Bab Tiga

Spek Mata

Akhirnya waktu dituggu-tunggu oleh Liana!!

‘’ Okay lah, makcik balik dulu na Yana, jaga diri. Esok hang jangan dok risau, Azri mai ambil hang dekat rumah, alang-alang nak pi university kan?’’ kata Datin Marina.

‘’ H..haa? Ambil? Eh, takyah lah makcik. Buat susah je.’’ Kata Liana lalu memberikan snyuman yang paling manis kepada Datin Marina. Azri sudah memberi reaksi yang kurang senang.

‘’ Alah, hang ni Liana. Azri, esok hang ambil si Liana ni tau. Bakal isteri hang jugak. Na Azri naaa~’’ pujuk Datin Marina. Hairul dan Faqihah sudah mula tertawa kecil melihat reaksi abang dan kakak diorang.

‘’ Ma, esok Azri ada kelas petang, dia ada kelas pagi. Kan Liana?’’ kata Azri dalam nada yang mengelak. Liana hanya mengangkat kening dan mengangguk perlahan.

‘’ Oh ye ke? Hurm takpe lah Ina oii, buat susah anak hang ja, dah lah si Liana ni pemalas bangun tidoq! Hmm, hang jaga diri Ina. Aku dengaq hang banyak batuk tadi.’’ Balas Makcik Yati.

‘’ Haa, terima kasih naa~ kami balik dulu. Assalamualaikum.’’ Kata Datin Marina lalu keluar dari rumah Liana diekori oleh anak-anak lelakinya itu. Setelah pergi sahaja 3 beranak itu, Liana terus pergi kepada emaknya.

‘’ Mak!!! Apa ni!!!!????? Mak tak bagitau Yana satu apa pun, tiba-tiba suruh kahwin lah pulak?’’ bentak Liana kepada emaknya.

‘’ Yana, ni mak nak bagitau hang ni. Hang kena jugak kahwin dengan si Azri tu. Dia tu baik pa? Okay lah, muka pun hensem mak tengok.’’ Balas Makcik Yati bersahaja.

‘’ Mak!!! Mak tak boleh buat macam ni kat Yana. Yana tengah belajar lagi lah mak! Mak ni agaknya dah tak sayang Yana ni? Lagipun kakak tak kahwin lagi, tetiba nak suruh Yana kahwin. Apapun, Yana tak setuju!’’ bantah Liana lagi.

‘’ Tarikh bertunang lagi 2 minggu, hang siap sedia ja. Mak dah janji dengan abah hang nak kahwinkan hang dengan anak Dato’ Kamal tu. Takkan mak nak mungkir janji pulak? Lagipun kakak hang tu dah bertunang. Takkan nak bagi Azri tu kahwin dengan kakak hang? Kakak hang tu jauh lebih tua tau dak dari Azri. Hangpa dua beza setahun kan?’’ kata Makcik Yati.

‘’ M..mak!!! Apa ni? Yana tak kenal dia pun! I mean memang lah kenal, tapi kalau tiba-tiba jadi suami tu memang mustahil lah mak. Lagipun dia tu banyak peminat dekat kolej. Dia tu takde lah baik mana mak oii.’’

‘’ Hang toksah dok bantah naa~ hang pi naik atas study ka apa ka. Hang nak jadi anak yang baik kan? Ikut cakap mak. Pilihan mak abah selalu nya Alhamdulillah elok. Hang tengok abang-abang hang. Okay je mak tengok.’’

‘’ Mak!!! Apa ni mak!! Orang tak nak lah!! Mak ni suka macam tu! Diorang tu lelaki mak!’’

‘’ Kak Yana, jom lah naik atas.’’ Bisik Faqihah lalu menarik kakak nya ke atas. 

 

 

 

‘’ Weh! Mak tu tak faham aku doh! Apa mak ni!! Senang nya dia cakap! Janji dengan abah? Hish!!!!!! Stress!!!!’’ kata Liana sambil memukul bantalnya. Adiknya hanya menggeleng kepalanya.

‘’ Kak Yana, aku bukan nak cakap, tapi kau kahwin je lah dengan dia. Lagipun aku tengok dia tu baik je.’’ Kata Faqihah, cuba mententeramkan keadaan. Kakaknya sudah mula menangis.

‘’ Kau pun sama je macam mak! Ingat aku tak tahu ke kau tu? Kau nak rapat dengan adik dia tu kan? Sape? Hairul ek?’’

‘’ Oii! Pandai-pandai je kau ni! Aku kawan biasa je dengan dia doh! Alah relax ar, kau kan slalu tengok drama? Haa, selalunya kan berakhir dengan kisah yang sngat lah sweet? Haa, nanti kau pun mesti macam tu.’’

‘’ Oii, drama tetap drama. Dah lah, kau pergi lah tidur. Aku nak tenangkan fikiran. Esok kau sekolah kan?’’

‘’ Hmm, kau jangan merampus pulak dekat kampus esok. Kau tu bukan aku tak kenal. Merampus suka hati je. Tengok lah bilik ni? Habis kau selerakkan dengan bantal ke mana entah kemana.’’

‘’ Arh! Kau pergi lah bilik kau! Nanti aku kemas lah! Serabut ni!’’ kata Liana lalu membaringkan dirinya di atas katil. Sebenarnya kehidupan Liana tidaklah semiskin yang disangkakan. Cuma dia hendak berdikari. Dia tidak mahu menyusahkan mak dan adik beradiknya yang lain. Jadi sebab itu lah dia tidak beritahu kepada sesiapa pasal spek mata yang diduduknya kepunyaan Azri itu. Jadi lempeng spek tu. Malam itu, dia tidur dengan kepalanya yang agak berserabut.

 

 

Keesokan harinya, di kampus.

‘’ Liana, jom ikut aku kejap.’’ Kata Azri lalu berlalu pergi. Liana yang terkejut hanya mengikut sahaja.

‘’ Amacam semalam? Mak kau ada cakap apa-apa?’’ tanya Azri.

‘’ Cakap apa? Dia suruh jugak aku kahwin! Aku tak nak lah! Mak kau cakap apa kat kau? Ada tak macam nak cancel ke apa ke?’’ tanya Liana pula.

‘’ Mama aku nak cancel? Sorry to say but my mom said that she enough with her decision. I’m stress right now!’’

‘’ Habis tu?’’

‘’ Habis tu? Kahwin je lah. Senang.’’

‘’ Oii, senang nya kau cakap!!! Aku taknak lah habiskan waktu muda aku dengan kahwin lagi! Kau buat lah something! Haaa! Kau bukan ada Vivi ke? Cakap lah tu GF kau! Please lah!!!’’ pujuk Liana.

‘’ Weh, aku taknak hidup miskin tau! Lagipun, Vivi? Apa yang kau merapu ni? Dia tu gila tau tak? Dah aku tak nak, nak jugak paksa aku suruh pergi dekat dia. Geli doh perempuan macam tu. Perempuan memang camtu ek?’’

‘’ Eh! Mana ada smua macam tu! Kau ada nampak aku tergedik-gedik macam dia ke?’’

‘’ Hmm apa-apalah, tapi apa-apa pun kau kena jugak kahwin dengan aku.’’

‘’ Aku tak nak lah weii, takkan sebab kau tak nak miskin, aku kena ikut cakap kau? No Way!’’ kata Liana.

‘’ Hey, kau ingat pasal spek mata aku?’’

‘’ Hish, spek mata kau tu lagi? Kau nak ulang balik beli kat mana ke?’’

‘’ Tak, kau tak payah bayar.’’

‘’ Huh! Serius ke?’’ kali ini Liana rasa dirinya sangat lah bertuah sehingga lah Azri berkata..

‘’ Tak payah bayar kalau kau kahwin dengan aku.’’ Kata Azri dengan penuh bangga.

‘’ Hoi! Kau ingat apa? Ish! Lebih baik aku bayar tau tak? Dah lah! Melayan kau ni, buang masa je!’’ kata Liana lalu pergi dari situ.

‘ Apa yang aku nak buat ni!!!!???’ bisik hati Azri sendirian.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Author note*

Haha~here chapter 3 ! Hihihi ^_^

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet