Hotel

Blog SERAM Kim
Please Subscribe to read the full chapter

THURSDAY, APRIL 21, 2016

First of all, aku ucapkan billion trilion zillion dan apa-apa lion kat korang semua sebab sudi subscribe blog aku yang tak seberapa walaupun hakikatnya aku nak cakap aku rasa blog aku memang gempak dan patut mintak perhatian ramai. Ok nampak sangat aku syok sendiri. Dipersilakan muntah darah then terajang aku nonstop. Entah kenapa ayat aku macam aku ni batak subscribers bukan main lagi tak menahan sampai tenggelam dari tajuk asal. Tak memasal koma 69 hari sebab ditikam readers berjemaah gara-gara terjuling mata asyik skroll down dari tadi dok tercari-cari mana part hantu muncul yang aku ceritakan dalam chapter ni sebab banyak membebel pasal subscribers blog aku.

 

Dipanjangkan cerita, dua minggu lepas aku dan satu kampung satu family dijemput ke majlis resepsi kahwin cousin kat satu hotel ni. Ok, jujur aku cakap. Bila bab-bab pergi rumah orang kahwin ni memang haram pun aku punya malas tahap maximum nak pergi. Lebih-lebih lagi bila lokasi rumah orang kahwin agak jauh dari rumah aku. Kira macam bila aku tinggal di South Korea, aku dijamput hadir ke majlis kahwin di North Korea kata kau. But oleh sebab parent aku paksa bawak aku pergi majlis tu so aku ikutkan aje sebelum dicop jadi anak derhaka then sumpah aku jadi stokin. Tak ke naya hari-hari cium bau kaki busuk? Lagipun orangtua pengantin punya jemput siap bagi pakej free tido satu malam kat hotel untuk sedara adik-beradik yang duduk berjauhan. Sebab kedua aku jadi pemalas merangkak ke rumah orang kahwin adalah satu soalan lazim yang biasa orang tanya tetapi memang payah nak meninggal bila dijawab. Mungkin bagi lepasan sekolah, orang yang belum kahwin, couple, janda, duda, apalagi single macam aku akan paham betapa seramnya bila satu soalan maha dashyat ni bakal keluar:

"Dia dah kahwin, kau bila lagi?"

 

Terbakor tak hati bila ditanya soalan tu? Kekadang aku tak paham kenapa masih ada manusia yang bertanya soalan yang jawapannya bukan pada manusia padahal dah terang-terang dah tau jodoh, ajal maut di tangan Tuhan. Buat-buat tak tau lak. Sumbat dalam loji taik kang. Rasalah 'saham' pelbagai perisa. Rasa cheese ada, rasa coklat keras macam batu pun ada. Sebenarnya tujuan tanya ni nak bagi orang single jeles ke sentap ke camne? (asah parang).

Okay balik pada topik asal. Awal pagi lagi aku ngan parent aku bergerak terus gi hotel lebih kurang dalam tiga jam dalam perjalanan. Target sebelum dua tiga jam sebelum tengah hari mesti sampai. Adik aku tak dapat ikut sebab ada kelas tambahan. Abang aku pulak busy nak settle tempahan urgent dari customer katanya. So aku yang cuti di hari Sabtu ni lah yang menjadi mangsa. Sepanjang perjalanan, macam-macam benda pelik jadi. Bermula dari tengok motor jatuh parit, pastu kereta kancil pula jatuh parit. At last, kereta Hilux jatuh parit. Ini yang buat aku rasa lain macam. Dalam fikiran aku masa tu mungkin silap-silap dengan kapal terbang sekali jatuh parit tapi mujur perkara tu tak terjadi.

Masa kami dah sampai, kami terus check in hotel then simpan barang apa semua sebelum bergerak ke majlis akad nikah di rumah pengantin belah pompuan.

Pada masa saat genting majlis akad nikah, apalagi semua sedara mara cousin mazen berkumpul berkepit apa semua memenuhi ruang tamu dan aku yang paling pemalas pun tetiba je berjangkit nak join sekaki tengok orang akad nikah. Lepas pengantin lelaki melafazkan akad nikah, kami mengucapkan syukur dan tahniah buat pengantin. Rasa terharu je hati aku tengok muka pasangan pengantin happy bila officially sah suami isteri dengan jayanya. Tiba-tiba,

"Dia dah kahwin, kau bila lagi?"

 

Member di sebelah aku tersengih kerang bertanya dengan

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
ShyRedBeans
#1
Chapter 4: I cannot xD siapa yg asyik tanya "Dia dah kahwin, kau bila lagi?"
Zyxzhangyixing
#2
Chapter 7: Ingatkan yg first skli tu Kim yg mati tp rupe2 nye kwn Ajol tu yg mati xD.... Alaaaa... ff ni dh hbis ke T^T *sob sob* huhu~ still nk baca plk~
_cheonsa
#3
Chapter 7: ingatkan kim yang mati awal2 tu. dh mula nak feel sedih

...rupanya- hmmmm ToT
April1699
#4
Chapter 7: Ingatkan Kim mati. Tapi last last dorang semua mati. Kesiannyee. Btw author bagus ahh, selalu buat cerita menarik.
sunshine_blue
#5
oh..macam tu
aquariusxpisces
#6
Chapter 7: wahahahah saya ingatkan kim dah mati awal² hahahH
Chiko_Miari #7
Chapter 7: Alooo..Kim dh mati*sobsob
Sorry,silent reader je sblom nie..kikiki
JunAra
#8
Chapter 7: Alooooooooooooooo..... dah tamat ke??? Sob sob sob sob. ㅠ_ㅠ*lap hingus* Papepun daebak job authornim! Saya tak rasa seram sangat sebab lawak except for the last chapter.
#Tetiba ambulans lalu ninoninonino
Apakah...?
lurimamikah1509 #9
Chapter 7: Wow, tak expect langsung yg tu hahaha dh abis dh? emmm okla since penulis dia dh mati hahaah XD