Ripper!!

Tea Party At Midnight

Lebih kurang sejam mereka terperangkap dalam terowong yang gelap ni. entah sampai bila mereka dapat jumpa jalan keluar dari sini. Stamina mereka semakin lama semakin berkurangan. Mereka tak boleh biarkan diri mereka terperangkap begitu lama dalam terowong ni.

 

 

“ughh....dah 1 jam kita dekat bawah tanah ni,”rungut Zelo yang penat memeriksa setiap inci batu di dinding jika ada perangkap.

 

 

“Jimin. Sampai bila kita buat benda ni? kita semua dah periksa setiap laluan kita jalan tapi tak satu pun perangkap yang ada. Asal tak ada perangkap dijumpai??”soal Himchan kebingungan.

 

 

“entah, tapi masa kita mula-mula ada dekat bawah tanah ni kita jumpa perangkap pertama. Sampai sekarang ni kita belum jumpa perangkap kedua. Aku tak tahu nak cakap macam mana, kau pulak Luhan??”Jimin minta pandangan Luhan pula.

 

 

“aku pun pelik sekarang ni. Aku tak tahu muslihat yang digunakan Jack ni,”fikir Luhan.

 

Mingyu yang berada di sebelah Luhan mula bersuara. “mungkin dia nak mempermainkan kita semua dengan memasang perangkap pertama tadi supaya kita berhati-hati, maksud aku, dia tahu kita akan periksa setiap laluan kita lalu dan pada masa yang sama kita rasa penat dan...,”

 

 

Myungsoo menyampuk. “dia akan serang salah seorang dari kita yang mula penat dan kehilangan tenaga,”

 

 

“yup!”jawab Mingyu. “so, nak buat apa sekarang ni? berehat atau nak teruskan perjalanan??”

 

 

“aku penatlah.....,”rungut Himchan kerana kelelahan.

 

 

“lebih baik kita berehat dulu. Aku rasa penat dengan luka aku yang belum sembuh sepenuhnya,”jelas Henry dengan tangannya memegang pahanya yang sedikit berdarah.

 

 

Semua pun setuju dengan cadangan Henry dan mula membuat bulatan sebelum duduk bersama. Wajah kepenatan mereka mula kelihatan. Mingyu kelihatan sibuk berbincang dengan Luhan dan Jimin tentang muslihat Jack. Manakala yang lain berehat dan hanya mendengar perbincangan mereka bertiga.

 

 

“hmm....,”Minhwan melunjurkan kakinya kerana dia bersila terlalu lama tadi. Dia terkejut kerana disebelahnya muncul Jungkook dan Jaejin, si hantu. “k-korang berdua?!”bisik Minhwan.

 

 

“anyeong! Minari!!”mereka berdua kelihatan gembira.

 

 

“macam mana korang tahu aku dengan yang lain dekat sini??”bisik Minhwan supaya ahli yang lain tidak perasan dia tengah bercakap dengan kawan hantunya.

 

 

“huhu....semestinya mengikut firasat sebagai hantu yang ‘berkaliber’ ni,”jawab Jungkook.

 

 

“banyaklah kau punya firasat!!”nada Jaejin kedengaran tinggi pada Jungkook. “kitaorang tahu sebab kitorang juga tengah berjalan dekat laluan ni. Tak sangka pulak terserempak dengan korang semua dekat sini!”jelasnya panjang lebar.

 

 

“oh....,”kata Minhwan.

 

 

Semasa Luhan, Mingyu dan Jimin tengah berbincang, Luhan ternampak kehadiran Jungkook dan Jaejin di sebelah Minhwan. Dia segera memberhentikan perbincangannya lalu pergi ke tempat Minhwan.

 

 

“Jungkook! JJ!!”gembira Luhan melihat kehadiran mereka. “korang dah jumpa apa-apa dekat bilik pengetua?”

 

 

“ahh, baru aku ingat!”Jungkook baru teringat sesuatu dia dan Jaejin jumpa di bilik Pengetua Summer Highschool. “kitorang jumpa kotak kayu yang berkunci, tapi kitorang puas cari kunci tu tapi tak jumpa-jumpa,”

 

 

“ha’ah. Apa yang kitorang pasti, ada ukiran gambar daun mapel di atas kotak kayu tu,”jelas Jaejin pula.

 

 

“aku dah agak. Itu mesti kotak milik Jack The Ripper,”kata Minhwan dengan tepat. “agaknya, apa yang ada dalam kotak tu?”mulalah timbul persoalan yang merumitkan bagi mereka berempat.

 

 

“mungkin sesuatu yang buruk...atau yang baik?”teka Jungkook.

 

 

Jaejin menggelengkan kepalanya. “mungkin kotak tu ada sesuatu milik Jack The Ripper?”

 

 

“mungkin,”setuju Luhan seperti separuh ya dan separuh lagi tidak. “apa kata korang pergi tengok apa yang Jack tengah buat sekarang ni,”suruhnya.

 

 

“sekarang?”mereka tanya.

 

 

“yelah! sekarang!”kata Luhan lalu Jungkook dan Jaejin mula menghilang seperti ahli magician menghilangkan diri mereka.

 

 

“aku rasa tak sedap hati bila tengok Jungkook dengan JJ pergi tadi,”jelas Minhwan, dia kelihatan begitu risau.

 

 

“itu cuma perasaan kau je,”Luhan tak fikir Jack boleh apa-apakan Jungkook dan Jaejin sebab mereka berdua adalah hantu dan hantu tidak boleh disakiti.

 

 

“aku haraplah...,”jawab Minhwan lalu dia dan Luhan terberhenti berbual bila Taehyung menyuruh mereka berhenti berbual kerana mereka ingin meneruskan perjalanan mereka untuk keluar dari lorong bawah tanah ni.

 

 


 

 

Seperti yang Jungkook dan Jaejin jangka, Jack tidak boleh nampak mereka sebagai hantu. Jack sepertinya sedang menunggu ketibaan seseorang. Tanpa berlengah masa, Jaejin dan Jungkook segera terbang ke bangunan blok B, dimana bilik Pengetua Summer Highschool terletak.

 

 

Sesampai di bilik Pengetua Summer Highschool, Jungkook segera mencari di meja kerja milik pengetua lalu dia membuka satu persatu laci yang ada di meja itu. Tak jumpa. Dia tak jumpa apa-apa.

 

 

“kookie!”panggil Jaejin, dia sepertinya menjumpai sekeping kertas di balik lukisan yang ada di dinding. “aku rasa ni peta lorong bawah tanah!!”

 

 

“ye ke?!”Jungkook segera berlari ke sisi Jaejin. “aku nak tengok kejap!”dia segera rampas peta tu dari Jaejin.

 

 

“kookie?! Kenapa ni?”soal Jaejin melihat kelakuan Jungkook yang mula pelik.

 

 

“peta ni!! peta ni yang tak kena!!”Jungkook segera menunjukkan terdapat gambar lorong yang dipangkah. “aku rasa semua ahli menuju ke tempat berbahaya!! Kita kena hentikan mereka semua!!”

 

 

“apa?! Asal kau tak cakap awal-awal!! Jom pergi!!”Jaejin kelihatan panik dan risau tentang Luhan dan Minhwan.

 

 

Jungkook dan Jaejin segera terbang melepasi dinding yang keras menuju ke lorong bawah tanah. Mereka perlu selamatkan ahli jamuan teh tengahmalam sebelum terlambat.

 

 


 

 

“bilik ni berkunci lah....,”Mingyu cuba memutar tombol pintu yang mereka jumpa di penghujung lorong bawah tanah ni. “tak boleh bukak lah,”

 

 

“pelik. Asal pintu bilik ni dipangkah menggunakan cat merah??”tanya Zelo pada Myungsoo.

 

 

“entah. Mungkin ni bilik harta karun?”teka Myungsoo.

 

 

“harta karun? Mana wujud harta karun zaman sekarang ni?! itu cuma cerita zaman dulu-dulu je,”jelas Taehyung.

 

 

“aku cuma cakap je.....,”kata Myungsoo yang masih fikir kemungkinan bilik ni bilik harta karun.

 

 

“dah lah tu,”Henry menenangkan keadaan di antara Taehyung dan Myungsoo. “kita kan berjanji untuk bekerjasama untuk keluar dari lorong bawah tanah ni,”

 

 

“yelah, kitorang faham,”jawab Taehyung dan Myungsoo.

 

 

“Kejap. Sebelum tu aku nak tanya sesuatu,”tiba-tiba Luhan dapat rasakan sesuatu tak kena. “mana Himchan?”

 

 

“H-Himchan?!”mereka yang lain tersedar kehilangan Himchan.

 

 

Pada waktu yang sama...

 

 

“itu pun kau,”Jack melihat seorang pelajar lelaki yang berjalan menuju ke arahnya.

 

 

“sorry. Aku terlambat disebabkan mereka tadi tu berehat begitu lama dekat lorong bawah tanah tu,”jelas Himchan sambil tersenyum kecil.

 

 

“oh, macam tu...,”Jack mengangguk faham. “apa kata kita berdua ‘tamatkan’ jamuan teh tengahmalam ni bersama.....Himchan..?”senyuman ngeri mula kelihatan di bibir Jack.

 

 

“semestinya, Jack. Dan jangan panggil aku Himchan. Panggil nama yang biasa kau panggil,”jelasnya sekali lagi.

 

 

“oh...maksud kau, Ripper ke?”Jack hanya tertawa kecil.

 

 

“yup. itu lebih baik,”jawab Ripper selepas dia menanggalkan kulit topeng dari mukannya. Wajahnya bukan lagi Himchan tetapi orang lain. “bila kau sebut nama Himchan, ni mengingatkan aku pasal Himchan ‘sebenar’ yang juga berada di dalam bilik tu,”

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
nanadjiyongie_01
#1
Chapter 12: haishh..saspen dibuatnya, harap mereka semua berjaya kalahkan Jungsu tu...mintak-mintaklah...
aquariusxpisces
#2
Chapter 12: Aduiiii saspens ni saspensssss xD
Moga-moga diorang sempat bunuh Jungsu!!! XD
aquariusxpisces
#3
Chapter 11: kenapa mesti jungsu nampak hantu -______- omo macam mana niiiiii
aquariusxpisces
#4
Chapter 10: wahhhhh nice update hanna authornim xD
tak sangka adik beradik ace pun ada hahahaha nice job xD