Dia Bukan J.T.R

Tea Party At Midnight

“ke tepi!!!”teriak Minhwan.

 

Minhwan menolak Luhan ke tepi, dia terjatuh ke atas simen dan Luhan terkejut dengan tindakan Minhwan yang sungguh pantas manakala tangan Jack terus menusuk pisau ke bahu Minhwan. Minhwan mengerang kesakitan, tapi dia perlu bertindak segera dengan mencapai bahu Jack lalu tangannya yang satu lagi menarik topeng dipakainya. Luhan yang masih berbaring diatas simen, dia segera menendang kaki Jack dan terjatuh ke lantai dengan wajahnya hampir kelihatan. Jack masih terbaring di atas lantai.

 

Melihat Jack The Ripper muncul dan cuba menikam Minhwan, ahli yang lain berlari mendekati mereka. Nampaknya identiti Jack The Ripper akan terbongkar. Saat mendebarkan ini membuatkan mereka lebih cemas. Luhan terus mendekati Minhwan yang terjatuh selepas ditolak oleh Jack tadi. Pisau yang dipegang Jack terlepas lalu terjatuh ke tanah.

 

“Minari!! Kau ok?!!”Luhan memeriksa luka di bahu Minhwan. “banyaknya darah!”

 

“Tak dalam pun luka ni. Aku ok je,”luah Minhwan, dia menerima sapu tangan dari Luhan. “terima kasih,”

 

Akhirnya, Jack The Ripper mula bangun dari tempat dia ditolak Minhwan tadi. Kini, wajah sebenarnya kelihatan. Semua ahli mula berhati-hati. Saat mereka berhadapan dengan Jack, mereka terdengar suara keluhnya.

 

“hmm....nampaknya identiti aku terbongkar lah...,”katanya sambil merenung tajam ke arah Jimin. “lama tak jumpa kau..,”

 

“ehh?!”Jimin sepertinya mengenalinya. “n-nama kau Zelo kan!!”

 

“Z-Zelo??”Mingyu terkejut. “bukan ke dia dah lama tak datang sekolah?”

 

“aku tak tahu,”jawab Jimin. “jadi....identiti Zelo ni sebenarnya Jack The Ripper,”

 

“tak! aku tak fikir dia Jack The Ripper!”bantah Luhan. “korang semua dengar kan masa aku cerita ‘Bilik Misteri’ tadi. James bagi tahu aku, Jack The Ripper bersekolah di Almist Highschool dan Jack memakai rantai berbentuk daun tapi lelaki bernama Zelo ni tak pakai rantai dan bersekolah di Summer Highschool,”katanya pada Zelo

 

“Zelo. Kau bukan Jack The Ripper sebenar ke?”tanya Mingyu.

 

“haih.....mestilah,”keluh Zelo. “aku tak tahu nak cakap apa. Sebenarnya, aku terima upah ni dari Pengetua korang berdua,”kata Zelo kepada Jimin dan Mingyu.

 

“a-apa??!”mereka semua terkejut. “P-Pengetua Summer Highschool?! dia upah kau? kau pembunuh upahan ke selama ni?!”

 

“Yup. Dia nak aku bunuh ahli yang terpilih tapi....aku rasa aku tak boleh. Aku tak ada pilihan selain cederakan korang. Maaf kalau cederakan korang berdua,”ucap Zelo kepada Henry dan Minhwan. Dia betul-betul rasa bersalah dan berharap mereka maafkan dia.

 

“Kami berdua ok je,”terus-terang Henry. “tapi, kenapa Pengetua sanggup buat sedemikian?”

 

“Entah. Dia tak bagi tahu apa-apa pun dekat aku,”Zelo tersedar dia menjatuhkan pisau yang diberi Pengetua Summer Highschool sebelum ni. “mana pisau tu? korang nampak tak?”tanya Zelo yang tercari-cari pisau tersebut. Dia rasa tak sedap hati.

 

“Pisau?”semua orang tercari-cari pisau tersebut tapi tidak menjumpainya.

 

“korang jumpa pisau tu?”soal Taehyung yang menunduk kepalanya sambil mencari pisau.

 

“aku tak jumpa. Mana pisau tu pergi??”hairan Himchan lalu dia perasan sesuatu.

 

Seorang lelaki berpakaian kot hitam dengan memakai topeng putih yang menpunyai senyuman mengerikan sambil bermain pisau dibelakang mereka semua. Kedatangan lelaki ini tidak dijangka oleh mereka semua. Ya, kehadiran Jack The Ripper yang sebenar. Dari rupanya, Minhwan dan Luhan tahu identiti lelaki ni. Aura dia memang menyeramkan.

 

“cari ni ke?”Jack menunjukkan pisau yang dijatuhkan oleh Zelo tadi. “maaflah, pisau ni milik aku,”

 

Luhan dan Minhwan ternampak rantai berbentuk daun mapel di leher Jack. Sememangnya, mereka dah agak dia ni adalah Jack The Ripper yang sebenar. Jimin pula tersenyum misteri bila mendapat tahu identiti sebenar Jack. Seperti ada rahsia disebalik senyumannya.

 

“kau Jack The Ripper kan?”kata Jimin dengan senyuman kecil kelihatan. “aku tak pernah sangka jumpa Jack The Ripper, pembunuh bersiri White Chapel..,”

 

“kenapa? Kau takut ke?”Jack mula tertarik dengan personaliti Jimin. “kau nak sesuatu kan? apa dia?”

 

“tak ada apa-apa. Aku tak ada benda nak tanya kau. tengok mata kau...aku dah dapat jawapannya..,”jelasnya.

 

“kalau tak ada apa-apa nak ditanyakan, aku tak sabar nak merasmikan jamuan teh tengahmalam ni,”Jack mengeluarkan tongkat miliknya. “upacara akan dimulakan sekarang,”

 

Jack mula melukis bulatan kecil di tanah lalu didalam bulatan itu, dia melukis bentuk bintang. Wajahnya sungguh Lukisan ni sama dengan lukisan yang Luhan dan Minhwan jumpa dibilik rahsia. Mereka tertanya apa yang akan dilakukan oleh Jack.

 

“the member of The Midnight Tea Party, all of you will die! Because I need..your blood!!”ucapnya dalam bahasa inggeris, matanya berwarna biru. Selepas membaca mantera, tiba-tiba lukisan daun berbentuk mapel ni muncul di lengan ke semua ahli jamuan teh termasuklah Zelo. Dah macam tattoo pula.

 

“a-apa ni??!”teriak mereka semua. “apa kau nak buat dengan kitorang hahh?!!”

 

“Sumpahan. Korang akan dihantar ke bilik bawah tanah sebentar lagi,”Jack memetik jarinya sekali.

 

Poof! Asap putih muncul disekeliling mereka sebelum mereka menghilangkan diri. Jack tertawa jahat kerana rancangannya berjalan dengan lancar. Permainan kematian akan bermula selepas mereka sampai di bilik bawah tanah.

 

Bilik bawah Tanah.

 

Kelapan-lapan ahli jamuan termasuklah Zelo terbaring di atas simen berdebu ni. Kesejukan dibilik bawah tanah ni lebih sejuk daripada angin sejuk pada waktu malam. Selepas seorang demi seorang mula sedarkan diri, mereka telah pun berada di bilik bawah tanah. Tak ada pilihan. Mereka semua bangun dan berjalan keluar dari bilik bawah tanah dan mendapati terdapat lorong yang panjang dan gelap gelita. Nampaknya, Jack betul-betul nak bunuh salah seorang dari mereka untuk merasmikan jamuan teh tengahmalam hari ni.

 

“asal aku terjebak sekali ni?”Zelo masih melihat lukisan daun mapel di lengannya. “aish...masalah betul lah!!”

 

“siapa suruh kau terima upah dari pengetua aku,”kata Mingyu yang berada disebelahnya. “gelapnya. asal lorong ni gelap sangat. Tak ada lampu ke?”

 

“ahh!”Himchan baru teringat sesuatu. “Myungsoo, kau ada bawak lampu suluh kecil tak?”tanya Himchan yang tersedar bahawa Myungsoo sering membawa lampu suluh kecil di dalam poketnya.

 

“ahh! Ada!”Myungsoo mengeluarkan lampu suluhnya dari poket seluarnya. “baru nampak jelas!”dia terus menyuluh lampu dihadapannya.

 

“baguslah!!”kata Taehyung dibelakang Myungsoo. “jom cari jalan keluar!”

 

“NANTI KEJAP!”teriak Luhan, dia rasakan sesuatu tak kena dengan lorong ni.

 

Semua langkah mereka terberhenti mendengar Luhan teriak secara mengejut. Mereka semua tertumpu pada Luhan. Ada benda yang tak kena ke?

 

“jangan bergerak. Aku pasti bilik bawah tanah ni ada perangkap!”jelas Luhan. “Jack...dia mungkin akan bunuh lebih dari seorang. Bukan. Dia nak bunuh kita semua!”

 

Minhwan mengangguk kepalanya.“Korang tak boleh nak sesuka hati jalan macam tu je. Korang tak tahu perangkap apa yang Jack pasang,”Minhwan menunjukkan seutas tali di tepi dinding. “contohnya perangkap ni,”

 

“korang semua kebelakang sikit,”arah Luhan supaya mereka dapat lihat perangkap apa yang dipasang Jack. “Minhwan, sekarang!”

 

Minhwan terus menarik tali itu, lalu terdapat sepuluh bilah parang terjatuh dari atas siling ke atas lantai. Mereka terkejut dengan perangkap yang hampir sahaja meragut nyawa mereka tadi. Bahaya betul. Sememangnya bahaya kalau mereka tersilap langkah tadi. Nasib baik Luhan dengan Minhwan perasan perangkap yang dipasang oleh Jack. Agaknya perangkap apa yang dipasang oleh Jack lagi.

 

“ni...perangkap ke?”badan Himchan terasa sekeras-keras batu kerana takut berjalan kehadapan lagi. “Jack betul-betul nak bunuh kita semua,”

 

“tak ada pilihan. Kita kena berhati-hati dan bekerjasama bersama untuk keluar dari sini,”Jimin mula memeriksa dinding lain untuk memastikan tiada perangkap yang disediakan Jack.

 

Agaknya sampai bila mereka terkurung dalam lorong bawah tanah ni?

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
nanadjiyongie_01
#1
Chapter 12: haishh..saspen dibuatnya, harap mereka semua berjaya kalahkan Jungsu tu...mintak-mintaklah...
aquariusxpisces
#2
Chapter 12: Aduiiii saspens ni saspensssss xD
Moga-moga diorang sempat bunuh Jungsu!!! XD
aquariusxpisces
#3
Chapter 11: kenapa mesti jungsu nampak hantu -______- omo macam mana niiiiii
aquariusxpisces
#4
Chapter 10: wahhhhh nice update hanna authornim xD
tak sangka adik beradik ace pun ada hahahaha nice job xD