Epilogue

Hello, Tinkerbell!
Please Subscribe to read the full chapter

Satu persatu ruang barisan pameran cakera padat yang boleh disewa tu diterjah masuk. Dan dalam pada tu juga mata dan tangannya sibuk mencari dua buah filem animasi dari Disney yang dah melekat dalam kepala otaknya.

“Gotcha!,” ditariknya sekeping cd dari barisan-barisan cd diruang filem animasi tu. Hansol sengih sebaris. Dapat pun. Yang pertama dah dapat, yang kedua pulak. Matanya kembali melilau dibarisan kedua ruang pameran cd tu. Sambil tu mulutnya menutur tajuk cerita yang kedua. Takut terlupa. Almaklumlah, tak pernah tahu cerita tu wujud pun!

“Done!,” keinginannya tercapai. Tajuk kedua dah dapat. Kemudian segera Hansol ke kaunter untuk membuat proses peminjaman. Kalau nak diikutkan prosesnya sama saja macam buat peminjaman buku kat perpustakaan sekolah. Ada tarikh mula pinjam dan tarikh pemulangan. Kalau terlepas dari tarikh sepatutnya dipulangkan, denda bakal dikenakan pada si peminjam. Cuma bezanya antara pinjam buku dan sewa cd ni, setiap satu keping cd yang dipinjam bayaran sewa sebanyak 15,000 won akan dikenakan.

“Bro!,”

Suara seseorang menegur serentak buat Hansol menoleh.  Automatik dia tarik sengih segaris dibibir. “Hey, Chanyeol. Kau buat apa kat sini?,”

Chanyeol sengih. “Buat apanya..buat kerja la. Jaga kedai atok aku ni. Saja je lah tengah cuti-cuti ni aku tolong mana yang patut. Nak diharapkan adik aku tu, kau tahu jelah dia. Asyik dengan skateboard je memanjang. Mana nak join aku jaga kedai ni. Kau pulak?,”

“Tengah jual ayam,” selamba Hansol memberi jawapan dengan muka tak beriak.

Chanyeol dah terbelahak gelak tak cukup oktaf. Jawapan paling ‘cerdik’ dia pernah dapat bila tanya soalan command bila tegur orang kat kedai sewa cd ni. Luar galaksi sungguh!

“Dah la kau..Meh sini aku uruskan cd kau tu. Apa ke la ‘cerdik’nya jawapan kau..,” gelaknya masih bersisa. Namun, bila terpandang dua keping cd yang Hansol pinjam, dia terdiam. Chanyeol pandang muka Hansol. Adalah gaya macam tengok alien berdansa tengah padang bola sepak.

“Amenda?,” Hansol bertanya dengan kening sebelah terangkat.

“Peterpan dengan Tinkerbell? Kau dah buang tabiat ke apa, bro? Ke otak kau sakit?,”

“Saja. Tukar angin,” Hansol jawab ringkas. Tak nak cerita lebih-lebih.

“Ni bukan tukar angin biasa ni, bro. Taufan terus ni. Dah taubat tak nak tengok anime ke apa?,” sambil menguruskan proses peminjaman, mulut Chanyeol masih tak diam. Biasalah si Chanyeol ni, dia punya nak tahu tu boleh kalah inspector buat soal siasat dalam bilik gelap. Nasib ni kat dalam kedai sewa cd je. Kalau tak mahu berpeluh nak jawab satu persatu soalan dia.

 “Tak lah. Aku saja nak kaji apa yang best sangat tengok cerita Disney ni,” Hansol tarik dompet dalam poket seluar. Not kertas 10,000 won  dikeluarkan. Lantas, bertukar tangan. “Chan, aku dengar kau dah ada awek. Budak sekolah kita jugak. Siapa dia?,”

Hansol cuba tuka topic perbualan. Dah malas nak layan soalan-soalan siasatan tak berbayar si Chanyeol ni. Karang lagi melayan, dia punya panjang persoalan tu bolehlah penuh satu helai kertas kalau ditulis.

Chanyeol sengih malu-malu. Hansol menjuling ke siling. Ingat comel ke sengih macam tu?

“Budak kelas jurusan Kulinari dan Dessert. Alah..kalau aku cakap pun bukan kau kenal. Kau pun baru masuk sekolah tu. Dia budak senior sama macam aku,” Chanyeol mengaku.

Hansol cuma mengangguk faham. “Kalau aku ajak kau pergi dating kau nak tak?,”

Terangkat kening Chanyeol dengar soalan Hansol. Gila apa budak seorang ni? Terlebih paracetamol ke apa?

“Kau ingat aku gay ke apa, Han? Kejadahnya nak keluar dating dengan aku. Baru aku cerita aku dah ada awek.. Kau pun soal benda yang sama. Aku kata bangang karang, marah,” balas Chanyeol.

Hansol ketuk kepala Chanyeol dengan Cd ditangan. Boleh pulak ke situ dia ni. “Aku pun tak gila la nak ajak lelaki keluar dating. Aku normal lagi. Aku nak ajak kau dengan awek kau keluar dating dengan aku. Buat double date. Nak tak?,”

“Kau pun dah ada awek?? Cayalah, bro. Seketot-ketot kau ni pun boleh tahan jugak bab-bab couple ni. Aku on je. Hari apa? Kat mana?,” Chanyeol bertanya dalam teruja.

“Nanti aku roger kau. Okay?,”

“Cun!,” Chanyeol tunjuk dua thumb- ups. Dia menyengih lagi.

 

 

 

 

Ada empat biji semuanya. Biru, hijau, merah putih dan jingga. Yang biru tu bentuknya bulat. Macam biasa nampak. Yang warna hijau tu pulak bentuknya bujur. Macam biji kuaci pun ada jugak. Cuma besar sikit dari biji kuaci. Yang merah putih tu pulak bentuknya lonjong. Jenis sachet. Boleh letak dalam air terus kalau tak mahu telan. Dan yang terakhir warna jingga tu bentuknya petak. Macam gula-gula yang budak-budak suka makan tu.

Hmm..macam ubat hospital pun ada jugak.

“Apasal pandang macam tu?,” Hansol menegur lepas ditelannya pil-pil berbagai warna tu dengan muka berkerut menahan pahit rasa ubat. Ditangannya pula segelas cawan kosong yang isinya sudah habis diteguk dengan sekali nafas.

Sakit ke dia ni?

Yeri mengeleng. Pandangannya dikalih pada sekitar café tempat diorang duduk lepak lepas habis waktu sekolah. Pelik, selalunya ramai je orang kat Melancholic Café ni. Pandangannya beralih semula pada Hansol. “Ey, kau perasan tak..apasal café ni takde orang hari ni?,”

Hansol tengok sekeliling. Kemudian tak sampai seminit dia pandang Yeri balik. “Kau datang sini hari-hari ke?,”

Geleng. “Tak,”

Hansol sengih mengejek. “Ceh, ingatkan datang tiap-tiap hari yang nak bagi komen macam tu. Cuba tengok hujung sana tu..sana tu…sana tu pun..ada je orang. Mata juling ke?,”

“Mana ada!,” Yeri mencebik. Eii! Geramnya aku!

Hansol ketawa perlahan. Buat la..buatlah muka macam tu. Lagi geram aku tengok. Geram sampai rasa nak..cubit-cubit aje pipi tu. Biar lagi comel.

“Dah makan cepat kek kau tu,” Hansol menyuruh dengan nada sedikit memujuk.

“Tak nak. Dah kenyang makan hati,” Yeri membalas. Mukanya masih mencuka.

Hansol mengeluh. Dah mula dah buat perangai… “Tak nak makan, jom balik. Kalau nak buat perangai balik sendiri,” kata Hansol sambil mencapai beg sandang dan bangun.

“Eh,eh! Ok,ok! Aku makan, aku makan. Duduk la dulu,” Yeri memujuk. Mak aih, tak padan dengan muka jambu tapi merajuk nombor satu. Buruk perangai!

“Kau kata tadi nak cakap something. Amendanya?,” Yeri suap kek ke mulut. Nikmat betul dapat makan Indulgend dalam cuaca panas-panas macam ni. Lagi sedap bila dapat minum dengan teh panas. Perghh!!

“Kau free tak sabtu ni?,” Hansol tanya sambil mata tak lekang pandang Yeri makan. Macam budak kecik makan kek la budak seorang ni. Comot sana sini. Dicapainya sehelai tisu. Lantas, hujung bibir Yeri yang comot dek coklat dilap lembut.

Yeri biarkan aje Hansol mengelap mulutnya yang comot. Adalah jugak gaya kebudak-budakkan dia nak muncul waktu sekarang ni. Kalau tak bila lagi..“Belah sini..Pastu, sini pulak,”

Hansol herotkan bibir. Mula dah poyo dia ni.. “Argh! Lap sendiri. Banyak cantik,”

Yeri menjelir lidah. Tak romantic langsung si Hansol ni. Kata suruh aku jatuh cinta dengan dia. Tapi bila masa nak romantic.. sikit punya susah. Spesis hati kering betul!

“Tak romeo langsunglah kau ni,” Yeri bersuara rasa tak puas hati dia. Sesudu kek dibawa masuk ke mulut lagi. Hansol sengih nakal.

“Kalau nak jadi Romeo bukan macam tu caranya. Tapi macam ni..,” Hansol bangun dari duduk. Lantas, dikucupnya bibir Yeri. Lama.

Yeri cuma terkedu. Sudu yang dipegang sudah jatuh ke lantai. Matanya membulat. Dan badannya kaku. Kerja gila apa pula yang dia buat ni??

Hansol melepaskan kucupan. Bibirnya mengukir senyum sebaris. Anak mata Yeri direnung dalam-dalam. “Aku tak nak jadi Romeo yang tinggalkan Julietnya. Tapi aku boleh jadi Kim Jo Won yang terima Gil Ra Im* seadanya,”

Yeri masih terkebil-kebil. Macam sedang bermimpi dikala waktu ini. Hansol bangun dari duduk. Beg sandang dicapai. Sebelum beredar, sempat dia meninggalkan pesanan yang berbunyi..

“Sabtu ni pukul 9 pagi, aku tunggu kat stesen bas depan perumahan kita. Pakai baju warna biru. Oh ya, aku suka tengok rambut panjang kau dibiarkan lepas. Kau nampak cantik,”

Dan dia berlalu pergi dengan senyuman dibibir.

 

*Watak-watak utama drama bersiri Secret Garden

 

 

 

 

 

Suasana sekeliling gelap. Atas bawah kiri kanan. Semuanya pekat gelap. Sampai Yeri rasa nafasnya sesak. Dia cuba berjalan mencari punca cahaya. Itu pun kalau ada. Dalam hati, dia tertanya juga. Di manakah tempat ni? Kenapa tak nampak sekeliling pun? Seiingat dia lepas mandi tadi dia cuma lelapkan mata sementara menunggu rambutnya kering. Jadi, kalau nak diikutkan logic akal, sepatutnya dia terjaga dalam bilik. Tapi sekarang..kat mana ni?

“Yeri,”

Dia dengar orang memanggil. Tapi suara tu dari arah mana? Jantung Yeri berdegup kencang. Sekencang pukulan drum bertalu-talu.

“Yeri,”

Suara tu memanggil lagi. Cuma kali ni terasa begitu dekat dengannya. “Siapa tu?!,”

Yeri berlari. Tapi untuk ke mana? Itu dia sendiri buntu. Cuma mengikut langkah kaki membawanya ke mana saja dalam suasana gelap gelita ni. Namun, langkahnya betul-betul terasa beratdi kala ini. Dia tercungap dan serentak menghentikan langkah kaki.

“Yeri,”

Suara tadi kedengaran lagi. Cuma kali ini dari arah belakang. Yeri menoleh. “Hansol..,”

Lelaki tu tersenyum. Senyuman bukan dari kebiasaannya. Kali ni Yeri nampak mukanya suci seperti ada aura yang dia sendiri sukar untuk mentafsir. Hansol pakai baju serba putih. Seluar juga warna yang sama. Rambutnya pendek menutupi dahi yang luas tanpa sebarang gel rambut seperti kebiasaanya dengan gaya rambut kemas yang disisir ke belakang. Dalam senyum tu Hansol hulur tangannya tanpa bersuara. Yeri menyambut. Sejuk. Tangan Hansol terasa sejuk seperti baru lepas keluar dari peti sejuk beku. Hansol tarik Yeri ke suatu arah. Dari jauh dia nampak ada satu cahaya menerangi jalan mereka. Makin mereka dekat, makin dia nampak Hansol seperti hilang sikit demi sedikit. Langkahnya terhenti. Dia pandang Hansol. Terasa lelaki tu bakal meninggalkannya.

“Hansol..jangan..,” hatinya terasa sebak tiba-tiba. Tubir matanya mula bergenang air mata. Dah kenapa aku rasa macam ni? Apa semuanya ni?

Hansol tersenyum lagi. Dia peluk Yeri. Kemudian membisik sesuatu ke telinga Yeri.

“Darling, life is fairytale. But to see it..you must open your eyes, ”

Dan dia menghilang.

 

“Hark!,” Yeri terjaga. Pandangannya pada siling bilik. Jantungnya berdegup kencang. Serentak tu dia bangun dari baring. Selimut ditarik rapat ke dada. Peluh yang memercik ke dahi dibiarkan mengalir. Dia memandang ke luar tingkap. Malam masih bertamu. Dia mengurut dada. Dalam diam terasa sedikit bersyukur sebab semua tu hanya mimpi. Dalam pada tu ayat Hansol versi mimpi tu masih terngiang di telinga.

“Darling, life is fairytale. But to see it..you must open your eyes, ”

“Ngee..tak nak fikir,” Yeri tolak selimut ke tepi sebelum bangun turun dari katil. Langkahnya diatur ke tingkap bilik. Bulan malam ni penuh sampai cahayanya menerjah masuk ke segenap ruang biliknya ditingkat satu rumah teres kos sederhana di bandar Seoul tu. Pandangannya menarik pada tingkap bilik jiran sebelah. Atau  lebih tepat lagi tingkap bilik Hansol yang kedudukannya setentang dengan biliknya. Lampu biliknya masih bernyala. Yeri menjeling jam di dinding. Tepat pukul 12 tengah malam. Tak tidur lagi ke Hansol ni?

Tiba-tiba langsir tingkap bilik tu diselak. Yeri terkejut. Cepat-cepat dia mengalih pandang pada langit malam. Buat-buat macam mengira bintanglah kononnya.

“Oit, cik kak. Tak payah nak pura-pura sangat… nanti orang kata ada perempuan gila malam-malam duk kira bintang kat langit,” selamba Hansol menyindir.

“Suka hatilah..sebokk!,” Yeri membalas. Dan macam biasa dia menjelirkan lidah.

“Aik? Emo pulak hari ni? Angkasawan ke?,” Hansol menyoal.

Yeri bagi pandangan pelik. “Angkasawan?,”

Dia sengih. “Datang bulan,”

Serentak Yeri terbelahak gelak tak cukup oktaf. Langsung tak jadi nak merajuk. Hansol terus menyengih. Sekuat mana dia menyindir, sekerap itu jugalah dia buat Yeri ketawa dan tersenyum. Sebab tu walau tak sampai sebulan berkenalan, Yeri rasa cukup selesa nak berkawan dengan Hansol. Walaupun latar belakangnya masih misteri bagi Yeri.

Setakat yang dia tahu, Hansol anak lelaki mak cik jiran sebelah yang baru berpindah ke perumahan tu sebulan yang lalu. Ibunya pulak dengar cerita seorang pekerja berpangkat tinggi di Kementerian Kesihatan Korea. Jadi, agak sibuk menguruskan hal sendiri seharian. Sebab itu sampai hari ni, Yeri tak pernah berjumpa dengan ibu Hansol walaupun duduk berjiran. Kata Hansol selain ibu, dia ada seorang adik. Tapi adik dia duduk dengan ayah sebab ibu dan ayahnya dah bercerai. Dan setahu dia lagi, Hansol selalu duduk bersendirian di rumah.

“Betul ke?,” Hansol bertanya memecahkan konsestrasi Yeri pada bintang dilangit. Kononnya!

“Apa yang betul?,” Yeri tanya balik.

“Betul ke angkasawan?,”

Yeri menjeling. “Hish!,”

“Betullah tu,” Hansol menyengih lagi. Provokasi betul!

“Salah!,”

“Habis tu, kenapa emo?,”

“Kau ingat sebab hormon je ke perempuan emo? Boleh jadi jugak sebab lelaki salah cakap,” Yeri membalas.

“Oo..sebab aku salah cakap lah ni?,”

Yeri mengeluh. Kemudian menarik sengih plastik. “Kau kalau tak buat aku sakit hati sehari tak boleh kan? Eii…geram betul,”

Hansol ketawa kecil. Suka betul tengok muka dia marah. Lagi bertambah comel. “Ey, cik kak. Kalau aku ajak kau tengok movie kau sudi tak?,”

Kening Yeri terangkat. “Movie? Buang tabiat ke apa nak tengok movie malam-malam buta ni? Mana ada transport dah nak pergi wayang waktu macam ni,”

Hansol sengih. “Bila masa pulak aku nak ajak kau pergi wayang? Aku nak ajak kau tengok movie dengan aku,”

“Habis tu kat mana?,” Yeri menyoal.

“Rumah aku,”

“Ha??,”

 

 

 

 

 

“Antara Tinkerbell dan Wendy, aku lebih prefer Tinkerbell. At least bila Wendy tinggalkan Neverland, Tinkerbell ada untuk temankan Peterpan,” Yeri bersuara memecahkan konsestrasi mereka berdua menonton filem animasi Peterpan dari Disney tu.

“Maksud kau?,” Hansol bertanya namun pandangannya masih pada kaca televisyen.

Yeri mengeluh. Senyum sedikit supaya keluhan tak bunyi begitu berat. “Setianya Tinkerbell tu pada Peterpan sebab dia dah jatuh cinta. Title sebagai kawan karib tu cuma alasan. Kau nampak tak macam mana jealous nya Tinkerbell masa Peterpan menari dengan Wendy. Masa tu dia terasa dipinggirkan. Tapi sampai satu masa, bila Wendy pergi tinggalkan Neverland..yang masih setia dengan Peterpan adalah Tinkerbell. Wendy, Michael, John dengan The Lost Boy semua dah tinggalkan dia. Jadi yang masih setia disini adalah Tinkerbell,”

Hansol mengalih pandang pada skrin tv kearah Yeri disebelah. Mereka lepak duduk diatas katil di bilik Hansol sambil menonton filem animasi Peterpan yang Hansol pinjam petang semalam. Yeri naik ke biliknya dengan menggunakan tangga panjang yang sama masa dia cuba nak buat cubaan menceroboh masuk ke bilik Hansol sebulan yang lalu. Di skrin televisyen, Peterpan sedang sibuk melawan Captain Hook yang telah menculik Wendy.

“Tapi kau kena ingat satu benda,” pandangan Hansol kembali pada skrin televisyen. “Dalam mata Peterpan tu cuma ada satu – Wendy,”

Yeri terkedu. Kemudian mengangguk perlahan. Dia setuju dengan kenyataan tu. Sangat setuju. “Sebab tu aku tak pernah berharap Chanyeol suka kat aku,”

Yeri menutur separuh berbisik. Hansol masih kushyuk di skrin televisyen. Tak dengar barangkali.

“Tapi aku rasa tak salah kalau Peterpan dan Tinkerbell jadi kawan karib pun. Banyak jugak benda yang diorang boleh kongsi yang Wendy tak tahu. Kan?,”

Oh? Dah mula pandai memujuk? Selalunya tahu menyindir aku je budak seorang ni. Apalah yang dia telan tadi ni..

Yeri sengih sebaris. Dia menyandar ke kepala katil sambil memeluk bantal. “Bila aku tengok cerita Peterpan ni balik.. Aku kalau boleh nak hidup dalam dunia fantasi je. Ada tempat macam Neverland. Ada kawan macam Peterpan. Dan boleh terbang macam Tinkerbell. Hidup bahagia sepanjang masa. Dan tak perlu membesar menjadi orang dewasa. Kalau kuasa magik tu wujud, aku nak mintak supaya kekalkan aku begini,”

“Kau tahu ke apa rasanya hidup kekal macam ni tak berubah apa-apa?,” Hansol menyoal.

Geleng. “Tak. Tapi at least aku tahu aku tak payah serabut fikir pasal itu ini. Hanya dengan dunia aku je,”

Hansol sengih senget. Fikiran budak-budak. Tak matang langsung!

“Tak semudah tu cik kak oi~. Easy to said but hard to face,” Hansol ketawa. Dan kembali menyambung. “Remember this thing…,”

Hansol pandang Yeri. Yeri pandang Hansol balik. “Life is fairytale. But to see it, you must open your eyes,”

Dan tiba-tiba, entah macam mana Yeri teringat satu bahagian dalam mimpinya…

Masa Hansol peluk dia dan bisik ayat yang sama,

“Darling, life is fairytale. But to see it..you must open your eyes, ”

Serentak darah menyerbu naik ke muka. Cepat-cepat dia mengalih wajah ke arah lain. Malu bila teringat balik mimpi tu.

Hansol pulak tanpa sedar mengoyak senyum sebaris. Namun, senyumnya hilang bila kepala terasa berdenyut tiba-tiba. Dia memengang kepala. Sakitnya datang semula. Cuma kali ni terasa macam nak pecah aje kepala dia. Hansol bingkas bangun m

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
EpilogueG
Soon to be update~ tak sabarnya~

Comments

You must be logged in to comment
Jeon_Taeha
#1
Chapter 2: Thumbs up for this ff <3 A/N how old are you? Saya rasa saya patut panggil A/N unnie kot hehehe . Sedihnya Hansol mati T_T
SailorVenusYaten
#2
I wish I could understand thisssss lol
I really like Yeri x Vernon and was hoping to read a fic like this about them....
girly_
#3
Chapter 2: waahh... jumpa juga akhirnya yeri dengan peterpan dia... huhu.. btw citer ni sedih
NurRahSyaXD #4
sy takleh stop baca story nih banyak kali. bila boring, mesti sy terbayang cerita nih. sumpah sedih gilakk
happineseu
#5
Chapter 2: Mata masuk habuk.. alamak..
NurRahSyaXD #6
Chapter 2: Whoop. Air mata terkeluar pulak. Daebak la story ni.
Jimin_BTS_ComeyXD
#7
Chapter 2: Daebak...
Sedih betul.. huhuhu
Good job lah seriouslyyy T.T
Jimin_BTS_ComeyXD
#8
Chapter 1: Bestnyaaa!! i like your bm hehe i luv this omggg
nanadjiyongie_01
#9
Chapter 2: Menangis saya baca story ni....sedih nya ya tuhan!!! Hansol!! TT_TT
SERIOUSLY, THIS STORY IS DAEBAK!!
Good Job authornim!!!
sitiazilataemin88
#10
Chapter 2: menangis bace ff ni T_T Hansol.. well done Authornim!