Bab Dua

Spek Mata

‘’Mak! Oh Mak!’’ panggil Liana. Jam menunjukkan pukul 8.25 p.m. Mana pulak maknya ni?

‘’Ye Yana oii! Hang boleh tak jangan terpekik terlolong macam orang hilang anak. Mak ni haa kat dapur tgh masak untuk tetamu. Tetamu kehormat tau. Pi mandi pakai cantik-cantik. Tau!! Pi!’’ kata Makcik Yati kepada anaknya itu.

Liana mempunyai 5 adik beradik. Dia merupakan anak yang ke 4 dari 5 beradik. 2 abang satu kakak dan seorang adik perempuan. Kedua-dua abangnya, Muhammad Arif dan Muhammad Aiman telah berjaya menyambung belajar ke luar negara dan kini kedua-duanya sudah berkahwin. Kakaknya, Ain Marissa sedang bekerja sebagai seorang guru di sebuah sekolah menengah berdekatan dengan rumahnya. Adiknya, Ain Faqihah masih lagi belajar di sekolah menengah dan umurnya sekarang ialah 17 tahun. Bapanya pula sudah lama meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya yang berlaku kira-kira 6 tahun lalu.

‘’Mak! Tetamu mana pulak ni? Ish mak ni. Dah malam macam ni pun ada teta….’’

‘’ASSALAMUALAIKUM!!’’ belum sempat lagi Liana menghabiskan percakapannya, dia dan Makcik Yati terdengar orang memberi salam. Aduhh~ potong stim betul.

‘’Waalaikumussalam! Hang tgk tu Yana, tetamu dah sampai hang tak mandi lagi. Ish, pi siap. Nanti boleh tolong mak apa yang patut. Pi cepat. Ingat. Pakai cantik2. Jangan biaq selekeh sangat.’’ Kata Makcik Yati.

‘’ Mak, kakak mana?’’

‘’ Kakak hang ada kursus kat Johor, esok dia balik lah. Tu haa, Qiha tu tak habis-habis tanya hang balik bila.’’ Kata Makcik Yati lagi. Selepas mendengar penjelasan ibunya, terus dia naik ke atas lalu bertemu dengan adiknya. Di atas hanya ada 3 bilik. Kesemua bilik itu dihuni oleh mereka 3 beradik perempuan. Yelah, abang dah kahwin. Bukannya duduk situ pun. Dah ada rumah sendiri.

 

 

‘’ Adik~ apahal kau nak jumpa aku? Mak kata kau cari aku.’’ Kata Liana sebaik saja dia masuk ke bilik adiknya itu. Kelihatan adiknya sedang mengulangkaji pelajaran di meja belajarnya.

‘’ Kak Yana! Balik pun kau. Haha, aku ada something nak bgtau kau. Kau mesti terkejut.’’ Kata adiknya itu. Liana mula tertanya-tanya.

‘’ Apa benda? Cakap lah.’’

‘’ Mak ada bagitau pasal tetamu malam ni? Ada?’’

‘’ Mak ada bagitau aku pasal tetamu nak datang, tapi tak bagitau siapa. Siap masak bagai lagi. Kenapa? Kau tahu ke siapa diorang tu? Tadi time aku nak naik, diorang dah sampai.’’

‘’ What? Diorang dah sampai? Akak, kau tau tak? Mak nak kau kahwin dengan anak diorang yang datang tu! Nama dia apa aku tak igt lah, tapi aku dengar time mak tengah cakap phone tadi. So lepas ni kau dah tak duduk sini lah!’’ Liana yang mendengarnya sudah mula terbeliak matanya.

‘’HAAA?!!!! Kahwin? Eh no no!!! Apa benda mak ni? Dah ar tak bagitau orang! Tau tau nak suruh orang kahwin! Dah lah orang tak kenal! Ish!!!!’’ kata Liana.

‘’ Kan? Tapi, aku rasa orang tu hensem!’’

‘’ Mana kau tau hensem? Buatnya orang tu gemuk, gigi rongak? Haa~ habis anak-ii aku smua hodoh-hodoh.’’ Kata Liana lagi. Kata-katanya membuatkan Faqihah ketawa.

‘’ Apalah kau ni! Tak baiklah! Eh, firasat aku selalu betul tau!! Eh, kau pergi lah siap! Nanti mak cari kau pulak!’’ kata Faqihah lalu menolak kakaknya keluar dari bilik itu.

‘’ Ish! Tak nak aku turun bawah! Buat apa aku turun? Kalau kau nak sangat, kau pergilah turun. Kan kau kata hensem?’’ kata Liana lalu keluar dari bilik Faqihah. Sebaik sahaja dia keluar dari bilik adiknya itu, dia nampak ibunya masuk ke dalam bilik nya. Sah! Cari aku lah tu! Ish!!

‘’ Haa Yana! Kat sini hang, tak siap lagi? Cepat lah siap!’’ kata Makcik Yati kepada anaknya itu.

‘’ Mak, apa ni mak! Mak tak bg tau Yana pun yang mak nak suruh Yana kahwin! Apa ni mak!!!’’ kata Liana kepada makcik Yati.

‘’ Haa, bagus lah hang dah tau. Pergi siap. Nanti mak bgtau kenapa hang kena kahwin. Cepat pergi siap.’’

‘’ Mak!’’ panggil Liana tapi tidak diendahkan oleh emaknya.

 

 

‘’ Ni ke Azri? Hensem dah sekarang ni makcik tengok.’’ Kata Makcik Yati kepada Azri.

‘’ Makcik sihat ke?’’ tanya Azri kepada Makcik Yati sambil memberikan snyuman paling manis.

‘Hish, kalau bukan pasal mama ni, dah lama dah aku dekat rumah tidur. Bosan betul. Dah lah suruh aku kahwin. Main peras ugut kata tak dapat harta lah apa lah. Kalau aku report polis ni, dah lama dah kena masuk lokap. Nasib mama je! Hish!! Perempuan tu pun aku tak kenal siapa. Errggghhh stress gila macam ni!’ monolog Azri pada dirinya sendiri.

‘’ Mana anak hang tu haa Yati oii, aku tak nampak dari tadi.’’ Kata Datin Marina kepada Makcik Yati. Haha, loghat kedah rupanya diorang dua ni. Kawan dr kecik lah katakan.

‘’ Ada, dia tengah siap, hang toksah dok risau. Eh, mai duduk makan dulu. Sementara nak tunggu dia siap tu, mai Azri mai …. Sat kat belakang tu sapa?’’ tanya Makcik Yati kepada Azri.

‘’ Oh ni adik saya, Hairul Nizam.’’ Jawab Azri lalu memanggil adiknya untuk makan bersama.

Azri mempunyai 3 beradik sahaja. First kakak, then dia, then adiknya. Nur Hadira Syaza, Muhammad Azri Izzuddin, Muhammad Hairul Nizam. Kakaknya sedang menyambung pelajarannya di Manchester manakala Azri pula masih belajar di Universiti Putra Malaysia. Adiknya, Hairul masih belajar di tingkatan 5.

‘’ Minta maaf lah, makcik tak nampak Hairul, yelah hang duduk jauh sangat. Mai Hairul. Eh Ina, mana laki hang?’’ tanya Makcik Yati.

‘’ Laki aku outstation kat Manchester, lagi sebulan dia kat sana. Nanti dia balik dengan kakak depa ni kat sana, si Syaza.’’ Jelas Datin Marina.

‘’ Lahh, ya ka, haa, takpa.. makan naa, makcik nak pi naik atas panggil si Liana. Sat naa.’’ Sebaik sahaja Makcik Yati berpaling dari situ, Liana sudah pun turun ke bawah bersama adiknya, Faqihah. Azri sedang leka memerhatikan telefon bimbitnya sehingga lah …

‘’ Ha, turun pun hang Yana, lambat sungguh hang siap.’’ Kata Makcik Yati kepada Liana. Azri pun mendongakkan kepalanya untuk melihat bakal ‘isteri’ nya. Ye lah nak tengok lah lawa ke tak. Hehe.

Eh? Perempuan ni? 

Sekejap? Takkan lah?

Dia terkejut. AIN LIANA? Budak perempuan ni ke? Bukan kot?

‘’ Haa, Azri! Ni lah dia Liana. Dia ni satu university dengan hang. Mesti hangpa kenal satu sama lain kan?’’ kata Datin Marina kepada Azri. Betul lah dia!!!!! Ish!!!!!!

‘’ Weh, Hairul, apa kau buat kat sini?’’

‘’ Weh, Faqihah, ni rumah kau ke?’’

Sementara itu, Liana sudah mula membeliakkan matanya melihat lelaki itu ialah Azri! Apa dia buat kat sini? Takkan nak minta duit kot? Yang pelik lagi macam mana adik dia kenal pulak dengan Hairul ni? Ishh~ pelik doh.

 ‘’ Haa, hangpa dua ni pasaipa dok ternganga tengok satu sama lain? Mai sini Yana, hang duduk sini sebelah makcik Ina ni ha, duduk lah kenal kenalan.’’ Kata Makcik Yati lalu kemudian menarik Faqihah masuk ke dapur.

Tinggallah Liana disitu.

Azri masih tidak percaya.

Setelah 30 minit makan, Liana meminta kebenaran untuk keluar sebentar. Katanya mahu mengambil angin. Azri mengekorinya. Tak tahu lah kenapa. Makcik Yati dan Datin Marina gembira melihat anak-anak mereka seperti mesra. Macam ada harapan besar untuk berkahwin ni. Manakala pula Hairul dan Faqihah sibuk membincangkan pasal pelajaran. Mereka berdua sangat lah mengenali satu sama lain. Ye lah satu sekolah. Haha, tu lah orang kata, dunia ni kecik je. 

 

 

Situasi di luar rumah.

‘’ Kau ni dah kenapa ikut aku?’’ tanya Liana tidak memandang muka Azri.

‘’ Eh, kau ingat aku nak ikut kau sangat? Adik aku dengan adik kau tu asyik bincang pasal pelajaran je dari tadi. Aku tak de kawan lah. Takkan aku nak join makcik-makcik tua tu pulak?’’ kata Azri.

‘’ Kenapa kau nak kahwin dengan aku hah? Kau nak duit pun takyah lah sampai kahwin.’’ Kata- kata Liana membuatkan Azri hendak tertawa. Apa punya perempuan lah perasan sampai macam ni sekali?!

‘’ Kau ni kenapa? Kau ingat aku nak kahwin sangat dengan kau? Aku pun tak sangka bakal pengantin perempuan aku ialah kau. Haha, macam mana lah aku boleh setuju dengan mama aku pasal benda ni? Ish menyesal gila!’’

‘’ Lepas tu kenapa? Eeeeii!! Aku nak belajar lagi lah! Kau cakap lah kat mama kau tu kau taknak kahwin! Senang!’’ kata Liana sambil bercekak pinggang.

‘’ Senang nya kau cakap! Aku tak nak jadi miskin lagi lah! Mama aku ugut aku kahwin dengan kau. Kalau tak dia ambil balik semua yang dia dah bagi kat aku! Aku tak sanggup nak pisah dengan kereta kesayangan aku!’’

‘’ Aku selalu tengok dalam cerita, kalau anak orang kaya, kalau kena kahwin paksa je diorang mesti menolak. Kau pun salah satu daripada diorang ek?’’

‘’ Eh, kau ni dah terpengaruh dengan drama ni! Eh, aku nak kau ganti spek aku balik! Sekarang! Alang-alang aku kat rumah kau ni, senang sikit kan?’’

‘’ Woi, kau kata tadi bagi sminggu kan? Mungkir janji gila kau ni!’’

‘’ Arggghh ~ tadi, aku nak sekarang.’’

‘’ Apa ni? Aku mana ada duit!’’

‘’ Kau ada berapa adik beradik?’’

‘’ Lima. Asal?’’

‘’ Haa, kau mintak kat adik beradik kau sorang RM 30. Cukup lah RM 150.’’ Kata Azri.

‘’ Hoi! Senangnya kau cakap! Abang aku yang no 1 tu serius tau orangnya? Sama macam kakak aku! Kau ni senang-senang je cakap. Aku tak berani lah nak minta! Bukan kau kaya ke? Buat apa lah setakat RM 150 tu? Halal je lah!’’ kata Liana dalam nada memujuk.

‘’ Eh, cantik nya suruh halal. Takda masa aku nak halal. Bayar tetap bayar. Spek tu bukannya murah, mahal beli kat ….’’

‘’ US. Aku tau. Berapa kali kau ulang aku tak tahu lah. Dah lah. Nanti aku bayar lah. Lgpun lepas ni aku kahwin dengan kau kan? So setiap hari kau boleh minta duit tu. Dah aku masuk dulu!’’

‘’ Liana! Kau setuju ke kahwin dengan aku?’’ tanya Azri.

‘’ Kau nak ke kahwin dengan aku?’’

‘’ Taknak.’’

‘’ Sama lah macam aku! Tanya pulak! Sebabkan mak ayah je tau tak? Kau bersebab jugakkan? Sama macam lah aku! Aku setuju bersebab. Macam kau. Sama je.’’

‘’ Habis tu kau tak nak ke bantah dulu dekat mak kau?! Aku tak nak habiskan usia muda aku dengan kahwin! Kahwin biar lambat lah!!! Ish!!’’

‘’ Apa aku boleh buat? Kau tak dengar mak aku cakap apa tadi? Tu je harapan dia untuk aku. Apa yang aku boleh buat ikut je. Kau pernah dengar orang kata, pilihan mak ayah nilah terbaik. Tapi sejujurnya, aku tengok kau tak de lah baik mana. Macam mana lah orang kata pilihan mak ayah ni terbaik? Hish, tak patut betul!’’

‘’ Woi! Sedapnya mulut tu cakap!! Kau tu pun tak baik mana lah!!!’’

‘’ Eh! Aku baik doh! Kat mana yang aku jahat?’’

‘’ Jahat time kutuk orang!’’ kata Azri lalu masuk kedalam. Liana hanya mengetap bibirnya. Menahan geram. Kureng punya Azri.

 

 

 

 

 

 

Author note*

Chapter 2 dah update! Haha (malunya!)

Hope enjoy ye :D

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet