Episod 19

Cinta Yang Tidak Pernah Padam
Please Subscribe to read the full chapter

Nanie bermudar mudir di ruangan menunggu. Dirinya semakin kusut, kaki tangan dan tubuhnya terasa sejuk hingga menampakkan warna pucat pada kulit. Kyuhyun cuma menenangkan Nanie namun gadis itu mengatakan dirinya okay padahal jelas dia tidak okay.

"Nanie..." Yas mengusap bahu Nanie dengan lembut sebaik sahaja Nanie melabuhkan punggung di sebelah Yas.
"Saya tak tahu apa nak buat. Saya rasa bersalah tinggalkan dia sendirian tadi. Saya tak sepatutnya biarkan dia sendirian.. Ini semua salah saya. Saya.. Saya...." Nanie mengalirkan air mata dan tidak berhenti menyalahkan diri.


FLASHBACK

Tokk! Tokk!

Nanie mengetuk pintu bilik kakak sepupunya namun tiada jawapan. Nanie cuba memulas tombol pintu bilik. Kakak sepupunya sedang duduk di hujung katil sambil memeluk tubuh. Rambutnya serabai dan bilik bersepah. Semua barang yang sebelum ini kemas tersusun dalam almari kini berterabur atas lantai.

"Kak Laila okay tak ni? Nak makan apa-apa?"

Tiada jawapan untuk soalan Nanie. Nanie berusaha lagi agar kakak sepupunya itu memberi tindak balas.

"Saya nak keluar jumpa kawan. Akak nak kirim something tak? Saya boleh beli untuk akak. Saya keluar sekejap je. Tak apa kan kalau akak tinggal sorang?"

Masih tiada jawapan akhirnya Nanie melangkah keluar dari bilik kakak sepupunya. Resah hati Nanie namun dia perlu juga pergi berjumpa Kyuhyun.

♡♡♡♡♡♡

Semakin deras air mata Nanie seusai sahaja dia mengimbas kembali kejadian pagi tadi. Sungguh terkejut apabila dia mendapat panggilan bahawa kakak sepupunya itu ditemui tidak sedar diri dan disyaki dalam cubaan bunuh diri. Hancur hati Nanie kerana tidak menjaga kakak sepupunya dengan baik sedangkan dia diminta datang bertemu kakak sepupunya adalah untuk memberi rawatan agar segera pulih. Tetapi Nanie juga tidak pasti apakah punca kakak sepupunya itu jadi semakin tertekan sejak 2 3 hari lalu.

"Cik Husna Jananie", doktor memanggil nama Nanie sebaik sahaja keluar daripada wad pembedahan. Nanie segera menghampiri doktor. Matanya sudah bengkak kerana menangis tidak henti-henti.
"Bersabar cik. Kami telah cuba sedaya upaya menyelamatkan cik Husna Laila namun.... keadaan beliau agak kritikal. Kini beliau dalam keadaan koma. Saya harap awak semua perbanyakkan berdoa agar beliau sedar dan sembuh", beritahu doktor sambil menepuk bahu Nanie agar gadis itu bertabah. Nanie hanya memberi sekilas senyuman tawar kepada doktor tersebut. Dia tidak mahu menyalahkan doktor kerana tidak berjaya membantu selamatkan 100% sepupunya. Dia tahu seseorang itu boleh selamat adalah bergantung pada kekuatan semangat seseorang.

Laila kini dalam keadaan yang lemah. Pada luaran sahaja kelihatan dia begitu kuat dan berkuasa sedangkan di dalam diri yang sebenar, dia di ambang keresahan, kesunyian,ketakutan dan kekecewaan. Semua inilah yang melemahkan jiwa Laila. Laila pula jenis hanya memendam perasaan. Dia merahsiakan 1001 perkara daripada orang lain hingga akhirnya segala yang dipendam menghantui fikiran sendiri. Munculnya fikiran negatif adalah disebabkan Laila sudah tidak mampu mengawal emosi yang bercampur baur menyerang diri. Hanya Nanie sahaja boleh mendalami keadaan sebenar Laila. Sesungguhnya Nanie adalah satu-satunya insan yang menemani Laila sejak dari kecil. Laila sebenarnya adalah anak yg ditinggalkan oleh ibu bapanya setelah ibu dan bapanya berpisah. Pada usia yang masih mentah dia sudah menyaksiakan pergaduhan ibu bapa serta dirinya juga sering diabaikan. Hal inilah jadikan Laila tertekan. Tiada kasih sayang yang dia rasai malahan jiwanya semakin kacau apabila tunangnya meminta putus. Ia mengingatkan kembali pada kisah silam hidupnya saat bapanya menceraikan ibunya.

"Nanie, awak kena kuat. Awak tak boleh lemah macam ni. Awak patut bantu kakak sepupu awak untuk kembali seperti dulu", Yas memujuk Nanie dengan lemah lembut. Hati Yas turut tersentuh apabila tahu bahawa kakak sepupu Nanie kini tidak sedarkan diri. Teringin rasanya dia melihat wajah kakak sepupu Nanie lantas itu dia meminta izin Nanie untuk melihat Husna Laila.

"Awak pergilah dahulu. Saya akan menyusul setelah saya bersedia", balas Nanie
Dia duduk semula sambil mengesat air mata. Sungguh pun dirinya adalah seorang gadis yang tabah namun dia akan lemah apabila kakak sepupunya ditimpa kemalangan. Laila sudah seperti kakak kandung Nanie. Nanie dan Laila banyak berkongsi cerita. Nanie tahu kisah mengenai Laila mencintai Ameer. Nanie juga tahu bahawa Laila berdendam pada Naq kerana Laila menganggap Naq adalah perosak kebahagiaan. Nanie sedar bahawa itu semua adalah disebabkan kekacauan perasaan Laila hingga terdorongnya Laila bertindak melakukan perkara keji semata-mata untuk miliki kebahagian.


Yas menarik nafas dalam-dalam dan lepaskan perlahan. Yas hairan mengapa hatinya berdebar kencang semasa dia ingin membuka pintu wad. Rasa seperti ada suatu kejutan akan dia dapat. Fikiran negatif yang melintas difikirannya segera dia hapuskan. Yas memberanikan diri menolak pintu wad.

Alangkah terkejut apabila Yas melihat tubuh yang sedang baring dan bernafas menggunakan mesin adalah orang yqng semestinya dia kenal. Perlahan kaki Yas melangkah mendekati Laila. Tubuh itu kelihatan susut sedikit dan pucat lesi. Yas menyentuh tangan Laila.. Sejuk tapi mempunyai peluh. Anxiety b

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
MoonLightLissa_
Thanks to all support from whos reading Cinta Yang Tidak Pernah Padam. We'll do our best for next chapter

Comments

You must be logged in to comment
Miss_dalnim
#1
Chapter 18: Maigaddd KyuYas makes me cringeee please no more kyuyas
dxlnim #2
Chapter 16: typo episod jadi epidod tu epic hahahahahaahahahah
lailalelus #3
Chapter 14: MIXED FEELING HAHAHA AWESOME GUYS KIPIDAD
DetNaq
#4
Just subscribe xD will read it during the weekends ! Cool job authornim :p
HanisCho #5
Chapter 13: CEPAT LAH EPS 14 ISH TASHABAR NI
HanisCho #6
Chapter 11: Tahu tak hanis skip part kak amani dgn donghae
HanisCho #7
Chapter 10: Senang2 je ameer ni percaya kan laila ish kesian naq
Miss_dalnim
#8
Chapter 12: (Padahal sekolah semua perempuan)
amanihae #9
Wahhh sweet sgt part flashback tu
OddyZhye
#10
Chapter 10: Wah senangnye Ameer tu percaye kan si Laila tu..ape dah Ameer ni..