Bab Lima

Spek Mata

‘’ Liana.’’ Panggil Azri dalam nada memujuk.

‘’ Aku tak nak cakap dengan kau. Aku nak balik. Sana! Jangan halang aku lah!’’ kata Liana kepada Azri yang kini sedang menghalang nya jalan.

‘’ Liana, listen to me first, lepas tu kau nak balik ke nak baring tengah jalan ke aku tak kisah.’’ Kata Azri lagi.

‘’ Eh, Azri, cukup-cukup lah memalukan aku. Sekarang kau nak halang aku pulak?’’

‘’ Aku tak de niat nak memalukan kau! Bukan aku yang mengaku nak kahwin dengan kau tu! Percayalah.’’

‘’ Habis tu siapa tadi? Patung? Haa, sudah lah tu Azri! Sana! Aku nak balik!’’ bentak Liana.

‘’ Liana, aku tak habis cakap lagi! Liana! Malam ni jangan lupa!’’ kata Azri walaupun Liana tidak mengendahkannya. Degil gila dia ni!

 

********

 

‘’ Pin! Pin! Pin!!!!’’ hon kereta kedengaran di luar rumah Liana. Makcik Yati sudah berasa pelik lalu menyuruh Faqihah yang sedang menonton TV untuk melihat siapakah gerangan di luar.

‘’ Mak! Abang Azri lah mak!’’ Kata Faqihah kepada Makcik Yati. Makcik Yati lekas-lekas menyuruh Faqihah untuk menjemput Azri masuk ke rumah.

 

Sementara itu,

‘’ Heyy, mana perempuan ni? Aku dah kata kan pukul 8.30?’’ kata Azri lalu membunyikan hon lagi. Tiba-tiba dia ternampak adik kepada Liana, Faqihah (menurut Hairul ) menjengah kepala ke luar.

‘’ Aduh! Adik dia pulak yang keluar. Aku ingat dia! Karang tak pasal-pasal aku kena masuk dulu. Aduhhh! Alamak! Dia datang sini lah pulak! Mati aku!’’ kata Azri sendirian.

‘’ Abang Azri! Abang Azri cari Kak Yana ke? Dia ada kat dalam. Mak suruh abang masuk dulu.’’ Kata Faqihah di tingkap yang telah siap dibuka oleh Azri.

‘’ Eh, takpe. Kak Yana mana? Abang dah suruh dia siap time kat U tadi. Dia dah siap belum? Abang nak bawak dia keluar kejap.’’ Jelas Azri kepada Faqihah.

‘’ Too bad for you lah ! Kak Yana tengah tidur lagi. Takpe, nanti qiha kejut dia, marilah masuk dulu. Nanti mak Qiha cakap apa pulak.’’ Terang Faqihah lalu memberikan senyuman.

Macam mana pulak dengan reaksi Azri? Haaa! Wajib-wajib lah terkejut! Dan paling dia rasa sekarang ialah…

 

SAKIT HATI!

 

Akhirnya, Azri pun turun dari keretanya lalu masuk kedalam rumah Liana. Dia disapa oleh Makcik Yati terlebih dahulu.

‘’ Laaa, hang mai tak habaq kat makcik. Makcik boleh masak untuk hang dulu.’’ Kata Makcik Yati.

‘’ Eh, makcik, takpe. Urmm, Liana mana?’’ Tanya Azri kepada Makcik Yati. Faqihah sudah menghilang untuk mengejut Liana. Belum sempat Makcik Yati menjawab soalan daripada Azri tiba-tiba,

‘’ APA BENDA KAU NI! BISING LAH! KAU KELUAR SEKARANGGGGG!!!!!!!!’’ jeritan Liana sehingga ke tingkat bawah dapat didengari oleh seisi rumah itu mengejutkan Azri. Azri pelik mengapa Makcik Yati seperti tidak terkejut dengan jeritan Liana tadi.

‘’ Haa, hang dengaq tu? Makcik tak tau nak cakap! Dia kalau bangun tidoq ja, hurm habis satu rumah ni dengaq suara dia. Dia tu kaki angin sikit. Ikut pak dia.’’ Kata Makcik Yati sambil menggelengkan kepala. Azri hanya menelan air liur. Patut lah selalu baran je aku tengok. Rupanya keturunan.

‘’ Dia, bapaknya dengan abang dia hat no 1 tu sama lah perangai. Panas baran tak kena tempat. Tengok lah tadi. Orang kejut bangun tidoq pun boleh marah! Hurm, hang Azri, makcik nak pesan satu ja, jaga dia baik-baik. Dia tu baik. Malah paling baik dalam rumah ni. Cuma perangai panas baran tu ja buat dia jadi macam tu. Makcik nak dia bahagia ja. Tolong Makcik jaga dia na? Dia tu dulu anak kesayangan ayah dia lepas abang dia hat no 1 tu. Sekarang ni bila pakcik hang tu dah takdak, dia takdak kasih sayang seorang ayah. Makcik harap hang ja boleh jaga dia.’’ sambung Makcik Yati.

‘’ Mak, tengok Kak Yana ni! Meradang tak tentu pasal. Menyampah lah Qiha nak kejut!’’ Kata Faqihah semasa menuruni anak tangga. Azri sudah menelan air liur. Kalau macam ni lah keadaan sebelum kahwin, selepas kahwin macam mana? Hishh, seram betul!

‘’ Hang kejut dia macam mana Qiha oii? Kalau hang kejut cara kasaq, memang dia marah lah.’’ Balas Makcik Yati.

‘’ Alah, mak ni. Qiha kejut guna air je pun. Just sapu kat muka dia je.’’ Kata Faqihah.

‘’ Mana dia tak marah kalau hang kejut macam tu? Dia bangun belum tu?’’ Tanya Makcik Yati lagi.

‘’ Dah. Dia tengah siap.’’ Kata Faqihah.

‘’ Haa, Azri duduk na tunggu Liana. Makcik nak buat kuih untuk kawan makcik. Dia tempah untuk 500 orang.’’ Kata Makcik Yati lalu beredar ke dapur. Kali ini Faqihah pula mendekati bakal abang iparnya.

‘’ Abang, Hairul tengah buat apa time abang datang sini?’’ Tanya Faqihah secara tiba-tiba.

‘’ Huh? Kenapa kau nak tahu? Kau minat adik aku ke?’’ Tanya Azri.

‘’ Eh, bukan! Kiteorang dua tengah fight siapa dapat no first and no 2. Hehe, jangan salah sangka. He’s only my friend. Not more than that. Abang jangan risau. Hehe.’’ Kata Faqihah. Azri pelik mendengar kata Faqihah. Diorang ni biar betul fight dalam pelajaran? Budak zaman sekarang ni payah nak dengar fight pasal pelajaran. Fight pasal game tu selalu lah dengar. Patut lah Hairul selalu study.

‘’ Oh, dia tengah study tadi. Patut lah dia semangat sangat nak belajar. Sampai kadang-kadang time makan pun nak baca buku. Mama abang sampai marah dekat dia sebab terlampau belajar.’’ Kata Azri. Faqihah terkejut mendengar penjelasan Azri lalu tertawa di situ.

‘’ Thank you abang for the information. Abang pesan kat dia jangan study hard sangat. Study smart. Oh ye satu lagi. Qiha nak minta maaf pasal Kak Yana. Mesti abang terkejut kan tadi time dia jerit tu? Haha, dia memang macam tu, panas baran tapi hati dia baik. Baik yang memang baik lah! So abang jaga dia elok-elok tau. Qiha sayang sangat kat dia. Okay lah Qiha nak naik atas. Nak study.’’ Kata Faqihah lalu dia pun beredar dari situ.

Azri mula terfikir. Semua orang yang ada kaitan dengan Liana semua cakap dia baik. Tapi kenapa aku seorang je tak nampak baik dia tu? Hish~pelik betul. Depan aku je mesti muka tu mencuka je. Haih pelik pelik.’

Sedang Azri melalut seorang diri, tiba-tiba ada satu suara yang menyapanya.

‘’ Hoi! Mengelamun apa?’’ kata Liana dalam nada yang kasar.

‘’ Huh?! Turun pun. Lambat gila kau.’’ Balas Azri dalam keadaan yang baru tersedar.

‘’ Ah! Cepat! Jom keluar. Sebelum pukul 11 aku nak balik dah.’’ Kata Liana.

‘’ Aku pun taknak bawak kau keluar lama-lama. Dah, jom.’’ Kata Azri lalu keluar daripada rumah itu diekori Liana.

‘’ MAK! YANA PERGI DULU! BYE!’’ kata Liana lalu menuju ke kereta Azri.

 

********

Dalam perjalanan mereka.. mereka hanya berdiam diri. Orang kata, situasi tu jadi awkward. Sampai lah Azri bersuara terlebih dahulu.

‘’ Weh, Liana.’’ Panggil Azri.

‘’ Hmm.’’ Pendek sahaja jawapan Liana.

‘’ Kenapa kau seteru sangat dengan aku? Aku ada buat kau marah ke?’’ Tanya Azri dalam nada yang penuh berhati-hati.

‘’ Hmm.’’

‘’ Hmm je?’’

‘’ Habis tu kau nak aku jawab macam mana?’’

‘’ Tak, buat lah muka tu manis sikit. Ni tak, mencuka je. Tak manis tau anak dara buat macam tu.’’ Kata Azri dalam nada bergurau.

‘’ Kau ni dah kenapa? Mesti lah aku marah dengan kau! Kau tak ingat apa jadi dekat U tadi? Peristiwa paling memalukan sepanjang aku ada kat sana tau tak?’’ jelas Liana.

‘’ Oh pasal tu. Alah chill lah. Bukan kau sorang yang malu. Aku pun malu tau! Aku ni lagi lah malu sebab apa? Sebab aku ni diantara orang popular kat U tu. Alah relax je lah.’’

‘’ Senangnya kau cakap relax. Kau pernah tak tengok drama korea ke, jepun ke, melayu ke? Pernah? Kau tau tak? Kebanyakan drama-drama yang aku tengok tu, heroin selalu kena bash, kena kutuk, kena maki! Mana tak kena maki, hero tu punya peminat ramai sangat! Then bila peminat ramai sangat, mulalah si heroin yang kena! Sebab? Jealous punya pasal.’’

‘’ HAHAHAHAHAHHAHAHA! Kau nak kata kau heroin lah ni? Hello, first aku tak tengok lah drama-drama cinta ni! Second, kau tak payah lah nak perasan sangat kau tu heroin. Tak sesuai langsung nak jadi heroin. Ada hati fikir macam tu.’’

‘’ Oii! Aku tak kata pun aku heroin!’’

‘’ Habis tu? Oh maknanya kau nak cakap aku ni hero kau lah? Pastu kau heroin? Hurmm, aku sesuai lah jadi hero. Tapi kalau kau, no comment! HAHAAHAHAHHAHA!!!!’’ Kata Azri lalu meletus lagi gelak tawa nya.

‘’ Hey! Lebih baik kau diam! Kau nak bawa aku pergi mana ha? Dari tadi tak sampai-sampai.’’ Kata Liana yang cuba menukar topik kerana malu.

‘’ Haah lah. Aku nak bawak kau pergi kedai mamak dekat dengan U kita tu.’’ Kata Azri lalu mencari parkir kereta yang berdekatan dengan kedai mamak tersebut.

‘’ Okay dah sampai! Jom lah turun.’’ Kata Azri lalu dia membuka tali pinggang keselamatan dan ingin turun tetapi, melihat Liana yang tidak membuka tali pinggang keselamatan itu, dia terus tidak jadi dengan niatnya untuk turun. Dah kenapa pulak minah ni?

‘’ Eh, jom lah turun. Kau tak suka kedai mamak ke?’’ Tanya Azri.

‘’ Seriously you nak bawak I pergi kedai mamak macam ni?’’ kata – kata Liana sangat lah memeranjatkan dan mengejutkan hati, perut dan terutama jantung Azri. Oh my God! Dia ni kenapa?

‘’ Oii, kau ni kenapa? Kena sampuk ke apa? Kau tak suka kedai mamak takpe, aku boleh bawak kau pergi restoran.’’

‘’ You ni! Sampai hati bawak I pergi kedai macam ni! Dah lah kotor!!!’’ kata Liana. Azri sudah mengerutkan dahinya. Serius tak percaya langsung Liana macam ni. Riak risau mula ditunjuk pada muka Azri.

‘’ Kau kenapa ni Liana? Ok kalau kau tak suka, aku boleh bawak kau pergi restoran. Sorry lah tak bagitau dulu. Aku ingat kau okay je. Sorry.’’ Kata Azri. Tiba-tiba terletus ketawa dari mulut Liana. Tertawa-tawa dia. Azri makin risau. Gelak pulak?

‘’ Eh, kau kenapa pulak ni? Kau okay ke tak?’’ Tanya Azri yang makin risau. Gelak lagi kuat lah si Liana.

‘’ Woi! Kau ni!!! HAHAHAHAHA! Bapak muka kau!!!! Pucat doh!!! HAHAHAHAHA!!! Amacam? Macam Vivi tak?! HAHAHAHAHHAHA!’’ kata Liana yang masih gelak tawa lagi. Azri apa lagi? Terkejut dengan ‘prank’yang telah mengenakannya tadi.

‘’ Weh! Kau cakap betul-betul! Ish!! Nasib aku tak panggil ustaz tadi tau tak? Ya Allah, sabar je lah aku dengan kau ni. Kau okay ke tak ni?’’ Tanya Azri.

‘’ Hehehehe~aku okay je. Kau punya muka cuak doh time aku buat gedik tu! Hahaa, kesian kau. Sebenarnya, aku okay je dengan kedai mamak. Lagipun kedai mamak ni lah port aku lepak dengan Haziq.’’ Kata Liana lalu dia turun daripada kereta. Azri pun mengikutinya keluar dari kereta. Mereka berdua pun menuju ke salah satu meja di kedai tersebut lalu memesan minuman.

‘’ So, siapa Haziq?’’ Tanya Azri. Curious lah pulak.

‘’ Haziq, alah kau tak kenal ke? Dia tu popular jugak tau. Hensem pun hensem. Tapi, bagi aku takde lah hensem mana. Cuma aku suka bahu dia. Kau tak kenal ke dia?’’ Tanya Liana.

‘’ Tak.’’ Kata Azri lalu mencebikkan bibirnya.

‘’ Ish, mustahil lah kau tak kenal.’’

‘’ Aku kenal je. Cuma tak berapa nak kenal betul-betul. Faham maksud kat situ?’’ kata Azri.

‘’ Ceh! Kenal, tapi tak kenal betul-betul? Apa-apa lah Azri. Haziq tu aku suka perangai dia. Dia baik. Suka tolong orang. Dia bahagian engineering.’’ Kata Liana. Kata-kata Liana itu hanya masuk telinga kanan keluar telinga kiri di telinga Azri. Kenapa dia rasa sikit sakit hati? Hello sikit je okay.

‘’ Oh ye ke? Hmm Liana. Aku sebenarnya ajak kau keluar ni nak bagitau beberapa peraturan lepas kita kahwin.’’ Jelas Azri. Liana hanya membeliakkan biji matanya. 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Author note*

Apa akan terjadi? Ikuti ye! Haha.

 

Note# Aku buat ni semua hanya atas keseronokan. Thank you. :)

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet