DELETE

Blog SERAM Kim
Please Subscribe to read the full chapter

Ajol menekan butang 'Setting'. Jarinya terus mengawal tetikus skrol ke bawah hingga dia ternampak butang 'DELETE'. Kepalanya memusing ke kanan dan kiri, memastikan tiada siapa yang mengintipnya dari belakang.

Ajol menelan payah air liur. Hatinya masih teragak-agak samaada keputusannya tepat atau sebaliknya. Nak tak nak, dia terpaksa buat juga. Jika dibiarkan berterusan, besar kemungkinan pemiliknya terseksa.

DELETE?

Ajol membuat pilihan jawapan iaitu... "YA".

"Hyung dah bersiap?"

Matanya beralih ke arah pemilik suara yang amat dia kenali sedang berdiri di pintu biliknya. Adiknya, Ai cantik mengenakan baju kurung namun wajah serinya mengukir senyuman sayu. Ajol faham. Perkara seperti itu bukan sesuatu yang mengembirakan bagi sesiapa sahaja jika berada di tempatnya. Melihat dirinya juga sudahpun siap segak mengenakan baju Melayu.

"Dah, kita pergi sekarang."

 

----------

 

Langkah demi langkah mereka berjalan dengan penuh berhati-hati. Beberapa batu nisan mereka lalu dengan hormat. Tak lama, mereka tiba di salah satu kubur yang kelihatan masih baru. Buku surah Yasin dikeluarkan dari beg dan duduk disitu. Dalam kepalanya mengimbas kembali satu peristiwa di mana doktor mengesahkan bahawa penghuni kubur di hadapannya mengalami haba tahap kritikal lalu meninggal dunia pada hari itu juga. Ai tidak berhenti mengusap-usap badan belakang Ajol yang masih terhenjut-henjut menandakan tangisannya masih belum reda. Ai memandang kembali ke hadapan batu nisan yang bertulis-

 

"MOHAMMAD AKIM"

 

 

----------

 

 

Selesai menziarahi kubur Akim, dua beradik itu bergerak terus pergi ke pantai, ingin menenangkan fikiran. Sebaik sahaja mereka sampai, mereka singgah ke salah satu warung dan duduk disitu. Memandangkan mereka tiada selera hendak makan, jadi mereka hanya memesan cendol jagung sahaja. Sambil itu mereka cuci mata melihat pemandangan pantai yang tidak jauh dari mereka. Kedengaran deruan ombak kecil bagai lagu ketenangan jiwa. Hamparan pasir yang memutih dan air laut kebiruan mengindahkan lagi pemandangan. Cukup membantu menghilangkan sekejap segala rasa kesedihan. Walaupun hakikatnya payah. Beberapa minit, cendol yang mereka pesan sudahpun sampai. Masing-masing menikmati cendol tanpa banyak bicara.

 

"KEMPANG HATI KAU BRO! KEMPANG HATI!"

Satu suara muncul secara tiba-tiba mengejutkan Ajol. Sekaligus cendol yang dihirup tersembur dari mulutnya. Terus Ajol menoleh ke arah suara itu. Terlihat satu susuk tubuh manusia sedang menghampirinya dengan wajah yang bengis. Ajol menelan payah air liur. Jantungnya berdegup laju ketika manusia itu makin mendekat. Tanpa amaran, dia mencekik leher Ajol.

"Aku suruh kau private blog aku! Yang kau delete blog aku terus dah kenapa?!" Kim bersuara dengan nada yang geram. Terbatuk-batuk tekak Ajol akibat penangan cekik

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
ShyRedBeans
#1
Chapter 4: I cannot xD siapa yg asyik tanya "Dia dah kahwin, kau bila lagi?"
Zyxzhangyixing
#2
Chapter 7: Ingatkan yg first skli tu Kim yg mati tp rupe2 nye kwn Ajol tu yg mati xD.... Alaaaa... ff ni dh hbis ke T^T *sob sob* huhu~ still nk baca plk~
_cheonsa
#3
Chapter 7: ingatkan kim yang mati awal2 tu. dh mula nak feel sedih

...rupanya- hmmmm ToT
April1699
#4
Chapter 7: Ingatkan Kim mati. Tapi last last dorang semua mati. Kesiannyee. Btw author bagus ahh, selalu buat cerita menarik.
sunshine_blue
#5
oh..macam tu
aquariusxpisces
#6
Chapter 7: wahahahah saya ingatkan kim dah mati awal² hahahH
Chiko_Miari #7
Chapter 7: Alooo..Kim dh mati*sobsob
Sorry,silent reader je sblom nie..kikiki
JunAra
#8
Chapter 7: Alooooooooooooooo..... dah tamat ke??? Sob sob sob sob. ㅠ_ㅠ*lap hingus* Papepun daebak job authornim! Saya tak rasa seram sangat sebab lawak except for the last chapter.
#Tetiba ambulans lalu ninoninonino
Apakah...?
lurimamikah1509 #9
Chapter 7: Wow, tak expect langsung yg tu hahaha dh abis dh? emmm okla since penulis dia dh mati hahaah XD