[HE'S NOT MY MR PERFECT 10]]
Pink Review Shop [Malay Fanfic Only]He's Not My Mr Perfect 10 by Ayaliea
Status:on-going
Character:OC BTS Members Hyuna
FOREWORD @ SYNOPSIS
Secara kasar, kita mungkin nampak sinopsis HNMMP10 mungkin pendek tetapi jika kita membaca dengan teliti, kita dapat mengetahui sedikit sebanyak pencerahan kepada jalan ceritanya. Selain itu, kita tertanya-tanya adakah si heroin itu akan membuka pintu hatinya kepada orang lain setelah hatinya tertutup?? Apakah punca dia tidak mahu menerima cinta??
THEME
Tema cerita ini adalah Romance. Mungkin ada beberapa kejadian yang mungkin kelihatan cliche apabila dikaitkan dengan tema ini tetapi author pandai memberikan kelainan kepada perkara-perkara tersebut. Walaupun kelainan itu tidak ketara namun ianya masih mampu menarik minat pembaca untuk terus membaca. Tema juga dapat disampaikan dengan baik oleh author-nim. Kipidap ayaliea^^
CARA PENYAMPAIAN
Author menulis cerita ini dengan gaya agak bersahaja dan mampu menarik minat pembaca dengan beberapa kejadian suspen yang berlaku. Interaksi antara watak juga dapat difahami dengan baik. Konklusinya, cara penyampaiannya amat mudah diterima oleh pelbagai jenis manusia hehehe
PLOT
Daripada chapter 1 sehingga 19 plot dapat disambungkan dengan baik. Tiada chapter membuatkan pembaca menjadi seperti Lay kerana plot yang tidak lengkap. Perubahan sikap beberapa watak turut menjadikan cerita ini semakin menarik untuk dibaca kerana mahu mengetahui perkembangan seterusnya watak-watak tersebut. Babak suspen dapat menimbulkan tanda tanya kepada pembaca membuktikan bahawa author-nim telah membikin plot cerita yang menarik.
Well saya mampu review setakat itu sahaja. Maafkan saya jika review saya kurang menarik. Saya akan cuba mmembuat review yang lebih menarik hehehe. Semoga pembaca dapat membuat pilihan sama ada cerita ini berkenan dihati ataupun tidak. Jika korang nak betulkan beberapa review saya, jangan segan silu tinggalkan comment.
With love, miss pink
Comments