Gangguan

Blog SERAM Kim
Please Subscribe to read the full chapter

WEDNESDAY, June 2, 2016

 

Musim panas di Malaysia sememangnya perkara yang paling pertama aku nak adalah apabila tekak haus dah tentulah nak rasa minuman yang sejuk-sejuk lagi menyegarkan masuk dalam badan aku. Wah, dah macam iklan TV3 pon ada. ok, lupakan. Kalau boleh jangan baca ayat pertama aku even aku harus terima hakikat yang kau sebenarnya dah baca pun.

Sejak dua tiga empat menjak ni aku busy memanjang je dengan kerja sampai nak update blog sendiri pun susah. Kalau boleh aku nak mintak kerja sehari dan cuti enam hari seminggu. Kalau macam nilah permintaan aku baik pergi tanam anggur depan rumah sampai ke tua bangka. Deep. 

Dalam keheningan malam pekat selalunya aku buka website baca cerita-cerita seram ditulis kawan aku sorang ni. Sejak aku TERbaca fanfic yang bertajuk Misteri Kelas Malam Jumaat, tetiba je jadi ketagih nak baca cerita-cerita seram yang lain. Kalau boleh, nak lagi ketagihan dan menambah kefeelingan seram tu baik pergi kat tengah kubur malam-malam buta sambil baca ff dia. Kalau ada nampak mana2 penampakkan atau makhluk pakai kain putih rambut panjang mata merah gigi taring depan mata korang tu jangan takut k. Gelak je. Gelak, gelak dan teruskan gelak. Kalau korang kena ngap ngan makhluk tu mohon jangan lenyek aku dengan lori simen k.

Lepas aku baca salah satu fanfic dia sampai habis, aku check satu per satu komen fanfic dia then ketawa sorang2 dan terharu sorang2 kononnya fefeeling aku ni author fanfic tu. Cam bangang je kan. Pastu aku hirup Green Tea Frappuccino yang hampir tinggal separuh. Tekak still haus rasa tak puas nak minum lagi. Even malam pekat pun badan aku masih rasa panas dan berpeluh. Aku cuma harap Starbucks cipta satu gelas yang isinya tak habis-habis walaupun kita cuba minum sampai habis. Aku kalau bab idea cipta barang2 gini memang takde sapa yang boleh lawan. Aku rasa macam diri aku dah tak berguna je bila cakap macam tu.

Tengah aku syok pekena Green Tea dengan penuh bernafsu, tetiba telinga aku dengar bunyi macam orang tengah borak-borak guna bahasa apa entah aku tak pasti. Bunyinya agak perlahan tapi jelas. Rasanya datang dari luar rumah. Aku tengok jam dinding menunjukkan kol 11 malam. Gila sape yang dok luar rumah aku malam dah nak buta gini?! Then tetiba aku teringat yang parent aku outstation semalam. Tak salah lagi mungkin parent aku dah balik. Tapi aku rasa hairan sebab setahu aku, parent aku cakap nak balik malam esok. Dah teringat perkara tu bulu roma aku dah mula meremang fikir benda bukan-bukan. Aku cuba bersangka baik. Maybe cancel meeting ke kerja cepat siap ke apa. Logik jugak.

"TOK! TOK! TOK!"

Gampang arh mau terkeluar jantung aku dengar pintu rumah ketuk tetiba. Bukan main lagi kuat. Nasib baik aku dah habis minum Green Tea masa tu. Kalau tak, mau tercekik hidung aku kuar hingus green tea, tak ke geli tu? Aku cuba memberanikan diri sikit jenguk kat tingkap terlebih dahulu sebelum bukak pintu nak tau sape kat luar. Kalau awek cun aku tak ralat sangat. Tapi aku tak boleh terima bila ada laki gay ataupun makhluk hodoh baju putih rambut panjang mengurai bagi masuk rumah. Tengah aku otw pergi tingkap,

"WOI KIM! KAU KAT DALAM KE?!"

Aku terkejut lalu terasa ingin hentak kepala aku nonstop. Aku baru teringat yang tadi aku ada ajak member aku, D.O dan Kai lepak malam2 kat rumah aku. Aku baru teringat juga yang bukan parent aku je takde kat rumah, adik aku pun ada kem kat sekolah masa tu. So hanya aku dan Min Ho hyung je kat rumah. Sahabat pelupa macam aku memang harus diberi kaki. Sendiri ajak member lepak pun boleh lupa. Cepat2 aku bukak pintu. D.O dan Kai tengah berdiri depan sambil buat muka ala perogol bersiri nak jadikan aku sebagai mangsa seterusnya.

Memandangkan dalam rumah boleh tahan panas so kami ambil keputusan untuk lepak kat depan rumah. Lebih syok bila ada angin sepoi2 dari luar. Cukup nyaman. Siap boleh buat khemah kat situ tapi aku masih waras nak buat kerja segila itu. Kai mula petik gitar, mainkan lagu. Kai kalau bab main gitar ni memang buat gadis2 di luar sana makan tak lena, tidur tak kenyang. Cuma suaranya cukup boleh merobohkan satu bangunan SM so end up gadis2 kawin ngan gitar dia je. Pedas gila kan aku perli member?

D.O pu

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
ShyRedBeans
#1
Chapter 4: I cannot xD siapa yg asyik tanya "Dia dah kahwin, kau bila lagi?"
Zyxzhangyixing
#2
Chapter 7: Ingatkan yg first skli tu Kim yg mati tp rupe2 nye kwn Ajol tu yg mati xD.... Alaaaa... ff ni dh hbis ke T^T *sob sob* huhu~ still nk baca plk~
_cheonsa
#3
Chapter 7: ingatkan kim yang mati awal2 tu. dh mula nak feel sedih

...rupanya- hmmmm ToT
April1699
#4
Chapter 7: Ingatkan Kim mati. Tapi last last dorang semua mati. Kesiannyee. Btw author bagus ahh, selalu buat cerita menarik.
sunshine_blue
#5
oh..macam tu
aquariusxpisces
#6
Chapter 7: wahahahah saya ingatkan kim dah mati awal² hahahH
Chiko_Miari #7
Chapter 7: Alooo..Kim dh mati*sobsob
Sorry,silent reader je sblom nie..kikiki
JunAra
#8
Chapter 7: Alooooooooooooooo..... dah tamat ke??? Sob sob sob sob. ㅠ_ㅠ*lap hingus* Papepun daebak job authornim! Saya tak rasa seram sangat sebab lawak except for the last chapter.
#Tetiba ambulans lalu ninoninonino
Apakah...?
lurimamikah1509 #9
Chapter 7: Wow, tak expect langsung yg tu hahaha dh abis dh? emmm okla since penulis dia dh mati hahaah XD