Bab Tujuh

Spek Mata

‘’ Ikhwan. Siapa Haziq?’’ tanya Azri pada keesokan harinya. Mereka berada di café sambil menikmati sarapan pagi.

‘’ Haziq tu! Yang ambil kos engineering tu ek? Kau nak tahu apa pasal dia?’’ tanya teman baiknya pula.

‘’ Aku nak tahu pasal apa? Hurm, apa-apa je lah. Perangai dia.’’

‘’ Okay, hmm perangai dia? Aku pun tak berapa nak tahu. Tapi aku dengar dia tu baik. Lepas tu, baru ni aku dengar dia best student dalam kos dia tu. Kira hebat lah kalau best student dalam engineering. Betul tak?’’

‘’ Oh.. lagi?’’ kata Azri dan memberi reaksi muka yang tidak enak.

‘’ Entah.. aku tak tahu sangat lah pasal dia! Kau ni dah kenapa? Nak tahu pasal si Haziq ni pulak?’’ tanya Ikhwan yang pelik mendengar pertanyaan pelik Azri pada pagi ini.

‘’ Eh takde apa lah.’’ Kata Azri lalu memberi senyuman. Ikhwan lagi bertambah pelik. Main senyum-senyum pulak. Macam mamat gay pulak.

‘’ Ye ke takde apa-apa? Ke kau nak tahu hubungan Liana dengan Haziq?’’ pertanyaan Ikhwan membuatkan Azri tersentak dan tersenak. Ikhwan mula membuat senyuman sinis pada Azri.

‘’ M…ma..mana ada!’’ bantah Azri.

‘’ Tu lah kau, aku tengok hidung kau tu pun aku tau dah Azri oii. Kau tu tak reti nak bohong lah. Alah, Azri. Biasalah tu. Jealous tu perkara biasa untuk orang yang akan dan sudah berkahwin.’’

‘’ Woi! Sejak bila pulak aku cakap aku jealous? Kau ni pandai-pandai je kan? Aku tak nak tahu lah apa hubungan diorang tu. Lagipun aku tak kisah langsung lah pasal perempuan tu. Dah lah, aku nak masuk kelas dah ni.’’ Kata Azri lalu beredar dari situ. Tetapi, sempat dikejar oleh Ikhwan. Ikhwan menyambung percakapannya.

‘’ Hubungan di antara Liana dengan Haziq tu kawan je. Kau jangan risau Azri. Azri, walaupun kau cakap kau tak jealous, tapi aku tahu kau jealous. Betul tak?’’ Kata Ikhwan sambil berjalan seiring bersama Azri. Azri hanya membuat muka selamba. Egonya!

‘’ Aku dah cakap aku tak nak tahu kan? Yang kau ni nak sangat bagitau aku tu apahal?’’ tanya Azri dalam nada tidak puas hati. Takkan dia nak cakap dia nak tahu pasal hubungan Liana dengan Haziq. Habis lah dia.

‘’ Sebab tu.’’ Pendek sahaja jawapan Ikhwan tapi Azri pelik. Sebab tu? Apa bendanya? Dia lihat Ikhwan sedang menunjukkan sesuatu kepadanya. Dia pun melihat ke arah itu.

HAZIQ DENGAN LIANA? JALAN SAMA-SAMA?

Azri sudah mengerutkan dahinya. Tapi cepat-cepat dia menggeleng-gelengkan kepalanya.

‘’ Amacam Azri? Kau nampak tu? Sekarang kau rasa jealous tak?’’ tanya Ikhwan.

‘’ Hushhh~ aku takkan jealous dengan perempuan tak siuman tu lah. Biar lah diorang nak buat apa pun! Nak jalan sama-sama ke, nak pergi dating sekalipun aku tak kisah.’’ Kata Azri lalu pergi dari situ. Ditinggalnya si Ikhwan disitu.

‘ Azri, ego kau ni dari dulu. Tak berubah.’ Ikhwan berkata sendirian lalu membawa haluan sendiri.

 

********

 

‘’ Mak ni memang! Suka sangat lebih kan si Liana. Tengok lah! Dia yang kahwin dulu daripada Marissa!’’ kata Ain Marissa, kakak kepada Liana, kepada Makcik Yati. Makcik Yati hanya menggelengkan kepalanya.

‘’ Hang ni pasaipa Marissa? Adik hang punya jodoh sampai dulu! Hang dok kalut apa? Lagipun, benda baik buat apa nak tangguh?’’ marah Makcik Yati dibuatnya. Baru je balik dari kursus, dah buat orang marah.

‘’ Mak?! Mak kata mak ni dari Kedah? Orang Kedah tak bagi tau adik kahwin dulu dari kakak! Langkah bendul namanya. Mak! Bagi lah Marissa kahwin dulu! Mak tak malu ke Liana kahwin dulu? Padahal kakak nya tak kahwin lagi?’’ kata Marissa lagi.

‘’ Hang belajaq mazhab mana ni Marissa oi? Tu cara orang dulu pikiaq. Kita dah moden. Lagi pun, bakal besan mak tu kawan baik abah hang dulu! Hang toksah dok sibuk!’’ kata Makcik Yati. Marissa hanya mengerutkan dahinya dan bercekak pinggang.

‘’ Kak Marissa ni tak faham-faham bahasa lah. Biar lah kak Yana kahwin dulu. Apa masalahnya dengan akak? Kak Yana tu baik orangnya. Lain lah dengan akak. Memang patut lah dia kahwin dulu. Hihi!’’ kata Faqihah lalu lari ke atas. Marissa lagi berang dengan  percakapan adik bongsunya.

‘’ Eh Qiha! Kau dah lama tak makan penampar aku ke?’’

‘’ SUDAH! SUDAH! Marissa, hang pi naik mandi. Balik-balik kursus je, dah buat orang marah. Faqihah!!! Minta maaf kat kak hang ni! Ada ka cakap kakak sendiri macam tu?’’ kata Makcik Yati.

‘’ MINTA MAAF AKAK!!!!’’ jerit Faqihah lalu masuk ke dalam biliknya. Dia membuka handphone Samsungnya lalu dia membuka whatsappnya. Hmm, last seen dia 5.40 pm. Skarang 5.50 pm dah.

Faqihah : Weh kau balik bila?

Tiada reply dari Liana. 10 minit jugak tunggu. Hish mana dia ni? Selalunya cepat je? Tiba-tiba, handphonenya berbunyi.

Kak Yana : Woi! Aku balik malam kot. Aku kat rumah Azri ni! Datin Marina ajak aku datang sini! Aku         nak balik!!    

Faqihah : Oh ye ke? Tak, kat rumah ni ada something berlaku. Kau tau tak? Kak Marissa dah balik.

Kak Yana : Haa, lepas tu? Kenapa kalau dia balik?

Faqihah : Hish! Tu lah kau tak tahu. Kau tahu tak? Dia marah gila sebab kau kahwin dulu dengan Azri. Aku tak tahu lah apa masalah dia.

Kak Yana : Marah? Apahal dia tu? Weh, okay lah. Datin ni nak ajak sembang pulak. Nanti kau story kat aku bila balik nanti. Kau jangan tidur pulak!

Faqihah : Hurm. Kau balik awal sikit.

~~~~

 

Sementara itu, di rumah Azri.

‘’ Haa, Liana? Siapa yang sibuk sangat nak mesej dengan Liana tu? Mari lah jumpa dengan kakak pada Azri, Syaza.’’ Kata Datin Marina.

‘’ Hmm, saya whatsapp dengan adik saya je.’’

‘’ Mama, ni ke Liana!? Oh my God! How beautiful she is!!! Mama, kalau boleh, bagi kahwin dengan Azri harini jugak!!! She’s such a perfect!’’ kata Syaza lalu memeluk Liana. Terbeliak mata Liana dibuatnya. Husshh~ kakak dia ni over gila.

‘’ Kan? Kan mama dah habaq kat hang. Liana ni such a perfect person for Azri. Haa, hangpa sembang-sembang lah dulu. Mama nak buat ayaq untuk papa.’’ Kata Datin Marina lalu beredar ke dapur.

Habis lah aku! Kena tinggal dengan kakak dia saja. Hmm~ Redha je lah.

‘’ So sekarang belajar kos apa?’’ tanya Syaza kepada Liana.

‘’ Sekarang belajar kos perakaunan.’’ Jawab Liana dalam keadaan yang kurang selesa. Ye lah, tak kenal lagi. Tapi kakak dia ni ramah sangat lah pulak.

‘’ Ohh, so macam mana Liana boleh trpikat dengan si Azri tu? Setahu akak, dia tu macam annoying sikit. Ooopsss~ sorry lah, akak dah trpanggil diri akak dengan Liana. You don’t mind kan? Ye lah, lps ni kita beripar!! Hikhikhikhikhik~’’ kata Syaza sambil gelak terkekek-kekek. Seronok betul dia ni.

‘’ Hehe..’’ itu sahaja reaksi Liana kepada Syaza.

‘’ So macam mana? Love at the first sight or second sight or what sight?’’

‘’ Akak, takde sight pun.. this is all arranged married.’’ Kata Azri yang datang dari sudut mana entah lah.

‘’ What? Arranged married? And now you don’t argue about this?’’ tanya Syaza dalam nada terkejut.

‘’ Kalau kami bantah, dah lama dah Liana ni takde kat sini.’’ Kata Azri

‘’ Habistu? Korang buat macam dalam drama ke ni?’’ tanya Syaza lagi. Liana hanya berdiam diri.

‘’ Hmm, entah lah akak.’’ Kata Azri pula.

‘’ Tapi, akak yakin! Yang korang akan bahagia jugak. Jangan risau! Okay? Cinta selepas nikah tu kan lebih manis? So korang takde ke gaduh-gaduh? Well, selalunya orang yang kena arranged married ni, dia akan gaduh tau.’’

‘’ Tak, kami tak gaduh pun. Bak kata orang, cinta tu dah berputik. Kan Ain Liana?’’ kata Azri lalu memandang Liana dengan pandangan penuh makna. Liana hanya mengerutkan dahi. Apa pulak mesej yang Azri nak sampai kan ni? Tak gaduh konon. Gaduh bagai nak pecah bumi ni, dia boleh kata tak gaduh. Cinta dah berputik kepala otak dia. Ergggh~ angguk je lah. Liana pun mengangguk dan memberi senyuman yang kurang ikhlas kepada Syaza.

‘’ Wow, that’s incredible! Korang memang boleh bahagia lah! Jangan risau. Okay lah, akak nak kemas barang kat atas. Rindu dengan adik akak lagi sorang tu. Okay! Bye! See you again Liana.’’ Kata Syaza lalu beredar dari situ.

‘’ Eh, yang kau cakap cinta dah berputik bagai tu dah kenapa?’’ tanya Liana kepada Azri.

‘’ Habis tu? Kau nak dengar ceramah dari kakak aku ke? Kakak aku tu ambil bahagian kaunselling. Kalau dia bagi ceramah or syarahan, boleh nanah telinga tau tak? Kau nak try dengar ke?’’ kata Azri.

‘’ Kaunselling? Hmm, whatever lah. Aku nak balik lah.’’ Kata Liana.

‘’ Pergi lah. Tak ada siapa yang halang.’’ Kata Azri dalam nada selamba.

‘’ Ehh, senangnya kau cakap! Hantar lah aku balik! Dah bawak aku ke sini, tak nak hantar balik pulak!’’

‘’ Eyy, ingat aku ni muka pakcik teksi ke nak hantar kau balik?’’  

‘’ Haah, muka kau sebijik macam pakcik teksi! Teksi yang takde guna tau tak?’’

‘’ Haa, kalau dah tak de guna, tak payah lah aku hantar kau balik.’’

‘’ Kau ni memang cari pasal dengan aku kan? Aku bgtau datin karang!’’

‘’ Pergi lah bagitau!’’

‘’ Hish!!!!’’ kata Liana lalu mengeluarkan telefon bimbitnya lalu membuat panggilan kepada seseorang.

‘’ Haziq, kau boleh ambil aku tak? Aku kat rumah Azri. Haa, 10 minit? Kau kat mana? …… Oh okay.’’ Kata Liana lalu menamatkan panggilannya. Azri terkejut mendengar perbualan itu. Dia suruh Haziq ambil dia? Tapi ni lah chance dia nak kenal Haziq tu betul tak?

‘’ Kau call siapa tu?’’ tanya Azri

‘’ Aku call sesiapa yang aku nak. Tak payah sibuk. Dah aku nak balik. Panggil Datin jap.’’ Kata Liana.

‘’ MAMA!!! LIANA NAK BALIK DAH.’’ Jerit Azri.

‘’ Lah, nak balik dah ke? Hurmm, takpe.. jaga diri elok-elok na~ kirim salam kat mak.’’ Kata Datin Marina lalu Liana menyalam kedua-dua tangan Datin Marina.

‘’ Okay lah datin, saya balik dulu. Assalamualaikum.’’ Kata Liana lalu beredar keluar dari rumah tersebut. Azri mengekori belakangnya. Liana berasa pelik.

‘’ Kau dah kenapa ikut aku?’’

‘’ Suka hati aku lah. Ni rumah aku.’’

‘’ Fine.’’ Kata  Liana lalu dia mengangkat tangan ke sebuah kereta yang kini betul-betul di rumah Azri.

‘’ Haziq eh?’’ tanya Azri kepada Liana.

‘’ Taklah, patung dalam kereta tu. Tak nmpak ke?’’ kata Liana lalu membuka pintu kereta Haziq. Azri hanya memberi reaksi menyampah. Haziq hanya tersenyum melihat Liana dan Azri.

‘’ So, ni dia bakal pengantin laki kau yang kau selalu bayang tu?’’ tanya Haziq kepada Liana sebaik sahaja Liana memasuki kereta.

‘’ Kau jangan nak merepek Haziq.’’ Kata Liana lalu memasang tali pinggang keselamatan. Haziq membuka sedikit tingkap untuk menegur Azri yang dari tadi tercegat di tepi pintu kereta.

‘’ So, Azri. Nice to meet you. Aku kenal kau. Budak paling hot kat U. ’’ Kata Haziq kepada Azri. Liana hanya berdiam diri membelek handphone kesayangannya itu.

‘’ Nice to meet you too, Haziq. Aku kenal kau jugak. Cuma tau sikit-sikit je lah.’’ Balas Azri pula.

‘’ Orang hot macam kau mana ada masa nak kenal aku yang tak hot ni.’’ Gurau Haziq.

‘’ Hushhh~ banyak lah kau punya hot. Dah lah, kau bawak balik Liana elok-elok. Aku masuk dulu. Seronok dapat kenal kau.’’ Kata Azri.

‘’ Sayang jugak kau kat dia ek? Orait bos, saya akan bawa bakal pengantin bos ke rumahnya dengan selamat.’’ Kata Haziq dalam nada gurauan.

‘’ Woi Haziq! Cepat lah jalan! Aku nak balik ni! Ishh~ kalau korang nak sembang, esok je lah ye. Aku nak balik ni.’’ Sampuk Liana yang sudah tidak dapat menahan sabarnya.

‘’ Okay, okay. Weh, Azri. Aku hantar ‘mem’ besar ni dulu. Jumpa lagi.’’ Kata Haziq lalu beredar bersama Liana dari situ.

 

 

 

 

 

 

 

 

Author note*

Updated! Love to all the readers!! :* 

Well, aku sedih malam ni tak dapat nak tengok Mnet Asian Music Awards ( MAMA ) . :'(

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet