New people, new friends

Our

  Kelihatan ramai pelajar khususnya pelajar perempuan berkumpul di hadapan bilik tarian berdekatan taman sekolah. Terdapat sekumpulan lelaki sedang menari ''break dance" dan dikelilingi ramai pelajar perempuan yang terpegun melihat kelincahan mereka menari.

"Waahhh.... hebat betul lah dorang. Dah la handsome~" kata salah seorang pelajar perempuan di situ. Rakan-rakannya yang lain mengangguk setuju. Kumpulan tersebut mendapat tepukan yang sangat gemuruh apabila mereka selesai menari. 

"Big Bang oppa!!! Boleh tak kalau kitorang nak selfie dengan oppa semua?"

"Ji Yong oppa! Saya ada buat coklat buatan saya sendiri khas untuk oppa!"

"Young Bae oppa! Kenapa oppa makin hari makin handsome??"

Pelbagai ragam pelajar-pelajar perempuan yang cuba mengurat dan mendekati ahli-ahli kumpulan tersebut namun mereka menolak segala jenis tawaran tersebut dengan sesopan mungkin... kecuali seorang dari mereka yang dari tadi dengan sudinya melayan kerenah-kerenah perempuan-perempuan itu.

"YAH LEE SEUNG RI!!! Apalagi yang kau buat tu?! Dahlah cepat nanti kita tak sempat makan sebelum masuk kelas!" bebel Young Bae. Sahabat-sahabatnya yang lain turut menggelengkan kepala melihat perangai miang maknae kesayangan mereka yang sepertinya tiada kesudahan tersebut.

"Ye la... ye la..." makhluk bernama Seung Ri yang sedang memeluk bahu 2 perempuan di kiri dan kanannya tersebut membalas sambil memuncungkan mulutnya. Keempat sahabatnya yang lain hanya mampu menjeling lalu mengeluh. Tiada apa yang mampu dilakukan. Mereka memang ''masak" benar dengan perangai seorang Lee Seung Ri tersebut.

Dan tanpa Seung Ri sedari, keempat sahabatnya tersebut sudah jauh berjalan di hadapan. "Yah!!! Korang!!! Tunggu lah aku! Sampai hati korang kan!" jerit Seung Ri lalu mengejar sahabat Big Bang nya.

Sedang berlari, Seung Ri hampir melanggar seorang perempuan yang melintasi hadapannya tetapi nasib baik dia sempat memberhentikan langkahnya. Perempuan tersebut juga tidak perasan bahawa seseorang hampir melanggar dirinya kerana khusyuk mentenung kertas yang berada di tangannya. Dalam waktu yang sama, angin bertiup perlahan membuatkan rambut perempuan tersebut bergerak lembut mengikut aluran angin. Seung Ri yang melihat pemandangan indah tersebut tidak dapat menyembunyikan perasaan terpegun dan dia sendiri tidak menyedari bahawa dirinya ternganga.

Playboy popular sekolah tersebut terus memerhati sosok tersebut berjalan dengan penuh terpegun sehinggalah.....

.

.

.

"YAH LEE SEUNG RI!!!!!" kedengaran suara jeritan Ji Yong. Seung Ri yang terkejut bercampur mamai terbeliak melihat Big Bang tiba-tiba berada di hadapannya. 

"Kau dah kenapa ha??" soal Seung Hyun yang pelik melihat wajah nganga Seung Ri.

"Ahh... tak ada apalah. Gwanchana..." balas Seung Ri. Potret perempuan tadi masih lagi bermain di fikirannya. Dia akui yang perempuan tersebut sangat cantik dan mempunyai daya tarik yang unik. Sebelum ini, Seung Ri tidak pernah bertemu lagi dengan mana-mana pelajar perempuan di Dream High yang mampu membuatnya terpegun seperti tadi. Rata-rata mereka sendiri yang datang dan mengejar dirinya.

"Dah tu pehal kau masih tercegat lagi? Jomlah!" kata Daesung.

Seungri hanya tersengih sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia masih tertanya-tanya akan identiti gadis yang mampu membuatnya terpegun habis itu kerana dia sama sekali tidak pernah melihat gadis tersebut sebelum ini di sekolah itu. Naluri hatinya mengatakan yang dia ingin mencari tahu tentang gadis tersebut dan menjadikkannya sebagai target terbaru......

 

Dan kini semua tanda tanya Seung Ri terungkap..................

 

Gadis tersebut kini berada di hadapan kelasnya, dan memperkenalkan diri sebagai pelajar baru....

"Nama saya Krystal Jung Soo Jung! You just need to call me as Krystal. Saya tinggal di Los Angeles selama 10 tahun jadi please pardon me if i'm not used in this environment. Nice and pleasure to meet all of you." gadis itu memperkenalkan diri dengan senyuman yang walaupun kelihatan tidak begitu ikhlas. Tetapi ianya tidak menghilangkan sedikit pun perasaan terpegun Seung Ri terhadap gadis jelita namun berwajah dingin tersebut. 

Ji Yong yang ternampak wajah terpegun Seung Ri memandangkan dia duduk di meja bersebelahan menahan ketawanya yang hendak terburai. *Seung Ri... Seung Ri... dasar playboy karat* Ji Yong tertawa dalam hati lalu tersengih seperti kerang busuk. Namun wajah tersengih tersebut bertukar terkejut apabila mendengar suara jeritan yang amat dikenalinya....

"YAH!!! Suka hati kau je kan cakap macam tu?! Kau kenal dia macam mana ke cakap macam tu? Mulut longkang kau tu jaga sikit!" kelihatan wajah Chae Rin yang bengis tersebut bersuara dengan lantang. Walaupun makian tersebut bukan ditujukan untuk Ji Yong, namun dia juga turut berasa kecut perut. Maklum, siapa sahaja di Dream High yang tak kenal perangai bengis Chae Rin. Lelaki-lelaki popular di sekolah pun tidak berani mendekati gadis yang sebenarnya mempunyai daya tarik tersendiri tersebut. Dan itu juga menjadi faktor mengapa Ji Yong tidak berani memulakan langkah untuk mendekati ketua pengawas sekolah tersebut.......  yup, Chae Rin merupakan ketua pengawas Dream High buat masa ini yang menjadi satu lagi penyebab mengapa dia ditakuti ramai pelajar sekolah tersebut.

 

~~~~~~~~~~

 

  Chae Rin menghulurkan sekotak jus oren kepada Krystal. Kelihatan terdapat seorang lagi gadis berdiri di sebelahnya "Thanks, Chae Rin! Susahkan kau je..." Krystal menyambut jus tersebut. Mereka kini berada di kantin sekolah memandangkan waktu tersebut merupakan waktu rehat. 

"Small matter, by the way, aku kenalkan ni Ji Eun. Kawan rapat aku juga" kata Chae Rin sambil menunjukkan perempuan di sebelahnya..

"Nama saya Lee Ji Eun. Awak kawan lama Chae Rin kan? Gembira dapat berkenalan dengan awak" perempuan bernama Ji Eun tersebut tersenyum sopan sambil menyapa Krystal.

"Hi, saya Krystal. Nice to meet you too sweetie! Awak yang duduk sebelah Chae Rin kan kat kelas?" Krystal turut tersenyum menyambut salam perkenalan dari Ji Eun. 

"Yup! Sebab tu la saya boleh rapat dengan sahabat lama awak ni. Dulu mula-mula saya takut nak bercakap dengan dia pun sebab nampak garang je" balas Ji Eun sambil mengambil kesempatan untuk mengusik Chae Rin.

"Yah... aku mana ada segarang tu ok? Dengan orang lain je aku garang. Ha... si Ji Eun ni pun tadi mula-mula takut nak tegur kau tau..." balas Chae Rin kepada Krystal. Krystal hanya tergelak melihat gelagat mereka yang membuatkan Ji Eun terpegun seketika kerana sempat menyangka bahawa Krystal seorang yang sombong memandangkan wajahnya yang kelihatan sentiasa dingin.

Kemudian, Chae Rin dan Ji Eun pergi membeli makanan manakala Krystal hanya duduk menjaga meja kerana Chae Rin menawarkan dirinya untuk membantu Krystal membeli makanan. Krystal hanya bermain dengan telefon bimbitnya sementara menunggu mereka. Tiba-tiba dia mendapat sebuah pesanan melaui e-mail.

 

 Soo Jung yah, unnie dengar hari ni hari pertama Soo Jung sekolah kat Seoul. So far macam mana? Ok? Ada orang kacau Soo jungie? Unnie yakin yang tiada siapa berani kacau dongsaeng unnie kan ^^ Macam mana cuaca kat sana? Los Angeles sekarang ni dah nak masuk musim bunga. Belajar elok2 kat sana. Bila cuti semester nanti, Unnie balik Korea jenguk Soo Jung, Omma & Appa. Serious, unnie rindu sangat kat korang. Doakan unnie do well for the upcoming final. XOXO from your sister, Jessica =) 

 

Krystal hanya mengeluh panjang. Dia tak tahu sama ada hendak membalas e-mail dari kakaknya tersebut atau tidak. Jessica tidak mengikut keluarganya berpindah ke Korea kerana dia masih perlu menyambung pelajarannya di Los Angeles. Suatu peristiwa terjadi sebelum Krystal berpindah ke Korea yang membuatkan hubungannya bersama kakaknya berubah 360 darjat dan tidak lagi seperti dulu. Walaupun begitu, kakaknya tidak berputus asa untuk memperbaiki hubungannya dengan adiknya namun Krystal yang sentiasa mengelak. Krystal sendiri sedar bahawa apa yang terjadi bukanlah seratus peratus salah Jessica namun dia perlu masa untuk menenangkan hatinya yang terluka. 

Lamunan Krystal terhenti apabila kedengaran suara riuh rendah segelintir pelajar perempuan yang kelihatan 'excited' memandang ke arah 5 jejaka yang baru sahaja memasuki kantin tersebut. 

"BIG BANG la!!! Seung Hyun oppa manly gile" "Handsome doe Seung Ri!" "Cool la hairstyle Daesung..." "Cair doe aku tengok badan Young Bae..." "Omo... Ji Yong oppa saranghaeeeee"  kebanyakan daripada mereka mula ber'fangirling'. Krystal pun cuba melihat ke arah jejaka-jejaka yang dimaksudkan pelajar-pelajar tersebut. Dia dapat melihat terdapat 5 jejaka sedang rancak berborak sambil membeli makanan. Dan salah seorang dari mereka sibuk bermain dengan rambut perempuan yang sedang berborak bersama dia.

*Tu ke yang dorang maksudkan... tak ada la handsome mana... handsome lagi mamat-mamat sekolah lama aku kat LA dulu. Jap dorang ni classmate-classmate aku kan? Aku macam nampak muka dorang kat kelas tadi...* Krystal berfikir sendirian sambil mengangkat bulu keningnya.

Lalu dia dapat melihat Chae Rin dan Ji Eun berjalan ke arahnya sambil membawa dulang dipenuhi dengan makanan. Krystal pun melambai-lambai ke arah mereka.

Namun tiba-tiba, terdapat 5 orang perempuan yang berlajan dengan langkah confident dan agak ''b*tchy' melanggar seorang pelajar perempuan sedang membawa setimbun buku yang kebetulan berjalan di sebelahnya sehingga semua buku-buku yang dipegangnya terjatuh.

"YAH!!! Kau tak nampak ke kitorang tengah jalan? Tepi la sikit bodoh!!!" bentak salah seorang dari kumpulan perempuan tersebut. Pelajar perempuan tersebut hanya tunduk terdiam. Dia berasa teramatlah malu kerana semua orang di kantin kini tertumpu ke arah mereka. 

"YAH!!! Kau yang langgar dia bodoh! Sekarang kau nak marah dia? Banyak cantik muka kau? Kalau setakat muka je cantik tapi perangai macam taik tak guna juga!!!" balas Chae Rin yang kebetulan berada di situ dengan marah. Suasana kantin yang tadinya bising terus terdiam dalam sekelip mata. Mereka tersangatlah kenal akan bagaimana ketua pengawas mereka bila marah.

"So what? Yang kau masuk campur kenapa? Kau jealous ke dengan muka cantik aku ni huh?" balas perempuan tadi yang cuba berlagak selamba walaupun sebenarnya dia mula berasa kecut perut.

"Haha... Ahn Hani, aku tak ada masa nak jealous dengan muka kau tu ok? Aku lebih rela jealous dengan kecomelan seekor monyet daripada aku kene jeles dengan kau. Lebih baik kau minta maaf kat dia sekarang!" balas Chae Rin tegas.

Perempuan bernama Hani tersebut hanya menjeling dan mencebik dengan menyampah sambil memeluk tubuhnya.

"AKU CAKAP MINTA MAAF SEKARANG!!!!" jerit Chae Rin. Kini, semua pelajar kecut perut melihat situasi tersebut, termasuk Ji Eun dan Big Bang. Kawan-kawan Hani juga menunjukkan tanda-tanda gementar dengan menyiku lengan Hani sebagai isyarat untuk menuruti sahaja perintah Chae Rin. 

"Fine! Aku minta maaf! Kau puas sekarang?! Kau jangan ingat sebab kau ketua pengawas, aku takut kat kau. Faham!!! & Ji Eun, kau tu adik kepada Lee Seung Ri kingka popular kat sini so buat apa kau buang masa berkawan dengan spesies singa betina macam ni" balas perempuan bernama Hani tersebut sambil menjeling ke arah Ji Eun yang berdiri di sebelah Chae Rin.

"Aku nak berkawan dengan siapa pun suka hati aku la ok? Daripada aku berkawan dengan orang macam kau? Kau tak malu ke asyik terhegeh-hegeh dekat oppa aku tu?!" balas Ji Eun.

"Kau ni kan.... tak apa... tak apa... sebab aku teringat yang kau kembar Seung Ri, aku lepaskan kau!!!" balas Hani geram lalu berdedar dari situ sambil 'flip' rambutnya, diikuti 4 lagi kawannya.

"Seung Ri oppa!!!" jerit Hani dengan selamba sambil berjalan ke arah Big Bang seolah-olah seperti tiada apa berlaku. 4 kawannya yang lain juga mendekati ahli-ahli Big Bang yang lain. Chae Rin hanya menjeling ke arah mereka dengan rasa menyampah lalu menolong pelajar perempuan tadi mengutip buku-bukunya diikuti oleh Ji Eun.

Ji Yong hanya melihat ke arah Chae Rin dan sama sekali tidak melayan LE, yang merupakan salah seorang kawan kepada Hani yang berusaha untuk menarik perhatiannya di sebelah. Hatinya ingin sekali menolong Chae Rin namun apakan daya. Tanpa disangka, mata Ji Yong and Chae Rin yang sedang mengutip buku tersebut bertentangan namun Chae Rin segera mengalihkan pandangannya dengan menyampah lalu berbual dengan pelajar perempuan yang dilanggar Hani, dan sikap Chae Rin itu membuatkan Ji Yong sedikit sebanyak merasa terluka. 

"Kau ok tak?" soal Chaerin kepada perempuan tersebut 

"Eh.tak ada apa lah... kamsahamnida sebab dah tolong saya" balas perempuan tersebut. Setelah dia beredar, Chae Rin dan Ji Eun pun duduk di meja yang Krystal jaga.

"Jahat betul lah perempuan-perempuan tadi... tak sangka aku. Hebat juga kau Chae Rin..." kata Krystal.

"Biasalah, ni CL ok? Lagipun mereka berlima memang macam tu. Maklum, queenkas of the school. Dorang menggelarkan kumpulan mereka sebagai 'EXID' " balas Chae Rin

"Queenkas? Patutlah berlagak semacam je aku tengok..." balas Krystal sambil menjeling ke arah 5 queenka tersebut yang sibuk berbual mesra dengan 5 jejaka yang digilai pelajar-pelajar perempuan tadi.

"5 lelaki tu... pun kingkas ke? Dorang classmates kita kan?" soal Krystal sambil menunjuk ke arah mereka.

"Yup... sebab tu la si EXID tu jalan macam orang mabuk sampai langgar orang sebab terhegeh-hegeh nak jumpa Big Bang, kingkas paling popular kat Dream High ni. Dorang dari dulu lagi tergila-gila kat Big Bang" balas Chae Rin dengan nada menyampah.

"Oooo... nama kumpulan dorang Big Bang la ni? Memang ramai ke pelajar perempuan yang minat dorang? Aku tengok dorang tak ada la handsome mana" kata Krystal lalu menyumbat Kimchi ke dalam mulutnya.

"Serious kau tak rasa dorang handsome?" Ji Eun terbeliak mendengar statement Krystal.

"Ya... i am very sure there are more guys kat luar yang jauh lebih good looking" balas Krystal selamba.

"Well... bagi aku... dalam Big Bang, Seung Hyun paling handsome tapi setiap seorang dari mereka ada daya tarik masing-masing. Lagipun Big Bang dikenali kerana bakat mereka dalam menyanyi dan menari. Dan dorang ni charming and manly sebab tu ramai yang tergila-gila kat dorang" Ji Eun memberikan pendapatnya. Krystal hanya terangguk-angguk.

"Bagi aku... Ji Yong pun handsome..." balas Chae Rin perlahan.

"Ha? Apa kau cakap tadi?" soal Ji Eun terkejut.

"Tak... maksud aku, bagi aku kingka ke queenka ke anak perdana menteri ke, semua sama! Buat apa nak dibeza-beza atau diistimewakan... dan kembar kau si Seung Ri tu playboy! Menyampah aku" balas Chae Rin sambil menjeling ke arah Ji Eun, cuba menutupi statement yang tidak sengaja dia ucapkan sebentar tadi.

"Betul! Aku setuju... lagipun apa yang istimewa sangat pasal dorang... setakat popular je pun... jap, Seung Ri kembar kau ke Ji Eun?" balas Krystal terkejut.

"Yup... kembar tak seiras. Dia lahir dulu so dia oppa aku... tapi aku pun dah tak tau macam mana nak ubah perangai playboy dia yang makin hari makin kronik tu" balas Ji Eun yang turut merasa menyampah dengan kembarnya sendiri.

"Jap, Seung Ri yang mana?" balas Krystal. 

"Tu....." Ji Eun menunjuk ke arah salah seorang lelaki di antara berlima tersebut yang membiarkan sahaja Hani memeluk lengannya.

"Nampak? Tiap hari aku nampak dia dengan perempuan berbeza. Serious menyampah tengok... ingat bagus sangat mempermainkan perempuan macam tu?" kata Chae Rin lagi.

"Oooo tu ke.." balas Krystal. Dia akui yang kembar Ji Eun tersebut memang mempunyai wajah yang menarik perhatiannya namun dia sendiri nampak bagaimana selambanya Seung Ri memberi layanan mesra kepada Hani.

*Memang betullah...tadi dia main rambut dengan perempuan lain sekarang dengan perempuan lain... dasar lelaki..." bisik hati Krystal lalu mengalihkan matanya semula ke makanannya.

Tanpa Krystal sedari, Seung Ri sedang memerhatinya...

 

 

 

 

 

p/s : Attention... author tak benci EXID ok? Bias author NNNVVV dalam EXID ialah Ahn Hani & author suka lagu-lagu dorang. Sebab author rasa dorang cantik la author letak dorang jadi queenka. Tak bermakna EXID jadi watak antagonis bermaksud author tak suka dorang ... no...no...no... sume watak yang author letak dalam story ni ialah antara kpop idols yang author suka ^^

& author tak kisah tentang silent readers.. author pasrah je la memandangkan author tulis ff ni pun berdasarkan suka2... but if you appreciate my hardwork, sila subscribe. Kamsahamnida =)

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Bdxxbaek_ #1
Chapter 2: Best laaa cite niii!!!!!update soon^^