Episod 6

Cinta Yang Tidak Pernah Padam
Please Subscribe to read the full chapter

Akhirnya tibalah saat yang amat mendebarkan buat pasangan Naqisyameer. Pada hari itu mereka berdua akan disatukan. Seperti yang kita ketahui sepatutnya mereka boleh terus dinikahkan namun begitu berlaku sedikit tentangan daripada keluarga Naq. Keluarga Naq mahu mereka berdua ditunangkan terlebih dahulu kerana bimbang akan membantutkan membelajaran Naq sekiranya dia telah menjadi seorang isteri. Permintaan itu mendapat persetujuan daripada keluarga Ameer.

 

Maka dengan itu, Naq dan Ameer telah ditunangkan. Wajah Naq lebih berseri berbanding biasa. Terasa bagai sedang bermimpi bahawa Ameer telah menjadi sebahagian dari miliknya. Ameer juga kelihatan lebih kacak berbanding hari biasa. Kedua-dua mereka berpakaian sedondon. Berbaju kurung moden dengan potongan ala2 Hanbok (baju tradisi Korea). Ameer pula berbaju kemeja. Kemas dan bergaya.

 

"Ameer, tali leher awak senget", Naq menegur Ameer lalu dia bantu membetulkan kedudukan tali leher Ameer. Ameer tersengih seperti kerang baru direbus. Nak kata kerang busuk tak boleh pasal Ameer pakai perfume kuat sgt xD

"Terima kasih Naq", ucap Ameer. Dia mengenyit mata kepada Naq.

"Amboi...Kemain mesra korang ye"

Suatu suara yang tidak asing telah menegur mereka dari belakang. Naq dan Ameer sama-sama menoleh ke arah suara itu.

"Tahniah Naq, Ameer. Akhirnya korang bertunang walaupun sepatutnya harini korang dinikahkan", ujar Diera. Disisinya terdapat seorang lelaki berkulit putih berseri memberi senyuman kepada Naq dan Ameer.

"Kak Diera, siapa tu?" Soal Naq secara berbisik. Sikunya dari tadi berlaga dengan siku Diera.

"Ni bakal tunang akak", balas Diera sambil memperkenalkan Naq dan Ameer kepada lelaki itu.

"Hi, I'm Kim Sunggyu. Nice to meet you", ujar lelaki yang berdiri di sebelah Diera.

"Eh, macam idol la dia ni?"

Satu lagi suara yang sangat dikenali menyapa dari belakang. Yas dan Laila. Yas mendekati Sunggyu dan berjalan mengelilingi lelaki itu.

"Yas?" Naq menegur Yas. Suaranya bergetar kerana menahan marah. Ameer mengelus tangan Naq yang sedang mengepal genggam.

"Opss.. Sorry.. I lupa nak ucap tahniah kat korang. Cantik arh korang harini. Sayangnye kenapa tak kahwin je terus", kata Yas dengan nada menyindir. Kemudian Yas beralih mendekati Laila yang dari tadi tidak berganjak dari muka pintu.

 

Laila mengamati wajah Ameer. Mahu saja dia berlari ke arah lelaki itu dan mencapai tangan Ameer kemudian bawa Ameer keluar dari majlis tersebut. Berasap telinganya tatkala mendengar suara Ameer menyeru nama Naq.

 

"KAK LAILA!!"

Laila tersentak apabila Yas menjerit ke telinganya. Terkebil-kebil Yas memandang Laila yang seperti anak patung,kaku dan membisu.

"Kak Laila ni kenapa? Senyap je dari tadi. Saya ajak masuk tak nak masuk. Saya ajak makan pun tak nak makan. Saya blablablablabla"

 

Yas terus membebel tanpa henti tetapi sepatah pun bebelan Yas tidak didengari oleh Laila. Fikirannya jauh melayang. Hatinya sakit.. Semakin lama dia melihat Ameer, semakin tajam 'pisau' menusuk dalam hati.

 

"Kak Laila nak ke mana tu? Akak tunggu!! Saya tak habis lagi ratah ayam golek ni", jerit Yas apabila Laila tiba-tiba bangkit dan berlari keluar dari dewan. 

"Ape arh Kak Laila ni. Sedap ni ayam golek crispy Kyochon", bebel Yas kemudian dia sambung menikmati ayam tersebut dengan lahapnya.

 

Laila berlari keluar kerana tidak tahan

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
MoonLightLissa_
Thanks to all support from whos reading Cinta Yang Tidak Pernah Padam. We'll do our best for next chapter

Comments

You must be logged in to comment
Miss_dalnim
#1
Chapter 18: Maigaddd KyuYas makes me cringeee please no more kyuyas
dxlnim #2
Chapter 16: typo episod jadi epidod tu epic hahahahahaahahahah
lailalelus #3
Chapter 14: MIXED FEELING HAHAHA AWESOME GUYS KIPIDAD
DetNaq
#4
Just subscribe xD will read it during the weekends ! Cool job authornim :p
HanisCho #5
Chapter 13: CEPAT LAH EPS 14 ISH TASHABAR NI
HanisCho #6
Chapter 11: Tahu tak hanis skip part kak amani dgn donghae
HanisCho #7
Chapter 10: Senang2 je ameer ni percaya kan laila ish kesian naq
Miss_dalnim
#8
Chapter 12: (Padahal sekolah semua perempuan)
amanihae #9
Wahhh sweet sgt part flashback tu
OddyZhye
#10
Chapter 10: Wah senangnye Ameer tu percaye kan si Laila tu..ape dah Ameer ni..