Rasuk

Blog SERAM Kim
Please Subscribe to read the full chapter

SUNDAY, MARCH 1, 2016

 

Kau tahu apa itu rasuk? Pernah kena rasuk? Pernah rasa macam mana rasanya diri dirasuk? Kalau tak pernah, aku offer bawa kau masuk ke asrama sekolah secara haram pukul 12 tengah malam then aku tinggalkan kau sorang-sorang kat situ. CCTV jugak tidak ketinggalan. Bila apa-apa jadi kat diri kau, akan ku hantar video record tu kat penerbit tv kasi 1 Malaysia tengok video kau menjerit melolong mintak bantuan. Duit masuk aku kaya... muahahaha *gelak jahat. Okay orang gila jenis ni wajib diterajang berjemaah.

Aku malas nak bebel panjang-panjang. Kalau bebel pun aku rasa baby yang baru keluar dari perut ibu sampai tua bangka nak meninggal takkan habis dengar cerita aku. Tiba-tiba aku ada idea nak cerita benda baru selepas terbaca satu fanfic yang bertajuk, Misteri Kelas Malam Jumaat. Terbaca lah sangat. Actually kawan sekerja aku, inspirebunny recommend aku try baca benda alah ni memandangkan aku ni jenis suka cerita seram sebab dalam banyak-banyak cerita yang dia tulis, cerita ini lah yang  banyak memasukkan elemen dari cerita sebenar. Selebihnya ditokok tambah bagai perencah adabi cerita. Mula-mula aku tak tahu 'fanfic' tu natang ape tapi dia tak nak jawab. Malah dia suruh aku try baca tu hari ni, esok aku kena explain kat dia pendapat pasal cerita tu. Kalau tak dia toreh muka macho aku dengan pedang samurai. Dia punya ugut memang boleh tahan ngeri sampai boleh patah tulang rusuk. Alamatnya jodoh tak nampak kata kau. Nak tak nak aku try baca cerita dia. Sedih kan hidup aku? *lap air mata dengan kain buruk makcik cleaner.

Sedih-sedih pun rupanya ada hikmah juga. Tiba-tiba aku rasa 'terpanggil' nak buat entri baru lepas baca cerita dia. Teringat zaman sekolah aku dulu-dulu. Sekaligus membuatkan aku teringat satu peristiwa yang paling tidak aku lupakan sewaktu aku bersekolah. Peristiwa tu kalau dicuci dengan mesin basuh 99 kali pun punyalah payah hilang nak meninggal tu. Peristiwa tu terjadi lebih kurang lima atau enam tahun lepas gitewww. *mintak penampar.

 

Sewaktu aku Tingkatan 4,

Lepas aku mendapat result teruk dalam PMR, ibubapa aku mengambil keputusan untuk menempatkan aku ke asrama. Kalau nak tahu macam mana teruknya result PMR aku, andai kau seorang majikan yang tengah cari cleaner pun awal-awal lagi kau reject aku tengok result PMR aku seteruk tu. Naya tau tak.

Sekitar pukul 3 pagi lebih kurang macam tu, aku terjaga dari tidur. Kedengaran bunyi angin dari luar tingkap serta kibaran dedaun langsir  cukup membuatkan bulu roma aku meremang. Setahu aku, tingkap semua memang dah ditutup. Aku yakin sebab aku sendiri yang tutup tingkap sebelum tidur. Entah tangan gedik siapa yang gatal sangat buka tingkap awal pagi-pagi buta! Nak tak nak aku gigihkan jugak bangun dan tutup semula tingkap tu.

Seketika aku cuba menutup semula tingkap, mataku terpandang kelibat susuk tubuh berpakaian putih kotor dibasahi cecair merah dan aku yakin cecair merah itu adalah darah. Rambutnya panjang mengurai sedang duduk membelakangi aku di atas pokok nangka yang tak jauh dari aku. Mula-mula aku ingat 'dia' tak perasan yang aku perhatikan dia. Ka

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
ShyRedBeans
#1
Chapter 4: I cannot xD siapa yg asyik tanya "Dia dah kahwin, kau bila lagi?"
Zyxzhangyixing
#2
Chapter 7: Ingatkan yg first skli tu Kim yg mati tp rupe2 nye kwn Ajol tu yg mati xD.... Alaaaa... ff ni dh hbis ke T^T *sob sob* huhu~ still nk baca plk~
_cheonsa
#3
Chapter 7: ingatkan kim yang mati awal2 tu. dh mula nak feel sedih

...rupanya- hmmmm ToT
April1699
#4
Chapter 7: Ingatkan Kim mati. Tapi last last dorang semua mati. Kesiannyee. Btw author bagus ahh, selalu buat cerita menarik.
sunshine_blue
#5
oh..macam tu
aquariusxpisces
#6
Chapter 7: wahahahah saya ingatkan kim dah mati awal² hahahH
Chiko_Miari #7
Chapter 7: Alooo..Kim dh mati*sobsob
Sorry,silent reader je sblom nie..kikiki
JunAra
#8
Chapter 7: Alooooooooooooooo..... dah tamat ke??? Sob sob sob sob. ㅠ_ㅠ*lap hingus* Papepun daebak job authornim! Saya tak rasa seram sangat sebab lawak except for the last chapter.
#Tetiba ambulans lalu ninoninonino
Apakah...?
lurimamikah1509 #9
Chapter 7: Wow, tak expect langsung yg tu hahaha dh abis dh? emmm okla since penulis dia dh mati hahaah XD