Our

Description

Hidup Krystal berubah apabila setelah sekian lama menetap di Los Angeles sejak berusia 6 tahun, dia terpaksa berpindah ke tanah asalnya iaitu Seoul, Korea, atas urusan perniagaan bapanya. Dream International high school (DREAM HIGH) merupakan sekolah yang dipilih oleh kedua orang tuanya sebaik sahaja mereke berpindah ke tanah air mereka tersebut. Tanpa disangka, Krystal dapat bertemu semula dengan sahabat lamanya, Lee Chae Rin a.k.a CL. Takdir juga telah menemukan Krystal dengan seorang makhluk Tuhan yang cukup sempurna dari luaran, Lee Seung Ri yang dikenali sebagai playboy popular di sekolah tersebut. Kehebatan Seung Ri sebagai playboy paling popular terbukti kerana dia pernah mempunyai beberapa teman wanita dalam waktu yang sama. Seung Ri mempunyai 4 sahabat yang sentiasa bersamanya iaitu Ji yong, Seung Hyun, Daesung and Young Bae. Mereka berlima merupakan kumpulan kingkas nombor satu di sekolah tersebut yang dikenali sebagai "BIG BANG". Oleh kerana watak dan personaliti Krystal yang dingin, Seung Ri berasa tercabar kerana Krystal merupakan satu-satunya wanita yang menolaknya dirinya mentah-mentah sepanjang hidupnya. Oleh kerana ini, Seung Ri telah menjadikan Krystal sebagai "sasaran baru". Berjayakah playboy nombor satu ini mencairkan Krystal yang berhati batu?

 

WATAK2 :

  • Krystal Jung

- Cantik, kelihatan cool dan dingin dengan orang yang tidak dikenali tapi sebenarnya comel, baik, suka berkawan, penyabar, berani, memiliki suara yang merdu. Jenis yang tak gedik dan tak suka layan lelaki melainkan sahabat. 

 

  • Lee Seung Ri

- Playboy handsome yang suka mempermainkan perempuan namun tetap digilai kebanyakan pelajar perempuan di Dream High. Tetapi dia sebenarnya sangat baik dan caring terhadap sahabat Big Bang nya. 

 

  • Chae Rin (CL)

- Sahabat lama Krystal ketika sama-sama masih tadika. Kecantikannya mempunyai keunikan tersendiri. Walaupun dikenali sebagai seorang yang garang di sekolah, dia sebenarnya seorang yang baik, suka membantu dan tidak gentar demi sahabat.

 

  • Ji yong

- Yang paling rapat dengan Seung Ri antara ahli Big Bang yang lain. Sentiasa kelihatan cool tetapi teramatlah comel apabila bersama sahabat-sahabatnya. Walaupun seorang kingka popular, dia masih tak berani untuk mengungkapkan perasaannya kepada Chae Rin, gadis yang berjaya mencuri hatinya sejak hari pertama dia menjejakkan kaki di sekolah tersebut.

 

  • Lee Ji Eun

- Merupakan kembar Seung Ri. Yang juga merupakan sahabat baik kepada Krystal dan Chae Rin. Agak pemalu dan lemah lembut tetapi sifat-sifat tersebut akan hilang apabila dia mula marah. Periang dan manja apabila bersama sahabat-sahabatnya. 

 

  • 3 other members of Big Bang :

- Choi Seung Hyun

- Daesung

- Young Bae

 

Watak-watak lain :

  • Kakak kepada Krystal : Jessica Jung

  • Sepupu kepada Krystal : Jackson 

  • Queenkas paling popular di sekolah : EXID

 

Coming soon (akan diungkap di chapter2 berikutnya) :

  • Kang Seul Gi

  • Bae Suzy

  • Kris Wu

  • Kiko

Foreword

Author NNNVVV di sini! Sekiranya readers suka dengan story ni sila subscribe & upvote ye! Baru la semangat author nk frequent update =)

Sorry kalau ada kesilapan tatabahasa BM mahupun Korean kerana fanfic ni hanya ditulis dengan niat suka-suka, author pun bukan pelajar sastera dan x belajar bahasa Korea. 

Komen negatif will be delete. Nak tegur sila dengan cara sopan dan bertamadun. Takut nanti author mencarut2 macam Diva AA >.<

*DIREKA DENGAN NIAT MENGISI MASA LAPANG & SUKA2, TIADA SANGKUT PAUT DENGAN MANA2 PIHAK & JIKA ADA, MUNGKIN HANYA KEBETULAN

Comments

You must be logged in to comment
Bdxxbaek_ #1
Chapter 2: Best laaa cite niii!!!!!update soon^^