Prologue

Hello, Tinkerbell!
Please Subscribe to read the full chapter

 

Dia mengeluh panjang. Bukannya dia mengeluh sebab tengok bilik yang bersepah macam baru lepas kena badai taufan Katrina skala 12. Bukan juga sebab satu badan dah mula melekit dek peluh gara-gara tak duduk diam dari tadi macam buat marathon setengah hari. Tapi semua sebab dengar Along kata tadi..

“Buku angah tu ibu kata dia bagi pinjam kat anak jiran kita yang baru pindah hari tu,”

“What?? Ibu bagi pinjam??,” dia mengulang ayat yang sama dengan nada tak percaya. “Are you kidding me?!,”

“Ada gaya ke?,” Kai selamba menyoal dengan muka tak beriak. Takde masa aku nak bergurau dengan budak senget seorang ni. Lagi-lagi bab buku purba alam dia tu. Boleh kasi perang dunia ketiga tercetus.

 “Damn! Mana boleh ibu kasi orang lain pinjam buku tu…,” dia dah mula rasa nak tarik rambut. Strees!

 “La..Apasal pulak? Chill la angah. Buku cerita je pun. Tak matilah kalau kau tak dapat baca sehari dua,” Kai memujuk dalam sinis. Tahu benar dia dengan adik perempuan yang seorang ni. Dalam banyak-banyak buku cerita dogeng, buku Peterpan yang nenek bagi dulu tulah yang dia baca sampai hari ni. Tak pernah dia jemu membaca cerita tu setiap malam sebelum tidur.

“This is a not about ‘buku cerita je pun’,” dia menjuling ke siling sambil menekan suara. Wajahnya dah masam mencuka. “Along tahu kan angah sayang buku tu. Dari mula angah dapat masa sekolah rendah dulu sampai sekarang, mana pernah angah bagi orang lain pinjam. ,”

Kai mengangguk faham. Cukup faham untuk mengerti nada tak puas hati adik yang seorang ni. “Ye along tahu angah sayang buku tu. Tapi cik adikku sayang, takkan awak nak simpan buku tu sampai ke tua? Grow up lah, Angah. You not a kid anymore. Pelajar sekolah tinggi kut. Sampai bila angah nak stuck dengan cerita dogeng segala bagai tu? This is a real fairytale, angah. The real fairytale where you can’t even see the ending yet. It’s not simple as you think it was and not all the ‘story’ will have happy ending at the end,”  

 

Ya. Dia tahu semua tu. Tapi kalau dah sayang nak buat macam mana. Bukanlah dia tak nak berpijak di bumi yang nyata, tapi cuma dengan membaca buku Peterpan tu buat dia bermimpi untuk kekal menjadi seorang kanak-kanak tanpa membesar. Tak payah susah-susah nak fikir tentang masa depan. Biar dia kekal seperti ini. Tapi dia sendiri tahu angan-angan tu tak akan pernah menjadi realiti. Macam kata Along, dia perlu jadi matang.

“Ya. Jadi matang untuk cari jalan macam mana nak ambik balik buku Peterpan aku tu,”

Dan dia tarik sengih penuh makna.

 

 

 

 

“I already register you. So, by tomorrow you have to go to school. No matter what. Understand?,”

Senyap. Tak ada jawapan yang keluar dari mulutnya. Spaghetti bolognaise di atas pinggan di depannya dikuis dengan garfu perlahan dengan tangan kanan manakala tangan kiri menongkat dagu. Bosan!

“Choi Hansol! Are you listen to me?,”  naik seoktaf suara wanita yang duduk setentang dengannya.

Hansol angkat muka tiga saat. Namun masih tak mahu memberi respon. Garfu ditangan kanan dicampak ke atas meja tanda prostes. Kemudian menyandar ke kerusi dengan muka selamba tak beriak.

“Kenapa awak susah sangat nak ikut apa mama suruh? Mama suruh pergi sekolah je. Bukan susah sangat pun,” wanita tu melurut rambut ke belakang menahan sabar. Mungkin dah mula rasa ‘membahang’ dek pertanyaannya tak dijawab dari tadi.

Hansol menjuling ke siling. Dia pergi ke sekolah? Untuk apa?  “Are you kidding me, Ma? School? Me?,”

Jari telunjuk kanan menuding ke diri sendiri. Dia sengih menyindir. Dah tahu sangat apa motif ibunya suruh dia ke sekolah. Cuma dia aje yang berpura-pura buat tak tahu. “Ma, you know my current condition. Then, you ask me to go to school. What’s the point? Ma suruh Hansol pergi sekolah sebab Ma takut orang tahu rahsia mama, kan? Ma takut jiran-jiran kat sini tahu macam mana jiran-jiran kita kat sana dulu tahu. That’s why, mama paksa Hansol buat itu ini ikut telunjuk mama. You changed a lot ma. A lot..,”

Dia menolak kerusi ke belakang sebelum melangkah ke bilik. Hatinya sakit setiap kali memikirkan tentang paksaan ibunya sejak mereka berpindah ke Seoul. Segalanya bagai tak kena pada dirinya. Bukan niatnya mahu mengingkar cuma dia rasa tidak adil untuk dirinya.

“Hansol! Mama tak habis cakap lagi ni!,”

Bang!

Di hempasnya pintu bilik sekuat hati. Lantaklah kalau mama nak marah pun. Dia peduli apa. Dah tak kuasa nak menadah telinga dengar mama membebel. Lagi dia rasa sakit hati. Langkahnya perlahan menuju ke meja studi. Dicapainya buku cerita yang dipinjam dari makcik jiran sebelah yang dia sendiri belum tahu namanya. Dia merenung buku nipis ditangan.

 Peterpan.

Dia sengih sebaris. Terasa macam tak percaya yang ditangannya sekarang adalah cerita dogeng. Bukan buku-buku komik Naruto yang selalu dibaca. Dan bukan juga buku manga dari Jepun yang sudah diterjemahkan bahasanya. Dia melangkah ke katil sambil tangan kanan menyelak helaian buku cerita ditangan pada muka satu.

Wendy, John, and Michael Darling lived in London. One night, Wendy woke to find a strange boy sitting on the floor who was crying.

“My name is Wendy,” she said. “Who are you? Why are you crying?,”

“I’m Peter Pan,” the boy replied. “I’m crying because my shadow won’t stick to me.”

Pembacaanya terhenti. Matanya menangkap sebaris tulisan tangan dibawah baris ayat cerita di muka satu.

Kenapa harus dia yang mengenali  Wendy? Kenapa perlu dia juga menangis pada Wendy? Kenapa?

Hansol mengangkat kening sebelah. Pelik. Ini buku cerita ke atau diari orang? Dia garu kepala. Tak faham. Betul-betul tak faham. Diselaknya semula pada kulit hadapan. Betul. Buku Peterpan. Siap ada gambar budak lelaki terbang lagi. Bukan buku diari ni.

 Dia cuba menyelak pada helaian ke dua.

“Don’t cry,” Wendy said. “We can fix that.” And she sewed Peter’s shadow to the tips of his shoes. Peter was delighted.

Bila sampai masanya, kenapa harus Wendy yang menjadi penyeka air mata kau dikala kau sedih? Tak pernahkah kau terfikir tentang Tinkerbell?

Tang!

Bunyi sesuatu berlaga dengan dinding rumah dari luar tingkap biliknya. Pembacaannya terhenti. Dia melangkah ke tingkap dan serentak tu rahangnya jatuh tak terangkat dah melihat apa yang muncul diluar jendela.

“Bagi balik buku Peterpan aku!,”

Selamba.

 

 

 

“So, nama kau Kim Yeri?,” dia pandang pelik. “Anak perempuan mak cik sebelah?,”

Yeri tak menjawab. Cuma kepalanya saja yang memainkan peranan mengiyakan setiap persoalan yang diajukan.

“Buku ni kau punyalah?,” Hansol masih bertanya dengan muka tak beriak sambil memengang buku Peterpan yang baru sempat dibaca pada helaian pertama.

Yeri angguk lagi. Dia masih lepak berdiri dengan muka tak berdosa.

“Jadi motif kau buat cubaan menceroboh bilik aku ni semata-mata nak ambik buku budak tak cukup umur ni je?,” Hansol buat soalan maut. Yeri dah bagi pandangan membunuh. Silap hari karang ada yang makan penumbuk sulung aku nanti. Banyak soal pulak budak seorang ni..

“Ops! Pembetulan. Bukan cubaan menceroboh, okay. Kau ada kat bilik masa aku panjat tangga nak naik dari tingkap bilik kau. So, tu tak dikira menceroboh,”

Hansol sengih tiga saat. “Jadi, kalau tak menceroboh apa bendanya?,”

“Ziarah guna tingkap. Jalan cepat nak bertemu jiran baru,” Yeri selamba memberi jawapan.

“Banyaklah kau punya ziarah. Cakap jelah kau nak ambik buku ni,” Hansol ketawa. Geli hati dia dengan anak jiran sebelah ni. Baru jumpa tak sampai lima minit dia dah mula rasa budak perempuan ni lain dari yang dia pernah kenal sebelum ni. Rare.

Yeri masih tak beranjak dari tadi. Betul dia dah nekad dalam hati. Kalau dia tak dapat balik buku tu hari ni, dia sanggup tak balik rumah sampai anak jiran baru ni pulangkan semula padanya. Tak kisahlah apa nak jadi pun. Yang penting buku Peterpan tu ada pada tangannya semula. Muktamad!

“Kalau tak nak bagi balik buku tu, jangan harap malam ni kau boleh tidur nyeyak,” Yeri memberi amaran.

Kening Hansol terangkat. Amboi! Main ugut aku pulak budak kecik ni. Okay, kalau itu yang dia nak ‘main’, aku ikut sama. Dia sengih senget. “Kau boleh ambik balik buku ni. Tapi dengan satu syarat,”

Yeri menjuling ke siling. Dah mula naik menyampah. “Kau tau tak buku yang kau pinjam tu buku siapa?,”

“Tau. Buku kau,”

“So, kau nak bagi syarat kat aku pulak?,” Yeri mengeleng tak faham. Tak sedar diuntung betul budak baru ni. Nasib aku tak bagi backhand aje muka tu..

Hansol sekadar mengukir senyum merenung gadis genit dihadapannya. Sengih nakalnya masih berbunga. “Jadi sekarang kau sedarlah kat atas lantai bilik siapa yang kau berpijak sekarang ni?,”

Yeri terkedu. Mak aih! Tak kalah pulak padu dia menyindir. Along kasi aku sentap pun tak macam gaya dia ni.

“Amenda syaratnya?,” dia mengalah. Lagi lama bertekak macam ni sampai ke sudah dia tak dapat buku tu semula. Baik diikutkan saja selagi sabar dia masih bersisa.

“Jatuh cinta dengan aku,”

 

 

 

 

“Hmm~,”

Dan dia mengeluh lagi. Cuma agak panjang daripada yang tadi. Serabut kepala otak dia memikir perkara yang satu ni. Bukanlah sebab buku tu peninggalan mendiang nenek semata-mata buat dia, tapi sebab dalam buku tu ada rahsia yang dia simpan yang orang lain tak patut tahu. Atau dalam erti kata lainnya tak ada seorang pun boleh tahu. It’s super confidential thing!

“Yeri!,”

Dia mengangkat wajah. Joy. Teman semeja baru sampai dengan sengih lebarnya diwajah seperti biasa. Kadang-kadang tu dia pelik dengan budak seorang ni. Macam manalah dia boleh tarik sengih hari-hari setiap kali ke sekolah. Tak kisahlah hari tu hujan ribut ke..salji penuh ke..panas terik ke..bunga luruh ke..mesti dia sengih aje. Susah betul kalau nak tengok dia tarik muncung sedepa. Terlebih fius ke budak seorang ni?

“Amenda?,” dia kembali menongkat dagu.

“Eh, ada budak baru nak masuk kelas kita. Diorang kata kacak budaknya,” sambil meletakkan beg sandang ke kerusi Joy membawa khabar berita dipagi hari tanpa mukhadimah. Dah kebiasaanya begitu. Pantang aje ada gossip baru sikit, dialah orang terawal yang jadi penyebar berita.

Yeri tak memberi respon. Tak ambik pusing sangat tentang gossip budak-budak sekolah ni. Malas! Pandangannya masih ditebar ke luar tingkap. Fikirannya merewang jauh ke petang semalam.

“What?! Kau ingat jatuh cinta tu macam nak beli ikan kat pasar ke apa?,” seoktaf suaranya naik tak percaya. Kerja gila betul mamat seorang ni. Kut lah kalau dia mintak tu benda yang boleh ditunaikan. Ini..

“Well, senang je. Kita kenal dulu. Then, kita sama-samalah rancang lepas tu nak buat apa,” Hansol memberi cadangan.

“Senang tengkorak kau! Kenal kau pun tidak. Nama kau apatah lah lagi. Entah kau ni perompak bersiri ke..pembunuh bersiri ke..eii~ tak nak aku,” Yeri mencebik. Alasan yang tak munasabah nak bagi untuk menolak seseorang dalam teori dia.

“Nama aku Choi Hansol. Bukan perompak bersiri, bukan jugak pembunuh bersiri. Rekod aku bersih sebagai seorang rakyat biasa yang memegang status warganegara. Now, kita dah berkenalan. So, sekarang masalah dia, kau nak balik ke tidak buku ni? Atau nak aku simpan bagi pihak kau?,”

Yeri mengigit bibir. Masalah dunia betullah dia ni. Dia mengurut pelipis. Permintaan tak masuk akal sungguh! “Tak ada syarat lain ke kau nak buat? Apasal aku pulak kena jatuh cinta dengan kau? Tak ada orang lain ke? Demand besar lah kau ni..,”

“Nak atau tak?,”

Yeri menjuling ke siling. “Yelah..yelah..,”

 

“Woi, Yeri! Dengar tak ni?,”

Lamunannya terhenti. Dia mengalih pandang pada Joy disebelah. “Amenda?,”

“Lah..mengelamun pulak dia. Tu, senior kesayangan kau tengah main basketball kat court. Tak nak tengok

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
EpilogueG
Soon to be update~ tak sabarnya~

Comments

You must be logged in to comment
Jeon_Taeha
#1
Chapter 2: Thumbs up for this ff <3 A/N how old are you? Saya rasa saya patut panggil A/N unnie kot hehehe . Sedihnya Hansol mati T_T
SailorVenusYaten
#2
I wish I could understand thisssss lol
I really like Yeri x Vernon and was hoping to read a fic like this about them....
girly_
#3
Chapter 2: waahh... jumpa juga akhirnya yeri dengan peterpan dia... huhu.. btw citer ni sedih
NurRahSyaXD #4
sy takleh stop baca story nih banyak kali. bila boring, mesti sy terbayang cerita nih. sumpah sedih gilakk
happineseu
#5
Chapter 2: Mata masuk habuk.. alamak..
NurRahSyaXD #6
Chapter 2: Whoop. Air mata terkeluar pulak. Daebak la story ni.
Jimin_BTS_ComeyXD
#7
Chapter 2: Daebak...
Sedih betul.. huhuhu
Good job lah seriouslyyy T.T
Jimin_BTS_ComeyXD
#8
Chapter 1: Bestnyaaa!! i like your bm hehe i luv this omggg
nanadjiyongie_01
#9
Chapter 2: Menangis saya baca story ni....sedih nya ya tuhan!!! Hansol!! TT_TT
SERIOUSLY, THIS STORY IS DAEBAK!!
Good Job authornim!!!
sitiazilataemin88
#10
Chapter 2: menangis bace ff ni T_T Hansol.. well done Authornim!