaru kepala yang tak gatal.
‘Kau ni pon.. Omma kau bagi kau makan semut ke masa kecik ha.. Lembab betul.’-Jung
‘Omma aku tak bagi makan , tapi aku selalu termakan. Yang jenis busuk tu . Kalau termakan.. perghhh.. terasa sampai ke kaki ’-V
‘Aku perli kau la . Bukan ajak kau borak pasal semut . Memang annoying kau ni.’-Jung
‘Ye ek? Aku ingat kau nak cakap pasal semut. Kau sambung la cerita pasal makcik or nenek kau tu.’-V
‘Malas aku. Nanti panjang lebar aku cerita , sepatah haram kau tak faham . Buang masa aku je. Baik aku pergi mandi dari layan kau.Badan aku naik masam dah ni’-Jung
V terkebil-kebil . Jung bangun lalu pergi meninggalkan V yang terpinga-pinga.
‘Kau nak pergi mana Jung? Kau tak cerita lagi pasal tadi. ’-V
‘Kan aku dah cakap, aku nak pergi mandi. Kau ingat kau sorang boleh buat konsert jelajah . Aku pon bolehlahh. Jangan kacau aku . Kalau tak siap kau..’-Jung
Jung menganjing V sambil menonggeng-noggeng kan punggungnya.
V tidak memberi apa-apa respon . Sebenarnya V tak faham apa yang Jung cakap.
‘Apa yang Jung ni membebel . Aku tak faham la . Aku rasa aku memang termakan semut nih. Nak pergi kedai lah . Nak beli kismis’-V
V berjalan masuk ke dalam biliknya dan bersiap-siap untuk ke kedai.
***
V mengosok-gosok matanya . Ini kali ke 3 dia berguling-guling dan menggeliat dia atak katil. V meamndang jam locengnya .
‘Baru pukul 9… 9? Apa!! Aku dah lewat!!!’- V
V berlari masuk ke dalam toilet . 5 minit selepas itu , V keluar. Dia memakai kemeja dan seluar . Di terus ke bilik Jung.
‘Jung.. Jung.. Bangun wehh… Kita dah lewat nak kerja..’-V
V menggegar kan badan Jung untuk mengejutnya.
‘Apa kau ni.. Baru pukul 7 pagi . Apa yang lewatnya..’-Jung
Jung bercakap sambil menutup mata.
‘Kau ni biar betul . Aku tengok dengan mata kepala aku sendiri tadi. Memang pukul 9 beb.’-V
‘Bukan jam bilik kau mati ke semalam?’-Jung
‘Eh.. aah la . aduhh.Aku lupa nak tukar bateri . Buat penat je aku bangun awal-awal pagi , mandi cepat-cepat.. Terlepas dah konsert jelajah aku pagi ni..’-V
V mencebik .
‘Patutlah air liur basi kat mulut kau tu tak tertanggal . Tak buat konsert rupanya.’-Jung
‘Haa!! Air liur basi? Fuhhh Nasib baik aku tak pergi kerja lagi. Kalau tak malu aku . Nanti lari awek-awek aku and fan-fan aku.’-V
‘Pagi-pagi buta kau dah merepek dekat aku . Baik kau pergi sambung tidur kau tu atau pun kau pergi masuk toilet buat konsert jelajah kau. Aku nak tidur.’-Jung
Jung menarik selimutnya lalu tidur semula.
‘Baru je pejam mata, dah berdengkur.. Gila la Jung ni.’-V
‘weh.. Aku dengar la apa kau cakap.’-Jung
‘Omona!! Lemah semangat aku . Aku pergi dulu lah.’-V
V keluar dari bilik Jung dan masuk ke biliknya semula.
***
I Phone milik Nami berdering.. Nami mengambil phonenya lalu membuka whatsapp yang baru sahaja masuk.
‘Eh, Jejaka comel ni rupanya . Ingat siapa tadi . Ni mesti kes tak dek duit ni. Sebab tu lah ajak aku breakfast sama-sama ni. Macam-macam dia ni.’-Nami
Nami tersenyum . Dia sering tersenyum melihat perangai chingu baiknya yang baru 2 tahun dia kenal. Nami bersiap-siap untuk pergi breakfast dengan jejaka comel .
Message from bellbell: Siapa jejaka comel? Jeng jeng jeng
Comments