First day

Our

  "Oppa!!!" Krystal berlari ke arah seorang lelaki tinggi berambut perang. Dia berada di sebuah taman yang sangat indah. Lelaki tersebut menoleh lalu tersenyum ke arah Krystal. Kemudian, lelaki tersebut perlahan-lahan berjalan ke arah Krystal. Oleh kerana terlalu gembira, Krystal menutup matanya.

"I love you... Jessica" kedengaran suara lelaki tersebut perlahan. Krystal lantas membuka matanya. Lelaki tersebut tiada lagi berada di hadapannya. Krystal segera menoleh lalu melihat lelaki tadi sedang memegang tangan seorang perempuan, iaitu kakaknya Jessica. "I love you too" Jessica tersenyum kemudian mereka berdua pun berpelukan. Krystal yang melihat babak tersebut mula menitiskan air mata.

"Oppa...." panggil Krystal namun lelaki tersebut dan kakaknya sama sekali tidak mengendahkannya lalu berjalan meninggalkan taman tersebut.

"Oppa!! Can you hear me??? Oppa! Oppa!!!!!!!!!!!!!" Krystal terus menjerit dengan harapan namun dia terus berjalan bersama kakaknya sehinnga hilang dari pandangan............

.

.

.

"Krystal!!! Cepat bangun! Nanti kamu lambat! Ini kan hari pertama kamu!!!" kedengaran suara Mrs.Jung, omma kepada Krystal menjerit dari bawah.

Krystal pun membuka matanya perlahan-lahan. Walaupun badannya terasa amat berat, dia tetap gagahkan diri untuk bangun. *Mimpi je ke...* Krystal berkata dalam hati. Sambil menguap, Krystal mencapai telefon bimbitnya yang terletak di meja sisi katil. Mata yang tadinya layu terus menjadi segar bugar apabila Krystal membuka instagram. Kelihatan gambar kakaknya bahagia bersama teman lelakinya yang sangatlah Krystal kenali :

Krystal hanya mampu mengeluh panjang. *Hope you are happy, oppa....* Krystal bermonolog dalam hati.

 

~~~~~~~~~~

 

Suasana bising menyelubungi dewan sekolah DREAM International High School atau lebih dikenali sebagai "Dream High". Dream High merupakan sekolah yang popular dan ternama di kota tersebut dan kebanyakan pelajar sekolah tersebut terdiri dari golongan bangsawan dan berkemampuan. Mempunyai kawasan yang luas dan lengkap dengan pelbagai kemudahan-kemudahan yang lebih eksklusif berbanding sekolah biasa lain, Dream High juga dikenali sebagai sekolah paling cantik dan modern di negara tersebut. 

Krystal terus berlegar-legar di kawasan sekolah yang luas tersebut dengan bingung. "Mana pejabat sekolah ni?" dia membebel sendirian. Perasaan menyesal mula menyelubungi dirinya apabila menolak tawaran appanya untuk menemaninya sehingga pejabat sekolah. Oleh kerana terlalu fokus melihat kertas peta penunjuk arah di tangannya, dia telah terlanggar seseorang. 

"Mind your step!" perempuan yang dilanggarnya tersebut membebel. Krystal segera menunduk. "Mianhae..." hanya itu yang mampu diucapkan Krystal. Dia bahkan tidak menatap wajah perempuan yang dilanggarnya kerana terlalu segan. 

"Krystal? Awak Krystal Jung?" tiba-tiba perempuan yang dilanggar Krystal bertanya.

"Bo? Nae... macam mana awak kenal saya?" Krystal membalas dengan terkejut.

"Takkan kau dah tak ingat aku? Aku Lee Chae Rin!" perempuan tersebut membalas dengan bersungguh-sungguh.

"Lee... Chae... Rin?" Krystal berkerut, masih cuba mengingati sebarang clue tentang perempuan garang yang secara tiba-tiba tersenyum lebar ke arah dirinya tersebut.

"Ala... kau tak ingat aku. Sampai hati kau... tak apa kau ingat tak lagu ni... Agasae naega halmariisseo, ijjaga naega noreul joahae, imankeum, imankeum, imankeum, imankeum, naega noreul saranghae~" balas perempuan tersebut sambil membuat aegyo. Walaupun pada mulanya wajahnya kelihatan sangat garang, tetapi wajahnya berubah menjadi comel dengan sekelip mata apabila dia membuat aegyo.

Krystal lantas teringat sesuatu. Dia mula teringat ketika dia masih berada di tadika, dia hanya mempunyai seorang sahabat kerana budak-budak lain menjauhinya disebabkan wajahnya yang sentiasa kelihatan dingin. Hanya dengan sahabatnya yang seorang tersebut, Krystal bermain, menyanyi dan menari bersama. Krystal bersama sahabat ciliknya tersebut suka menyanyi confession song.

"Rin Rin???" Krystal membalas dengan riang. Dia tersangatlah yakin bahawa perempuan di hadapannya inilah sahabatnya suatu ketika dahulu.

"Exactly!!!" balas perempuan bernama Chae Rin tersebut.

Lalu mereka berdua menjerit keriangan sambil berpelukan. "Dah lama gila tak jumpa kau! Kau apa khabar sekarang? Dan apa kau buat kat sini?" soal Chae Rin lalu melihat Krystal dari atas ke bawah. "Serious kau lain gila sekarang! Nasib baik aku cam kau lagi. Kau pindah masuk sekolah ni ke babe?" Chae Rin menyoal lagi.

"Yup, memang pun! Hari ni first day aku. Kau pun dah nampak lain sekarang, Rin Rin!" balas Krystal tersenyum.

"Shhhhhh!!! Janganlah panggil aku Rin Rin. Tu nickname masa zaman kanak-kanak ribena aku. Malu pula aku..." Chae Rin tersengih. Krystal hanya tergelak mendengar statement sahabat lamanya tersebut.

"Ye la... aku lupa sekarang dah besar ye anak mak sorang ni! Habis tu kau nak aku panggil apa? Chae Chae?" Krystal sengaja mengusik Chae Rin

"Shhhhhhh.... janganlah kuat-kuat. Taulah aku dulu anak mak. Tapi sekarang dah tak ok? Not cool... panggil je aku Chae Rin. Ataupun dengan nama yang aku kini dikenali sebagai... CL" Chae Rin membalas dengan riak bangga.Ketawa Krystal semakin terburai mendengar jawapan dari Chae Rin.

"CL seriously? Dah macam artis dah bunyi... Rin Rin still sound better!" dia cuba mengusik Chae Rin lagi.

"Whatever dear... btw, kau masuk kelas apa?" balas Chae Rin.

"Tak tau lagi.... nak pergi pejabat sekolah la ni tapi puas aku ronda, tak jumpa apa clue pun" Krystal mengeluh.

"Ye ke... tak apa, biar aku hantar kau" balas Chae Rin. Krystal lalu memeluk Chae Rin lagi dengan gembira. 

"Thanks babe! Dari dulu memang kau penyelamat aku!" Krystal berkata dengan riang.

"Ala... biasa je weyh. Lagipun kau kan sahabat aku. Walaupun dah bertahun-tahun kita tak jumpa, aku tetap ingat kau sebagai sahabat" balas Chae Rin tersenyum.

~~~~~~~~~~

  Selesai dari pejabat sekolah, Krystal pun dihantar oleh seorang guru menuju ke kelasnya. "So, Krystal Jung. Your class is 5 Daisy. This is your class" cikgu lelaki berbadan sasa bernama Kim Jong Kook tersebut berkata kepada Krystal sebaik sahaja mereka berhenti di hadapan pintu sebuah kelas. Berdasarkan nametag cikgu tersebut, Krystal dapat membaca tulisan "CIKGU DISIPLIN" terpapar di nametag tersebut. *Patutla garang je suara...* bisik hati Krystal lalu mengerling ke arah celah pintu tersebut. Dia dapat mendengar suasana bising dari kelas tersebut serta riuh dengan pelbagai pelajar melakukan aktiviti mereka masing-masing seperti berbual, menyanyi, menari, bermain kejar-kejar dan sejenis dengannya. Kemudian, cikgu Jong Kook membuka pintu kelas tersebut dengan wajah kelatnya. Dan ajaibnya dengan sekelip mata, suasana kelas tersebut terus senyap sehingga suara hingus sahaja yang mampu didengari dari sebuah pelajar yang menghidap selesema.

Kini, semua mata tertumpu ke arah Krystal dan cikgu tersebut. "OOOO... mentang-mentang cikgu kamu belum masuk, kamu semua berparty la ye?!!" suara lantang cikgu Jung Kook yang seperti guruh tersebut cukup menggerunkan seluruh pelajar kelas tersebut. Mereka teramatlah maklum akan bagaimana sikap cikgu Jung Kook apabila mengamuk, tak tumpah seperti sparta. "Dengar sini baik-baik! Mulai hari ni, kita ada pelajar baru. Dia dari Los Angeles dan telah menetap lama di sana. Jadi cikgu nak kamu semua memberi contoh yang baik serta tunjuk ajar kepada dia. Faham?!" Cikgu Jong Kook bersuara dengan tegas. 

"FAHAM CIKGU!" seluruh kelas menjawab dengan serentak, khuatir dibentak oleh guru disiplin utama sekolah tersebut sekiranya tidak menjawab.

"Baiklah, kamu boleh memperkenalkan diri." cikgu tersebut memandang Krystal. Krystal hanya mengangguk. *Ni aku malas ni... aarrggghh buat je la. Come on Krystal! Ni bukan Los Angeles, but Korea! People here sangat mementingkan kesopanan dan tatasusila...* dia hanya mampu mengeluh dalam hati. Krystal paling kekok sekiranya harus memperkenalkan diri di hadapan orang-orang yang tidak dikenalinya.

"Nae, annyeong haseyo! Nama saya Krystal Jung Soo Jung! You just need to call me as Krystal. Saya tinggal di Los Angeles selama 10 tahun jadi please pardon me if i'm not used in this environment. Nice and pleasure to meet all of you." kata Krystal dengan senyuman singkatnya.

"Nampak macam sombong je dia ni..." bisik salah seorang pelajar namun suaranya dapat didengari dengan jelas oleh Krystal. Krystal hanya menahan amarahnya. *Sabar Krystal sabar.... ni hari pertama kau kan... dorang tak kenal lagi kau siapa sebab tu cakap macam tu* Krystal cuba memujuk dirinya sendiri dalam hati.

"YAH!!! Suka hati kau je kan cakap macam tu?! Kau kenal dia macam mana ke cakap macam tu? Mulut longkang kau tu jaga sikit!" tiba-tibe seorang pelajar memarahi pelajar yang mengutuk Krystal tersebut.

"WOOOOOOO!!!" satu kelas mula bersorak namun segera dihentikan oleh cikgu Jung Kook. "Dah! Dah! Diam semua! Tak payah nak kepoh sangat!!!" jerit cikgu disiplin itu. Krystal pun melihat ke arah pelajar yang membelanya tersebut. 

*Chae Rin??* Mata Krystal terbeliak riang. Dia tidak menyangka bahawa dia sama kelas dengan sahabat lamanya tersebut.

"Baiklah Krystal, awak boleh duduk di mana-mana tempat kosong pilihan kamu" arah cikgu Jung Kook. 

"Nae, kamsahamnida" Krystal menunduk lalu melihat sekeliling kelas tersebut. Kelihatan Chae Rin melambai-lambai ke arahnya sambil menunjukkan meja kosong di belakang tempat duduknya. Krystal tersenyum lalu berjalan menuju ke arah meja tersebut. 

Tanpa Krystal sedari, sepasang mata menatapnya dengan penuh terpegun ketika dia melalui meja pemilik mata tersebut.

"Thanks, Chae Rin. Sebab kau kita boleh duduk dekat." kata Krystal setelah duduk di meja tersebut.

"Of course lah! Aku pun nak kot kau duduk dekat-dekat dengan aku. Senang kita nak borak" balas Chae Rin sambil tersengih.

Pemilik mata tadi masih menatap Krystal dengan terpegun. 


"Tu kan... perempuan tadi......"

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Bdxxbaek_ #1
Chapter 2: Best laaa cite niii!!!!!update soon^^