Bab Enam

Spek Mata

‘’ Hushh! Kau ni! Cepat sangat bincang pasal kahwin. Aku tak nak dengar sekarang.’’ Kata Liana. Dia tidak mahu berbincang apa-apa dengan Azri bab kahwin atau nikah.

‘’ Alahh, bukannya apa benda pun. Just nak bgtau beberapa benda. Kau kena jugak dengar!’’ kata Azri kepada Liana. Baginya, perkara ini mustahak.

‘’ Ish! Hmm apa benda? Kau jangan cakap pasal ni banyak sangat. Sebab aku geli. Cakap cepat.’’ Kata Liana dan ketika itu juga air minuman sampai ke meja mereka.

‘’ Macam ni, mama aku akan bagi kita sebuah kondominium dekat Selayang. So, aku nak kau pack sikit-sikit barang kau. Second, lepas je kita kahwin, dia nak kita duduk dulu kat rumah dia 3 bulan. Sebabnya, dia nak bagi kita akrab. So, apa pendapat kau? Kalau kau tanya aku, aku sewajibnya akan cakap tak setuju!!’’ terang Azri kepada Liana. Liana kini sudah mengerutkan dahinya.

‘’ Mama kau bagi kondo tu aku suka! Tapi yang suruh duduk kat rumah kau tu aku tak setuju. Bukan tak berapa nak setuju, aku tak setuju langsung. Sekian. Lepas tu, apa lagi kau nak cakap?’’

‘’ Nanti, time aku dengan kau dah pindah kondo, kita asing bilik! Macam dalam drama! Kau jangan nak gatal duduk dalam satu bilik dengan aku pulak.’’

‘’ Aik, kau kata kau tak layan drama cinta? Macam mana tahu yang diorang dalam tu semua asing bilik?’’ kata Liana sambil menunjukkan senyuman sinis dan senyuman perli kepada Azri.

‘’ Aku tau lah! Aku memang tak layan, tapi aku terpaksa tengok sebabkan mama aku dengan si Hairul tu. Kau tau tak? Hairul tu nampak je macam laki, tapi dalam hati ada bunga woo~ suka sangat drama cinta.’’ Terang Azri kepada Liana.

‘’ Hushh~ Faqihah tu suka cerita adventure. Tapi dia layan jugak cerita korea. Dia tu suka emosi terlebih. Lepas tu, kadang-kadang aku annoying jugak lah dengan dia, sebab apa? Sebab dia suka cair dekat artis korea tu sampai kadang-kadang dia pukul aku. Aku pulak jadi mangsa dia. Tapi tulah, itu je satu-satu adik beradik yang aku rapat.’’ Terang Liana pula kepada Azri.

‘’ Kakak kau? Kau tak rapat?’’

‘’ Kan aku dah cakap kat kau? Kakak aku tu serius orangnya. Aku cakap dengan dia benda penting je. Kadang-kadang aku dengan dia masih bergaduh lagi. Dah tua bangka pun tak reti nak mengalah dengan adik sendiri. Menyampah.’’

‘’ Oh, kakak kau kerja apa?’’

‘’ Cikgu. Dia tu memang garang. Malanglah murid-murid dia dapat cikgu macam tu. Tapi kadang-kadang je dia garang. Kadang-kadang dia okay. Tapi rasanya setahun 5 kali je kot dia okay tu? Entah. No one knows about her emotions.’’

‘’ Alah, kau apa kurangnya? Garang apa? Sikit-sikit nak marah. Panas baran tak tentu pasal. Eh, ingat aku tak dengar kau menjerit dekat adik kau tadi time bangun tidur?’’ perli Azri. Liana sudah menahan malu disitu.

‘’ Oii, bukan aku yang nak marah dia tu. Aku garang dengan kau je. Dengan orang lain aku okay je.’’

‘’ Habis tu? Siapa yang marah tadi? Patung? Haa, sudah lah tu.. Jangan nak menipu.’’ Kata Azri sambil tertawa kecil.

‘’ Lebih baik kau diam. Karang tak pasal-pasal air yang kau minum tu jadi air mandian kau pulak. Dah! Ada lagi ke kau nak beritahu aku?’’

‘’ Ada! Lepas kita kahwin, mama suruh pergi Hawaii. Honeymoon.’’ Kata Azri dan ketika itu juga lah Liana tersedak mendengar penjelasan itu. Ha, sebab ni lah dia tak suka cerita pasal kahwin. Sumpah geli doh!

‘’ Hawaii? Weh, Hawaii tu untuk orang bercuti. Memang lah aku tak pernah pergi sana, tapi aku dengar tu tmpat untuk bercuti. Hmm tapi aku ikut je. Cuma, kau jangan nak ulang dah pasal honeymoon ni. Lagi?’’

‘’ Ehhh~ kau geli ek? Takpe, nanti kita pergi honeymoon, lepas tu, time kita honeymoon tu, kita round satu Hawaii tu, dan time kita honeymoon tu jangan lup…..’’ belum sempat Azri menghabiskan percakapannya, Liana terlebih dahulu bangun dan beredar dari situ. Biar dia cakap sorang-sorang. Aku dah cakap tadi jangan cakap. Orang degil memang lah.

‘’ Weh! Relax lah!’’ kata Azri lalu bangun dari situ dan membayar kemudian mereka pun balik ke rumah.

 

********

 

‘’ Haa, macam mana date korang dua?’’ tanya Datin Marina sebaik sahaja Azri masuk ke rumahnya.

‘’ Macam mana? Kami tak date lah mama. Just keluar macam kawan-kawan.’’ Terang Azri.

‘’ Eleh, Azri. Kau jangan nak tipu mama lah. Mama tau kau bawak dia pergi tempat mewah kan? Cakaplah, korang makan kat restoran mana?’’ kata Datin Marina. Aik? Sejak bila pulak mama reti bahasa KL ni? Selalu cakap dengan aku, cakap kedah sahaja? Azri terfikir sendirian.

‘’ Mama, sejak bila pulak mama reti cakap KL ni?’’ tanya Azri dalam nada kehairanan sambil duduk di sofa yang berada di ruang tamu.

‘’ Hehe, mak belajar dari Hairul. Dia tu suka suruh mak cakap KL. Dia tu budak bandar betul!’’ Kata Datin Marina kepada anaknya.

‘’ Mama, tak payah lah nak cakap KL! Geli lah tlinga Azri dengar. Dah lah mama, Azri naik atas dulu.’’ Kata Azri tapi dihalang oleh Datin Marina.

‘’ Kat mana hang bawa Liana tadi. Hang ingat mama lupa ka?’’ sambung Datin Marina lagi.

‘’ Okay fine. Kami pergi kedai mamak je. Happy?’’ balas Azri sambil mengangkat keningnya.

‘’ Kedai mamak? Azri, Azri tau tak yang dia tu bakal isteri Azri! Please be romantic sikit!!!’’

‘’ Okay ma, bye. Tidur dulu. I love you!’’ kata Azri lalu naik ke atas dengan pantas. Takut disoal macam-macam lagi.

‘’ Azri! Azri Izzuddin!!!’’

 

 

‘’ So how is your date?!’’ tanya Hairul sebaik sahaja dia memasuki ke bilik abangnya itu.

‘’ Aku bukan dating lah. Hey, ni lagi sorang.’’ Kata Azri sambil membuka almarinya untuk menyimpan barangnya.

‘’ Habis tu kalau bukan date apa benda? Korang keluar dua orang je kan?’’

‘’ Hmm, kiteorang keluar ada sebab. Kau tak yah sibuk lah.’’

‘’ Okay, aku tak sibuk.’’ Kata Hairul lalu ingin melangkah keluar dari bilik abangnya tetapi dipanggil abangnya semula.

‘’ Weh, Hairul. Tadi Faqihah pesan, study smart not study hard.’’ Kata Azri. Hairul pelik. Macam mana pula abang dia boleh jumpa Faqihah? Oh ye. Bakal kakak ipar dia kakak pada Faqihah. Hahaaha, macam mana lah boleh lupa?

‘’ Faqihah? Ishh, dia ni! Hmm takpe lah, aku masuk tidur dulu.’’

‘’ Kau masuk tidur tu, tidur lah. Jangan asyik nak menghadap buku je!’’

‘’ Tengok lah dulu!’’ kata Hairul lalu menutup pintu bilik abangnya.

Azri baring di atas katilnya yang empuk. Penatnya. Seharian tak tidur. Huh. Haziq? Hurm, dia tu baik sangat ke? Hensem ke? Aku tengok takdelah hensem sangat. Aku akan siasat apa hubungan dia dengan Liana. Eh sekejap. Kenapa kau ambil kisah ni? Aku bukan ambil kisah lah, aku just nak tahu.

Ye la tu Azri.

 

Lalu malam itu tertidur lah Azri dengan rasa tertanya-tanya.

 

 

 

 

 

 

 

Author note*

Sorry ye sebab chapter kali ni sangatlah sedikit. Tapi aku janji nanti aku update panjang-panjang! Hehe. Takcukup masa.

Thank you for all the viewers too! (BOWS)

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet