Malam Akhir

Tea Party At Midnight

 

A/N: Sekian lama author tak update fanfic ni. Seperti yang dijanjikan, author update chapter yang panjang!! semoga readers terhibur semasa membaca chapter ni!

 


 

“kita kena keluar dari sini!!”Myungsoo segera mendukung Himchan yang masih pengsan di belakang badannya.

 

 

“tapi kita nak pergi mana lagi?? sekarang ni kita berada dekat penghujung lorong bawah tanah! Dah tak ada lagi laluan selain bilik kosong ni!!”jelas Henry yang masih menahan kesakitan lukanya. “nak buat macam mana ni? kita semua terperangkap!!”

 

 

“jangan risau, mesti ada jalan keluar dari sini,”Jimin berusaha menenangkan mereka yang kelihatan semakin cemas.

 

 

Lebih kurang 2 jam mereka didalam lorong bawah tanah. Haus, penat, sakit dan buntu. Mereka tak tahu nak buat lagi. Mungkin rancangan Jack adalah untuk memerangkap mereka didalam lorong bawah tanah selama-lamanya sampai mereka mati. Tapi Luhan dan Minhwan tak rasa macam tu pun dan mereka masih tidak putus asa. Mereka dari tadi asyik menyentuh dinding yang berdebu dalam bilik tersebut. Mereka fikir, mungkin ada suis ataupun pintu rahsia di sekitar dinding yang berdebu ni. Tiba-tiba jari Luhan tertekan sesuau. Klik! Tiba-tiba dinding tersebut terbuka macam pintu. Pintu keluar ke? tak. apa yang mereka nampak adalah laluan yang begitu gelap. Tak tahu sama ada laluan ni merupakan jalan keluar atau pun tidak.

 

 

“jom masuk!”arah Minhwan kepada mereka yang lain. “nak masuk tak?”

 

 

“masuk?! Kalau ada perangkap macam mana??!”risau Zelo yang kelihatan was-was melihat terowong yang gelap itu..

 

 

Tiba-tiba dari belakang Zelo, Myungsoo terus menolak dia masuk ke terowong gelap itu. “masuk je lah. Tak payah nak risau sangat...,”dia kelihatan tenang sambil berjalan masuk ke terowong ditemani lampu suluh dipegangnya.

 

 

Yang lain pun turut mengikuti Myungsoo dan Zelo dari belakang. Semasa berjalan, mereka sentiasa berhati-hati, manatahu kalau ada perangkap lagi. Sudah 16 minit mereka berjalan di dalam terowong yang gelap ni. Jungkook dan Jaejin, si hantu ni masih memerhati gerak-geri Jimin dan Mingyu kalau lah  mereka berbuat sesuatu yang buruk. Ingatan mereka tentang perbualan Jimin dan Mingyu secara diam-diam tadi masih segar di ingat mereka. Adakah Jimin ada kaitan dengan Jack The Ripper? Itulah yang Jungkook dan Jaejin fikirkan.

 

 

Sesampai di penghujung terowong, terdapat satu pintu yang kecil yang hanya muat seorang sahaja. Tanpa berlengah lagi, Myungsoo dan Zelo menendang pintu itu sampai terbuka. Lega, akhirnya mereka telah pun berada diluar. Cahaya bulan masih kelihatan dan rimbunan rumput dan pokok-pokok yang mengelilingi pintu kecil ni. Mereka dimana?

 

 

“k-kita dekat mana ni??”tanya Luhan setelah keluar dari pintu terowong itu.

 

 

Jimin melihat disekelilingnya dan dia tahu dimana mereka berada sekarang ni. “sekarang ni kita dekat hutan bersebelahan dengan Summer Highschool,”

 

 

Mingyu mengiyakannya. “ha’ah. Tapi ia agak jauh sikit kalau nak sampai ke sekolah, lebih kurang 15 minit kalau berjalan kaki,”katanya.

 

 

Taehyung menggeleng-geleng kepalanya. “tak boleh! kita kena cepat!!”kata Taehyung tapi dia tidak sedari kakinya terpijak rimbunan rumput yang dibawahnya merupakan lubang dalam. “waarggh!!”dia terus terjatuh ke dalam lubang yang gelap.

 

 

“Taehyung!!!”mereka semua segera datang ke tepi lubang dan nasib baik Taehyung tak apa-apa. Cuma lubang ni kelihatan begitu dalam. Mereka tak dapat nak tarik Taehyung dari atas.

 

 

Setelah mereka membuat keputusan untuk mencar tali atau apa-apa yang boleh menarik Taehyung keluar dari lubang tersebut, Myungsoo terus meletakkan Himchan dan menyandarkan Himchan di sebuah batu yang besar. Sementara Himchan berehat sebentar, yang lain sibuk mencari-cari tali disekitar pintu terowong tapi tak jumpa. Tiba-tiba Luhan mempunyai idea yang bernas. Matanya melilau mencari kawan hantunya dan dia ternampak Jungkook dan Jaejin sedang berdiri dari belakang Jimin dan Mingyu.

 

 

Luhan segera memanggil Minhwan lalu dia membisikkan sesuatu. Minhwan mendengarnya dengan penuh perhatian, selepas memdengar sesuatu dari Luhan, dia pun terus pergi ke arah Jimin dan Mingyu bersama Luhan.

 

 

“Jimin! Mingyu!”panggil Luhan tiba-tiba.

 

 

“asal?”tanya Mingyu selepas habis berbual dengan Jimin.

 

 

“sini kejap,”kata Luhan lagi.

 

 

Jimin dan Mingyu pun bergerak ke arah Luhan. “apa dia??”

 

 

Pada waktu yang sama, Minhwan terus menarik Jungkook dan Jaejin si hantu ke tempat lain. Manakala Luhan tengah bercakap dengan Mingyu dan Jimin.

 

 

“boleh aku nak tanya pasal Summer Highschool?”soal Luhan. Dia boleh nampak reaksi Jimin dan Mingyu berubah.

 

 

“k-kau nak tanya apa?”tanya Jimin. Dia tidak tahu apa yang Luhan nak cakap.

 

 

“kalau boleh aku nak tanya sesuatu denganterus terang. Aku tak nak hati berpura-pura lagi..,”katanya. Luhan berkata lagi, “apa motif korang berdua sebenarnya? Sebenarnya aku dah lama tahu kau, Jimin bukan pelajar Summer Highschool dan kau pulak Mingyu....kau pun bersubahat dengan Jimin kan?”

 

 

“L-Luhan?! Macam mana kau...tahu?!”Jimin terkejut dengan pernyataan Luhan secara tiba-tiba.

 

 

“senang je. Aku tahu benda ni daripada kawan aku..,”jelasnya lagi sambil tersenyum misteri aka Jungkook.

 

 

“k-kawan? Siapa kawan kau?!!”hairan Jimin dan Mingyu berkata.

 

 

“sebenarnya kawan aku ni tak nak tunjukkan diri mereka dihadapan korang berdua termasuklah mereka yang lain. Hanya aku dan Minhwan je yang boleh nampak,”kata Luhan, maksudnya kawan dia merupakan hantu.

 

 

“j-jadi.....kawan hantu kau tu dengar perbualan kitorang tadi tu ke??”tanya Mingyu yang ingin memastikannya.

 

 

“yup. tapi sebenarnya secara tak sengaja mereka terdengar perbualan korang tadi. Tapi aku nak tanya, apa kau buat dekat sekolah ni Jimin??”Luhan ingin mendengar cerita sebenarnya dari mulut Jimin sendiri.

 

 

Jimin memandang Luhan dengan keluhan berpanjangan. Dia pun tiada pilihan. Rahsianya terbongkar dan mula bercerita. Dia memberitahu dia bersekolah di W.I.A Highschool. Sekolah ini mendidik setiap pelajar dengan pelbagai perkara, daripada perkara ‘asas’ pembelajaran hingga ke ‘sejarah gelap’ yang mungkin boleh mengubah segala-galanya di Korea Selatan, maksudnya sekolah itu akan mengajar mereka tentang sejarah lampau tentang perkara yang boleh membuatkan berpuluh-puluh rakyat Korea terkorban, contohnya sejarah Jamuan Teh pada waktu tengahmalam yang telah membunuh beberapa orang pelajar setiap 20 tahun. kesemuanya, termasuklah Almist Highschool, Summer Highschool, Castelian Highschool dan Empire Highschool.

 

Jimin memberitahu dia telah belajar disekolah itu selama 5 tahun dan dia dah cukup berpengalaman untuk mengambil misi yang berbahaya. Dia diarahkan oleh pihak sekolah untuk memasuki Summer Highschool selama setahun dan dia tidak menyangka kerana mendapat jawatan selaku Pengerusi Mystery Club. Selepas memegang jawatan tersebut, dia memerlukan seorang partner untuk menolongnya nanti. Jadi dia pun memilih Mingyu menjadi partnernya sepanjang misi ini berlansung. Bila pengetua Lim Jae Bum membuat keputusan untuk mengadakan Jamuan Teh pada waktu tengahmalam, misi yang dia tunggu-tunggu telah pun berada di depan matanya.

 

 

Selepas mendengar penjelasan Jimin, Luhan pun duduk bersila di atas rumput yang lembut. Dia melihat jam tangannya menunjukkan jarum pendek tertuju nombor 3. Sekarang ni pukul 3 pagi. Tiba-tiba Minhwan muncul ditempat semua ahli berkumpul sekarang ni. nampaknya Minhwan bawa seseorang bersamanya.

 

 

“aku dah jumpa tali!!”kata Minhwan dan dibelakangnya ialah James. *pernah muncul dichapter Misteri Bilik Rahsia*

 

 

Luhan terkejut juga melihat kehadirannya. Ahli lain yang masih tidak mengetahui identiti lelaki itu dan kenapa Minhwan bersamanya.

 

 

“siapa tu Luhan??”tanya Henry pada Luhan.

 

 

“i-itulah James! Lelaki yang aku dan Minhwan jumpa dekat Bilik Rahsia tu!!”jelasnya lalu berlari mendekati Minhwan. “Minari! Macam mana kau boleh jumpa James ni??”

 

 

“aku, Jungkook dan Jaejin pergi cari tali disekitar pokok-pokok yang besar. Lepastu! Kitorang terkejut bila ternampak seorang lelaki tengah bergayut dekat dahan pokok. Bila tengok betul-betul, rupanya lelaki itu James. Dia pun bagi aku tali sebab dia tahu kita semua amat memerlukannya,”panjang lebar Minhwan menjelaskannya.

 

 

“owh.....,”baru Luhan faham dengan situasi Minhwan berjumpa James tadi, ahli lain pun turut mendengarnya tapi mereka hairan. Siapa Jungkook dan Jaejin?

 

 

James dan Minhwan terus mengikat tali di sebuah batang pokok yang besar dan bahagian hujung tali itu pula diturunkan ke dalam lubang. Bila Taehyung sudah memegang tali tersebut, Henry, Myungsoo dan Zelo terus menarik tali sehingga Taehyung dapat keluar dari lubang tersebut.

 

 

“urghh....,”keluh Taehyung yang akhirnya berjaya keluar dari lubang yang dalam tu. “aku ingatkan aku akan terperangkap dekat dalam lubang tu sampai tengahari! Nasib baik dapat keluar!”Taehyung berasa lega sekali.

 

 

Berita baik pulak, Himchan telah pun sedar dari pengsannya. James segera memberikan botol air yang dibawanya kepada Himchan. Himchan meneguk air sepuas-puasnya macam tak pernah minum air.

 

 

“kau ok??”tanya Myungsoo selepas mengambil botol air yang telah habis diminum oleh Himchan.

 

 

“boleh lah.....,”jawabnya sedikit lemah tapi masih jelas untuk didengari.

 

 

Mereka bertanya bagaimana Himchan boleh berada di dalam pintu bilik yang bertanda pangkah tu. Himchan pun memberitahu mereka, dia telah diculik oleh Jack pada waktu petang semalam. Mereka terkejut! Selama ni Himchan yang sentiasa disisi mereka itu...adalah orang lain. Siapa??!
 

 

“aku tahu siapa,”jawab James sambil tersenyum lebar.

 

 

“s-siapa?”tanya mereka.

 

 

“sebenarnya Jack The Ripper ni ada 2 orang. Seorang bernama Jack dan seorang lagi bernama Ripper. Mereka berdua sengaja letakkan nama ‘Jack The Ripper’ supaya semua orang anggap Jack The Ripper ni adalah ‘seorang’ pembunuh kejam,”jelasnya.

 

 

“jadi....ada 2 orang lah maksudnya. Jack dan Ripper. Bagus, kita semua dapat maklumat lagi berkenaan Jamuan teh tengahmalam ni,”kata Luhan lalu dia ingin berkata lagi, “ada sesuatu aku nak bagi tahu dekat korang semua....,”Minhwan hanya mengangguk kepalanya sahaja.

 

 

Semua ahli tertumpu ke arah Luhan dan Minhwan. Apa yang Luhan dan Minhwan nak sampaikan?

 

 

“Kitorang nak memperkenalkan korang semua pasal kawan kitorang, Jungkook dan Jaejin. Diorang berdua ni hantu,”kata Luhan dan Minhwan.

 

 

Mereka yang lain tak faham. Luhan dan Minhwan ada kawan hantu? lalu mereka tertawa terbahak-bahak.

 

 

Lama-kelamaan, muncul 2 orang lelaki dari belakang Luhan dan Minhwan. Mereka ialah Jungkook dan Jaejin.

 

 

“hai!!!”Jungkook dan Jaejin melambai tangan pada mereka.

 

 

“u-uwaarghhh!! Hantu!!”teriak Zelo dan Henry kerana terkejut.

 

 

“wooooaaahhhh~”kagum Taehyung, Himchan, Myungsoo dan juga Jimin. Mereka amat menyukai cerita hantu dan malam ni betul-betul mereka berjumpa dengan ‘hantu sebenar’ lagi kacak.

 

 

“boleh ke aku sentuh kau??”tanya Myungsoo dengan teruja pada Jungkook.

 

 

Jungkook merenungnya hairan. “hmmm..sebenarnya tak boleh, tapi aku boleh sentuh kau,”katanya.

 

 

“sentuh lah!!!”teruja Myungsoo. Jungkook pun menyentuhnya. “H-hantu sentuh aku!!!”

 

 

Yang lain pun ingin disentuh oleh Jungkook dan Jaejin. Jungkook dan Jaejin tak faham dengan pemikiran pelajar pada zaman sekarang ni, berbeza dengan pelajar zaman dahulu, macam mereka ni. Selepas tu, hubungan mereka semua mula rapat dengan Jungkook dan Jaejin kerana mereka begitu ramah, James si puntianak jugak tidak terkecuali.

 

 

“Kita tak boleh biarkan Jack & Ripper berada disekolah!! Bahaya kalau semua pelajar yang akan datang pada waktu pagi nanti nampak Jack & Ripper!!”jelas Mingyu lalu mereka semua berlari menuju ke Summer Highschool.

 

 

Pada waktu yang sama,

 

 

Jung su sedang berbaring di atas bumbung sekolah sambil melihat Ji hyo dan Joongki sedang berlawan dengan Jack dan Ripper. Dia tertawa kecil sambil memakan organ yang telah sejuk disimpan lama di dalam peti sejuk miliknya. Dia sepertinya menunggu saat menarik untuk terlibat pertunjukkan ni. Dia tunggu ahli-ahli Jamuan Teh Tengahmalam sampai dulu. Baru dia bertindak ‘ganas’.

 

 

Jihyo masih berlawan dengan Ripper. Dia terus melompat untuk mengelap serangan Ripper lalu dia menembak tepat di dada kiri Ripper. Ripper pun rebah lalu jatuh ke bawah, tapi yang lebih mengejutkan Jihyo, Ripper bangun semula walaupun darahnya mencurah-curah keluar dari dadanya.

 

 

“dia tak mati lagi ke??!!”Jihyo berlari mendekati Joongki yang sibuk berlawan dengan Jack di tepi kolam sekolah. “Joongki! Ada peluru lebih tak?!!”

 

 

“ada!!”Joongki terus menendang Jack sampai terjatuh ke dalam kolam lalu dia mengeluarkan sebuah kotak peluru kemudian baling ke arah Jihyo dan Jihyo menangkapnya. “dekat belakang kau!!”jeritnya.

 

 

Satu das tembakan terkena di paha kiri Jihyo. “arrghh!”teriak Jihyo kesakitan.

 

 

“Jihyo!!!”teriak Joongki, dia berlari ke arah Jihyo yang telah tumbang ditembak oleh Ripper. “kau ok?!! sakit tak?!”

 

 

“ergh..! aku rasa aku tak boleh berjalan sekarang ni...,”Jihyo memegang pahanya yang berdarah. “Joongki! Cuba telefon Edward!”

 

 

Joongki menggeleng kepalanya. “kalau dia tak angkat macam mana??!”dia masih menembak Ripper yang sudah berlumuran darah tapi Ripper masih boleh berjalan sambil menembak Joongki walaupun tidak berapa tepat.

 

 

“aku pasti dia dapat jawab telefon kali ni!! cepat kita tak ada masa ni!!”Jihyo segera mengambil pistolnya yang ada di poket seluarnya, dia terus menembak Jack pula yang baru keluar dari kolam tadi.

 

 

Di hutan

 

 

“a-aku macam terdengar bunyi tembakan tadi!!”Taehyung memandang yang lain.

 

 

Jimin dan Mingyu mula risau. “Ace dalam bahaya,”kata mereka berdua.

 

 

“Ace? Siapa Ace?”soal Himchan.

 

 

“adik beradik Song. Song Jihyo dan Song Joongki. Mereka berdua tu datang ke sekolah untuk membunuh Jack dan Ripper,”jelas Mingyu.

 

 

“kalau macam tu, kita kena cepat!”Luhan segera berlari, diikuti Minhwan, Jimin, Mingyu, Taehyung, Himchan,  Myungsoo, Henry, Myungsoo dan James. Manakala Jungkook dan Jaejin terbang, yelah, mereka berdua tu kan hantu.

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
nanadjiyongie_01
#1
Chapter 12: haishh..saspen dibuatnya, harap mereka semua berjaya kalahkan Jungsu tu...mintak-mintaklah...
aquariusxpisces
#2
Chapter 12: Aduiiii saspens ni saspensssss xD
Moga-moga diorang sempat bunuh Jungsu!!! XD
aquariusxpisces
#3
Chapter 11: kenapa mesti jungsu nampak hantu -______- omo macam mana niiiiii
aquariusxpisces
#4
Chapter 10: wahhhhh nice update hanna authornim xD
tak sangka adik beradik ace pun ada hahahaha nice job xD