Dendam

Tea Party At Midnight

Mereka semua pun telah pun berlari dengan cepat, tapi tiba-tiba telefon Jimin berdering, membuatkan langkah mereka terberhenti berlari. Jimin pun mengangkat telefonnya. Rupanya Joongki telefonnya.

 

 

“[Edward!! Asal kau tak jawab panggilan aku?!]”marah Joongki dalam telefon Jimin.

 

 

“sorry! Aku dengan ahli jamuan lain dekat lorong bawah tanah tadi sebab tu panggilan kau tak sampai dekat aku..,”jelasnya lagi sambil berlari didalam hutan yang gelap tapi diterangi cahaya bulan.

 

 

“[Macam mana kau boleh dekat lorong bawah tanah tu?!!]”soal Joongki yang baru menyorok disebuah kelas bersama Jihyo disebelahnya.

 

 

“ceritanya panjang! nanti aku jumpa kau dengan Jihyo dekat sekolah! Bagi aku masa dulu untuk sampai ke sekolah!!”kata Jimin lalu mematikan telefonnya kemudian menyimpan telefonnya dalam poketnya.

 

 

“siapa telefon kau tadi?”tanya Henry yang berlari disebelah Jimin.

 

 

“nanti aku cerita! Kita lari dulu!!”Jimin tak boleh nak cakap apa-apa bila keadaan bahaya akan menimpa di Summer Highschool tak lama lagi. Dia perlu hentikan Jack & Ripper sebelum terlambat.

 

 

“James! Jarak antara kita dengan sekolahni berapa jauh ke??”tanya Taehyung pada James.

 

 

“entah lah, aku tak pasti. Tapi ia mengambil masa 30 minit untuk sampai disekolah kalau kita berjalan kaki. Kalau berlari...mungkin dalam 15 minit boleh sampai,”katanya lagi.

 

 

“jadi...kita kena lari lah!!”kata Himchan yang kembali bertenaga lalu dia pun terus melangkah laju, diikuti James, Jimin, Mingyu, Luhan, Minhwan, Zelo, Myungsoo dan Taehyung. Manakala, Jungkook dan Jaejin si hantu, terbang dan mendahului mereka semua.

 

 

“Jungkook!! Jaejin!! Jaga diri korang baik-baik tau!!”kata Minhwan sebelum Jungkook dan Jaejin terbang meninggalkan mereka.

 

 

50 tahun yang lepas...

 

 

Jimin (Edward) POV

 

 

“lepaskan aku!!”teriak ku yang terikat disebuah pokok yang besar. “Seulgi!!”teriak ku lagi.

 

 

Aku lihat Seulgi yang terbaring diatas meja yang panjang dengan alas meja berwarna putih. Dia masih tidak sedarkan diri. Jack & Ripper sudah bersedia dengan pisau ditangan. Tak! Seulgi!! Aku kena selamatkan dia!!

 

 

“Seulgi!!! Bangun!!!”teriakku. Berharap dia bangun dan selamatkan diri. Tiba-tiba ada seseorang memutuskan tali yang mengikat badanku. “J-James?!”terkejut aku melihat dia datang selamatkan aku.

 

 

“kita kena cepat selamatkan Seulgi”arah James lalu dia terus memecut langkah kakinya lalu menendang Ripper yang hampir memotong pergelangan tangan Seulgi. “Edward Sekarang!!”jerit James.

 

 

Aku segera menarik Seulgi lalu mengendongnya, aku ingin membawanya ke hutan supaya selamat. Semasa aku membawa lari Seulgi dari Summer Highschool, disekeliling ku dipenuhi mayat pelajar yang menghadiri jamuan teh tengahmalam, merupakan korban bukannya ahli sebenar . Aku minta maaf...hanya Seulgi sempat aku selamatkan. Pada masa yang sama, aku nampak ahli ‘rasmi’ berada di atas beranda sekolah. Aku begitu marah! Disebabkan mereka, kawan aku mati!!! Namun langkahku terus kehadapan menuju ke hutan berdekatan.

 

 

James masih lagi berlawan dengan Jack & Ripper. Mereka berdua susah nak tumpaskan James kerana dia terlalu kuat.

 

 

“tak guna kau!!!”teriak Jack lalu dia menendang paha James tapi James sempat mengelak dan memukulnya dikepala. “Ripper!! Sekarang!!”teriaknya.

 

 

Ripper terus memukul kepala James. James pun rebah lalu jatuh ke atas lantai. Rupanya Ripper memukulnya menggunakan kayu putih yang merupakan kelemahan bagi puntianak sepertinya. Kemudian, Jack & Ripper terus mengejar Jimin dan Seulgi yang telah pun berjaya memasuki ke dalam hutan.

 

 

Aku terlalu penat untuk berlari. Melihat Seulgi masih pengsan tidak menyedarkan diri, aku tak boleh putus asa. Aku kena selamatkan dia. Aku tak nak dia mati. Dia..segala-galanya untuk aku. Aku tak nak kehilangan dia.

 

 

“Edward....,”kata Seulgi yang baru sedar dari pengsannya. “tolong berhenti...,”katanya lagi.

 

 

“Seulgi?!!”aku segera berhenti berlari lalu menyandarkan Seulgi di sebuah pokok. “kau ok?” soalku.

 

 

“Edward...cepat....larikan diri...,”Seulgi kelihatan begitu letih dan suaranya hampir tidak kedengaran. Dia terus memegang pipiku yang mula dibasahi airmataku.

 

 

“t-tak! mana boleh aku tinggalkan kau!!”kata ku lalu memeluknya erat. “aku tak nak kau mati!”

 

 

Seulgi tersenyum manis. “aku pun...tak nak kau mati..Edward..,”katanya dengan lemah.

 

 

Aku masih lagi tak sanggup nak lepaskan Seulgi. Walaupun aku tahu ajalnya...akan tiba, aku ingin selamatkan dia juga. Dalam keadaan macam ni, Seulgi terus melepaskan pelukan dari aku. Aku memandangnya. Dia masih lagi tersenyum manis, membuatkan aku berasa tenang.

 

 

“Edward..aku nak kau ambil darah aku..,”kata Seulgi lalu dia mengeluarkan pisau kecil yang disoroknya di poket kecilnya itu kemudian memotong kulit di pergelangan tangannya. “aku nak kau terus hidup!”

 

 

“Seulgi!!”jerit ku ketakutan melihat darahnya mengalir keluar dari pergelangan tangannya. “a-aku tak nak!”kata ku lagi.

 

 

Seulgi terus meletakkan pergelangan tangannya yang berdarah pada mulutku. Aku terkejut dan aku tertelan sedikit darahnya. S-Seulgi?!! Tidak lama kemudian, luka yang ada pada pergelangan tangan Seulgi mula menghilang. Aku terkejut sekali lagi sambil memandangnya.

 

 

“aku...minta maaf...,”ucapnya lagi, membuatkan aku menangis teresak-esak. Tapi wajahnya berubah apabila melihat diri aku. “E-Edward?!! D-darah!!”

 

 

Aku dapat rasakan kesakitan yang menguasai badanku. Perlahan-lahan mataku memandang perutku yang mencurah-curah mengeluarkan darah. Rupanya sebuah anak panah menembusi perutku. Aku memandang Seulgi semula, dia tergumam melihatku. Badanku yang lemah mula terjatuh ke atas tanah. Seulgi melihatku dengan wajah yang begitu ketakutan. Jack & Ripper telah berada di belakangku.

 

 

“Seul..gi....,”ucapku, mataku semakin kabur kerana terlalu banyak darah keluar dari badanku. “c-cepat..l-larikan...di..ri...,”

 

 

“EDWARD!!!!!”teriak Seulgi lalu dia ditarik oleh Jack, manakala Ripper menikam satu anak panah di kaki ku.

 

 

Aku tak rasa apa-apa. Kebas. Sebuah anak panah lagi....menembusi dada ku. Seulgi pula terjerit-jerit memanggil nama ku. Aku tersenyum manis, membuatkan dia menjerit kuat sambil menangis teresak-esak. Maaf...aku tak dapat nak selamatkan kau bukan tu je, nyawa aku pun tidak dapat diselamatkan juga.

 

 

“EDWARD!!!”teriak Seulgi sebelum dia dibawa kembali ke Summer Highschool semula bersama Jack dan Ripper.

 

 

Itulah...kali terakhir aku mendengar suara Seulgi.

 

 

Saat aku membuka mataku, aku selamat. Aku mendapati diri aku terbaring diatas katil. Aku mendapati semua luka ku termasuklah luka diperut ku semakin menghilang namun kesakitannya masih terasa. Jadi...darah yang aku terima dari Seulgi tu...darah kehidupan abadi. Kejap! Seulgi mana?! Aku terus bangun dari katil lalu cuba berjalan keluar dari bilik tersebut walaupun badanku dalam keadaan lemah. Aku mendapati, James menahan ku daripada keluar dari bilik.

 

 

“kau tak boleh pergi mana-mana..,”katanya pada ku. Dia memegang kain putih yang mengandungi ais lalu diletakkan diatas kepalanya.

 

 

“err..k-kau ok?”kata ku dengan risau sebab melihat James turut terluka.

 

 

“tak ada lahh...kepala aku pening sikit je...,”jelasnya lagi. “Edward...kau kena berehat. Luka kau tu belum pulih lagi..,”

 

 

Aku terus bersandar di dinding. “Seulgi.....dia..macam mana?”aku memandangnya.

 

 

James menggeleng-geleng kepalanya. “dia dah mati...aku minta maaf Ed, aku tak sempat nak selamatkan dia..,”katanya dengan kesal.

 

 

“aku tahu dia akan mati. Tapi kenapa....kenapa aku masih fikir dia masih hidup....James! kenapa dia perlu mati macam tu sekali?!!”kataku dengan airmata mengalir dipipi. Kalau aku menjerit sekalipun, Seulgi tetap tak akan hidup. Kemudian, aku mengesat airmataku. “aku...aku akan gagalkan rancangan Jack & Ripper melangsungkan Jamuan Teh Tengahmalam tu lagi!! Itu janji aku!!”

 

 

“aku akan tolong kau Ed..,”kata James yang ingin membantu aku.

 

 

“tak. jangan panggil nama aku Edward lagi. Edward...dah lama mati. Sekarang ni, panggil aku Jimin....nama ni...yang Seulgi bagi dekat aku...,”aku kembali senyum lalu berjalan menuju ke arah jendela yang ada di dalam bilik tersebut sambil menghirup udara segar. “aku suka kau Seulgi...,”kali ni..aku teruskan hidup untuk meneruskan dendam aku ni. Jack The Ripper...aku akan bunuh kau dengan tangan aku sendiri.

 

 

End Jimin (Edward) POV

 

 

Author POV

 

 

“Jimin?! Asal kau termenung ni?! kita dah sampai sekolah ni!”kata Luhan sambil menepuk lengan Jimin.

 

 

“y-ya! jom pergi!!”kata Jimin yang tersedar dari lamunannya. Desis dalam hatinya, “selama 50 tahun aku tunggu...akhirnya..aku dapat juga peluang ni untuk menghapuskan Jack & Ripper!!”sambil tu, dia memegang rantai milik Seulgi yang pernah dia terima dari Seulgi sendiri.

 

 

Mereka dapat mendengar jeritan seseorang didalam dewan. Mereka semua terus berlari masuk ke dalam dewan sekolah dan mendapati....Jack & Ripper mati disembelih oleh seseorang lelaki yang berpakaian kot sekolah Almist Highschool manakala adik beradik Song terperangkap didalam sangkar yang sungguh besar.

 

 

“aku dah lama tunggu korang semua...,”Jung su menjilat bilah pisau yang berdarah itu. “Oh ye! Lupa nak kenalkan diri. Aku Jack The Ripper sebenar, panggil aku Jung su je..,”dia menunduk hormat dihadapan mereka semua.

 

 

“Apa ni?!! bukan ke Jack & Ripper tu yang adakan Jamuan Teh Tengahmalam tu?”kata Henry pada James yang juga terkejut dengan kemunculan Jack The Ripper sebenar.

 

 

“a-aku tak tahu!!”James tak menyangka Jack The Ripper sebenar adalah Jung su. Selama dia duduk di Almist Highschool, dia langsung tak syak Jung su adalah pembunuh misteri itu. Dia cuma tahu klu kecil yang ditinggalkan di dalam buku Midnight Tea Party.

 

 

“well...sebenarnya Jack & Ripper ni orang suruhan aku. Diorang ni kembar bernama Jong dan Ryu. Sebab tu lah aku bagi diorang nama samaran Jack dan Ripper..”Jung su terus menendang mayat Jack & Ripper ke tepi. “sebelum tu...aku nak jumpa Jimin. Boleh?”

 

 

“a-apa kau nak dari dia hah?!! Tak boleh!”larang Mingyu yang berdiri dihadapan Jimin. “Jimin!! Kau tak boleh pergi!!”

 

 

“M-Mingyu...,”kata Jimin namun dia tak nak Mingyu mati disebabkan kepentingan dirinya sendiri. Dia tahu, Jung su menginginkan darah kehidupan abadi dari dia dan dia akan bunuh Jung su kerana membuatkan Seulgi dalam kesakitan dan mati dalam keadaan mengerikan. “aku kena pergi...,”

 

 

“Jimin!!”Luhan memegang bahu Jimin membuatkan langkah Jimin terhenti. “kau nak mati ke?!!”

 

 

Jimin tersenyum. Ya, dia memang dah lama mati. Dia patut mati pada 50 tahun yang lepas tapi Seulgi menjadi mangsa. “kau fikir aku nak mati macam tu je? Mestilah tak...”bisik Jimin ditelinga Luhan.

 

 

Luhan tersenyum lalu melepaskan tangannya dari bahu Jimin. “buatlah apa yang kau nak. Aku dah tak kisah!!”

 

 

Mereka yang lain termasuklah James, fikir Jimin dan Luhan bergaduh padahal perkara yang sebaliknya berlaku. Jimin pun terus berjalan kehadapan. Jaraknya semakin lama semakin mendekati Jung su. Apabila Jimin menghentikan langkahnya, dia memandang Jung su.

 

 

“kenapa kau takut ke?”kata Jung su sambil tersenyum kecil.

 

 

“aku ok je. Yang patut risau adalah kau...,”Jimin tersenyum lebar.

 

 

“h-huh?”Jung su tidak perasan seutas tali berwarna hitam mengikat badannya dari belakang. Rupanya Jungkook dan Jaejin si hantu mengikatnya. “LEPASKAN!!!”jeritnya kuat.

 

 

“tak nak!! Blewkk!!!”Jungkook dan Jaejin menjelir lidah mereka sambil mengikat badan Jung su dengan ketat.

 

 

“haihh....diorang ni nakal betul lah...,”kata Minhwan apabila melihat aksi Jungkook dan Jaejin yang tidak mempunyai rasa gentar untuk mengikat Jack The Ripper aka Jung su.

 

 

“diorang tu tak takut ke dengan Jung su tu?”kata Zelo lalu berjalan mendekati Jimin begitu juga dengan Luhan dan yang lain.

 

 

“mesti lah diorang tak takut. Diorang berdua tu kan hantu...,”jelas Myungsoo dan juga Taehyung yang berada dibelakang Zelo.

 

 

“ahahaha! Aku baru teringat!”Zelo teringat saat kali pertama berjumpa Jungkook dan Jaejin dihutan tadi. Memang menyeronokkan.

 

 

“sudah-sudah lah tu! kita kena bantu diorang berdua mengikat tali hitam tu sebelum Jung su hilang kawalan!!”kata Mingyu kerana dia mendapati tali hitam yang mempunyai magik tidak dapat bertahan lama. Dia nampak mata Jung su berubah merah.

 

 

Jimin, Mingyu, Luhan, Minhwan, Zelo, Taehyung, Myungsoo, Himchan dan Henry terus berjalan mendekati Jungkook dan Jaejin yang sedang bergelut dengan Jung su. Mereka berdua berusaha mengikatnya sekuat mungkin.

 

 

“JUNGKOOK!! JAEJIN!!! LARI!!”teriak Himchan yang mendapati tali hitam diikat mereka terputus.

 

 

“h-habis la—ack!!!”leher Jungkook dan Jaejin dicekik kuat oleh Jung su. “m-macam mana dia boleh sentuh kitorang ni?!! arrgghh!!!”

 

 

Tangan kiri Jung su mencekik Jungkook manakala tangan kanannya mencekik Jaejin. Tanpa berlengah lagi, dia menghempas Jungkook dan Jaejin diatas lantai dewan. Lantai di dewan terus retak, Jungkook dan Jaejin pengsan tidak sedarkan diri. Semua orang terkejut dan tidak bergerak begitu juga  dengan Jung su.

 

 

Henry pula terus mengambil kunci yang terjatuh dari poket seluar Jung su lalu dia berlari ke arah sangkar yang mengurung Jihyo dan juga Joongki. Jung su terus mengejar Henry, tapi malangnya Luhan dan Mingyu menendang betis Jung su sehingga dia terjatuh. Luhan dan Mingyu terus menghi-5 diantara mereka berdua.

 

 

Selepas Henry berjaya mengeluarkan Jihyo dan Joongki, adik beradik ace ni segera mengambil pistol mereka di tepi sangkar lalu menembak Jung su yang baru bangun dari atas lantai dewan. Tapi Jung su terlalu cepat untuk mengelak peluru yang ditembak Jihyo dan Joongki.

 

 

“KORANG SEMUA TAKKAN TERLEPAS!!!”Jung su menjerit kuat.

 

 

Seluruh dewan mula bergegar dan menyebabkan dinding didalam dewan mula roboh dan jatuh menimpa ke atas mereka semua manakala Jung su sempat keluar dari dewan tersebut. Jung su terselamat manakala semua ahli jamuan teh tengahmalam, termasuklah adik beradik Song, James....mereka terselamat ke?

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
nanadjiyongie_01
#1
Chapter 12: haishh..saspen dibuatnya, harap mereka semua berjaya kalahkan Jungsu tu...mintak-mintaklah...
aquariusxpisces
#2
Chapter 12: Aduiiii saspens ni saspensssss xD
Moga-moga diorang sempat bunuh Jungsu!!! XD
aquariusxpisces
#3
Chapter 11: kenapa mesti jungsu nampak hantu -______- omo macam mana niiiiii
aquariusxpisces
#4
Chapter 10: wahhhhh nice update hanna authornim xD
tak sangka adik beradik ace pun ada hahahaha nice job xD