EPISODE 4

The Little Prince

Nami berlari. Dia membuka pintu rumahnya.

‘Papa!! Papa!!’-Nami

Nami mencari papanya. Nami ternampak papanya tidur di sofa.

‘Panas badan papa ni. Demam lah ni. Pa.. Pa.. bangun pa.. Jom  Nami bawak pergi hospital ya.’-Nami

Nami mengejutkan papanya. Papa terbangun. Nami membawa papa ke kereta.

‘Eh.. jap.. Kamu nak bawak papa naik lori ni?’-Papa

‘Yelah papa. Lori ni je ada. Mana ada kenderaan dah.’-Nami

‘Tahulah kamu kerja pembawa air tapi jangan lah sampai nak hantar papa pon naik bende ni. ’-Papa

‘Alah papa ni..  Jom jelah.’-Nami

Nami menarik tangan papa dan masuk ke dalam kereta a.k.a lori.

Dalam perjalanan..

‘Nami, papa rasa nak muntah jer. Lori ni asyik bergegar-gegar je.’-Papa

‘Papa relaxla.. Sekejap lagi kita sampai ye..’-Nami

‘Relax..Relaxx.. Aku cepuk karang..’-Papa

Bebel papa dalam hati. Tapi dia amat bersyukur mempunyai anak seperti Nami.

***

‘V !! V!! Bukak pintu ni.. Aku nak melepas dah ni. Aku dah tak tahan dah .. Woi..’-Jung

Jung mengetuk-ngetuk pintu toilet. Tapi hampa.

‘Lalalalaalalalalalalala yeahh~~ yeah~~’-V

‘Woi V.. Aku dah tak tahan dah ni. Sudah-sudah la buat konsert jelajah kau tu . Nanti kau sambung la pulak. Dah nak terkeluar dah ni. V!!’-Jung

Pintu toilet terbuka..

‘Apa yang k….’-V

Tak sempat V bercakap, Jung berlari masuk ke dalam toilet. Pintu dihempas kuat.

‘Ish dia ni.. Bapak lajunya. Macam the flash. Baru aku nak beramah mesra dengan fan aku tadi.’-V

Tiba-tiba loceng dibunyikan.

‘Siapa tu?’-V

‘Nami.. Jung Nami..’-Nami.

‘Apa? Tak dengar!’-V

V menjerit.

‘Dasar pekak. Habis suara aku menjerit. Dia nak satu apartmen ni ke dengar nama aku.’-Nami

Bebel Nami.

‘Aku la.. Nami.. Jung Nami..’-Nami

‘Oh.. Nami rupanya.. Kenapa tak cakap awal-awal?’-V

V membuka pintu.

‘Tak cakap awal-awal kau kate , ak..’-Nami

Tak sempat Nami menyambung kata-katanya, dia memandang orang didepannya.. Memakai tuala paras pinggang, Shampoo di kepala dan pencuci muka penuh di muka.

‘Aaahhhh!!! Hantu. Hantu ..Sorry salah rumah cik .Sorry’-Nami

Nami menjerit lalu berlari meninggalkan V terpinga-pinga di depan pintu.

‘Kenapa dia menjerit and pergi?Apa salah aku? Muka Nami macam nampak hantu je.’-V

V  ketawa sambil memandang sekeliling .

‘Asal mak cik- mak cik ni ketawa dekat aku? Aku ada buat lawak ke? Pandang aku macam aku ni badut je’-V

V memandang dirinya.

‘Apa!!’-V

V terus menutup pintu .

‘Apa yang kecoh-kecoh tu?’-Jung

Jung baru sahaja keluar dari toilet.

‘A.. ak.. akuu… akuu ..’-V

Muka V pucat tak berdarah.

‘? Hahaha Memang pun. Kenapa? Aku je pon yang tengok badan kau yang tak seberapa ni. Don’t worry lah’-Jung

‘T..tt..tidakk.. Aku dah tak suci.. Tidakkk!!’-V

‘Asal kau ni? Main tak suci tak suci pulak. Meremang bulu roma aku dah ni. Kau ni biar betol?’-Jung

V termenung.

‘Wei V.. sampai bila kau nak macam ni? Dengan syampu atas kepala, muka kau tu penuh dengan pencuci muka .. berkemban lagi.. Pergi la bawak diri kau tu ke toilet.Sambung balik kau punya konsert jelajah . Tadi aku dengar kau nak beramah mesra dengan fan kau kan. Pergilah beramah mesra.’-Jung

Panjang lebar Jung membebel tapi sepatah haram pun V tak dengar. Jung pun bawa si V masuk bilik air.

***

‘Eh.. Kau nak pergi mana ni? Pakai lawa-lawa ni..’-Jung

‘Aku nak pergi hospital sekejap.’-V

‘Apa!? Siapa sakit? Kau ke? Sakit dekat mana wei? Kau jangan tinggalkan aku V.. Kau je lah satu-satunya orang yang aku ada kat sini. Kau j..’-Jung

V menutup mulut Jung.

‘Bukan aku yang sakit, tapi papa chingu aku. Aku nak lawat papa dia.’-V

‘Oh.. Kenapa tak bagi tahu je awal-awal? Buat malu aku je.’-Jung

‘Tak sempat aku nak terangkan, kau dah buat drama Korea dekat sini.’-V

‘Amboi kau.. Kalau  part-part nak mengata aku , kau la lejen kan. Aku belasah kau kang.’-Jung

‘Engkau nak belasah orang je kan… Dahla aku nak gerak dulu.’-V

‘Eh.. Aku nak ikut.. Bosan lah waktu cuti ni terperap dekat rumah. Aku ikot engkau ea.. Bolehlaaa..’-Jung

Jung memujuk V.

‘Cepat bersiap.’-V

Jung pergi bersiap untuk ke hospital.

***

Di hospital..

‘Tumpang tanya , mana bilik Mr.Jang Hyun Sik? Kami keluarga dia.’-V

‘Room 119’-Nurse

‘Thank you.’-V

‘Macam mana kau tahu nama bapak dia? Lama ke kau kenal dia? -Jung

‘Dalam 2 tahun aku kenal dia. Dia selalu cerita pasal keluarga dia. Sebab tu aku tahu serba sikit tentang family dia.’-V

‘Ohh. Apa nama chingu kau tu? Dari hari tu dah aku nak tanya tapi tak kesampaian.’-Jung

‘Tak kesampaian saje kau tu.. Jung.. Jung Nami..’-V

‘Oh.. Jung Nami.. Sedap nama tu.’-Jung

‘Tak payah nak sedap sangat lah. Kita dah sampai dekat bilik 119 ni. Jom masuk’-V

Pintu bilik dibuka perlahan. Takut menganggu pesakit di dalam.

‘Eh, Taehyung ye.. Masuklah.’-Papa

‘Kamsahamida . Pak cik okay? Mana Nami?’-V

‘Nami pergi beli makanan. Dia tak bagi tahu pulak yang kamu nak datang.’-Papa

‘Oh. Dia tak tahu. Saya saja nak jenguk pak cik.’-V

‘Mak aih.. Depan orang tua ,pijak semut tak mati. Lembut gila V ni bercakap. Kalau boleh tertidur, tertidur dah aku kat sini.’-Jung

‘Taehyung tak nak kenalkan chingu ke pak cik ke?’-Papa

‘Eh, lupe pulak. Ni chingu saya. Jeon Jung Kook. Panggil dia Jung.’-V

‘Kau memang nak kena V. Macam mana boleh terlupa tentang aku kat sini. Siap kau.’-Jung

‘Jeon Jung Kook? Jung?’-Papa

Papa bercakap dalam hati.

‘Mungkin pelanduk dua serupa’-Papa

‘Pak cik.. Pak cik..’-V melambai-lambai tangannya.

‘Maafkan pak cik ye. Pak cik mengelamun tadi.’- Papa

‘Ish pakcik ni.. Sakit-sakit pun boleh berangan kan.’-V

‘Mane ada la Tae Hyung. Pak Cik berfikir je tadi.’-Papa

***

‘Mana kawan kau sebenarnya? Asal nak jumpa je tak jadi.. Potong ah.’-Jung

‘Mana aku tahu Jung. Aku pun pelik. Mungkin sebab kau kot. Aku jumpa je dia. Tapi, bila ada kau, mesti kantoi.’-V

‘Kau nak salahkan aku pulak kan.’-Jung

‘Memang salah kau kan.’-V

‘Malas lah aku layan kau. Aku merajuk.’-Jung

Jung pergi meninggalkan si V.

‘Ish. Kau ni, asyik merajuk je.. Mengalahkan perempuan.. Jung .. Tunggu aku lah’-V

***

 

‘Mana pulak dah telefon aku ni?!!’-Nami

Nami membelek-belek barang-barang di dalam beg nya.

‘Dahla phone baru. Habislah aku. Apa aku nak cakap dekat Papa ,eonnie dengan V.Confirm diorang ejek aku’-Nami

***

‘Padan muka V.. Siapa suruh salahkan aku .. Kan dah kena tinggal.’-Jung

Jung berjalan kaki seorang diri. Permandangan Paris pada waktu malam amat cantik dan mengagumkan.

‘Cantiknya lah . Kalau lah aku ada girlfriend kan best.’-Jung

Jung berangan-rangan. Tiba-tiba dia terpijak sesuatu.

‘Eh.. apa yang aku terpijak ni?’-Jung

Jung memandang ke bawah.

‘Perghh.. I Phone 6 .. Siapa yang kaya sangat ni sampai buang Iphone? Ke rezeki aku ni?’-Jung

Jung membuka lockscreen tetapi ada password.

‘Alaa ada password la pulak. Wallpaper locksreen dia macam familiar je. Tapi di mana ya..’-Jung

Jung membelek-belek I Phone ditangannya itu.

***

Pintu rumah dibuka..

‘Lewat kau sampai, kau ada singgah mana-mana ke?’-V

‘Aku tak habis lagi merajuk dengan kau.. Huhh.’-Jung

‘Kau ni janganlahh macam ni.. Aku risau ni . Aku ni mandi tak basah, makan tak kenyang , tidur tak lena semenjak kau merajuk dengan aku.’-V

‘Kau jangan nak merepek lah V. Dahlah aku nak mandi jap.’-Jung

‘Yelah . Jangan mandi lama-lama nanti ada JuOn keluar dari mangkuk tandas tu.’-V

V membuat muka seram.

‘Aku tak kesah. Aku nak buat konsert jelajah aku.’-Jung

‘Konsert jelajah?’-V

‘Yerlah.. Kau ingat kau sorang ada konsert jelajah? Aku pun adelahh.. Huh’-Jung

Jung berjalan masuk ke dalam biliknya untuk bersiap-siap untuk mandi . I phone 6 yang dijumpainya tadi disimpan di dalam laci.

‘Baik aku sorok phone ni.. Nanti bila si V tu jumpa, mampus aku nak jawab soalan dia.’-Jung

Siapa tak kenal mamat kepoh V. Gelaran itu amat sesuai dengannya . Jung pun masuk ke dalam toilet untuk mandi.


MESSAGE FROM ME: V memang kepoh . Hahaha 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
nmmnbg #1
Chapter 6: akhirnya jumpa jugak jung ngan nami.gaduh je keje drg dua ni.. v ni pon satu adoii lawak btul
nmmnbg #2
Chapter 5: haha...bilalah jung dengan nami ni nak berjumpa?next chap maybe?and saya rase awak kene letak tag 'malay' kat fanfic nie baru senang org lain nak cari :D
nmmnbg #3
Chapter 4: best ff ni!
nmmnbg #4
Chapter 2: hhaahaha comel betul v