EPISODE 1

The Little Prince

‘Pada suatu hari , seorang putera sering sedih kerana tiada tuan puteri untuk menyinari harinya…’-Mama.

Tak sempat Mama menyambung ceritanya , Jung bertanya ,

‘Mama , mana tuan puteri tu pergi ? Dia pergi mana mama?’-Jung.

‘Puteri tu sudah pergi untuk selama-lamanya sayang .’-Mama

‘Macam papa ke?’ –Jung
Jung memandang mata Mama .

‘Mama.. kenapa mama menangis?’ – Jung

Jung menunggu jawapan dari mama.

‘Ye sayang.. Macam papa’-Mama

Mama tidak mahu lagi ingat tentang suaminya .Baginya memori itu telah hilang buat selama-lamanya. Mama mengusap rambut Jung . Jung sudah terlelap rupanya . Satu-satunya harta yang dia ada . Mama menyayangi Jung dengan sepenuh hati .

***

‘Mama memang jahat! Mama memang tak sayang Jung . Jung benci Mama !!’-Jung

Jung mengamuk . Habis berselerak rumahnya dek kerana amukannya,

‘Mianhae Jung . Mianhae . Salah mama. Salah mama Jung’-Mama

Mama terduduk dan menangis teresak-esak. Dia tidak menyangka Jung mendapat tahu hal yang sebenar tentang bapanya.

‘Sanggupkan mama tipu Jung . Sanggupkan !! Papa tak mati . Papa hidup lagi kan? Kan mama?’- Jung

Jung bertanya sambil menangis .

‘Ye sayang. Papa hidup .’-Mama
‘Dia dekat mana mama? Mana dia? Kenapa dia tinggal kita? Wae?!!’-Jung

‘Mama tak tahu dia dekat mana Jung , mama tak tahu. Maafkan mama.’-Mama

‘Jung tak sanggup lagi hidup macam ni !! Jung nak carik papa. Jung nak tanya dia why he do this to us! Why!’-Jung

‘Kalau bukan kawan-kawan Jung yang bagi tahu , sampai mati Jung tak tahu pasal Papa Jung sendiri . 18 tahun ma.. 18 tahun Jung hidup tanpa kasih sayang papa . Jung tak pernah ingat muka dia. Jung tak da memori dengan papa .Jung memang kena cari dia’-Jung

Jung mengambil semua pakaiannya dan pergi meninggalkan mama .

‘Jung , jangan tinggalkan mama sayang.. Jangan.. Jung je yang mama ada . ’-Mama

Mama memujuk Jung . Jung mengendahkannya lalu keluar dari rumah itu dengan satu tujuan .. Mencari papa. Mulai hari tu , mama tidak pernah lagi melihat anak kesayangannya .

***

[2 tahun selepas]

Sedang si Jung berjalan-jalan di Kota Paris , sambil dia mengimbas semula kejadian 2 tahun yang lepas , tiba-tiba

‘Oucch.. Sakitlah . Buta ke? Aduhhh panaaasssss!’-Jung

Jung melompat-lompat kerana kepanasan dek terkena coffee panas .

‘Soorrry .. my mistake . I’m sorry .’- Nami

‘Tahu pun salah kau , ingat tak tahu tadi .. aku baru je nak bagi tahu kau .”-Jung

Jung membebel dan dia mencari wajah yeoja yang melanggarnya . Dia terpaku.

‘Woahhh.. Lawa gile. Adakah ini tuan puteri dalam storybook yang hilang tu?’- Jung

Jung bercakap di dalam hati sambil mulutnya ternganga memandang Nami.

‘Sir? Sir? Are you okay?’-Nami

Nami melambai-lambai tangannya di depan muka Jung.

‘Eh mamat kerepot ni , berangan pulak . Aku nak cepat nih . Nanti aku terlepas SALE besar-besaran dekat mall tu nanti . Ada kena cepuk dia ni kang.’-Nami

Nami mengetuk kepala Jung dengan perlahan.

‘Ouchh…’-Jung

Jung mengusap kepalanya yang tak sakit untuk mencover malu.

‘Macam mana lah aku boleh berangan? Dahla depan princess. Aduhh. Jatuh standard aku.’-Jung.

‘Are you alright? Hurts?’-Nami

‘Ttttakk. Takk sakit pon . Buat la lagi .’-Jung

Jung tersenyum kambing.

‘Alahai mamat ni , mengada-ngada pulak tadi marah aku macam nak rak.’- Nami

Nami memandang Jung dengan muka yang menjengkelkan.

‘Wait.. Awak faham saya cakap bahasa Korea? Awak faham kan?’-Jung

Nami hanya diam . Dia pergi meninggalkan Jung terpinga-pinga menunggu jawapan.

‘Eh dia ni ,main lari- lari pulak. Aku tanya ni. Dahla nama tak tahu , no phone tak dapat . Tak boleh jadi ni .’-Jung

Jung mengejar Nami . Sambil menjerit-jerit.

‘Hya !! Hya!!! Berhenti..’-Jung

‘Ish mamat . Asal pulak kau kejar aku . Aku pakai skirt pendek ni . Kalau aku berlari nanti , Nampak kang benda yang tak sepatutnya nampak . Dahla semua tengok aku .Aduhh .’-Nami

Nami tidak mengalah . Dia hanya terus berjalan dan berjalan. Tiba-tiba..

‘Dushhh..’

Jung terlanggar sebijik batu lalu tertunggeng. Nami tidak menghiraukan Jung yang tertunggeng. Dia mempercepatkan langkah nya untuk pergi jauh dari situ. Jung bangun . Ramai mata-mata yang melihat dia. Pipinya mulai merah . Wajah putih telah bertukar menjadi merah . Dia malu bercampur marah .

‘Tergamak dia pergi tanpa tolong aku? Memang bukan tuan puteri . Bukan! Dia Nampak aku jatuh tapi dia buat dek je? Memang kejam.’-Jung

Jung membebel sambil bangun dan pergi.

***

‘Okay ke mamat tadi? Dia cedera ke?’-Nami

Soalan itu bermain di dalam kepalanya sejak tadi sehingga sekarang. Kadang-kadang rasa bersalah menyelubungi dirinya . Tengah Nami memikirkan mamat tadi , bahunya disentuh.

‘Nami !!!!’ – Hae.

‘Eh, eonnie.. Terkejut Nami .’-Nami

Nami membuat muka comel .

‘Terkejut saja . Apa yang Nami fikir sampai terkejut? Ada apa-apa ke Nami nak bagi tahu eonnie?’-Hae

‘Tak dek papela eonnie’- Nami

Nami senyum tak ikhlas.

‘Eleh.. nak tipu eonnie konon . Eonnie kenal lah Nami . Ni mesti ada apa-apa kan’-Hae

Hae cuba mengorek rahsia adiknya itu. Dia kenal sangat dengan Nami . Walaupun Nami hanya seorang anak angkat dalam keluarganya tetapi, dia amat rapat dengan Nami.

[FLASHBACK]

Angin bertiup kencang. Ribut dan petir beselang seli kedengaran . Hae memeluk papanya .

‘Pa.. Hae takut .’- Hae

‘Takpe sayang , Papa ada ni’-Papa

Papa memeluk Hae dengan erat. Tiba-tiba , papa terdengar satu bunyi yang sayup kedengaran. Seperti orang menangis.

‘Pa.. Hae dengar suar….’- Hae

Tak sempat Hae menyambung kate-katenye , papa menutup mulut Hae.

‘Ish budak ni , meremang dah bulu roma aku ni . Dia main tegur pulak .’-Papa

Papa memberanikan dirinya untuk pergi ke depan muka pintu , tempat di mana bunyi itu datang . Sebenarnya , papa berani sebab ada Hae di sisinya . Papa menolak pintu dengan perlahan lahan .

‘Pa.. kenapa tangan pa terketar-ketar?’- Hae

‘Papa sejuk Hae’-Papa

Papa mencover depan anak gadisnya itu . Nanti jatuh la maruahnya sebagai lelaki dan bapa di depan anaknya. Setelah pintu itu ditolak , kelihatan seorang bayi didalam bakul yang kesejukan .

‘Eh, omonaa.. siapa la yang sanggup tinggalkan budak ni kat sini . Dah la sejuk . Tak berperi.. tak ber..’-Papa

‘Tak berperikemanusiaan papa.’- Hae

Papa tersenyum melihat Hae yang petah berkata-kata.

‘Jom kita bawak bayi ni masuk dalam ye . Sejuk ni kat luar. Hae bawak beg dia.’-Papa

‘Baik papa.’-Hae Papa mengangkat budak itu sambil Hae mengambil beg nye .

‘Papa, ni adik siape? Kenape dia tinggal dekat depan rumah kita?’- Hae

‘Papa pun tak tahu sayang.. Mungkin ada orang nak kita yang jaga dia.’-Papa

‘Yeke pa? Pa nak jage? Hae dapat adik lakan? Hae jadi eonnie?’-Hae

Hae amat teruja kerana dia akan mempunyai seorang adik perempuan yang akan bersamanya.

‘Ye sayang . Adik Hae.’-Papa

‘Apa nama dia papa?’-Hae

‘Dekat surat ni, tertulis Jung Nami.’-Papa 

Papa membelek-belek surat di tangannya itu .

‘Jung Nami.. Jung Nami.. Hurmm sedap nama tu . Macam nama pulau kan papa.’-Hae

‘Aah. Macam nama pulau . Tak terpikir pulak papa.’-Papa

Papa tersengeh melihat gelagat anaknya itu. Mulai hari itu , mereka menjaga Nami dengan sepenuh perhatian dan kasih sayang . Tetapi, Nami tidak pernah tahu yang dia tu anak angkat sahaja.

[END FLASHBACK]

‘Eonnie? Eonnie? Hello? Hae eonnie!!’-Nami

Nami menjerit dan melambai-lambai untuk menarik perhatian eonnie.

‘Hya Hae.. Asal menjerit-jerit, ingat eonnie pekak ke?’-Hae

‘Aah.. memang pekak pon. Hae panggil banyak kali, tapi eonnie tak dengar pon . Asyik berangan je. Mesti berangan ingat BTS latu.’-Nami

‘Eh , eonnie berangan ea? Sorry sorry.’-Hae

‘Nak dengar tak story Nami ni?’-Nami

Nami membuat suara manja dan muka comel .

‘Mestilah nak dengar . Confirm hot story kan’-Hae

‘Macam ni……..’-Nami


Message from BellBell: Macam apa Nami? See you soon in EPISODE 2.  Drop comment ya

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
nmmnbg #1
Chapter 6: akhirnya jumpa jugak jung ngan nami.gaduh je keje drg dua ni.. v ni pon satu adoii lawak btul
nmmnbg #2
Chapter 5: haha...bilalah jung dengan nami ni nak berjumpa?next chap maybe?and saya rase awak kene letak tag 'malay' kat fanfic nie baru senang org lain nak cari :D
nmmnbg #3
Chapter 4: best ff ni!
nmmnbg #4
Chapter 2: hhaahaha comel betul v